MAAF (BUAT ABI, UMI, KAWAN-KAWAN & PERMATA HATI SAYA)

Kepada:

  • Abi dan Umi serta adik-adik.
  • Kawan-kawan.
  • Permata hati saya.

Di mana sahaja semua berada saat warkah ini dibaca.

Assalamualaikum,

Apa khabar Abi dan Umi? Ana harap Abi dan Umi dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan berpanjangan. Macam mana adik-adik? Harap-harapnya, semua dengar kata Abi dan Umi, tak nakal-nakal. Sampaikan salam ana kepada adik-adik. Katakan ana masih hensem seperti mana saat terakhir kita bersua muka. Supaya mereka tak sedih...

Kawan-kawan, amacam? Semua baik? Aku harap korang semua mantap je... Aku tau, geng-geng kita semua memang terbaik... Sorry la, x dapat join study dengan korang sampai kita grad...

Kaifahaluka permata hati saya? Saya harap awak sihat wal’afiat dan bahagia di samping keluarga tersayang. Awak, sorry ye... Tak sempat saya penuhi janji saya nak jumpa awak di lapangan terbang nanti...

Abi, Umi,

Maafkan ana dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ana sangat-sangat mohon ampun Abi dan Umi zahir dan batin. Bukan niat ana merahsiakan keadaan ana selama ni... Ana dah cukup sakit sejak kecil dan menyusahkan Abi dan Umi. Kali ini, biarlah ana tahan sakit ni selagi ana termampu... Alhamdulillah, ana mampu tahan kesakitan ni sehingga saat ini. Ana cuma nak Abi dan Umi tahu bahawa bukan niat ana untuk melakukan pembohongan sebesar ni melainkan tak ingin melihat Abi dan Umi menitiskan air mata, resah gelisah akan keadaan ana... Tak sanggup rasanya hati ini melihat setitis pun air mata dititiskan kerana diri ana ini yang pernah menghampakan harapan Abi dan Umi suatu masa dulu...

Sayu rasanya hati ana, terpaksa pergi tanpa sempat berbakti pada Abi dan Umi... Ampunkan ana... Semoga adik-adik mampu menggantikan tempat ana... Untuk membanggakan Abi dan Umi... Usahlah Abi dan Umi tangisi pemergian ana ini... Cukuplah sekadar doa Abi dan Umi jadi peneman ana... Redha Abi dan Umi sudah memadai bagi ana... Kerna redha Abi dan Umi adalah redha Allah SWT kepada ana... Insya-Allah, berkat didikan Abi dan Umi yang ana sempat praktikkan dalam kehidupan seharian ana beroleh syafaat dan barakah Yang Maha Besar...

Kawan-kawan,

Sorry la semua... Aku bukan tak nak lepak sama-sama dengan korang sebelum ni... Aku kurang sihat sikit... Jadi, tak dapat jalan sangat... Apa-apa pun, aku nak korang tahu, korang memang kawan-kawan terbaik... Salah silap korang sikit-sikit tu, common la... Aku pun buat silap... Jadi, tak kisah la... Terasa hati pun, kejap je... Yang pasal salah silap aku dengan korang tu, aku harap korang maafkan la ek... Aku tahu, banyak silap aku dengan korang ni... Kut-kut aku gurau kasar sangat, sampai korang terasa, aku minta maaf la sangat-sangat... Tak niat pun... Tak sedar... Almaklum la, bila keadaan dah macam ni, otak pun tak stabil sangat...

Permata hati saya,

Saya tahu, saya banyak susahkan awak... Masa awak tengah buat assignment, saya suka hati je kacau... Masa awak perlukan sokongan saya, saya buat tak tau je... Saya ingat lagi... Saat awak kata banyak assignment nak kena siapkan sebab nak kena hantar minggu tu jugak... Saya terus jugak kacau awak... Pastu, bila saya tengah buat assignment, saya tak kisah pun pasal awak... Saya tak cakap pun dengan awak sebab tak nak awak kacau saya... Jahat kan saya? Pentingkan diri betul... Tapi, saya harap awak dah maafkan saya... Supaya saya dapat pergi dengan tenang...

Awak, tak terkira banyaknya saya dah lukakan hati awak dari saat mula-mula kita kenal sampai tika ini... Maafkan saya... Saya ingat lagi... Pernah dulu, awak kata awak bukanlah yang terbaik buat saya... Saat itu, ingin saya katakan bahawa awaklah yang terbaik untuk saya... Walaupun saya bukan yang terbaik bagi awak... Awak, saya nak awak tahu bahawa saya sayang awak Lillahi Ta’ala... Banyak yang telah saya belajar sejak saya kenal awak... Banyak lagi yang saya sedar sejak saya menyayangi awak... Awak sememangnya mengingatkan saya akan keluarga saya... Mengingatkan kembali nasihat dan ingatan Abi dan Umi saya sebelum ini... Yang telah saya lupakan sekian lama... Hanya Allah yang tahu, betapa saya ingin jadikan awak pelengkap separuh iman saya, sebahagian dari keluarga saya...

Kepada semua,

Kalau diikutkan hati, tak ingin diri ini pergi... Jauh dari semua... Meninggalkan segala yang terbina... Melepaskan segala impian... Kerna diri ini dah cukup bahagia di dunia... Namun, apakan daya... Takdir Allah pastikan terlaksana... Ajal tetap menjelma... Sesungguhnya hidup ini hanya pinjaman semata... Kejap atau lama... Akhirnya terpaksa dipulangkan pada empunya... Ampun maaf semua dipinta… Agar diri ini bebas dari amarah manusia… Di hadapan Allah Yang Esa…

Salam Terakhir... Mohon ampun atas segala dosa...

Salam Lebaran 1431H,

XXXXXXXXXXX

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal