KEBETULAN…


Di sebuah pusat sukan, sekumpulan remaja sedang bermain boling...

Z
Pergh, pergh pergh... ‘Four Bagger’... Hebat, hebat...

K
Eh, takde apa la... Kebetulan je tu... Nasib baik...

S
Hek eleh, merendah diri pulak dia... Empat kali ‘strike’ tu... Hebat la...

K
Betul, kebetulan je... Main campak je tadi...

F
Korang tengok... Main campak je, dah 4 kali ‘strike’... Kalau dia ‘aim’ betul-betul, ‘full frame strike’, agaknya...

K
Ya Allah, betul la... Kebetulan... Kalau korang tak percaya, sudah...

H
Okey la, kebetulan... Tapi, kebetulan pun ada dua...

S
Hah, tu dia... Korang dengar tu... Kebetulan pun, ada dua... Boleh jelaskan lebih lanjut, Saudara H?

H
Boleh, apa salahnya... Kebetulan yang pertama, digelarkan ‘Kebetulan Kerna Ilmu’... Ada sesetengah orang, dia dah tahu tentang sesuatu ‘skill’ tu, secara teorinya... Apa yang perlu dia buat, adalah mempraktikkan ‘skill’ tu... Tapi, dia selalu je gagal buat ‘skill’ tu... Mungkin cara dia tak betul lagi... Sekali tu, dia terbuat ‘skill’ tu, dan ‘skill’ tu menjadi... Ha, kebetulan la tu, ‘skill’ tu menjadi... Jadi, itulah ‘Kebetulan Kerna Ilmu’...

F
Ooo... Okey... Apa pulak ‘kebetulan’ yang kedua?

H
Kebetulan yang kedua, ‘Kebetulan Yang Memberi Ilmu’... Kadang-kadang, dalam hidup kita ni, kita jumpa banyak perkara yang kita tak sangka-sangka... Atau mungkin kita melakukan sesuatu yang menghasilkan ‘miracle’... Banyak orang, buat tak endah je perkara-perkara macam ni... Tapi, kalau orang tu bijak, dia akan fikirkan kenapa berlaku perkara tu... Lebih mudah, kita ambil boling ni sebagai contoh... Kadang-kadang, bila kita baling bola boling tu, terjadinya ‘curve’... Pastu, bola tu menghasilkan ‘strike’... Takkan kita nak kata, “Alaa... Nasib je tu... Sekali-sekala...”? Kita kan orang bijak... Jadi, kita analisis balik la kenapa jadi macam tu? Ada apa-apa pergerakan tangan atau kaki kita yang menyebabkan bola tu ‘curve’? Kalau korang nak, korang boleh jugak fikirkan kenapa bola yang korang baling tu masuk longkang... Salah pusing ke, salah ‘step’ kaki ke, salah ‘timing’ lepas bola ke... Tu contoh ‘Kebetulan Yang Memberi Ilmu’... Bila terjadinya sesuatu ‘miracle’ tu, kita fikirkan dan analisis kenapa jadi macam tu...

F
Itu dia... Memang berfalsafah...

H
Eh, takde la... Bunyi macam poyo je... Tak berniat nak menghasilkan teori pun... Nama tu pun, suka hati je letak...

Z
Jadi, K... ‘Kebetulan’ apa tu tadi? Mesti ‘Kebetulan Kerna Ilmu’ kan?

K
Tak kisah la, ‘kebetulan’ apa... Yang penting, jadikan ia ‘Kebetulan Yang Berilmu’ kepada korang...

S
‘Kebetulan Yang Memberi Ilmu’ la... Jangan tersalah ‘quote’... Nanti kena marah dengan Profesor H kita...

H
Ha, sudah... Ni, dah lari dari fokus utama kita ni... Fokus kita adalah saudara K, yang berjaya melakukan ‘Four Bagger’ tadi... Ni, kalau pekena jus, sedap juga ni... Nak-nak pula, kalau saudara K belanja, sebagai tanda syukur...

K
Okey... Jom...

KERNA SEDERHANA KELEBIHANMU...


Abi
Assalamualaikum, Akak...

Akak
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh, Abi...

Abi
Ni, kenapa Akak termenung sayu je ni?

Akak
Takde apa la Abi... Akak cuma sedih dengan diri Akak ni...

Abi
Sedih dengan diri? Aduh, bahaya ni... Kalau Akak sedih dengan diri Akak, maksudnya Akak sedih dengan Abi atau Umi, atau mungkin kedua-keduanya...

Akak
Ish, apa pulak Abi cakap macam tu?

Abi
Ye la... Kalau ada mana-mana bahagian dari diri Akak, yang membuatkan Akak sedih, maksudnya bahagian tu diwarisi dari Abi atau Umi...

Akak
Abi ni... Bukan itu maksud Akak... Akak cuma sedih dengan diri Akak yang takde apa-apa kelebihan ni...

Abi
Siapa kata Akak takde kelebihan? Yang Akak buat hari-hari tu, bukan kelebihan ke?

Akak
Apa je la yang Akak buat hari-hari? Semua tu kan rutin harian? Semua orang boleh buat semua tu...

Abi
Betul, semua orang boleh buat semua tu... Tapi, Akak sorang je boleh buat semua tu... Orang lain, mungkin hanya mampu buat sebahagian daripada semua yang Akak buat selama ni... Nak kata banyak yang mereka perlu pelajari, Abi rasa itu tak tepat... Ada yang dah lama hidup, malahan jauh lebih lama berbanding Akak... Tapi, mereka masih memerlukan orang lain untuk melengkapkan rutin mereka... Malahan ada yang sanggup mengupah pembantu... Ada yang kononnya fokus pada belajar, balik dari sekolah mengharapkan makanan terhidang... Ada yang tak sanggup tolong ibu mereka memasak di hujung minggu... Nak buat ulangkaji kononnya... Ada juga yang tak sudi menolong adik-adik dalam pelajaran, sebab terlalu fokus dengan pelajaran sendiri... Tak ingin diganggu katanya... Tapi, Akak pandai... Balik sekolah, sediakan makan tengah hari untuk Abi, Umi dan adik-adik... Ada masa Akak belajar... Bila adik-adik tanya, Akak tak lokek... Hujung minggu, Akak boleh ‘join’ Umi masak-masak dan kemas rumah...

Akak
Tapi, Abi... Akak tak cemerlang dalam pelajaran... Akak ‘join’ sukan tu, sukan ni, asyik kalah je... Akak buat banyak perkara... Tapi, tak pernah berjaya... Pencapaian Akak dalam tu semua, biasa-biasa je...

Abi
Abi nak betulkan sikit... Akak BUKAN tak cemerlang dalam pelajaran... Cuma Akak bukan yang paling cemerlang dalam pelajaran... Bagi Abi, pencapaian Akak boleh tahan... Ada insan yang mengatakan pelajaran adalah matlamatnya... Tapi, bangkit tidur terpaksa dikejutkan ibunya, sarapan perlu disediakan sebelum dia ke sekolah, ke sekolah dihantar, balik sekolah dijemput... Pendek kata, insan tu paling cemerlang dalam akademik... Semua subjek, 100 peratus... Tapi, hubungan kekeluargaannya? Okey, mungkin itu tak menjadi isu dalam keluarganya... Tapi, macam mana pula potensi insan tu dalam bidang lain? Sukan, contohnya?
Pendek kata, Abi tak kisah nama dan gambar Akak tak tercatat sebagai Penerima Anugerah Akademik Terbaik, Anugerah Sukan Terbaik, Anugerah Kesenian atau apa saja anugerah... Bahkan, Abi tak kisah Akak tak berjaya mendapat markah tertinggi akademik, Akak tak berjaya mendapat pingat emas dalam sukan yang Akak sertai, dan Akak tak menjadi yang terbaik dalam apa jua yang Akak ceburi... Namun, kebanggaan Abi adalah bila nampak nama Akak tersenarai sebagai antara calon Anugerah Akademik, bila nama Akak tertulis dalam pasukan-pasukan sukan yang akak ceburi, bila nama Akak tercatat dalam kumpulan-kumpulan kesenian... Sejujurnya, Abi bangga dengan Akak... Abi mampu melihat nama Akak tercatat di mana-mana sahaja dalam majalah tahunan sekolah... Itu membuktikan anak Abi ni serba boleh... Pencapaian akademiknya konsisten, aktif bersukan dan berseni... Setidaknya, nama dan wajah Akak muncul dalam ingatan sesiapa sahaja yang ingin menubuhkan pasukan untuk apa jua perlawanan sukan, atau kumpulan untuk apa jua keseniaan, atau mungkin pasukan untuk apa jua acara akademik...

Akak
Kiranya, Akak ni ‘versatile’ la?

Abi
Lebih kurang, begitulah maksudnya... Tapi, Abi lebih suka katakan ia sebagai seimbang... Kerna Akak tak terlebih sini, tak terlebih sana... Kadang-kadang, Akak kurang sikit dalam satu aspek, tapi lebih sikit dalam satu aspek lain... Berbanding sesetengah orang, terlebih dan sangat menonjol dalam beberapa aspek, tapi gagal terus dalam aspek-aspek lain...

Akak
Baiklah, Akak faham... Terima kasih Abi...

Abi
Janji, Akak takkan sedih lagi?

Akak
Insya-Allah...

Abi
Sebelum Akak tidur malam ni, Abi nak Akak ingat satu perkara, jujur dari hati Abi... Akak bukan Yang Terbaik, kerna Yang Terbaik itu hanya menonjol sekali sekala... Tapi, Akak adalah Yang Sederhana, kerna Yang Sederhana sentiasa muncul di mana-mana... Sungguhpun ramai orang terlalu memandang tinggi Yang Terbaik, dan terlepas pandang Yang Sederhana seperti Akak, percayalah akan satu hakikat... YANG SEDERHANA LAH PALING PENTING UNTUK DUNIA INI... KERNA YANG SEDERHANA BUKAN SAHAJA MAMPU MENGIMBANGI HAL EHWAL DUNIA, TAPI SENTIASA ADA UNTUK BERKHIDMAT BILA-BILA MASA... Dengan adanya golongan Yang Sederhana, seperti Akak, Dunia tak perlu lagi menunggu Yang Terbaik untuk tiba di saat getir...

Nota:
Dengan adanya Yang Sederhana,
Tak perlu menunggu Polis Terbaik, kerna semua mampu membanteras jenayah...
Tak perlu menunggu Guru Terbaik, kerna semua mampu menyampaikan ilmu...
Tak perlu menunggu Bomba Terbaik, kerna semua mampu memadamkan api...
Tak perlu menunggu Doktor Terbaik, kerna semua mampu memberi rawatan kecemasan...
Tak perlu menunggu Saintis Terbaik, kerna semua mampu mengkaji...
Pendek kata, tak perlu menunggu... Kerna semua mampu...
Tak perlu menunggu Yang Terbaik, kerna mungkin akan terlambat...
Yang Terbaik itu terlalu sedikit untuk memenuhi kehendak ramai orang...
Namun, Yang Sederhana begitu ramai untuk bertindak...
TUNTUTLAH ILMU, AGAR KITA MAHIR DALAM BERBAGAI BIDANG...
DAN KITA TIDAK HANYA MENGHARAPKAN HADIRNYA INSAN YANG TERBAIK...
SELAIN ITU, HARGAILAH INSAN LAIN YANG MAMPU BERJASA KEPADA KITA, WALAUPUN KECIL...

AIR MATA CINTA...


Ya Allah,
Saksikanlah oleh Mu bahawa hamba ini menitiskan air mata, bukan kerna menyesali rahmat-Mu… Tapi, hamba ini teramat mensyukuri nikmat yang Dikau berikan… Betapa hamba ini bersyukur atas cinta yang Dikau titipkan pada diri ini, sehinggakan diri ini tidak mampu menahan air dari menitis, berguguran membasahi bantal…

Ya Allah,
Masih diri ini ingat... Cinta ini bermula dengan diri ini mendambakan dia sebagai pelengkap diri ini... Betapa diri ini dengki melihat kawan-kawan lain berteman, sungguhpun diri tahu perbuatan mereka itu mampu menjurus kepada gerbang maksiat... Diri ini cuba menahan jiwa dan diri dari godaan dan nafsu mengelodak, dengan mendambakan diri... Niat diri ini seakan baik, namun tidak sebegitu tulus... Betapa diri ini tidak sedar bahawan sebenarnya diri ini menganggapnya seperti alat untuk diri ini lari dari godaan wanita... Terima kasih kepadanya yang sudi meluahkan rasa, menyedarkan diri ini akan tulus niat sebenarnya... Alhamdulillah kepada-Mu Ya Allah, kerna memberi keberanian dan kekuatan kepadanya bersuara dan memberi kesedaran kepada diri ini sehingga diri ini mampu menerima tegurannya... Jika tidak, diri ini tidak akan mampu menyedari bahawa dirinya sebenarnya terkilan...

Kini diri ini sedar... Dan diri ini harap, kesedaran ini benar... Jika kesedaran ini masih tidak benar dan tulus, sudilah Dikau memberi petunjuk lagi, Ya Allah, kini diri ini sedar akan hakikat diri ini mencintai dirinya... Cinta ini, adalah kerna fitrah-Mu... Cinta ini, kerna menyempurnakan syariat Islam-Mu... Cinta ini, kerna seruan Rasulullah-Mu... Pendek kata, cinta ini kerna-Mu... Tiada maknanya cinta ini kepadaku sebenarnya, kerna di saat ajalku, ku bakal meninggalkan dia jua... Setidaknya, saat hujung nyawaku, ada yang dapat diri ini banggakan... Setidaknya, diri ini telah menepati sesuatu dalam hidupku, iaitu cinta-Mu, cinta ini... Cinta ini milik-Mu, diri ini dan dirinya juga milik-Mu... Terserah pada-Mu, melalui Qada’ dan Qadar-Mu, untuk menentukan pengakhiran tiga milik-Mu ini... Setidaknya, diri ini telah sedar akan hadirnya tiga unsur milik-Mu... Itu sangat ku syukuri... Kini, ku menadah tangan, memohon agar diri ini dan dirinya disatukan dengan cinta-Mu...

Masih diri ini ingat... Cinta inilah yang memulakan munajatku pada-Mu di malam hari... Ku sedar, ibadah seharusnya ikhlas kerana-Mu Ya Allah... Namun, setidaknya amalan itu telah bermula kerna cinta-Mu... Kini, ku belajar untuk ikhlas, dengan menyerahkan segalanya kepada-Mu, dengan tidak terlalu berharap... Kerna diri ini sedar, cinta ini milik-Mu, hatinya insan yang baik itu jua milikmu... Terserah pada-Mu untuk menyerahkan dan mempersatukan dengan hati ini atau tidak...

Alhamdulillah Ya Allah,
            Dirinya cantik, dan diri ini jatuh cinta padanya... Cantiknya, pada setiap lapis kain yang menutup dirinya, bukan pada lapisan kulitnya... Cantiknya, pada labuhan tudungnya, bukan pada urai rambutnya... Cantiknya, bukan kerna gelora nafsu yang menggelodak tatkala menatap dirinya... Namun cantiknya pada ketenangan yang hadir saat memandangnya... Ditambah lagi dengan ketenangan air mukanya, cukup untuk membuktikan betapa agungnya kuasa-Mu Ya Allah...

            Kecantikan dirinya dan ketenangan yang dikurniakan-Mu Ya Allah, benar-benar memberi kesan kepada diri ini... Sehinggakan kini, hati ini terlatih untuk merasakan insan yang tampil bertudung lebih cantik berbanding penampilan tidak bertudung dan insan yang tampil dengan menutup aurat secara sempurna lebih cantik berbanding insan yang menutup aurat secara ala kadar... Ku sedar, perubahan hati ini bermula sejak diri ini mencintai dirinya...

Ya Allah,
            Bukannya diri ini terlalu taksub, apa lagi memuja wujud dirinya... Sekadar meluahkan rasa bersyukur diri ini terhadap Mu Ya Allah... Bersyukur kerna kau anugerahkan kehadirannya dalam hidup diri ini, apa lagi sehingga kau titipkan rasa cinta dalam hati ini, terhadap insan secantik dan sebaik dirinya...

            Biarkan air mata ini terus mengalir Ya Allah... Kerna diri ini tahu air mata bukan simbolik kelemahan, tapi kerna cinta-Mu Ya Allah... Semoga air mata ini terus mengalir, agar ku tahu Maha Agungnya Mu Ya Allah... Agar ku tahu kecintaan yang hadir dalam diri ini adalah kerna kecintaan-Mu Ya Allah...

Ya Allah Ya Rahmanurrahim,
            Kini diri ini redha... Sesungguhnya, cinta ini cinta-Mu Ya Allah... Seandainya diri ini tidak layak untuk dirinya, sekiranya diri ini tidak layak memiliki cinta ini, ku redha dengan ketetapan-Mu, kerna Kau Maha Mengetahui akan hamba-hamba Mu... Seandainya cinta itu untuk diri ini, sekiranya diri ini punya rezeki untuk cinta bahagia hidup bersamanya diberkati-Mu, diri ini amat bersyukur Ya Allah... Telah diri ini syukuri, biarpun harus menanti...

            Istikharah diri ini menggambarkan dirinya... Kini, ku berhajat untuknya... Sesungguhnya Allah Maha Pencinta, Maha Mulia, sesempurna segalanya...

ENGKAU SATU CINTA... YANG SELAMANYA AKU CARI... TIADA WAKTU KU TINGGALKAN DEMI CINTAKU KEPADAMU... WALAU SERIBU RINTANGAN YANG MENGHADANG DALAM DIRI, KU TEGUHKAN HATI INI HANYA PADAMU... KU PASRAHKAN...

Cinta insan cinta Allah...
Cinta mungkin hadir tanpa disedari, tanpa dipinta...
Dinasabkan cinta agar insan lebih tenang dan bahagia...
Ubah diri ke arah lebih baik, dengan cinta...
ALHAMDULILLAH, syukuri nikmat yang tidak terkira...
Biarpun mungkin ramai yang tidak menyedari hakikat cinta pada diri mereka...
Cinta itu tetap ada untuk dipunya, dalam doa...
[kini ku pinta, satukanlah hatiku dan hatinya, dengan cinta milik-Mu Ya Rabbi...]

Nota:
Bukanlah perkongsian ini bertujuan berbangga atau ujub dengan apa yang ada... Bukan bertujuan menunjuk-nunjuk... Namun, ingin diri ini kongsikan nikmatnya cinta Allah... Ingin diri ini sampaikan betapa kita harus menghargai kurniaan Allah ini, selagi Allah SWT masih ingin mencurahkan kurniaan-Nya... Hargailah dan sentiasalah bersyukur berdoa sebelum Allah SWT menarik nikmat itu dari kita, kerna kita hanya hamba-Nya yang lemah... Pupuklah cinta, walaupun masanya dirasakan belum tiba...
(Imam Ghazali mendidik puterinya tentang cinta 10 tahun sebelum puterinya layak bercinta) Renung-renungkanlah, semoga Allah berkati...

BURUNG KECIL ITU…


Terkenangkan satu bahagian kisah Nabi Ibrahim...
Ketika Nabi Ibrahim AS dibakar oleh Firaun, ada seekor burung kecil menggunakan paruhnya untuk mengambil air dan menitiskan air itu ke atas api yang sedang marak... Pabila ditanya kenapa ia berbuat demikian sedangkan tindakannya itu tidak sedikitpun terlihat terkesan ke atas api... Tindakannya dianggap sia-sia... Jawab burung kecil itu, setidaknya ia berbuat sesuatu berbanding hanya melihat...

            Persoalannya, kenapa burung kecil itu tidak menyuruh gajah, yang besar, yang punya belalai, yang mampu menyedut lebih banyak air untuk memadamkan api itu? Apa pendapat saudara dan saudari sekalian?
            Jawapan saya, kerana burung itu tak nak cakap je... Burung kecil itu ingin berusaha dengan apa adanya pada ia... Burung kecil itu merasakan tanggungjawabnya dalam membantu Nabi Ibrahim AS... Burung itu tidak ingin melepaskan tanggungjawab dengan hanya mencari gajah dan berkata, “Gajah, kau mampu memadamkan api tu... Gunakanlah kelebihan kau tu untuk menyedut air dan memadamkan api tu...”.
            Burung kecil itu sebenarnya memberi pengajaran berguna kepada kita semua... Tanggungjawab tidak menanti insan yang sempurna... Apa yang penting, bukan kejayaan, tetapi usaha... Dalam sesuatu tanggungjawab, semua insan mampu berusaha, dengan kelebihan masing-masing... Walaupun hasilnya sukar terlihat, atau tidak tertampak, sekurangnya kita berusaha...
            Insya-Allah, tiada yang sia-sia dalam usaha ke arah kebaikan... Kadang-kadang, sekecil-kecil peluru lebih mampu membunuh berbanding sebesar-besar jerat... Sedangkan sebesar-besar senapang tidakkan mampu digunakan untuk menembak, tanpa sekecil-kecil picu... Maksudnya, berusahalah walaupun usaha kita hanya kecil di mata insan lain... Siapa tahu, usaha kecil kita mampu memberi impak yang besar dalam usaha kebaikan... Boleh jadi, sekecil-kecil usaha kita diperlukan untuk pergerakan sesuatu jentera kebaikan...
            Usahlah kita hanya diam menantikan kehadiran insan yang TERBAIK untuk melaksanakan sesuatu... Semampu kita berusaha, kita usahakan...  Insya-Allah, usaha kita akan dikira sebagai pahala, sebagai bekalan kita di akhirat nanti... Siapa tahu, usaha kecil kita tu mungkin menjadi bekalan kita sepanjang hidup ini... Dalam berusaha, mungkin kita belajar sesuatu untuk pedoman hidup... Itu pastinya lebih baik, berbanding insan lain yang menantikan masa untuk mencurahkan bakti berimpak besar. Mereka telah melepaskan peluang untuk belajar sesuatu, kerna mereka terlambat dalam berusaha...
Seperkara lagi, pernahkah kita terfikir akan sesuatu? Mengapa Allah SWT temukan kita dengan sesuatu perkara atau cabaran? Mungkinkah perkara atau cabaran itu didedikasikan kepada kita? Jika demikian, mengapa kita mengelak darinya? Sesuatu perkara atau cabaran yang ditemukan dengan kita oleh Allah SWT, adalah untuk kita usahakan dan kita belajar, setidaknya belajar bagaimana untuk mendapatkan bantuan atau siapa yang boleh kita minta bantuan dan menemani kita sepanjang perjuangan... Tidak sesekali ia ditemukan dengan kita, untuk kita elakkan...
            Begitulah seharusnya kita dalam hidup ini... Tidak hanya dalam usaha kita, tetapi juga dalam menghargai insan sekeliling kita... Janganlah sekali-kali memperkecilkan usaha insan lain... Apatah lagi, hakikatnya tidak layak kita mentertawakan seseorang kerana kita anggap usahanya sia-sia... Jika kita benar-benar yakin usahanya sia-sia, nasihatilah insan itu elok-elok, dengan sebaik-baik nasihat... Tetapi, janganlah sekali-kali kita memperlekehkan insan itu, kerna kita tak tahu dan mungkin kita tak sedar apa yang telah dia belajar dalam tempoh usahanya...
            Kadang-kadang, kejayaan mengambil masa... Kita mungkin mampu usahakan sesuatu dalam masa sehari, sedangkan teman kita mengambil masa seminggu mengusahakannya... Namun, janganlah kita terlalu berbangga, kerna mungkin hasil usaha kita bergred B sedangkan hasil usaha teman kita bergred A... Sungguhpun kita mampu mengusahakan sesuatu dalam masa singkat dan mencapai gred A, kita masih tidak layak untuk terlalu berbangga kerna teman kita mungkin mengusahakan sesuatu itu dalam tempoh yang agak lama, namun hasilnya berbilang-bilang atau bertali arus dan berkaitan dengan perkara lain... Kita masih layak berbangga dengan usaha kita, namun kita tidakkan pernah memperlekehkan usaha insan lain kerna ada hikmah di sebalik segala sesuatu...
            Dalam soal berbuat silap, semua insan berbuat silap... Namun, silap seseorang insan akan nampak begitu besar, hanya kerna ia digembar-gemburkan... Kalau ada yang silap, seharusnya pembetulan dilakukan dalam keadaan sulit atau setidaknya secara terhormat... Rugi RM 1 daripada RM 10, tidak sama dengan rugi RM 1 juta daripada RM 10 juta, walaupun kedua-dua kerugian adalah 10% daripada jumlah asalnya... Akan tetapi, pertimbangan kerugian itu adalah tertakluk pada setiap individu... Ada insan yang memperkatakan kerugian RM 1 sehingga sekampung, sedangkan kerugian RM 1 juta didiamkan... Ada juga insan yang memperkatakan kedua-dua kerugian, namun tidak bertindak... Ada insan yang memperkatakan kedua-dua kerugian, dan turut memperkatakan tindakannya... Ada juga segelintir insan yang mendiamkan kedua-dua kerugian, namun dalam diam bertindak... Apa jua pertimbangan dan tindakan, terpulang kepada individu dan keadaan, dan pastikan tidak bertujuan untuk kepentingan peribadi...
            Rasanya, cukuplah celoteh saya kali ini... Apa yang saya ingin sampaikan, USAHA TETAP USAHA, TIDAK MENGIRA USAHA KECIL ATAU USAHA BESAR... Yang penting, kita sedar tanggungjawab kita berdasarkan kebolehan kita... Penciptaan manusia punya tujuan tersendiri, bukan sia-sia... Sekalipun sehingga saat ini, kita masih tidak menyedari kebolehan kita, tiada salahnya kita berusaha... Apa yang penting, kita sudi belajar sepanjang perjuangan kita... Apa yang penting juga, kerjasama... Sudilah membantu perjuangan teman-teman kita, kerna ia juga satu usaha ke arah kemajuan insan... Lebih baik kita fokuskan kepada kekuatan kita ke arah kebaikan, berbanding terlalu asyik menyebut kelemahan insan lain... Selain itu, janganlah sesekali kita menyesali kelemahan kita, kerna kita masih mampu belajar dari kehidupan...

RM 9.90 masih bukan RM 10, tanpa RM 0.10...
Satu set ‘puzzle’ memerlukan kepingan bermacam bentuk, berbilang saiz...
Satu angkatan tentera merupakan satu pasukan askar dari jawatan prebet sehingga Mejar Jeneral (atau jawatan yang lebih tinggi)...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal