AYAH, IBU & DIRI AWAK

Lembut dan cantik rambut awak?

Tanyalah ibu yang mengusap kepala awak.

Tanyalah ayah yang menggunting dan mencukur rambut awak.

Tapi, mengapa awak bertanya pada kawan-kawan?


Halus dan putih kulit awak?

Tanyalah ibu yang membelai kulit awak.

Tanyalah ayah yang melihat awak bermain di waktu petang.

Tapi, mengapa awak bertanya kawan-kawan awak?


Gemuk atau kurus badan awak?

Tanyalah ibu awak yang menyuapkan awak.

Tanyalah ayah yang membelikan makanan yang sedap untuk awak.

Tapi, mengapa awak bertanya pada kawan-kawan?


Tinggi atau rendah diri awak?

Tanyalah ibu yang mendukung awak.

Tanyalah ayah yang menggendong awak.

Tapi, mengapa awak bertanya pada kawan-kawan?


Cantik atau tidak kaki awak?

Tanyalah ibu yang mengajar awak berjalan.

Tanyalah ayah yang memangku awak supaya tidak jatuh?

Tapi, mengapa awak bertanya kawan-kawan awak?

SEUMUR HIDUP SAYA

Aisyah,

Saya panjatkan kesyukuran pada Allah

Kerna Dia kurniakan awak,

Sebagai penyeri hidup saya,

Sebagai peneman saya dalam hidup ini,

Kini diri saya bahagia dengan awak di sisi.


Aisyah,

Saya ingin awak tahu,

Bahawa awak telah membuka hati saya,

Lama dulu, saya fikir bercinta ni sangat melalaikan,

Tapi, segalanya berubah saat awak hadir.


Aisyah,

InsyaAllah, saya berjanji,

Untuk seumur hidup saya,

Saya akan bersama awak,

Tidak kira senang atau susah,

Saya kan kekal di sisi awak,

Penuh ketulusan dan kejujuran.

InsyaAllah...

Hingga akhir hayat saya,

Saya akan mencintai awak,

Kan tetap mencintai awak.


Aisyah,

Untuk seumur hidup saya,

Tak kira siang atau malam,

Saya amat bersyukur,

Kerna Allah buka mata saya,

Kini dan selamanya,

Saya kan tetap ada di saat awak memerlukan.


Aisyah,

Dalam hati saya,

Tatkala terfikirkan awak,

Saya tersangat bahagia,

Saya doakan

Moga Allah rahmati kita,

Moga Dia berkati apa jua yang kita lakukan,

Kerna awaklah penyeri hidup saya,

Peneman hidup saya

Dan awak ilham saya,

Saya sentiasa doakan kita dapat bersama selamanya,


HAIKAL

Ilham : For The Rest of My Life (Maher Zain)

PERSEDIAAN MENEMPUH PEPERIKSAAN

Di awal pagi, sekiranya tersedar sebelum Subuh, bangunlah untuk solat sunat hajat. Sekiranya mampu, solat-solat sunat dan qiamulail amatlah digalakkan.
Sekiranya terasa sangat malas untuk bangun solat sunat, cubalah untuk terus sedarkan diri dan berzikir ingatkan Allah s.w.t.

Bila waktu Subuh telah masuk, bangun untuk berwuduk dan solat Subuh. Gunakan waktu Subuh secara maksimum untuk cuba khusyuk dan berdoa.
Bacalah bacaan-bacaan solat penuh tertib dan berdoalah penuh hati selagi waktu Subuh belum berakhir.

Selepas solat Subuh, baca al-Quran sekurang-kurangnya sehelai.
Sekiranya terlalu mengantuk, cium al-Quran, baca Bismillahirrahmanirrahim dan pejamkan mata buat seketika. Dalam hati, niatkan akan kembali baca al-Quran setelah hilang mengantuk. Selepas hilang mengantuk, terus baca al-Quran (pastikan diri masih berwuduk).

Selesai baca al-Quran, mandi.
Mandi di awal pagi (Sebaik-baiknya dengan air sejuk) amat bagus untuk badan. Jangan lupa untuk baca doa masuk tandas.

Sesudah mandi, lap badan sehingga betul-betul kering. Baca Bismillahirrahmanirrahim, mula sarung pakaian.
Sambil menyarung pakaian, fikir apa yang ingin diulangkaji pagi ini. Contohnya, ingin baca nota-nota kuliah sehingga habis atau ingin buat latihan tentang topik tertentu.

Siap sarung pakaian, sarapan. Ingat, sarapan cukup untuk menghilangkan lapar. Jangan sehingga terlalu kenyang.
Sarapan sangat penting dalam hidup. Jangan biarkan perut lapar di awal pagi. Bersarapanlah walaupun sikit.

Selesai sarapan, siap sedia untuk ulangkaji. Baca Bismillahirrahmanirrahim, buka nota dan mula ulangkaji.
Sekiranya rasa bosan, palingkan muka seketika dan istighfar. Cuba ingat kembali apa yang telah diulangkaji. Bila dah hilang bosan, teruskan ulangkaji.

Beberapa minit sebelum masuk waktu Zohor, berhenti ulangkaji. Rehat sekejap.
Tak mengapa walaupun belum siap ulangkaji. Baca Bismillahirrahmanirrahim, niat akan sambung ulangkaji selepas solat Zohor.

Bila dah masuk waktu Zohor, solat Zohor.
Sekali lagi, gunakan waktu Zohor secara maksimum tertib dan berdoa sepenuh hati.

Sesudah solat Zohor, boleh sambung ulangkaji.
Ulangkaji sehingga habis apa yang diniatkan pagi tadi.

Selesai ulangkaji, bangun dan makan tengah hari. Berjumpalah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang mungkin tak sempat jumpa sebelum dan semasa ulangkaji tadi.
Supaya kita dapat memotivasikan diri kita. Sedari bahawa kita tidak keseorangan dalam hidup ini. Berinteraksi sesama insan mengingatkan kita akan agungnya Allah s.w.t dalam penciptaan makhluk-Nya.

Setelah masuk waktu Asar, solat Asar.
Jangan lupa untuk cuba solat dan berdoa penuh khusyuk.

Sesudah solat Asar, keluar untuk menikmati keindahan alam atau beriadah.
Menikmati keindahan alam dan riadah juga mengajar kita untuk bersyukur dan sentiasa ingat Allah s.w.t. dengan mengagumi alam ciptaan-Nya.

Menjelang waktu Maghrib, bersiap sedia untuk solat. Solat Maghrib apabila telah masuk waktu.
Walaupun diri mungkin letih, cubalah sebaik mungkin untuk khusyuk bersolat dan berdoa.

Sesudah menunaikan solat Maghrib, makan malam.
Makan malam sangat penting untuk memberi kita tenaga untuk ulangkaji nanti. Namun, jangan sehingga terlalu kenyang (kita mungkin akan mengantuk).

Apabila siap makan malam, rehat kejap untuk pencernaan yang baik sambil menunggu waktu Isya’. Sambil istirehat, boleh zikir dan istighfar mengingati Allah. Sekiranya sempat baca al-Quran, itu sememangnya terbaik...
Berilah peluang kepada sistem badan kita dengan makan malam dan rehat sekejap. Ingat, sistem badan kita adalah elemen penting yang akan menyokong kita dalam hidup. Jadi, pastikan kita mendapat sokongan yang terbaik.

Apabila telah masuk waktu Isya’, solat penuh khusyuk dan berdoa penuh tawadduk.
Solat Isya’ di awal waktu walaupun waktu Isya’ adalah waktu solat yang paling lama. Ini bagi memastikan kita tidak lupa nanti.

Selesai solat Isya’, ulangkaji sehingga rasa mengantuk (Jangan lupa untuk baca Bismillahirrahmanirrahim sebelum mula ulangkaji).
Sesekali apabila rasa bosan, keluarlah berjalan sambil cuba ingat apa yang telah diulangkaji. Jangan lupa untuk istighfar, ingat Allah. Mudahan Dia memberi ilham dan kelapangan. Sambung ulangkaji apabila rasa bosan telah mula reda.

Apabila mata telah betul-betul mengantuk, tidur. Ingat untuk baca doa sebelum tidur.
Tidak mengapa jika tidak habis ulangkaji sebelum tidur. Baca Bismillahirrahmanirrahim, mohon kepada Allah supaya kita diberi kelapangan untukmenyambung ulangkaji pagi esok. Ingat Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku dalam Qada’ dan Qadar-Nya pasti ada hikmah.

ps: Boleh selitkan baca al-Quran setiap kali selepas solat.

Kesimpulannya, sentiasalah INGAT ALLAH... Setiap yang berlaku dalam ketentuan-Nya. Kita sebagai insan hanya mampu berusaha sebaik mungkin. Yang penting, sentiasa yakin bahawa Dia akan selalu membantu kita dalam setiap urusan.

Kita ada Allah. Penganut agama lain takde Allah...(Aziz Nor, 2008)

COMELNYA AWAK

Aisyah,
Saya tak pernah kisah...
Kaki awak kecil atau tidak...
Sebab bagi saya,
Awak nampak sangat comel berstoking dan bersandal atau berkasut...

Aisyah,
Saya tak pernah kisah...
Betis awak bunting padi atau tidak...
Sebab bagi saya,
Awak nampak sangat comel berkain labuh...

Aisyah,
Saya tak pernah kisah...
Badan awak langsing atau tidak...
Sebab bagi saya,
Awak nampak sangat comel berjubah...

Aisyah,
Saya tak pernah kisah...
Kulit awak putih atau tidak...
Lengan awak nampak lembut atau tidak...
Sebab bagi saya,
Awak nampak cantik bersarung lengan...

Aisyah,
Saya tak pernah kisah...
Dada awak bidang atau tidak...
Leher awak jinjang atau tidak...
Rambut awak ikal atau tidak...
Sebab bagi saya,
Awak nampak sangat comel bertudung labuh...

Aisyah,
Saya tak pernah kisah...
Muka awak bulat atau tidak...
Pipi awak tembam atau tidak...
Hidung awak mancung atau tidak...
Sebab bagi saya,
Awak nampak comel bila berpurdah...

Aisyah,
Saya tak pernah kisah...
Mata awak bulat atau sepet...
Sebab bagi saya,
Sinar mata awak menyebabkan saya takut untuk melihatnya...

Yang Ikhlas,
HAIKAL

IKHLAS

IKHLAS Umpama Semut Hitam Dia Atas Batu Hitam Di Malam Kelam
Sebuah perumpamaan yang biasa kita dengar kan? Satu perumpamaan yang biasa digunakan setiap kali isu ‘ikhlas’ dibangkitkan. Bagi yang biasa melafazkan atau berpegang pada perumpamaan ini, apa yang cuba diluahkan adalah ikhlas itu tidak terlihat oleh orang lain. Yang mengetahui ikhlas itu hanyalah empunya diri dan Tuhan Yang Maha Mengetahui. Soalnya, cukupkah pemahaman ini? Teguhkah dengan berpegang pada pemahaman ini? Atau mungkin yang lebih persis, selamatkah kita dengan melafazkan kata-kata ini dan menyebabkan empunya diri yang melafazkan rasa ‘ikhlas’ itu serba salah?
Suka saya berkongsi pemahaman tentang perumpamaan ini. Renungkan dan tegurlah saya jika saya salah. Yang penting, sama-sama kita berubah...

Semut Hitam : Sangat kecil sehingga tidak kelihatan. Hadirnya seolah tidak wujud. Apa la nilai si semut hitam jika dibandingkan dengan besarnya batu. Dirinya tidak memberi apa kesan pun ke atas batu. Sungguhpun hadirnya dalam kelompok yang banyak.
Semut Hitam umpama ‘ikhlas’. Hadirnya walaupun mungkin bukan sekali ia ada, tetapi berkali-kali, langsung tidak disedari...

Batu Hitam : Tersangat keras. Dari saat pertama si semut hinggap di atasnya sehingga si semut mungkin mati, ia tidakkan pernah merasa wujudnya si semut padanya.
Batu Hitam umpama diri insan yang ditunjukkan rasa ‘ikhlas’. Dirinya sangat keras sehingga dia ia tidak merasa ‘ikhlas’ itu. Atau mungkin dirinya tidak pernah menghiraukan hadirnya ‘ikhlas’ itu...

Malam Kelam : Kelamnya dan suramnya malam itu sehingga menyebabkan wujud semut tidak disedari. Sungguhpun si semut tetap ada, tiada gunanya kerana gelap malam menyebabkan ia seolah-olah tiada. Bagi mereka yang tidak pernah mengetahui atau merasa hadirnya semut di situ, logik bagi mereka merasa semut tiada di situ. Atau mungkin merasa tidak akan percaya wujudnya semut di situ. Bayangkan bagi pendatang baru. Semestinya mereka tidak akan tahu wujudnya sang semut di situ.
Malam Kelam umpama masyarakat. ‘Suramnya’ masyarakat menyebabkan ‘ikhlas’ semakin hilang dari persepsi seseorang. Gejala masyarakat menenggelamkan ‘ikhlas’ dari mata seseorang. Ramai hari ini, seolah-olah tidak percaya wujudnya ikhlas melainkan mereka pernah merasa ‘ikhlas’ itu. Bayangkan generasi muda yang baru dalam masyarakat yang tidak pernah merasa ‘ikhlas’. Melihat pada keadaan masyarakat hari ini, logik bagi mereka untuk tidak mempercayai ‘ikhlas’. Logik bagi mereka untuk merasa tiada unsur ‘ikhlas’ dalam masyarakat.

Awak, kasihan kepada mereka yang ‘ikhlas’. Kerana ‘ikhlas’ yang cuba mereka tunjuk tidak terlihat dan tiada nilai... Kasihan bagi mereka yang mencari-cari ‘ikhlas’. Kerana mereka mungkin tidak akan menjumpai ikhlas itu...
Soalnya, salah siapa? Salah mereka yang cuba meluahkan ‘ikhlas’ ke? Hanya kerana ‘ikhlas’ itu abstrak dan hanya ‘ikhlas’ itu tidak dapat ditafsir pada fizikal? Salah mereka (kita) yang tidak pandai mentafsir ‘keikhlasan’? Hanya kerana kita tegar hati dengan ingatan supaya tidak mudah tertipu? Atau mungkin salah masyarakat (kita lagi) kerana mencemarkan imej masyarakat (kita) sendiri dengan menipu dan mengambil kesempatan atas kepercayaan orang lain?
Sama-sama kita fikirkan walaupun kita sudah tahu jawapannya. Fikir dalam-dalam dan mulalah bertindak. Sudah banyak yang kita khianati. Sudah ramai yang tersiksa batinnya kerana perbuatan khianat kita.
Awak, ‘ikhlas’ satu benda yang sangat abstrak. Hanya kepercayaan mampu mentafsirnya. Dan kepercayaan teramat sensitif kerana sedikit khianat mampu menyebabkan kepercayaan goyah dan mungkin lupus terus dari seseorang insan.
Mulalah berubah menjadi ahli masyarakat yang baik. Ajaklah kawan sekeliling berbuat perkara baik. Kembalikan kepercayan semua orang ke tahap yang optimum sebelum semuanya terlambat dan semua hilang rasa percaya akan orang lain dan melenyapkan terus ‘ikhlas’ dari kehidupan manusia.
Awak, jadilah ahli masyarakat yang berguna. Caranya sangat mudah. Ikhlaskan diri awak dengan sebenar-benar ikhlas. Jangan pernah cuba untuk mengambil kesempatan terhadap orang sekeliling. Jangan hancurkan kepercayaan orang lain.

ps: Hanya orang yang ikhlas dapat melihat keikhlasan orang lain

WANITA IDAMAN SAYA


Dalam satu forum, H membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Wanita Solehah Zaman Kini’. Sebaik sahaja pembentangannya selesai dan sesi soal jawab dibuka, seorang wanita bangun bertanya. “Saudara H, saya suka pembentangan saudara. Bagus isi-isinya. Saya hanya tertanya-tanya, apakah ciri-ciri wanita idaman saudara?

“Terima kasih kepada saudari yang bertanya”. Sambil tersenyum, H menjawab, “Wanita idaman saya adalah seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri yang tiada pada diri saya. Namun, apa ciri-ciri yang ada pada saya bukanlah apa yang kurang pada dia.

Wanita tadi bertanya lagi, “Semestinya dia adalah seorang wanita yang sempurna kan?”.

H menjawab penuh tenang, “Seharusnya, dia bukanlah seorang yang sempurna supaya dia masih boleh menerima saya sebagai teman hidupnya. Sekiranya dia seorang yang sempurna, pastinya dia tidak memerlukan insan bernama lelaki dalam hidupnya”.

MENGAPA MESTI TUTUP AURAT?

Mengapa mesti bertudung? Rambut kan mahkota wanita.
Benar, rambut adalah mahkota wanita. Disebabkan terlalu ingin menjaga ‘mahkota’ ini untuk dipamerkan kepada semua orang, wanita menghabiskan banyak masa untuk menguruskannya. Sebagai contoh, wanita semestinya tidak ingin sehelai pun rambutnya terpacak sedangkan rambut yang lain kelihatan rapi. Jadi, mengapa tidak bertudung? Padahal persiapan untuk menggayakan tudung lebih cepat berbanding persiapan untuk menggayakan rambut.
Satu fakta yang semua orang harus tahu. Rambut lebih mudah berserabut berbanding tudung. Jadi, wanita yang tidak bertudung kerap rimas untuk merapikan kembali rambutnya yang berserabut dek angin. Bagi wanita bertudung, merapikan tudung tidaklah terlalu merimaskan kerana tudung yang berserabut dek angin tidak memerlukan perapian kembali yang banyak.
Selain itu, bukankah rambut adalah salah satu elemen yang sangat sensitif bagi wanita? Rambut senang rosak jika terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Jadi, mengapa tidak bertudung untuk mengelakkan rambut cepat rosak? Mungkin wanita tidak tahu, rambut juga kusut jika aliran neuron otak bermasalah atau fikiran berserabut. Jadi, setiap helai rambut yang kusut menunjukkan bahawa masalah pada pemikiran sesorang itu. Satu persoalan. Mampukah kita kekal tenang bagi memastikan rambut kekal rapi? Mengapa tidak tutup kepala supaya tiada sesiapa dapat mengagak apa yang berlaku dalam pemikiran kita?
Ramai wanita yang berpendapat bertudung menyebabkan kepala mereka cepat panas. satu fakta yang wanita-wanita ini lupa adalah, wanita yang tidak bertudung memerlukan gel atau krim untuk memastikan rambut mereka kekal rapi. Gel dan krim rambut mengurangkan kadar pernafasan rambut yang memberi kesan kepada kulit kepala, menyebabkan kepala cepat panas yang mengganggu daya pemikiran.
Namun, cukupkah sekadar bertudung ala kadar? Jawapannya, TIDAK! Sebenarnya menampakkan rambut amat berbahaya bagi wanita. Sedarkah kita bahawa salah satu unsur dalam menentukan personaliti dan kesuburan wanita terletak pada rambutnya? Fakta ini tidak asing bagi kebanyakan lelaki dan generasi yang berilmu.

Apa kena-mengena leher dalam aspek aurat wanita? Mengapa wanita tidak boleh menampakkan lehernya?
Seharusnya semua sedar bahawa leher tersangat sensitif. Apatah lagi leher wanita. Hakikatnya, leher wanita juga menjadi penunjuk betapa suburnya wanita tersebut. Semakin sensitif leher seorang wanita itu, semakin suburlah dia. Perubahan suhu sekitar sangat mempengaruhi leher wanita tersebut. Jadi, wanita seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menutup lehernya sebaik mungkin kerana ketidakseimbangan pengaliran darah pada leher sangat memberi kesan kepada keseimbangan elemen dalam badan.

Mengapa wanita perlu melabuhkan tudungnya sehingga menutup dada?
Dada wanita sangat sensitif kepada sentuhan apatah lagi tekanan berbanding dada lelaki. Sejujurnya, bahagian dada wanita menarik minat lelaki lebih berbanding muka dan bentuk badannya. Hakikatnya, dada wanita sangat mempengaruhi bentuk badannya. Jadi, kita harus sedar mengapa gejala rogol hari ini begitu berleluasa.

Mengapa bahagian lengan wanita perlu ditutup?
Tangan adalah bahagian yang banyak bekerja dalam kehidupan seharian kita. Jadi, semestinya, ada urat-urat atau otot-otot pada tangan yang akan timbul sedikit. Ini bergantung pada kekuatan dan berapa kerap ia digunakan. Bagi wanita, tidak perlulah menunjukkan bahagian lengannya kerana ia adalah RAHSIA.
Sesetengah wanita sangat bangga kerana mempunya lengan yang licin dan tidak berotot. Bagi mereka, ini suatu kecantikan yang patut dipamerkan. Betapa yakinkah mereka bahawa lengan mereka itu cantik? Ada juga sesetengah yang berpendapat mempunyai lengan berotot itu lebih baik. Lalu mereka menunjuk-nunjuk lengan mereka yang berotot. Bentuk lengan tidak membuktikan kecantikan seseorang.
Ingat! Cantik itu subjektif tetapi sihat itu objektif. Dengan melihat pada lengan seseorang wanita itu sahaja, seseorang mampu memutuskan betapa lancar dan stabilnya hormon wanita tersebut. Sesetengah wanita tahu hakikat ini, namun ramai lelaki yang arif bab ini.

Mengapa wanita perlu berpakaian longgar dan tidak boleh menampakkan susuk tubuhnya? Berpakaian longgar akan menampakkan seorang wanita itu lebih gemuk.
Susuk tubuh adalah aset berharga semua orang. Satu prinsip mudah bagi susuk tubuh. ‘BIAR NAMPAK GEMUK, JANGAN NAMPAK BOROI’. Hakikat pemakaian adalah berpakaian ketat akan menampakkan seorang itu boroi. Samada kita sedar atau tidak, orang yang gemuk juga cantik. Tapi, orang boroi tidak cantik sama sekali. Jadi, jika ingin nampak cantik, jangan kelihatan boroi. Salah satu cara supaya tidak kelihatan boroi adalah berpakaian longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh. Kelihatan boroi bukan hanya bagi mereka yang gemuk, tetapi juga bagi mereka yang kurus. Pendek kata, selagi ada perut, selagi itu ada peluang kelihatan boroi. Hatta tidak makan pun ada peluang kelihatan boroi kerana perut akan diisi dengan angin.

Mengapa wanita dan lelaki perlu menutup dari pusat hingga lutut?
Kerna di situ terdapat aset paling penting wanita dan juga lelaki. Satu fakta yang mungkin ramai tidak tahu, kesuburan alat sulit manusia juga boleh dinilai dari pusatnya dan juga lututnya. Tidak kurang yang tahu hakikat ini. Jadi, tutup bahagian antara pusat hingga lutut ini sebaiknya supaya anda SELAMAT.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa bahagian paha adalah sensitif. Apa yang berlaku pada paha agak mempengaruhi sistem sulit lelaki dan wanita. Sistem ejakulasi lelaki atau wanita mampu terbantut jika lutut dan pahanya diusik dengan cara tertentu.
Hakikatnya, terdapat bahagian pada lutut lelaki dan wanita yang terkandung rahsia yang agak besar. Di situ terdapat tanda-tanda yang menunjukkan tahap sistem pembiakan lelaki dan wanita. Percaya atau tidak, sekiranya sesuatu berlaku pada aliran sistem pembiakan lelaki atau wanita, ia tertonjol pada bahagian lututnya.

Mengapa wanita perlu menutup keseluruhan bahagian kakinya?
Betis termasuk dalam bahagian yang menyokong badan. Jadi urat-urat dan dan bentuk kaki seseorang mampu menonjolkan apa yang ada pada badan seseorang. Ini teramat bahaya bagi wanita kerana sistem dalaman wanita kerap kali terganggu. Sudah semestinya wanita tidak mahu sesiapa mengetahui apa yang berlaku dalam badannya. Jadi, tutuplah bahagian kaki sebaik mungkin.
Sebagai bahagian paling bawah badan dan menjadi anggota badan yang paling rapat dengan bumi, banyak toksik berkumpul pada kaki. Kaki seseorang mungkin nampak putih dan lembut, tetapi ini tidak membuktikan sistem dalaman badannya tiada masalah. Kaki yang putih dan lembut itu mungkin kerana sistem dalaman badannya sangat bermasalah. Seperti lengan, kaki juga mampu menjadi petunjuk betapa stabilnya hormon seseorang wanita itu.

Mengapa suara wanita itu termasuk sebagai salah satu auratnya?
Pada suara seseorang wanita itu, terdapat satu tahap yang sangat SEKSI dan merangsang nafsu lelaki. Wanita mungkin tidak sedar hakikat ini dan merasakan semua suara adalah sama. Akan tetapi, lelaki amat peka akan perkara ini. Oleh sebab itu, lelaki senang tertarik kepada suara wanita. Tidak kurang kejadian rogol yang berlaku kerana si lelaki tertarik pada suara sang wanita yang lunak sebelum menyedari bahawa wanita itu cantik lalu merogol wanita malang tersebut.
Yakinkah wanita-wanita di luar sana untuk mengawal tona suara anda? Latihan vokal tidak menjaminkan apa-apa kerana tahap suara ‘memikat’ itu di luar kawalan dan sangat subjektif. Cara yang paling berkesan, simpan suara anda dan berpadalah...

AKHIR KATA :Mengapa wanita itu dikatakan fitnah dunia? Kerana pada susuk badan wanita itu sendiri ada banyak perkara yang boleh ditafsir. Jadi, kepada WANITA dan juga LELAKI, LINDUNGILAH ANGGOTA BADAN ANDA SEBAIK MUNGKIN supaya tidak ditafsir sesiapa. Lebih teruk sekiranya KITA DISALAH TAFSIR.

KESIMPULAN : Jika kita mempunyai aset berharga terutama badan kita, biarlah hanya orang yang berhak melihatnya. Bagi wanita, suami mithali adalah orang yang paling layak untuk melihat aset wanita. Bagi lelaki, isteri solehah adalah orang yang paling berhak. Biarlah aset kita kekal sebagai rahsia dan suatu misteri bagi orang lain kerana mereka tidak layak untuk melihatnya. Aset kita bukan hak mereka.

ps: Teringat kata-kata ustaz, “Antara aras-aras aurat itu ada sesuatu yang sangat perlu ditutup dan dibiarkan menjadi misteri bagi orang yang melihatnya”.
pss: Kadang-kadang, kita tidak perlu masuk kelas untuk belajar sesuatu. Kadang-kadang, kita berpeluang belajar banyak perkara yang tidak dipelajari oleh orang lain.

SEANDAINYA SEMUA INI BENAR

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak-anak & isteri sedang berkumpul di ruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi-sepoi yang menghembus tepat di mukaku. Selang beberapa lama, seorang yang tak tampak mukanya, berjubah putih dengan tongkat di tangannya tiba-tiba sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba itu. Sebelum sempat bertanya siapa dia, tiba-tiba aku merasa dadaku sesak... Sukar untuk bernafas..... Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan perlahan-lahan dalam dadaku...... Terus berjalan..... Ke kerongkongku... Sakittttttttt..........sak
it. rasanya!

Keluar air mataku menahan rasa sakitnya... Oh Tuhan, apa yang telah berlaku pada diriku??? Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh......... khhhh...... Kerongkongku berbunyi... Sakit rasanya, teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi... Badanku gementar... Peluh keringat meluncur deras.... Mataku terbelalak..... Air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Pandanganku kabur...

Saat pandanganku kembali normal, sepertinya ada sesuatu di hujung pandanganku... Namun, tersangat kabur sehingga hilang dari pandangan.

Setelah itu......... Aku merasa badanku jauh lebih ringan, sihat, segar, cerah..... Tidak seperti biasanya. Aku hairan.... Isteri & anak-anakku yang tadi ada di ruang tengah, tiba-tiba berhamburan berlari ke arah sofaku... Di situ, aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku... Tepat di atas sofa yang ku duduki tadi. Badannya kelihatan dingin dan kulitnya membiru.. Siapa dia??????? Mengapa anak-anak & isteriku memeluknya sambil menangis... Mereka menjerit seperti terkena histeria. Isteriku seolah tak mahu melepaskan orang yang terbujur itu... Siapa sebenarnya dia???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia......... dia....... dia mirip dengan aku..... Ada apa ini Tuhan...???? ????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak-anakku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak.... Tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku.... Dan mereka terus-menerus menangis.... Aku sedar... Aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku pergi dari jasadku. Aku telah mati... Aku telah mati! Aku telah meninggalkan mereka .. Tak kuasa aku menangis..... Berteriak.......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih... Selama hidupku belum banyak yang ku lakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah ku lakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis........ Masaku telah terlewat..... Aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, jika aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila aku harus bekerja, beribadah dan untuk keluargaku. Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, jika kau inginkan keadaanku masih hidup, sungguh aku teramat sangat bahagia. Kerana aku masih mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

(Kredit : Abang Azhuzairi)

DIARI SEORANG IBU

25 Mei 2009
Today is my birthday...happy sangat sbb my husband awal2 pg dah wish...kwn2 pejabat...Along, Imran my niece...siap call kat opis tu nyanyi2...ptg lepas opis hour...husband ajak pi Pizza Hut kat Rawang...tp aku rasa mcm jauh sangat..dia pun penat baru abis final exam...so kami mkn kat Tg Malim je..

26 Mei 2009
Bangun pagi je...time nak mandi...aku tgk ada darah...mcm 1st day period...MasyaAllah ...aku baru je masuk 32 minggu pregnant (8 months)...gelabah2 call Along tp tak angkat...call my sister in law..(x-nurse)..dia advice suruh pi hospital...check up..takut uri dok bwh...so aku bergegas ke klinik kesihatan... staff nurse scan...(dr. kursus masa tu katanya)...tak de pape...baby ok...uri dok atas...semua ok...diaorg tak leh detect...aku check pad....still ada darah...so aku ditolak ke Hospital Slim River...so bermula le kisah aku berkampung di hospital...dan sejarah masa mengandungkan Husna berulang lg...lg sekali aku naik ambulans...terus ditahan di Labour Room..merasa le di seluk..dikorek. ..papsmear. ..sakitnya hanya ALLAH yg mengetahui..

27 Mei 2009
Masih ditahan di wad...tp darah tak keluar lg...mak n bpk bergegas ke Tg Malim dari airport...diaorg baru je balik bercuti dari Indonesia ...ambik Husna, bwk baik Tg Karang

28 Mei 2009
Aku dibenarkan keluar....baby aku ok...bledding dah tak de...cuma kena refer hospital untuk check up seterusnya oleh dr. pakar...cuma dr bg pilihan sama ada aku nak operation or normal delivery...aku nak cuba normal...tp husbang aku prefer operation... tak sanggup tgk aku sakit bersalin lama mcm masa bersalin Husna dulu

29 Mei 2009
Berehat di rumah....baru bgtau husband...still bledding...tp aku think positive...tak de pape kot...panas je bdn...ptg tu, balik Tg Karang jumpa Husna...rindu sangat kat dia

30 Mei 2009
Duduk rumah mak...lepak2. ..ptg tu bwk Husna jln2...

31 Mei 2009
Still bledding...tp gagahkan diri berjln ke Tesco Kuala Selangor...untuk final shopping barang baby...beli tilam kekabu untuk baby...untuk dipadankan dgn katil baby yg aku beli dari B, still bledding...sakit2 dah kat ari2....tp gagahkan diri untuk berjln...ptg pkl 5 bertolak balik ke Tg Malim..masih sakit... lepas drop adik aku Rizal kat komuter Rawang...sakit masih menyucuk-nyucuk...singgah Klinik Nabilah untuk scan....kepala baby dah masuk lubang...tu yg buat aku sakit2...balik rumah, mkn2...siapka brg untuk antar Husna ke nursery....sakit kat ari2 merebak ke pinggang.... ooo...ini dah lain mcm...aku bgtau husband, terus aku di bawa ke hospital...Husna aku tinggalkan kat rumah pengasuh dia...dan bermula le...kisah aku....

1 Jun 2009
Aku disuntik ubat matangkan paru2 baby...kerana, baby aku baru berusia 33 minggu 4 hari...di suntik juga ubt penahan sakit...tak bg bersalin lg...rupanya, aku dah nak bersalin...dah buka 2 cm...dr. cuba suntik ubt kat aku, tak nak bg bersalin lg...sakitye ALLAH je yg tahu...tp demi baby, aku tahan w'pun aku dah nangis2 masa disuntik tu...esok pg...constraction tak kerap sangat...so aku ditolak ke wad bersalin...menjelang mlm..sakit tu dtg lg...makin kerap...n kerap...n kerap....nurse check...dah buka 4 cm...makin kerap sakit...di check lg, dah buka 6 cm..terus di tolak semula ke Labour Room

2 Jun 2009
Sakit....makin sakit...n sakit....dah buka 10 cm...husband aku dtg menemani aku...push.. ..push... .aku teringat pesan Along..push masa rasa sakit je...ALHAMDULILLAH, senang sangat bersalin yg ini...aku selamat bersalin dan ALHAMDULILLAH. ..aku dpt baby boy...sangat comel...iras muka Imran Hakim anak Along aku...aku sempat susukan dia...berat dia 2.22 kg (33 minggu)...tp dia kena di bawa ke wad Special Care Nursery (SCN) untuk check up lebih lanjut...aku happy sangat dpt baby boy...bukan bermaksud aku tak suka dpt Husna, tp aku gembira...aku dpt sepasang anak.... waktu lawat tgh hari, aku sempat jenguk anak aku di wad SCN...dr. mengesahkan, anak aku kena rawatan rapi...mungkin ada masalah paru2 or jantung...tp tak sure lg...aku cuba think positive...mungkin sbb anak aku dilahirkan pramatang... tu sbb dr. ckp mcm tu...

3 Jun 2009
Aku jenguk anak aku sorang2 kat wad SCN...masih berwayar...dr. pakar kanak2 mengesahkan kat aku...yg anak aku berkemungkinan menghidap penyakit jantung berikutan ada bunyi di dadanya...mungkin akan di refer ke IJN untuk imbasan jantung...Ya Allah...aku sangat risau n susah hati...aku cuba untuk perah susu aku...untuk bg kat anak aku...tp belum ada susu..aku cuba...tanpa putus asa...aku dah boleh discharge dari wad bersalin...tp kena duduk di Wad SCN untuk menemani anak aku...atas perbincangan bersama...suami aku memberi nama pd baby kami...Qaid Ahmadinejad yg bermaksud-Pemimpim/ ketua yang berani menegakkan kebatilan...

4 Jun 2009
Kami membawa Qaid ke IJN untuk imbasan jantung...dr. pakar di sana..mengesahkan yg anak kami menghidap penyakit jantung berlubang (tp kecil) dan injap jantung tersumbat... .aku ttp tabah menghadapi dugaan ALLAH ini..aku cuba untuk think positive..selagi ada jln, selagi tu kami akan usaha...janji Qaid sihat...seperti kakaknye Qaisara Husna...dr. pakar mengesahkan 15 Jun ni anakku akan ditahan di IJN...untuk minor operation

5 Jun 2009
Qaid dah dibenarkan untuk terus menyusu bdn denganku...susuku pun semakin banyak...ALHAMDULILLAH....moga dgn susu ku ini..dpt menyihatkan tubuh bdn Qaid...dan aku tak putus2 berdoa...

6 Jun 2009
Qaid ditukarkan ke wad biasa...buka ICU lg...ini satu pembaharuan. .tp masih dipasang ubt IV Prostaglandin iaitu sejenis ubt jantung....n aku boleh meneruskan tugasku sebagai seorang ibu...dpt menyusukan dia seperti biasa...

7 Jun 2009
Qaid berasa selamat setiap kali aku mendukungnya. ..berzikir. ...beratib. ...makin sihat...

8 Jun 2009
Lagi 5 hari untuk dibawa ke IJN....5 more days my darling!!... sabar ye sayang ibu...bertahan ye...

9 Jun 2009
Siang mlm aku habiskan masa di sisi Qaid...

10 Jun 2009
Aku rindu kat Husna...tp aku tak perlu risau...Husna dah cerdik...dah boleh berdikari... Qaid perlukan ibu lg dekat disisinya...kakak kena mengalah ye sayang...

11 Jun 2009
Qaid makin sihat....berak kencing normal mcm baby lain...aku menjadi penghuni senior di wad SCN...org lain keluar masuk...aku masih ttp di sini...tak pe...demi anakku...aku rela berpantang di hospital

12 Jun 2009
Mak suruh aku perah susu banyak2...tinggal untuk Qaid...pg2 suamiku dtg ambik untuk balik..bertungku. ..mkn nasi panas...n etc...tp aku tolak...tak sanggup tinggalkan anak aku pg2....biarlah aku tak berapa sempurna berpantang.. ..janji aku ttp berada di sisi anakku...

13 Jun 2009
2 more days sayang....bertahan ye

14 Jun 2009
Aku sangat happy hari ni....aku esok akan ke IJN...balik rumah tgh hr tu...packing brg

15 Jun 2009
Hari yg dinanti-nantikan. ...pg lg aku dah mandi, bersiap...susukan Qaid kenyang2..sbb aku akan bawa Qaid ke IJN...on the way ke IJN, Dr.caroline dari Hospital Slim River telefon, mengatakan yg nama anak aku tidak di refer ke wad IJN...bg aku ini satu petanda...kenapa berliku liku perjalanan anakku ini...kenapa diaorg careless menjalankan tugas....aku n suami dah uruskan pembayaran anakku untuk di tahan di wad...17 Jun akan di operation... kenapa diaorg ni teruk sangat...pasal apa susahkan anak aku...berapa lama lg anak aku akan bertahan???? aku nangis tak tentu arah....for the 1st time semenjak anak aku sakit...aku menangis sebegini teruk....

16 Jun 2009
Atas usaha Dr. Ahmad, dr. pakar kanak2 Hospital Slim River, Qaid dpt juga dibawa ke IJN..tp untuk check up...sama ada boleh di operation atau tak...selepas di check oleh Dr. Haifa (dr. pakar jantung IJN)...dia ckp Qaid kena tunggu berat naik dulu baru diaorg confident untuk operation... sbb Qaid masih kecil...urat2 dia masih halus...takut terkoyak bila di operation... so aku kena bwk balik Slim...untuk tunggu kg dia naik...Dr. Ahmad bantu aku n husband...dia order 1 serbuk soya n minyak MCT oil...yg selalunye dia beri kepada baby2 untuk naikkan kg...kalau tanpa bantuan2 semua tu...kemungkinan anak aku naik kg adalah dlm masa sebulan....so lepas diberi benda2 tu...kg Qaid akan naik dlm masa 2 minggu...bermula le episod duka dlm hidup aku...Qaid tak dibenarkan menyusu terus dgn aku...alasan : nanti dia penat..kg dia lambat naik...aku kena perah susu...dan anak aku diberi minum melalui tiub...sangat sedih sbb dia mencari2 susu aku...aku cuba juga untuk bg curi2....tp tiub tu menyebabkan dia tak selesa...

17 Jun 2009
Masih meneruskan usaha memerah susu untuk Qaid...aku kena sediakan 42 cc susu aku...every 3 hours...

18 Jun 2009
Susu untuk Qaid dinaikkan ke 44 cc...tanpa Qaid breast feed dgnku...susuku tak berapa banyak keluar...sangat buat aku susah hati

19 Jun 2009
Berat Qaid naik ke 2.395 kg...ALHAMDULILLAH

20 Jun 2009
Susu untuk Qaid dinaikkan ke 48 cc...Ya ALLAH...permudahkanlah urusan kami...perbanyakkan le susu ku..demi kesihatan anak ku Ya ALLAH!!!

21 Jun 2009
Susu untuk Qaid dinaikkan ke 50 cc...aku cuba minum air banyak....mkn lobak putih...minum susu anmum...minum sangat banyak...tak kisah kalau urat aku kembang atau perut aku buncit...demi Qaid...aku rela...demi kesihatan anakku

22 Jun 2009
Masih di Wad SCN...menemani annakku...makin tembam...makin chubby...pg ni bila ditimbang berat....berat Qaid naik ke 2.44 kg....Alhamdulillah ...Qaid.. .bertahan ye...4 kg lg sayang...

23 Jun 2009
Susu Qaid dinaikkan ke 55 cc bersamaan 2 auns...aku tak putus asa..terus memerah susu setiap 3 jam sekali...demi anakku...Qaid Ahmadinejad

24 Jun 2009
Pg ni, Qaid masih aktif mcm biasa....nangis bila disalin pampers...tp dia mmg baik..tak banyak ragam...tak kuat nangis mcm baby lain...senang jaga..senang bersalin...

11.30 pg = Aku baru perah susu Qaid...tgh tunggu nak bg susu...tiba2, SP02 (deyutan nadi) dia menjunam dari 90 lebih ke 5..aku jerit panggil staff nurse....terus refer dr....dr. buat CPR pada anakku yg masih kecil ini...terus dia nangis mcm biasa.... tgh hari tu, Qaid di masukkan ke ICU baby....katil mula2 dia lahir...untuk pemerhatian rapi... aku dimaklumkan oleh dr., sekali lg perkara ni terjadi masa aku mkn tgh hr...dan dr. buat CPR lg pd anakku...dan mereka mengambil keputusan untuk memakaikan Qaid oksigen untuk bantuan bila dia berhenti bernafas lg...aku sangat risau..Ya ALLAH...selamatkan lah ANAKKU...jauhilah dia dari bahaya...sembuhkan lah anakku ya ALLAH ptg tu perkara ni jadi lg buat kali ke-3...3 kali mereka membuat CPR ke atas anakku...

25 Jun 2009
Aku tak nak tinggalkan Qaid...tp staff nurse suruh aku rehat...suruh tido..diaorg ada tunggu Qaid katanya...aku pun tido di bilik sebelah anakku...menjelang pkl 3 pg, nurse kejut aku...bgtau suruh perah susu...n di maklumkan perkara siang td jd lg sekali...dah aku tak tido terus bermula pkl 3 pg itu...untuk menemani anakku....aku takut perkara tu terjadi lg...aku dimaklumkan oleh dr., CPR dah diberi sebanyak 4 kali untuk anakku...dan itu tak bagus untuk seorang baby...jika dia survive pun...katanya, kemungkinan dia akan cacat...sbb oksigen dia kurang...dia tak lawan...dia bergantung pg oksigen tu..aku risau...sangat risau

8 pg = Perut Qaid membesar...dr. mengesahkan ada kuman di perutnya...tak tau punca dari mana...aku bingung...kenapa tidak terjadi pd baby2 org lain..kenapa anakku....Qaid sakit jantung...kenapa tak jd kat baby2 yg sihat2 yg lain...kenapa mesti anakku yg kena..Qaid disuruh berpuasa...tak dibenarkan menyusu..masuk 2 hari aku tak dengar suaranya semenjak di pakaikan tiub oksigen itu...ya ALLAH...ujian apakah yg KAU uji terhadapku.. ..adakah kerana dosa2ku yg lalu perkara ni diuji ke atasku..kenapa mesti anakku yg menjadi mangsa??kenapa ya ALLAH....Qaid menangis tak dengar suara...tp hanya air mata yg keluar sangat menghibakan hati ku.... menjelang ptg..aku minta untuk balik ke rumah sebentar...untuk rest... pkl 8, Dr. Caroline call...suruh aku n husband ke hospital segera... kami disahkan yg tekanan darah anak sangat rendah....sebarang kemungkinan bakal berlaku...dan kami di benarkan duduk menemani anak kami...masuk 2 mlm aku tak tido ...aku sangat takut...takut dia pergi tanpa ibunya di sisi....Qaid. ..bertahan nak...bertahan sayang...ibu ada teman Qaid...

26 Jun 2009
Pg Jumaat....aku tak tido semalaman, menemani Qaid...aku sangat takut dengan sebarang kemungkinan yg bakal berlaku...aku tak mkn, tak mandi...terus menemani Qaid...sampaikan kwn2 yg dtg menjenguk kami di wad itu pun aku tak pedulikan..aku tak nak berganjak walaupun sekejap...aku takut Qaid pergi meninggalkan aku bila aku tak de disisinya...aku nak sentiasa menemani anakku...puas dipujuk oleh suamiku untuk berehat sebentar, tp aku tak peduli...aku tak nak... menjelang tgh hari, Dr. Caroline memberitahu kami...anak kami sangat lemah...bergantung sepenuhnya pd mesin oksigen..dia tak fight langsung, katanya...dlm hatiku..mcm mana dia nak fight, kalau di cucuk ubat bergelen gelen...babyku pramatang... masih dlm hari..mana dia mampu n sanggup menanggung bergitu banyak antibiotik yg masuk ke bdnnya...even org tua sekali pun tak sanggup terima...babyku masih kecil..antibody dia sangat lemah!!!! Dr. Caroline berkata..."BERSIAP SEDIA DGN SEBARANG PERKARA YG BAKAL BERLAKU....KAMI CUBA SELAGI TERMAMPU, EVEN QAID SURVIVE PUN, KEMUNGKINAN DIA MENGALAMI KECACATAN... aku tak kisah, cacat ke...sumbing ke walau mcm mana pun anakku alami, aku terima...aku bela dia...aku tak sanggup dia tinggalkan aku... tp aku tak nak tunjuk kesedihan aku depan suamiku, aku hanya mampu berkata pd suamiku 'BANG, APA PUN YG BAKAL TERJADI..KITA REDHA"...w'pun mulutku berkata bergitu...hati ku menafikannya. ...Qaid.. bertahan nak...ibu ada teman Qaid bpk dan ibuku dtg melawat...membawa bekalan untukku, airmata ku tak mampu bertahan.... aku nangis sepuas puasnya...aku meluahkan apa y terpendam di hatiku pd kedua org tuaku...ibuku hanya menasihatiku, berdoa...berdoa. ..pelbagai surah diberi untukku lafazkan di ubun2 anakku...di telinga anakku...bpkku berkata, sabar...ini dugaan Allah...Allah nak uji awak...even anak awak cacat sekali pun, kalau awak dan Azrol tak mampu nak bela, kami sanggup bela....beri pd kami...bpk, mak...mulia sungguh hatimu....aku ttp menunggu...dan menunggu di sisi anakku...sayang, ibu ada di tepimu..menemani Qaid...Qaid jgn bimbang...ibu ada...Qaid jgn takut...ibu teman Qaid...tp hati seorang ibu, tak sanggup tgk anaknya di perlakukan sedemikian rupa..di'inject' sana sini....tak cukup kaki tangan, betisnya pula di cucuk...diambil darah..dr.ckp, puan, darah anak puan tak cukup....aku rela mereka menambah darahku....ambil le sebanyak mana...asalkan anakku selamat... ptg, dr. pakar kanak2 dtg menjenguk... dia memaklumkan pd kami...kuman itu dah merebak ke ginjal anakku...anakku tak kencing..tak berak..perut makin membesar...kulit makin menipis..merah2 dah ketara di bahagian perut...ya Allah....aku bermohon kepadamu...aku REDHA kau ambil nyawa anakku..jgn lah di biarkan anakku di seksa sedemikian rupa...jika ada kesalahan ku, kesalahan suamiku...biarlah kami yg menanggung dosa yg kami lakukan...tetapi jgn lah anakku yg menjadi mangsa...aku bagaikan hilang pedoman....hilang kewarasan... pabila melihat anakku sedemikian rupa...dr. pakar membuat keputusan untuk diadakan minor operation untuk menebuk sedikit lubang di perut anakku...untuk melihat sama ada ususnya telah pecah (yg mengakibatkan perutnya membesar) atau asid...atau dpt mengurangkan kekembungan bayiku itu... aku terus berada di sisi Qaid...membaca ayat2 suci, pelbagai doa...untuk kekuatan anakku...aku menjadi kuat semangat, berfikiran positif..yg anakku bakal sihat kembali..selagi ada cara...selagi tu aku terus berfikiran positif..aku tahu anakku kuat...jika ibunya kuat...air susu yg mengalir pd anaknya membuatkan anaknya menjadi kuat...aku terus berada di sisi Qaid, dia memberi respond padaku...kakinya diangkat-angkat. .aku terus mengusap pipinya...aku lihat airmatanya mengalir...matanya terbuka...rupanya dia menangis...aku usap lg pipinya..mulutnye bergerak-gerak...rupanya anakku lapar..dia nak susu...bila ku suarakan pd nurse...dr. tak bg, anakku kena puasa...sedihnya la hatiku..hibanya rasa...Qaid. ...ibu tak berdaya sayang....adik sakit...kalau ibu bg juga...nanti perut adik tak leh menerima...ibu tak mampu sayang... menjelang mlm...pkl 10.30, sebelum Dr. Ahmad dtg, anakku putus nafas sekali lagi...Dr. Sumi membuat CPR pada anakku...aku terus keluar dari wad NICU itu kerana tak sanggup melihat...sedangkan org tua pun di buat CPR kita rasa sakit..ini pula baby kecil...dlm hari..masih dlm pantang..ya ALLAH...berilah kekuatan pd ku...suamiku terus membaca Yassin di sisi anakku...jantungnya semakin lemah..tekanan darah mula tak stabil...CPR yg di lakukan kali ini...begitu lama di bandingkan dari hari2 sebelum ini...bila keadaan dah stabil, Dr. Ahmad terus membuat minor operation pd anakku...kemudian. .setelah selesai, Dr. Ahmad menunjukkan pd suamiku...bahawa. ..usus anakku elok, yg keluar hanya darah dan air sahaja...aku bersyukur... bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku pd organ anakku...selepas Dr. Ahmad membuat minor operation pada anakku...anakku putus nafas sekali lg...Dr. Ahmad dan dr.2 yg lain terus membuat CPR pada anakku..aku tak masuk ke bilik itu...tp terus melihat dari luar...kemudian, Dr. Sumi dtg kepadaku...MAK. ..TAK NAK MASUK KE TGK??...aku ckp...nanti Dr., saya tak sanggup tgk anak saya dilakukan mcm tu...tak sampai hati...kemudian...aku lihat, suamiku menangis...menangis tak henti henti...aku terus berlari ke arah suamiku...kemudian aku duduk di sisinya...Dr. Ahmad dtg kepadaku...dia ckp, KITA DAH BUAT CPR PD BABY SEBANYAK 6 KALI...TAK ELOK UNTUK BABY, DIA SEMAKIN LEMAH...KITA CUBA SEDAYA UPAYA...TP DIA TAK RESPOND...IBU BOLEH CUCI TANGAN...DUDUK DEKAT ANAK...BOLEH PEGANG DIA...aku terus membasuh tanganku...dan aku ttp mengatakan pd suamiku...BANG, KITA REDHA...REDHA DGN UJIAN ALLAH...kemudian, aku terus pergi pada Qaid....mencium dia tanpa henti...melafazkan kalimah syahadah padanya...membaca ayat2 lazim pdnya...membaca doa Nabi Yunus pdnya...kemudian...aku tgk dr. terus menanggalkan mesin dan wayar2 yg melekat di bdnnya...kenapa dr???Dr. Ahmad terus menggeleng.. .Ya ALLAH....Qaid...anak ibu, kenapa tinggalkan ibu..ibu tak sanggup nakkkk....aku seperti hilang akal...hilang kewarasan aku....Qaid. ..ibu sayang Qaid...kena tinggalkan ibu sorang2..ibu tak sanggup nak...Qaid.. .kenapa kuman tu kena kat Qaid..kenapa tak pd budak2 lain yg sihat2...anak ibu sakit jantung...kenapa anak ibu yg kena...Ya ALLAH.....kenapa ambil anakku dari ku..kenapa tak ambil aku sekali???Qaid..........aku terus pengsan....lemah. ...adakah ini hanya mimpi...adakah ini hanya gurauan semata mata...Ya ALLAH....berat sungguh ujian mu ini....aku tak mampu untuk berkata apa..hanya air mata yg mengalir tanpa henti...berat sungguh ujianmu ini ya ALLAH...berilah aku kekuatan ya ALLAH...suamiku mula menelefon ahli2 keluarga kami...memberitahu ttg berita pahit ini...ramai yg cuba menghubungi ku...tp aku begitu lemah untuk menjawab..terlalu pahit dugaan ini...ibu mana yg sanggup berpisah dengan anaknya...tiada sapa yg mampu berada di tempatku ini..menjelang pkl 1.30 pg..kakak iparku (Kak Ida) dan Abg Wan sampai...aku terus-terusan menangis...tak sanggup rasanya menerima hakikat ini...adakah aku bermimpi...atau ini hanya mainan tidurku...ku cubit-cubit lenganku..ku ketuk-ketuk kepalaku...betulkah semua ini...ya...hakikatn ya mmg benar....ini adalah realiti..bukan mimpi...aku harus menerima dugaan ini dengan tabah...tp aku menafikan... aku redha....tp aku tak sanggup meniti hari-hari berpantang aku tanpa Qaid di sisi..mcm mana keadaanku nanti..ya Allah...kuatkanlah semangatku.. aku begitu lemah sekali...jenazah Qaid dikafankan di hospital...sebelum kami berangkat ke rumah mayat, aku dibenarkan untuk melihat jenazah anakku...Ya ALLAH...anakku seperti tidur...senyuman dibibirnya.. ..begitu comel wajah anakku..begitu tenang sekali dia pergi dijemput ilahi...Ya ALLAH...besarnya rahmatmu ini...aku bersyukur... anakku pergi meninggalkan aku...aku sayang padanya...tetapi ALLAH lg menyayangi nye...aku tak perlu khuatir...Qaid akan dijaga oleh ALLAH..walaupun aku tak sanggup menerima dugaan ini...aku REDHA Qaid pergi...aku cium..cium.. cium jenazah anakku tanpa henti...sebelum kami berangkat dari wad SCN...aku peluk rakan2 kenalanku di wad itu...moga dugaan yg menimpaku ini..dijadikan sebagai kekuatan diri mereka agar jgn mengeluh menjaga anak mereka yg sedang sakit di wad itu...sempat aku berpesan...kuatkan lah semangat korang...aku tak pernah berputus asa berusaha menyembuhkan anakku Qaid...sehingga nyawanya dijemput ALLAH...aku kuatkan semangatku.. .dari mula aku menerima berita Qaid sakit...sampai le ke hujung nyawanya...aku tak pernah mengabaikan dirinya...meninggalkan dirinya kesorangan.. jdkanlah kisah aku sebagai kekuatan korang....ku lihat..semua staff nurse menangis...Dr. Sumi pun begitu..aku ucapkan terima kasih di atas layanan mereka sepanjang aku dan Qaid berada di bawah jagaan mereka..ku turut anakku sehingga ke rumah mayat...di mandikan jenazah...dikafankan..semua dilakukan oleh suamiku....aku begitu lemah...adik2ku menangis tersedu sedu kesedihan pabila melihat jenazah sekecil itu...begitu suci...tersenyum. ..putih bersih...ya ALLAH...berilah kekuatan ke atas ku....rahmatilah pemergian anakku ini ya ALLAH menjelang pkl 2 pagi...kami sampai di rumah...mak dan mak mertuaku, adik2 iparku telah menyiapkan segala kelengkapan. ..jenazah anakku diletakkan di atas tilam kekabu yg ku beli khas untuknya...untuk dipadankan dengan katil baby yg kubeli dari B, sayu hatiku....sayu sangat...melihat segala pakaiannya.. kelengkapannya. ..yg tak pernah diusik..dipakai lg...mcm mana agaknya diriku nanti...mengadap segala brg2 keperluan Qaid...mak menangis...begitu juga mertuaku...aku begitu lemah...aku baring di sebelah anakku Husna...ku peluk anakku...Husna, hanya tinggal Husna sebagai kekuatan ibu meneruskan kehidupan ibu...Husna jd anak yg baik ye...adik Husna dah takde...Husna tak sempat tgk Qaid...hibanya rasa hatiku ya Allah...Along sampai, terus mengurut bdnku...urut kepala ku..urut kakiku...kemudian, dia menyertai ahli keluarga yg lain..mengaji untuk jenazah anakku...suamiku membuat keputusan untuk menyemadikan jenazah anak kami di Tanjung Karang...bpk menguruskan segala keperluan di Tg Karang dengan Wak Leman...kemudian, mak, Ajip, Ijal, Along n family meneruskan perjalanan ke Tg Karang...aku dan yg lain2 akan bertolak selepas Subuh...menunggu ahli keluarga suamiku dari Kedah..sesudah subuh, kami bersiap..hatiku pilu..hiba.. .pabila merasa susuku bengkak..bengkak sangat...ya ALLAH...Qaid haus....Qaid nak susu...aku memerah susuku tanpa bantuan pam, begitu banyak susu ini...tapi aku ralat...Qaid tak sempat menyusu buat kali terakhir...hiba sungguh hatiku...ibu mertua ku memelukku n menenangkan hatiku...aku pilu..pilu bila melihat jenazah anakku di hadapan mataku...betul. .ini bukan mimpi..tp kenyataan..aku harus hadapi...Husna bangun dari tidur, eh...adik dah balik....eh adik tidur???kakak. ....adik kakak dah tak de...terlalu pahit air liurku untuk memberitahu Husna bahawa adiknya telah di jemput ilahi...paham kah dia ttg kehilangan adiknya??kemudian...selepas Subuh, selepas kehadiran jiran2 tetanggaku melihat jenazah....kami bertolak ke Tg Karang...sedih hatiku bila melihat satu-satunya kawanku dtg...B, anak aku dah takde...anak aku dah dijemput ilahi...tinggal aku sorang B....B peluk aku, menenangkan hatiku....sabar. ..sabar Jie...ni semua dugaan Allah...ko beruntung sbb ada anak kau yg menunggu ko di syurga nanti...sedihnya hatiku menerima hakikat ini....kemudian, dtg jiranku yg paling rapat denganku..Kak Mas, aku peluk Kak Mas...Kak Mas, saya dah lama nak anak lelaki...tp sekejap je Allah pinjamkan pd saya...sabar Jie...sabar. ..ini semua dugaan...air mataku dah kering....dah kering untuk menangis lg...hati aku pilu...hiba. .sedih... tp air mataku tak mampu lg untuk keluar...kami meneruskan perjalanan kami ke Tg Karang..sepanjang jln, tak putus-putus sahabat2 n kenalan2 sms...mengucapkan takziah...antara banyak2 sms yg aku terima...aku begitu tenang pabila membaca sms dari Ustaz Nasir, rakan kerjaku di FSSK...JIE, QAID TU KETUA...PEMIMPIN. ..INSYAALLAH, DIA AKAN MENGETUAI UJI DAN SUAMI DI SYURGA NANTI...amin. ...amin.. .ya Rabbal Alamin..
Sampai di Tg Karang...aku disambut oleh Along...aku diminta berehat di dlm bilik...mak bg aku mkn...pahit sungguh air liurku ini...aku tak mampu menelan apa2 sahaja....aku tak mampu....kemudian, rumah ayahku ini dipenuhi oleh ahli keluarga..kenalan. .sahabat2 handai...kemudian, aku diminta untuk mencium jenazah Qaid buat kali terakhir.... aku berjalan ke arah jenazah...jenazah anakku seperti tidur....aku terlupa bahawa anakku sudah meninggalkan aku...aku cium anakku...cium tanpa henti...kemudian, secara tiba2...aku berzikir pd jenazah Qaid...SUBHANALLAH. ..WALHAMDULILLAH ..WALAILA HAILLALLAH WALLAH HU AKBAR...zikir yg selalu aku ratibkan pd Qaid bila dia menangis...mengigau ....ya Allah...anakku hidup lg..dia cuma tido..tido seperti hari2 biasa....tido selepas mandi..selepas diberi susu...ya ALLAH...jgn ambil anakku....Qaid, ibu sayang Qaid..jgn tinggalkan ibu nak..mcm mana keadaan ibu nanti tanpa Qaid....Qaidddddddd dddddddddd..... jenazah anakku dikebumikan di sebelah kubur arwah Opah....betul2 di tepi kubur arwah Opah...aku bersyukur... .sekurang kurangnya Qaid tak sendiri...Nyang ada menemani Qaid..
Ya ALLAH, Aku REDHA di atas ujianmu ini...Aku REDHA ya ALLAH...kau limpahilah rahmatmu ke atas roh anakku ya ALLAH...lindungilah Qaid ya ALLAH....jagalah Qaid di sana ya ALLAH...lindungilah dirinya ya ALLAH...berilah kekuatan ke atasku ya ALLAH...aku masih ada Husna dan suamiku, tetapi Qaid sorang2 di sana ya ALLAH...temanilah anakku ya ALLAH....jgn dibiarkan dirinya kesorang ya ALLAH...selama ini aku tak pernah biarkan dirinya kesorangan.. ..aku REDHA ya ALLAH...aku REDHA....kerana kau lebih menyayangi anakku dariku...
Qaid, ibu sayang Qaid...sayang sangat kat Qaid..w'pun Qaid hanya dipinjamkan sekejap kepada ibu...tp ibu bertuah sangat..dpt susukan Qaid, jaga Qaid siang dan malam...cium Qaid tanpa henti...bacakan surah, ayat-ayat lazim, doa dan zikir tanpa henti pada Qaid...Qaidlah anugerah yg amat berharga pada ibu..w'pun hadirmu hanya sekejap nak...tp Qaidlah anugerah yg tak ternilai dari ALLAH untuk ibu...tunggu ibu di syurga ya nak..doakan ibu kuat, kuat mengharungi hari2 pantang ibu tanpa Qaid...kesian kat kak Husna nak...terbiar tanpa kasih ibu..bukan ibu tak sayang pd kakak...tp ibu lemah...lemah dengan kehilangan Qaid...doakan ibu ye nak...doakan ibu..semoga ibu kuat...ibu takkan lupakan Qaid...ibu akan sentiasa mendoakan Qaid...begitu juga abah...kehilangan Qaid merupakan satu tamparan pada ibu dan abah...ibu ingat ibu lg kuat dari abah...tp rupanya ibu sangat lemah menerima berita ini....
Qaid...hadirmu adalah anugerah ALLAH yg tak ternilai pd ibu nak....ibu sayang Qaid...ibu halalkan susu ibu...ibu minta maaf kalau selama ini jagaan ibu pada Qaid tidak sempurna nak...ibu sayang Qaid...

QAID AHMADINEJAD 2 JUN - 26 JUN 2009-IN LOVING MEMORY
Ibu, abah dan kakak husna sayang Qaid

(Kredit : Abang Azhuzairi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal