PERSEDIAAN MENEMPUH PEPERIKSAAN

Di awal pagi, sekiranya tersedar sebelum Subuh, bangunlah untuk solat sunat hajat. Sekiranya mampu, solat-solat sunat dan qiamulail amatlah digalakkan.
Sekiranya terasa sangat malas untuk bangun solat sunat, cubalah untuk terus sedarkan diri dan berzikir ingatkan Allah s.w.t.

Bila waktu Subuh telah masuk, bangun untuk berwuduk dan solat Subuh. Gunakan waktu Subuh secara maksimum untuk cuba khusyuk dan berdoa.
Bacalah bacaan-bacaan solat penuh tertib dan berdoalah penuh hati selagi waktu Subuh belum berakhir.

Selepas solat Subuh, baca al-Quran sekurang-kurangnya sehelai.
Sekiranya terlalu mengantuk, cium al-Quran, baca Bismillahirrahmanirrahim dan pejamkan mata buat seketika. Dalam hati, niatkan akan kembali baca al-Quran setelah hilang mengantuk. Selepas hilang mengantuk, terus baca al-Quran (pastikan diri masih berwuduk).

Selesai baca al-Quran, mandi.
Mandi di awal pagi (Sebaik-baiknya dengan air sejuk) amat bagus untuk badan. Jangan lupa untuk baca doa masuk tandas.

Sesudah mandi, lap badan sehingga betul-betul kering. Baca Bismillahirrahmanirrahim, mula sarung pakaian.
Sambil menyarung pakaian, fikir apa yang ingin diulangkaji pagi ini. Contohnya, ingin baca nota-nota kuliah sehingga habis atau ingin buat latihan tentang topik tertentu.

Siap sarung pakaian, sarapan. Ingat, sarapan cukup untuk menghilangkan lapar. Jangan sehingga terlalu kenyang.
Sarapan sangat penting dalam hidup. Jangan biarkan perut lapar di awal pagi. Bersarapanlah walaupun sikit.

Selesai sarapan, siap sedia untuk ulangkaji. Baca Bismillahirrahmanirrahim, buka nota dan mula ulangkaji.
Sekiranya rasa bosan, palingkan muka seketika dan istighfar. Cuba ingat kembali apa yang telah diulangkaji. Bila dah hilang bosan, teruskan ulangkaji.

Beberapa minit sebelum masuk waktu Zohor, berhenti ulangkaji. Rehat sekejap.
Tak mengapa walaupun belum siap ulangkaji. Baca Bismillahirrahmanirrahim, niat akan sambung ulangkaji selepas solat Zohor.

Bila dah masuk waktu Zohor, solat Zohor.
Sekali lagi, gunakan waktu Zohor secara maksimum tertib dan berdoa sepenuh hati.

Sesudah solat Zohor, boleh sambung ulangkaji.
Ulangkaji sehingga habis apa yang diniatkan pagi tadi.

Selesai ulangkaji, bangun dan makan tengah hari. Berjumpalah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang mungkin tak sempat jumpa sebelum dan semasa ulangkaji tadi.
Supaya kita dapat memotivasikan diri kita. Sedari bahawa kita tidak keseorangan dalam hidup ini. Berinteraksi sesama insan mengingatkan kita akan agungnya Allah s.w.t dalam penciptaan makhluk-Nya.

Setelah masuk waktu Asar, solat Asar.
Jangan lupa untuk cuba solat dan berdoa penuh khusyuk.

Sesudah solat Asar, keluar untuk menikmati keindahan alam atau beriadah.
Menikmati keindahan alam dan riadah juga mengajar kita untuk bersyukur dan sentiasa ingat Allah s.w.t. dengan mengagumi alam ciptaan-Nya.

Menjelang waktu Maghrib, bersiap sedia untuk solat. Solat Maghrib apabila telah masuk waktu.
Walaupun diri mungkin letih, cubalah sebaik mungkin untuk khusyuk bersolat dan berdoa.

Sesudah menunaikan solat Maghrib, makan malam.
Makan malam sangat penting untuk memberi kita tenaga untuk ulangkaji nanti. Namun, jangan sehingga terlalu kenyang (kita mungkin akan mengantuk).

Apabila siap makan malam, rehat kejap untuk pencernaan yang baik sambil menunggu waktu Isya’. Sambil istirehat, boleh zikir dan istighfar mengingati Allah. Sekiranya sempat baca al-Quran, itu sememangnya terbaik...
Berilah peluang kepada sistem badan kita dengan makan malam dan rehat sekejap. Ingat, sistem badan kita adalah elemen penting yang akan menyokong kita dalam hidup. Jadi, pastikan kita mendapat sokongan yang terbaik.

Apabila telah masuk waktu Isya’, solat penuh khusyuk dan berdoa penuh tawadduk.
Solat Isya’ di awal waktu walaupun waktu Isya’ adalah waktu solat yang paling lama. Ini bagi memastikan kita tidak lupa nanti.

Selesai solat Isya’, ulangkaji sehingga rasa mengantuk (Jangan lupa untuk baca Bismillahirrahmanirrahim sebelum mula ulangkaji).
Sesekali apabila rasa bosan, keluarlah berjalan sambil cuba ingat apa yang telah diulangkaji. Jangan lupa untuk istighfar, ingat Allah. Mudahan Dia memberi ilham dan kelapangan. Sambung ulangkaji apabila rasa bosan telah mula reda.

Apabila mata telah betul-betul mengantuk, tidur. Ingat untuk baca doa sebelum tidur.
Tidak mengapa jika tidak habis ulangkaji sebelum tidur. Baca Bismillahirrahmanirrahim, mohon kepada Allah supaya kita diberi kelapangan untukmenyambung ulangkaji pagi esok. Ingat Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku dalam Qada’ dan Qadar-Nya pasti ada hikmah.

ps: Boleh selitkan baca al-Quran setiap kali selepas solat.

Kesimpulannya, sentiasalah INGAT ALLAH... Setiap yang berlaku dalam ketentuan-Nya. Kita sebagai insan hanya mampu berusaha sebaik mungkin. Yang penting, sentiasa yakin bahawa Dia akan selalu membantu kita dalam setiap urusan.

Kita ada Allah. Penganut agama lain takde Allah...(Aziz Nor, 2008)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal