SOLAT SUNAT RINDU...


Adat menyayangi, pasti ada merindu... Tapi, apa yang kita lakukan bila merindu insan yang disayangi? Jika kita rindukan ibu, ayah, atau keluarga, pasti kita sudah hubungi mereka... Cara yang sudah menjadi kebiasaan bila rindu... Bila rindu, hubungi... Dah hubungi, cakap lama-lama, tapi masih merindu... Haa... Macam mana tu, saudara dan saudari sekalian... Sampaikan ada yang sanggup tidur dengan telefon, atau mungkin bercakap dengan insan yang dirindui sampai tertidur... Bagaimana jika kita terlalu rindu sehinggakan membuak rasa ingin berjumpa dengan insan yang dirindui itu? Bagaimana pula jika kita rindukan insan tersebut, tapi pada masa yang tidak sesuai? Rindu di kala terjaga di tengah malam, mungkin? Atau kita tinggal berbeza benua dari insan tersebut? Pada saat kita bangun tidur, mereka sudah tidur, pada saat mereka bangun tidur, kita pula sudah tidur? Tapi, kita merindukan mereka... Apa nak buat, pada ketika itu? Atau mungkin kita merindukan seseorang yang tidak halal bagi kita (faham-faham la ye...)? Adakah kita akan hubungi si dia, semata-mata untuk menyatakan rindu? Boleh jadi fitnah tu... Jadi, apa nak buat bila kita rindu di keadaan yang tidak sesuai?

Jawapan yang ingin saya kongsikan, adalah solat sunat... Insya-Allah, selesai isu merindu... Mengapa saya katakan solat sunat mampu mengubat rindu? Satu analogi mudah... Bila kita merindukan seseorang, pastinya timbul rasa ingin bertemu... Nak bertemu berhadapan, melihat mukanya di depan muka kita, tak tercapai kerna jarak memisahkan... Tak kisah jarak fizikal atau jarak syariat... Oleh itu, apa kata kita temukan hati kita dengan hatinya? Di mana hatinya? Pastinya ada pada tuhannya, Allah SWT...

Analogi lagi... Contohnya, kita merindukan buah hati yang tinggal sekampung dengan kita... Lalu, kita ke rumahnya... Ops, lupa nak beritahu yang buah hati kita tu anak Pak Imam (anak Pak Imam kan solehah, nakkan isteri solehah la katakan)... Sampai ke rumah si dia, berjumpa si ayahnya... Lalu berkatalah kita, “Assalamualaikum Pak Cik Haji... Saya datang ni, nak berjumpa Fatimah Az-Zahra...”. Maka bertanyalah si Pak Imam, “Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Apa hajatnya Ali Imran nak jumpa anak dara pak cik ni?”. Selamba kita jawab, “Saya rindu akan Fatimah Az-Zahra, pak cik... Rindu sangat-sangat... Dapat tengok muka dia pun jadilah...”. Pak Imam pun membalas, “Ali Imran ingat Fatimah Az-Zahra tu Tugu Negara, nak tengok-tengok? Ada bagusnya Ali Imran ke pantai, tengok pokok kelapa... Sambil-sambil tu, istighfar... Nak solat Dhuha kat pantai tu pun boleh...”.

Itu adalah contoh respon seorang bapa, pemilik diri anak daranya... Betapa si bapa melindungi kehormatan diri anaknya... Namun, kadang-kadang perisai si bapa bocor jua... Si dara terlepas jua... Maka, dari rindu nak tengok, jadilah rindu nak jalan sama-sama, jadilah rindu nak pegang-pegang, dan jadilah menjadi-jadi...

Oleh itu, sampaikan rindu kita kepada pemilik hatinya... Inilah medium komunikasi hati ke hati... Bila ikhlas dari hati kita, menyentuh hatinya yang jauh nun di sana, itu lebih terkesan berbanding bicara mulut manis bertebu di bibir... Kata rindu yang dilafazkan juga ditapis dengan terperinci oleh Allahu Rabbi, pemilik hatinya...

Selain itu, percayalah bahawa solat sunat sangat berkesan dalam meredakan rindu... Kadang-kadang, pada saat kita bertakbir, degupan kencang jantung kita mampu reda dengan serta-merta... Ajaib kan? Haa... Itulah barakahnya solat sunat tatkala rindu... Selain itu, kita juga mampu ‘membunuh 2 burung dengan 1 batu’ (killing 2 birds with 1 stone)... Kita bersujud kepada Allah, di samping menyampaikan rindu hati kita kepada hati si dia...

Mengapa dikatakan solat sunat sebagai pengubat rindu? Ini kerana hakikat bahawa rindu datang tidak tentu masa... Jika ingin menanti waktu solat fardu, pastinya tidak ternanti... Oleh itu, laksanakanlah solat sunat, kerna solat sunat tidak mengira masa... Contohnya, rindu kita datang pada jam 8 pagi... Apa nak buat? Waktu Subuh dah lama berlalu... Kita boleh laksanakan solat sunat Dhuha... Jika dah kita laksanakan solat sunat Dhuha, kita masih boleh solat sunat yang lain-lain... Satu lagi analogi, contohnya kita mimpikan si dia (rindu sangat, sampai termimpi)... Tersedar dari mimpi, jam 3 pagi, rasa rindu sangat kat dia... Apa nak buat? Isyak, dah lama kita solat... Nak tunggu Subuh, lama lagi... Nak sambung tidur, tak dapat, sebab rindu sangat... Senang je... Bangun, ambil wuduk, solat sunat... Tak kisah nak solat istikharah atau solat hajat, atau mungkin solat apa saja... Insya-Allah, terubat rindu tu... Dah terubat rindu, alang-alang dah bangun tu, qiamulail terus sampai Subuh... Fuhh... Untung betul... Ramai insan lain, rindu, sia-sia... Sebab mereka tak buat apa-apa... Ada juga insan yang rindu, berdosa... Sebab mereka buat maksiat, hanya kerana mereka rindu... Tapi, kita rindu, berpahala... Sebab bila kita rindu, kita qiamulail, beribadat kepada Allah SWT... Untung kan?

Teringat kata-kata Ustaz Don Daniyal, “Kalau nak solat sunat, boleh niat ‘Sahaja aku solat sunat kerana Allah Taala’. Cukup.”... Maksud kata, solat sunat tu boleh dilaksanakan bila-bila masa, dan kalau tak tahu nak solat sunat apa, boleh je niatkan sebagai ‘solat sunat’... Itu sudah memadai... Pendek kata, bila rindu, solat sunat... Insya-Allah, rindu terubat, pahala pun dapat...


Rindu tak memerlukan suara lunak...
Untuk nyanyikan, “Tuhan sampaikan rinduku pada dia, agar dia tahu ku rindukannya” (nada: Ombak Rindu)...
Rindu tak memerlukan kredit telefon berpuluh...
Untuk telefon dia, melepaskan rindu berjam-jam...
Rindu cuma memerlukan usaha sedikit...
Usaha untuk menyamankan badan dengan wuduk...
Usaha untuk bersolat sunat...
Soal luangkan masa,
Luangkan masa menyanyi, mungkin sia-sia...
Luangkan masa menghubungi si dia, mungkin berdosa, mungkin juga sia-sia...
Luangkan masa bersolat sunat, berpahala...

Nota : Rindu di sini tak semestinya rindukan buah hati... Rindu di sini juga teraplikasi pada rindukan keluarga. Rindukan sesiapa sahaja, Insya-Allah solat sunat adalah langkah yang praktikal sebagai meredakan rindu...

50 ulasan:

  1. Seronok sgt mse bce..sbb sy da tau cara nak lepas rindu tp xmndtgkn dosa..insya allah akan saya amalkan..

    BalasPadam
  2. wah terbaik lah, tapi adakah benar kalau kita pernah minta doa agar Allah swt sampaikan rindu kita buat orang yang kita mahu (orang yg kita suka), orang itu juga akan terasa sesuatu tentang kita walaupun orang itu tak tahu pun kalau kita sukakan dia ataupun pada masa yg sama dua membenci kita (tapi kita suka dia)? saja bertanya, inginkan kepastian. t.kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Biasa-biasa saja... Allah jua pemilihan segala... Pada pendapat saya yang daif ni, bila mana kita memohon pada Allah SWT, kita kena husnuzon (sangka baik)... Insya-Allah, sekurangnya Allah akan perelokkan kita di mata si dia...

      Padam
  3. terima kasih..tips yang sangat membantu..:)

    BalasPadam
  4. klu terasa rindu lps zohor..nk solat sunat apa ye.skrg kul 3 ptg

    BalasPadam
  5. Trime kasih kerana terbitkn artikel ini.skrunk baru sy fham ape ertinya rindu yg halal dlm islam.

    BalasPadam
  6. terima kasih akhi. Saya terlalu rinduuu dengan seseorang yang terlalu mustahil untuk saya bernikah. dan saya selalu juga termimpi2 beliau kerana terlalu rindu dengannya. unutk bertemu adalah mustahil sama sekali. untuk bercakap, sms, watsup pula saya khuatir ia jd finah Semoga solat sunat yang di amalkan sesiapa sahaja yang membaca artikel ini mendapat pahala dan di perkenan kan segala doa.

    BalasPadam
  7. terima kasih,bagus sangat..cara yg terbaik..nak buat camni la :D

    BalasPadam
  8. Terima kasih di atas perkongsian ini. Rindu yg mendekatkan kita pada Yang Maha Esa inshaa Allah....pasti ada hikmah disebaliknya.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum..mohon share bole? :)

    BalasPadam
  10. Waalaikumussalalamwarahmatullahiwabarakatuh... Silakan share... Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan...

    BalasPadam
  11. Good sharing... and memang bole di amalkan.. insyaallah. .. pasti ...

    BalasPadam
  12. assalamu`alaikum......tenang tgk blog ni

    BalasPadam
  13. Bagusnya aku suka suka itu boleh kah kamu buat lagi terima kasih

    BalasPadam
  14. Terimakasih , jalan keluarnya

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah..syok sngt bila baca tadi..sy dh tahu acmne nk lpskn rindu tanpa buat dosa..In sha allah sy akan amalkan..terima kasih.!

    BalasPadam
  16. rindu pada seorang ajnabi, yg sekian lama sudah berpisah, namun tetap saya rindu sampai hari ni. semoga diberi kekuatan untuk tempuh rindu ini .

    BalasPadam
  17. Sangat membantu.. Terima kasih.. :')

    BalasPadam
  18. saya suka blog awak...thanks mnyebarkn ilmu..

    BalasPadam
  19. terima kasih... semoga Allah mengampuni kita semuaa. :)

    BalasPadam
  20. Klu cara sy.. Selain Dari solat sunat..LPs solat fardhu..sy akn berdoa n mengadu kpd Allah..lama Tu jgn ckp laa.. Kdg2 smpai mngis2.. Tp alhmdulillh LPs Tu rasa lega.. Tenang.. X yh Nak risau ke ap.. Sbb Kita yakin Yg hati dia Allah pegang.. One more..pesan sy.. Sukailah seseorg itu secara diam2 seprti saidina Ali Dan Fatimah az zahra Yg akhirnya Allah 1 Kan mereka.. :) wallahua'lam

    BalasPadam
  21. terimakasih atas perkongsian ilmu nya... sy merindui nya tapi tak mungkin akn bertemu lagi.. hanya pd ALLAH mengadu... INSYAALLAH D AMALKN

    BalasPadam
  22. Apakala rindu sehingga menitis airmata tanda hati tu ikhlas mencintai dia.sedangkan dia tidak tahu. Berdoa la pada allah. Allah maha mendengar.allah tahu apa terbaik utk kite. Sukai seseorang dalam diam seperti saidina Ali dan Fatimah Az Zahra yg akhirnya allah satukan mereka

    BalasPadam
  23. Subhanallah..terima kasih untuk entri ni...

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah..jazakallahu khairan kathira. Entri yang bermanfaat dan boleh dipraktikkan..

    RINDU itu adalah dari ALLAH..serahkan kembali kepadaNYA rasa RINDU itu..DIA pasti memberikan solusi yang terbaik dengan rasa RINDU.

    Salam 12 RAMADHAN 1436H..

    #BulanPengampunan
    #MadrasahRAMADHAN2015
    #ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 12-09-1436H | 29-06-2015M 12:52

    BalasPadam
  25. Tapi kalau saya period, x boleh solat, macamana saya nak buat? Sebab masa x period, lepas solat fardhu sy mmg doa cerita sume kat Allah lepas tu rasa tenang. Tapi cuti seminggu x boleh. Ape saya nak buat?

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum saudari Jane Doe... Insya-Allah, saudari masih boleh berwuduk dan berdoa... Insya-Allah, dengan berwuduk hati akan tenang... Dan dengan berdoa, walaupun tanpa solat terlebih dahulu, saudari mungkin dapat kesan yang sama... Insya-Allah...

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum, boleh tanya. Yang niat solat sunat dari Ustaz Don tuhh 2 rakaat ehh?

    BalasPadam
  28. Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Ya, niat solat sunat dari Ustaz Don tu 2 rakaat...

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum saudara Haikal. Saya ingin brkongsi cerita dan brtanyakan pendpat. Saya brkenalan dgn seseorang sewaktu zmn sy belajar di universiti. Kami belajar dlm bidang yg sama. Dia junior sy. Pd mulanya kami hnya saling membantu dr segi pelajaran. Tnpa sy sedar, sy telah jatuh hati pd dia. Terasa ingin brsama setiap msa tp sy xpernah dating dgn dia. Sy hormat dia sbgai seorang wanita muslimah yg sntiasa berusaha mnjaga pergaulan spya tidak melepasi batasan. Hubungan prsahabatan kami baik. Hanya kwn tp hanya Allah yg tahu betapa sy menanggung perasaan. Sy sgt mendambakan dia sbgai suri hidup sy. Sy meminta dan terus meminta kpd Allah sehinggalah sy x mampu menahan lalu sy luahkan hasrat hati trhadapnya. Sy x mahu fikirkan lagi brkenaan hal ni tp InsyaAllah, sekiranya Allah tetapkan ada jodoh antara saya dan awak, we will be together one day. Itu adalah jwpn yg dia bg. Sy menaruh hrpn yg tinggi kpd Allah spya jodohkan sy dgn dia. Sy solat istikharah, minta petunjuk drpd Allah moga2 dia yg terbaik untuk diri sy. 4 thn prkenalan. Suatu hr, dia cntact sy. Katanya, dia akn brnikah xlama lg. Sy trgamam. Mmg sy akui, hati sy retak. Sedih. Dia punyai segala ciri yg sy idamkan sbgai wanita solehah. Tp sy xnk tunjuk kt dia yg sy sedih sbb sy takut dia rasa serba salah. Biasalah. Lelaki perlu brsikap cool. Itu jodohnya dan sy cuba terima dgn hati yg lapang. Mungkin jodoh yg terbaik untuk sy belum lagi menjelmakan diri. Tp sy x nafikan, sy masih merindui dia wlpn skrg dia dh brgelar isteri org. Sejak dia brkhwin, sy xpernah hubungi dia lg. Sy teringin nk tahu khabar dia tp sy tahu sy x boleh hubungi dia. Ya, sy selalu doakan semoga dia bahagia dgn kehidupan dia skrg. Sy selalu doakan smoga suaminya dpt bg kebahagiaan spnjg msa buat dia, tidak sesekali buat dia brsedih. Adakah salah prbuatan sy ni? Merindui seseorang yg bukan lagi halal untuk sy? Sy betul2 sygkan dia. Belum prnah sy jumpa wanita seumpamanya. Setiap tindakannya, dia akan fikir baik buruk dan apa kesannya trhadap orang lain. Dia bukanlah wanita yg dari awal prkenalan lagi sudah bertudung labuh, berstokin, bersarung lengan. Tidak. Tapi, pengalaman demi pengalaman yg dikutip banyak mengajar dan mengubah dirinya menjadi seorang muslimah yang baik. Ya, sy akui sy selalu memerhatikannya dari jauh sekiranya kami sama2 terlibat dalam program universiti. Bunyinya mcm menakutkan tp sy xdpt elak diri sy drpd mengaguminya. Sy tahu serba sedikit kisah hidupnya. Dia seorang yg sgt cekal. Sy nampak sendiri perubahan dirinya ke arah yg lebih baik & sy xdpt elak drpd jatuh hati trhadapnya. Pernah jga sy cuba untuk buka hati sy menerima org lain tp sy xmampu untuk mnyintai org lain sepertimana sy menyintainya. Sy sgt2 rindukan dia. Doa sudah, solat sunat pun sudah. Tapi akal dan hati sy seperti x mampu nk lenyapkan dia. Apa lg perlu sy buat? Sy bingung dgn diri sy sndiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Alhamdulillah, saudara telah bertindak sewajarnya sepanjang saudara jatuh hati dahulu... Berkenaan dilema yang saudara alami, cuba solat hajat... Pohon semoga ditenangkan jiwa, semoga saudara tenteram... Selain memohon semoga jodoh saudara tiba... Dalam menyayangi seseorang, ada satu tahap sayang yang lebih tinggi... Tahap sayang yang lebih tinggi itu adalah, menyayyangi seseorang sehingga kita inginkan dia bahagia, walau tidak bersama kita... Inilah tahap sayang yang umumnya dimiliki oleh ibu bapa... Menyayangi orang tersayang, sehingga hanya ingin orang tersayang bahagia, walaupun akhirnya terpaksa melepaskan si dia pergi bersama jodohnya...

      Padam
    2. Assalamualaikum saudari Ahmad, saya ingin bertanya bagaimana pula ketika kita teramat merindukan orang yang sudah pergi mahupun di panggil Allah yarham? Saya perlukan penjelasan tersebut

      Padam
    3. Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Saudara/Saudari boleh solat sunat rindu, bagi meluahkan rindu tersebut. Insya-Allah, semoga rindu tersebut sampai kepada rohnya... Saudara/Saudari juga boleh panjatkan doa kepada rohnya, terutama setiap kali selepas solat. Semoga jawapan ini bermanfaat... Semoga Allah SWT sentiasa merahmati roh Allahyarham...

      Padam
  30. Alhamdulillah.. terima kasih ats perkongsian.. :)

    BalasPadam
  31. Masyallah! Maha suci Allah..di saat hati ini merindui seorang yg bukan milik kita..terjumpa akan blog..ini..terima kaseh dik atas perkongsian.

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum,saya nk ckp skit niii...yg saya sekarang sedang rindu kepada ustazah yg mengajar saya mengaji semasa saya kecil dahulu...Dan sekarang kami terpisah...Saya berpisah dgn nya selama 6 thn...rumah saya dgn nya xlah jauh sngt...tapi saya malu untuk berhadapan dgn nya...sekian

    BalasPadam
  33. masyaAllah...terima kasih atas perkongsian dik... smoga apa yang dik share kat sini menjadi petunjuk kepada sesiapa yang buntu dan menjadi saham akhirat buat dik... amin.. :)

    BalasPadam
  34. rindu padamu YA ALLAH..rindu nak menangis untukmu....rindumu Ya ALLAH...

    BalasPadam
  35. Alhamdulillah saat hati sarat dgn rindu pada dia yg bukan halal(tunang). Tambahan pula dalam tempoh 6bulan langsung tak dapat dihubungi kerana tanggujawabnya pada negara . Terjmpa blog ni, rasa macam terjumpa jawapan macam mana nk urus rindu ni...
    allahu..
    Tq atas prkongsian, solat sunat, beruntung nyaa kita, Smakin kuat rindu si dia, semakin dekat dgn tuhan, semakin meletakkan harapan pada tuhan. Semakin ikhlas beribadat.
    In shaa allah.. Moga sampai bila bila pun tetap ikhlas beribdat pd tuhan. Bkn hanya saat merindu saja.

    BalasPadam
  36. Terima kasih tuan atas perkongsian ini

    BalasPadam
  37. Assalammualaikum..alhamdulilah bila sy mnbacanya rasa brsyukur sgt2 pd Allah..coz kalbu kita Allah yg pegang..hnya dgn solat dpt mgubah sgalanya..doa merupakn senjata kita umat islam..rindu cara baik akn dpt pahala bg kita semua..tq..wslm

    BalasPadam
  38. Assalammualaikum..alhamdulilah bila sy mnbacanya rasa brsyukur sgt2 pd Allah..coz kalbu kita Allah yg pegang..hnya dgn solat dpt mgubah sgalanya..doa merupakn senjata kita umat islam..rindu cara baik akn dpt pahala bg kita semua..tq..wslm

    BalasPadam
  39. Saya juga sedang merindui seseorang seseorang yang saya minati sejak dari zaman sekolah. Saya ingin sentiasa berhubung dengannya, namun sebab dia dah ada isteri dan anak2..saya tahan saja..kadang2 rasa sebak di hati. Semoga dia n keluarganya sentiasa bahagia. Dan semoga suatu hari nanti Allah hilangkan rasa rindu ini pada dia..aamiin..

    BalasPadam
  40. Bagaimana kalu rindukan arwah suami yg telah tiada?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doakan dia, puan... Puan juga boleh solat hajat khas untuk kesejahteraan arwah suami puan... Semoga solat hajat tu dapat mewakili titisan air mata rindu puan...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal