DOAKU INI UNTUK DIA

Cerita ini mengisahkan tentang H, seorang penuntut Jurusan Sains Fizik di salah satu kolej tempatan.
Suatu hari, H terserempak dan berkenalan dengan A, seorang penuntut Sains Tulen di kolej yang sama. Bermula saat itu, H mula menaruh perasaan terhadap A.

Perkenalan antara H dan A tidak terhenti setakat berkenalan dan tahu nama satu sama lain. Mereka semakin mesra sebagai sahabat dan selalu berkongsi banyak benda. H yang dalam diam-diam menyimpan perasaan terhadap A, semestinya gembira dengan keadaan ini.

Takdir penentu segala apabila A mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Mesir. Gembira dengan tawaran ini, dia memberitahu H. Acap juga mereka berbual mengenai tawaran tersebut. Suatu hari, ketika mereka berbual mengenai persiapan A, H tiba-tiba berkata, “A, sebelum awak pergi, saya nak beritahu sesuatu”. “Apa dia? Dramatik la pula...”, balas A, pelik mungkin. “Awak, saya nak awak tahu yang saya dah lama menyimpan perasaan terhadap awak. Sejak mula-mula saya terserempak dengan awak lagi. Awak, saya suka awak”. A sedikit terkejut lalu berkata, “H, maafkan saya...”, sebelum berpaling dan berlalu. Itu adalah saat terakhir A bertemu H sebelum dia berlepas ke Mesir.

Sejak pemergian A ke Mesir, H menjalani hari-harinya secara normal kecuali dia sering menghabiskan masa yang panjang di dalam biliknya setiap kali waktu solat. Hairan dengan keadaan ini, teman serumahnya, Ahmad cuba menyiasat.
Suatu hari, Ahmad cuba mengintai H melalui pintu biliknya yang sedikit terbuka. Dia melihat H terbongkok menadah tangan dengan wajah sayu.

“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah kecemerlangan kepada Aisyah Humaira binti Abdullah, dunia dan akhirat. Kau berkatilah hidup dia dan keluarganya. Kau berikan keamanan, kebahagian dan kesejahteraan kepadanya, serta keluarganya. Kau kurniakanlah juga ketenangan dan kesenangan hidup kepada dia sekeluarga. Amin Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Amin Ya Rahmanurrahim...”
Itu adalah antara butir-butir doa H yang didengari oleh Ahmad.

Sebaik sahaja H keluar dari bilik, Ahmad terus bertanya, “H, buat apa kau selalu mendoakan si A tu? Siap doakan keluarga dia lagi... Kau tak ingat saat dia berpaling macam tu je bila kau kata kau sukakan dia? Mungkin dia tak terima cinta kau. Jangan mengharapkan sesuatu yang belum tentu, H...”

H menundukkan kepala seketika dengan sayu sebelum mengangkat kembali kepalanya. Penuh tenang dia berkata, “Seperti mana aku selalu mendoakan mereka di sekeliling aku, seperti itu juga aku akan terus mendoakan dia. Dia berhak mendapat doa ni. MUNGKIN HATI DIA BUKAN UNTUK AKU, NAMUN, DOAKU INI UNTUK DIA. ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal