SEBUAH WARKAH… KERANA ALLAH…

Assalamualaikum.

Ke hadapan Ahmad Zakry Haikal, yang kini berada jauh dari mata namun dekat di hati keluarga. Apa khabar Haikal? Harapnya, Haikal sihat walafiat dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Surat Haikal yang panjang lebar menyatakan hasrat hati telah kami terima. Abi, Umi, Abang, Akak dan Adik telah berbincang lebih lanjut dengan hasrat hati Haikal itu. Oleh kerana itulah kami mengutuskan warkah ni...

Haikal anak Abi,

Suka hati Abi kerna Haikal telah bertemu seseorang yang benar-benar mampu mengubah Haikal ke arah menjadi insan yang lebih baik... Tiada apa yang mampu Abi lakukan selain tersenyum dan bersyukur kepada Allah atas apa yang telah berlaku kepada anak kesayangan Abi ni...

Nasihat Abi, jagalah hati Haikal dan juga cubalah jaga si dia baik-baik supaya kalian kekal bahagia di bawah redha Allah SWT. Abi percaya, Insya-Allah, Haikal tidak akan pernah cuba mengecewakan Abi dan Umi... Abi percaya, Insya-Allah, Haikal sentiasa pahatkan nasihat Abi dan Umi dalam diri Haikal... Oleh itu, Abi percaya Insya-Allah, Haikal telah memilih dia dengan sepenuh hati Haikal demi membahagiakan Haikal juga Abi dan Umi serta keluarga...

Hargailah dia... Kerana Allah...

Haikal permata hidup Umi,

Alhamdulillah, Haikal Umi telah menemui insan yang sudi menemani hidupnya... Umi tersangat bahagia... Haikal adalah salah satu permata hidup Umi... Salah satu perkara yang membahagiakan seorang ibu adalah adalah mengetahui bahawa permata hidupnya telah bertemu permata hati... Sememangnya membahagiakan kerna permata itu akan lebih gemilang sinarnya...

Haikal sayangilah si dia dengan sepenuh kasih sayang berlandaskan syariat Allah SWT... Allah SWT telah suratkan dalam al-Quran-Nya, “Lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik”... Sekiranya si dia sanggup menerima Haikal, ertinya Haikal adalah yang terbaik untuknya... Umi percaya, Insya-Allah, Haikal dan dia mampu membahagiakan satu sama lain...

Kasihi dan sayangilah dia... Kerana Allah...

Haikal adik Abang,

Akhirnya, Abang dapat juga melihat kebahagiaan adik Abang menemui calon untuk menemani hidupnya... Tapi, tak sangka Abang akan menerima berita ni tanpa adik abang berada depan mata... Sungguhpun begitu, Abang percaya yang adik Abang ni sememangnya tersangat bahagia... Syukur Alhamdulillah...

Abang harap, Haikal dapat tumpukan sepenuh kasih sayang kepada si dia... Dia mungkin bukan yang paling cantik dalam dunia ni... Tapi, semestinya dia yang tercantik dan paling layak menerima hati, kasih dan sayang Haikal... Jadi, Haikal jagalah pemilik hati Haikal tu baik-baik kerna dia adalah salah satu anugerah agung Allah SWT kepada Haikal... Cantikkanlah dia dengan perhatian dan kasih sayang Haikal...

Bahagiakanlah dia... Kerana Allah...

Adik Haikal Akak,

Macam tak percaya je adik akak ni dah jumpa permata hati... Patut la bila cakap dengan akak pun, matang semacam je... Mesti si dia tu cukup hebat dalam mengubah adik akak ni... Serius, memang berbeza... Ahmad Zakry Haikal yang akak kenal dulu, selalu marah-marah, perangai pun kebudak-budakan, dengan Ahmad Zakry Haikal sekarang yang semakin pandai bercakap tentang hala hidup dan memang terserlah dari apa yang Haikal buat kini... Walaupun hanya mampu meneliti dari jauh, Akak sangat yakin yang adik Akak ni dah banyak berubah berbanding dulu...Sejujurnya, Akak bimbang juga saat untuk melepaskan Haikal belajar ke luar negara... Akak takut, Haikal akan mengalami kejutan budaya di sana dan takut Haikal mudah terikut-ikut budaya kuning kat sana... Tapi, Alhamdulillah, sekarang Akak dah tak bimbang lagi...

Jadi, nasihat Akak kepada Haikal... Haikal jagalah dia elok-elok... Jaga juga agama Haikal... Semestinya, Haikal takkan mampu jaga dia 24 jam sehari... Oleh itu, jagalah hubungan Haikal dengan Allah... Dengan itu, Allah akan bantu Haikal untuk menjaga si dia. Insya-Allah...

Jagalah dia baik-baik... Kerana Allah...

Abang Haikal,

Adik harap, Abang Haikal selalulah doa semoga Abang dan si dia berkekalan di bawah redha Allah ye... Adik minta sangat-sangat, moga-moga berkekalan... Hanya Allah yang tahu betapa adik inginkan Abang Haikal bahagia... Bukanlah bermaksud bahawa kami sekeluarga tidak mampu untuk membahagiakan Abang Haikal, tapi kebahagiaan Abang Haikal bersama pilihan hati Abang Haikal amatlah bermakna bagi kami...

Abang Haikal carilah keserasian bersama si dia... Serasi tidaklah bermakna punya banyak persamaan... Kadang-kadang, mereka yang punya lebih banyak perbezaan lebih serasi dan lebih bahagia berbanding mereka yang punya banyak persamaan... Selagi mana mampu bertolak ansur, saling menasihati dan saling membimbing ke arah yang lebih baik, itulah keserasiaan yang terbaik... Apa guna persamaan yang banyak jika semua persamaan itu adalah dalam perkara yang tidak bermanfaat atau tidak membina...

Saling melengkapilah... Kerana Allah...

Sekian sahaja dari kami sekeluarga buat Ahmad Zakry Haikal di perantauan. Kami sampaikan juga salam bahagia dan ucapan Selamat Berjuang dalam kebahagiaan dari atuk dan nenek. Haikal jaga iman, jaga diri dan jaga dia elok-elok... Selamat berjuang dan Selamat berjaya...

Yang menyayangimu, kerna Allah...

KELUARGAMU

KALIMAH ALLAH

APA KOMEN SAUDARA TENTANG ISU HAK PENGGUNAAN NAMA ALLAH?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Pada pendapat saya, sebelum mana-mana pihak atau individu menuntut hak untuk menggunakan nama Allah, mereka atau dia seharusnya bertanya kepada diri sendiri, BERAPA BANYAK SURUHAN ALLAH YANG TELAH MEREKA TUNAIKAN? BERAPA BANYAK LARANGAN ALLAH YANG TELAH MEREKA TINGGALKAN? BERAPA BANYAK PULA AMANAH ALLAH YANG SANGGUP MEREKA LAKSANAKAN?

Rasanya, semua orang setuju bahawa hidup ni bukan sekadar teori... Harus disekalikan dengan praktikal... Bukan sekadar teori atau suka-suka menggunakan nama Allah, harus disekalikan dengan praktikalnya... Penggunaan nama Allah ni, bukan sekadar teori... Aci redah, main guna je... Ikutlah apa Allah katakan sejak lama dulu... Lepas tu, baru cerita pasal hak penggunaan nama Allah...

Ini Al-Quran... Dalam ni, ada banyak suruhan dan larangan Allah SWT... Dari al-Quran ni berasalnya kalimah Allah... Laksanakan semua suruhan Allah dan larangan Allah yang terkandung dalam al-Quran... Lepas tu, baru tuntut hak menggunakan kalimah Allah... Ada berani?

Saya ingin berkongsi sesuatu dengan hadirin sekalian... Ini al-Quran... Saya bukan seorang hafiz yang menghafal setiap ayat al-Quran... Namun, saya tahu satu benda... Dalam al-Quran ni, ada satu surah yang dipanggil surah Al-Ikhlas... Satu surah yang pendek, punya maksud yang ringkas, mudah untuk difahami... Saya terjemahkan ayat-ayat surah al-Ikhlas ni... Mohon diperbetulkan sekiranya tersilap...

Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).

Katakanlah Allah itu Maha Esa (Hanya satu, tiada dua atau lebih).

Allah lah tempat tumpuan semua yang memohon hajat.

Allah itu tidak beranak mahupun diperanakkan (Allah tiada bapa, ibu mahupun anak)

Dan tiada sesuatu pun yang menyerupai Allah.

Saya tahu, ini mungkin bukan tafsiran bulat-bulat surah al-Ikhlas... Tapi, Insya-Allah inilah mesej surah al-Ikhlas... Ringkas bukan? 4 ayat je... Tapi, inilah antara perkenalan Allah kepada kita... Ada sesiapa berani akui semua kandungan surah al-Ikhlas ni? Kalau ada sesiapa berani akui, bolehlah pertimbangkan tuntutan hak menggunakan nama Allah... Kalau tak berani akui, saya rasa tak perlulah menuntut untuk menggunakan nama Allah...

Saya rasa tertarik juga dengan kenyataan sesetengah individu bahawa al-Quran itu kuno... Kuno tu bermaksud lama kan? Dan Allah juga dah ada lama dulu kan? Jadi, logiklah bahawa al-Quran tu kata-kata Allah yang tidak terusik sedikit pun sejak lama dulu... Jadi, apa yang ternyata dalam al-Quran adalah apa yang Allah nyatakan sejak dulu kan? Jadi, saya rasa wajarlah bahawa al-Quran itu mesej dari Allah kan? Oleh itu, sesiapa yang sanggup menjadikan al-Quran sebagai panduan layak menggunakan nama Allah dalam kehidupan...

Sekian sahaja komen saya tentang isu hak penggunaan nama Allah ni... Insya-Allah, saya berani bertanggungjawab atas kata-kata saya ni... Maafkan saya jika tersentuh sensitiviti mana-mana pihak... Sesungguhnya yang baik mahupun yang terbaik itu dari Allah SWT... Yang tidak baik mahupun yang buruk itu dari khilaf saya sendiri...

Wallahuaklam.

AHMAD ZAKRY HAIKAL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal