Terdapat satu pasangan kekasih, M dan F. Cinta antara dua insan ini terbina atas dasar suka sama suka dan berasaskan kejujuran.
Dipendekkan cerita, F bertanya kepada M, “Awak, betul awak suka saya? Betul awak sayang saya?” “Awak, saya suka dan sayang awak seluruhnya. Bukannya sebahagian...” balas M kepada F.
Dipendekkan cerita lagi, kisah cinta hidup mereka berpanjangan sehingga satu petang. F telah keluar menemui M tanpa memakai tudung. Ini membuatkan M tidak senang dan tersangat tidak selesa. Lalu M menegur, “Awak, saya tak suka la awak tak bertudung.”. F merungut, “Jadi awak tak suka la saya macam ni?”. “Tak”, jawab M. Lantas F mengungkit dengan nada seolah-olah kesal, “Awak, awak ingat lagi tak? Tak lama dulu, awak pernah kata yang awak suka dan sayang saya seluruhnya. Tapi, hari ni awak dah tak suka saya. Cepat betul awak lupa...”
M menjawab penuh tenang, “Awak, saya masih ingat yang saya pernah berkata saya suka dan sayang awak seluruhnya, bukan sebahagian. Sampai hari ni dan saat ini, saya masih suka dan sayang awak seluruhnya. Tapi, petang ni, AWAK TELAH BUANG SELURUHNYA DARIPADA DIRI AWAK. YANG TINGGAL HANYALAH SEBAHAGIAN...
Kadang-Kadang Ilham Tu Ada...
-
▼
10
(36)
-
▼
06
(15)
- AYAH, IBU & DIRI AWAK
- SEUMUR HIDUP SAYA
- PERSEDIAAN MENEMPUH PEPERIKSAAN
- COMELNYA AWAK
- IKHLAS
- WANITA IDAMAN SAYA
- MENGAPA MESTI TUTUP AURAT?
- SEANDAINYA SEMUA INI BENAR
- DIARI SEORANG IBU
- DOA UNTUK DIRIKU & DIRINYA
- DOAKU INI UNTUK DIA
- SUKA DAN SAYANG SELURUHNYA
- CINTA KERANA ALLAH & CINTA KERANA NAFSU
- ALKISAH CERITA
- GULA-GULA KAPAS
-
▼
06
(15)
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...
along.azihani@gmail.com
Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."
Ahmad Zakry Haikal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan