ALKISAH CERITA

Dalam dunia…
Ada banyak cerita… Macam-macam cerita…
Sukanya cerita… Deritanya cerita… Semua dicerita…
Dalam penceritaan cerita… Macam-macam rasa… Jadi cerita…
Kadang-kadang, kerana takut dicerita… Manusia bercerita…
Benarnya cerita… Palsunya cerita… Tidak dikira dalam cerita…
Sungguhpun tidak pastinya cerita… Tetap dicerita…
Rekanya cerita… Semata-mata untuk bercerita… Agar ada cerita…
Ditambah cerita… Dikurang cerita… Agar jadi cerita…
Mata buta kerana cerita… Kerana mulut ingin bercerita…
Telinga dengar cerita… Hati tafsir cerita…
Kesahihan cerita… Tidak dikira… Asalkan ada cerita…
Hebatnya cerita… Mengubah dunia… Jadi cereka…
Nak tutup kita punya cerita… Reka orang punya cerita…
Tak perlu berita… Asalkan ada cerita…

CERITA…
Aib orang dicerita… Megah kita dicerita…
Untuk buka cerita… Dan tutup cerita…
Demi sebuah cerita…
Asalkan ada cerita untuk dicerita…

p/s: Maafkan saya untuk cerita yang dicerita tanpa diceritakan kepada saya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal