BOSAN BILANG SAYANG???


            Berdasarkan pemerhatian saya, masih ramai yang tidak berani melafazkan sayang kepada pasangan masing-masing... Ya, masih ragu-ragu walaupun sudah berkahwin... Bukan setakat yang dah lama berkahwin, malahan ada juga antara mereka yang baru berkahwin... Pelik, baru berkahwin, sudah kedekut kata-kata sayang... Pelik, dah ada ikatan perkahwinan, tapi masih kekok mengatakan sayang...

Bila ditanya, macam-macam respon mereka...
“Seganlah... Selalu sangat kata sayang kat dia...”
“Kalau selalu sangat kata sayang, lama-lama boleh basi... Hilang makna sayang tu...”
“Tak tahu nak kata sayang macam mana lagi... Habis idea...”
Apa jua respon dan katanya, maaf untuk saya katakan bahawa itu semua hanyalah alasan...
           
            Saudara dan saudari, kata sayang ni bukan sekadar berkata ‘Saya sayang awak’, ‘I love you’ (atau apa jua yang bermaksud demikian dalam apa bahasa sekalipun)... Kalau kita hadkan kata sayang kita pada kata-kata sebegitu, maksudnya memang ketandusan idea la kita akhirnya... Kata sayang itu luas dan banyak... Izinkan saya berkongsi beberapa contoh...
            “Insya-Allah, Abang sayangkan Ayang kerana Allah SWT...”
“Ayang, lauk ni masin sangat la... Abang sayangkan Ayang, cuma lain kali kurangkan masin tu sikit ye...”
“Abang, kenapa laju sangat pandu kereta ni? Ayang sayangkan Abang sampaikan Ayang harap dapat syahid bersama Abang... Tapi, Ayang tak nak la kita mati kemalangan...”

            Apa yang saya ingin sampaikan, bila-bila masa dan dalam apa keadaan jua, kita masih mampu lafazkan kata sayang... Bahkan dalam menegur, kita masih mampu mengungkapkan kata sayang... Tak payah segan... Insya-Allah, tidakkan basi kata sayangmu itu... Insya-Allah, tiada akan tandus ideamu dalam menyatakan sayang...

“Cukuplah doa sebagai tanda ku sayangkan dia...”
Memanglah bagus doa sebagai tanda kita sayangkan dia... Tapi saudara dan saudari, mengapa harus kedekut? Pasangan anda adalah halal bagi anda (khas untuk mereka yang berikatan halal)... Apa kata kita pakejkan sayang kita? Kita doakan si dia, kita katakan sayang kepada si dia, dan kita belai sayang si dia... Niatnya, kita sayangkan si dia, kerana kita doakan si dia... Lafaznya, kita sayangkan si dia, kerana kita ungkapkan kata sayang... Perbuatannya, kita sayangkan si dia, kerana kita belai manja dia...

Kenapa saya bersungguh sangat tentang ungkapan sayang ni? Ini kerana saya berharap setiap ikatan perkahwinan, Baitul Muslim, yang dibina sentiasa hangat... Kita mulakan Baitul Muslim itu dengan kehangatan sayang kerana Allah SWT, seharusnya kita kekalkan kehangatan itu... Di permulaan perkahwinan, si dia percaya kita sayangkan dia kerana Allah SWT... Jadi, biarlah si dia merasai sayang kita berpanjangan... Oleh itu, si dia akan yakin bahawa kita masih sayangkan dia kerana Allah SWT... Setiap kali kita tunjukkan sayang kita kepada si dia, Insya-Allah si dia akan merasakan bahawa kita sayangkan dia kerana Allah SWT... Jika suatu hari kita terlupa menunjukkan sayang kita kepada dia, boleh jadi dia akan merasakan bahawa dia tidak lagi disayangi kerana Allah SWT... Betapa kita telah mempersia-siakan satu nikmat Allah SWT kepada kita...

Konsep ‘sayang’ ini, samalah seperti konsep ‘salam’... Bila kita ungkapkan salam yang mendoakan insan tersebut, kita akan turut didoakan... Bila mana kita ungkapkan sayang, kita akan turut disayangi... Masya-Allah, indahnya satu pasangan menyayangi kerana Allah SWT... Bahkan, Allah turut menyenangi insan yang menyayangi satu sama lain kerana-Nya... Makna kata, bila kita saling menyayangi kerana Allah, kita akan mendapat kebahagiaan di dunia, dan juga redha Allah SWT yang membawa kepada kebahagiaan akhirat... Oleh itu, jangan lokek dalam mengungkapkan sayang kepada si dia...

Maaf untuk saya menegur sebilangan insan yang mengatakan “Itu hanya nikmat di dunia... Apa yang kita kejar adalah kebahagiaan akhirat, biarpun tidak disayangi bahkan dikeji manusia”... Bagi saya, tidak mengapa jika kita abaikan mereka yang kufur atau tidak mengendahkan syariat Islam, dalam kita menegakkan syiar Islam... Dalam dalam bab saling menyayangi ini, boleh jadi kufur nikmat jika kita abaikan mereka yang tersayang itu... Allah telah hadirkan seseorang yang halal bagi kita, namun kita menolak untuk menyayanginya... Itu salah sama sekali... Jika benar kita ingin mencari redha Allah SWT, kita tidak akan abaikan nikmat yang Allah berikan kepada kita...

“Eh, pelik betul la si Haikal ni... Dulu, dia juga yang kata jangan menunjuk sangat sayang tu... Sekarang ni, cakap jangan kekok untuk kata sayang pula...”
Saudara dan saudari sekalian, memang la saya kata jangan menunjuk rasa sayang tu... Sekarang ni pun, saya bukan menyanggah kata-kata saya yang dulu tu... ‘Pemerhatian’ dalam konteks saya di sini, adalah berdasarkan apa yang saya lihat, baca, dan dengar... Memang la tak menunjuk rasa sayang, tapi janganlah juga menunjuk rasa malu nak sayang tu... Kalau mengeluh tu, nampak sangat la... Tu bukan bersederhana, tu memang ‘tak’ la kan... Bukan ‘tak’ sayang, tapi ‘tak’ tahu nak sayang...

Bukan susah nak lafaz ni, saudara dan saudari sekalian... Katakan kita dan si dia berada di taman... Kita nak ungkapkan rasa sayang kita kepada dia, namun takut menunjuk-nunjuk pula kalau pegang tangan dia masa duduk kat bangku... Kita bangun, jalan sikit, hantar SMS kepada si dia, “Assalamualaikum gadis ayu... Abang sayangkan Ayang kerana Allah SWT... XOXO, Jejaka hencem a.k.a suami mu”... Tak salah pun kan? Orang lain tak tahu, hanya kita, si penghantar SMS, dengan dia, si pembaca SMS... Cuma kena pastikan si dia la yang pegang telefon tu, bukan orang lain...

Cukuplah sampai sini sahaja... Rasanya, maksud saya telah kesampaian... Semoga kita semua sentiasa menjadi suami atau isteri yang ‘manis’ kepada pasangan halal masing-masing... Semoga kita turut menjadi anak yang paling romantik dalam keluarga kita, kepada ibu bapa dan adik-beradik kita... Kerna sayang juga perlu diungkap di kalangan keluarga sendiri... Terima kasih kerana sudi membaca celoteh saya... Baca dengan penuh erti, selami dan selalulah amalkan hari-hari...

INDAHNYA BERKASIH SAYANG SECARA HALAL...
LEBIH INDAH BILA RASA SAYANG ITU SERING DIUNGKAP, WALAUPUN TELAH KETAHUAN...
KERNA KASIH SAYANG ITU MENGUNDANG KEREDHAAN ALLAH...

MANA LEBIH BERDOSA?


“Assalamualaikum Saudara Haikal,

Katakanlah seorang artis wanita, yang berambut perang, dapat satu ‘assignment’ membawa watak seorang cikgu... Cikgu kan tak boleh berambut perang, jadi artis tu perlu tampil berambut hitam... Jadi, pilihan yang ada adalah samada mewarnakan rambutnya hitam, atau memakai rambut palsu yang hitam... Persoalannya, yang mana lebih berdosa, mewarnakan rambut hitam atau berambut palsu?”

(Saudari K)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh Saudari K...

Maaf untuk saya katakan, bukan hak saya menentukan perkadaran dosa pahala ni... Dan sejujurnya, bukan hak sesiapa... Sekiranya saudari utarakan persoalan ni kepada mana-mana ulama, saya rasakan tiada ulama yang mampu menjawab berkenaan yang mana lebih berdosa, mewarnakan rambut hitam atau berambut palsu...

Walau bagaimana pun, kita yakin bahawa keduanya berdosa... Saya percaya sepenuhnya, berdasarkan penyataan saudari ni, saudari juga yakin bahawa mewarnakan rambut kepada warna hitam itu haram, dan memakai rambut palsu itu juga haram... Haram itu berdosa, dengan erti kata lain... Jadi, kenapa kita nak pilih jalan yang berdosa tu? Baiklah, artis tu berambut perang dalam realitinya... Dan artis itu ingin tampil dengan imej guru untuk ‘assignment’ dia... Apa kata artis tu bertudung? Bertudung juga imej guru kan? Tak kisah la, walaupun artis itu ingin membawakan watak guru Bahasa Inggeris sekalipun, masih boleh bertudung... Tiada yang salah, bahkan berpahala lagi...

Katakanlah artis itu adalah seorang artis bukan Islam, masih manis bertudung... Tidak perlu pening kepala dan membazirkan wang untuk mewarnakan rambut menjadi warna hitam atau untuk membeli rambut palsu yang sepadan... Pastinya kedua-dua inisiatif itu memerlukan perbelanjaan yang besar, lebih besar berbanding perbelanjaan membeli sehelai tudung dan sepasang baju kurung... Bertudung dan berbaju kurung, itu imej sejati seorang guru wanita...

Kalau saudari terfikir, “Perbelanjaan membeli tudung berulang-ulang kerana tudung pastinya bukan sehelai... Sedangkan perbelanjaan mewarnakan rambut atau untuk rambut palsu, ‘one-off’, hanya sekali”, jawab saya, “Apa kata artis tu bertudung je terus... Manis juga”...

Alang-alang saudari dah mengutarakan persoalan ini, izinkan saya berkongsi pendapat... Bagaimana pula jika artis itu seorang lelaki? Jawab saya, cukur... Itu inisiatif yang sangat efektif, pada pendapat saya... Kalau ‘assignment’ masih lama untuk dilaksanakan, masih ada masa untuk rambut artis tu tumbuh kembali... Kalau ‘assignment’ itu sudah hampir pelaksanaannya, artis itu boleh bersongkok... Ini kerana pada pengetahuan saya setakat ini, guru lelaki tidak dibenarkan membotakkan kepala... Jadi, itulah inisiatif sekiranya artis itu lelaki... Tapi, sekiranya saya tersilap (maknanya, guru lelaki dibenarkan membotakkan kepala), maka tersangat praktikal la saranan saya...

Kesimpulannya, janganlah kita memilih yang haram, sedangkan kita tahu ianya berdosa... Bukan yang mana lebih berdosa menjadi persoalannya, tetapi yang haram perlu dijauhi terus... Pilihlah yang halal... Yang syubhah pun, elakkan... Selain itu, alangkah mudahnya hidup jika kita amalkan yang halal sejak awal lagi... Tak perlu kita bersusah-susah kemudian... Apa-apa pun, kalau kita sudah terlanjur berbuat silap, Insya-Allah jalan yang halal masih terbentang untuk kita kembali ke pangkal... Yang penting, kita nakkan yang halal dan kita benar-benar tak nak yang haram...

Akhir kata, maaflah jika saya tersilap kata sehingga menyinggung perasaan saudari... Maaf juga jika saranan saya tak cukup praktikal dan dangkal bagi saudari... Maaf, tulus dari hati saya... Allah jua yang Maha Mengetahui, saya hanya hamba-Nya yang lemah, yang masih belajar dan memperelokkan diri...

(Ahmad Zakry Haikal)

HADIAH UNTUK AWAK…


Di rumah seorang selebriti...

Tok, tok, tok...(bunyi pintu diketuk)

Pintu dibuka oleh empunya rumah...
Posmen           : Cik Fifi Anis, ada bungkusan untuk cik... Sila tandatangan di sini...
Fifi Anis         : Ya, saya... Terima kasih... (sambil menurunkan tandatangan)

Bungkusan di bawa masuk. Lapisan pertama pembalut bungkusan dikoyak... Kelihatan sekeping sampul surat bersaiz A4 putih tertampal... Di muka depan sampul tersebut tertulis :
“Fifi Anis, sila baca surat ini terlebih dahulu sebelum awak terus membuka bungkusan hadiah...”

Sampul surat dibuka dengan berhati-hati... Sepucuk surat dibuka lipatannya... Tertulis :
“Awak, inilah bingkisan yang sempat saya belikan untuk awak sewaktu saya bercuti ke Sarawak... Lalu saya terus kirimkan menggunakan Pos Laju... Harap awak suka... Baiklah, saya tak nak tulis panjang lagi... Mesti awak dah tak sabar nak buka hadiah ni... Awak boleh buka bungkusan yang bernombor 1...”

Bungkusan bertulis ‘1’ dibuka...
“Sehelai tudung untuk awak... Rambut awak cantik sangat... Mesti lembut sangat kan tu??? Awak pakailah tudung ni... Kalau boleh, awak selalulah pakai tudung... Kalau ada jodoh antara kita, saya nak tengok rambut awak tu hanya bila kita dah berkahwin... Saat saya beli tudung ni, saya dah dapat bayangkan betapa manisnya awak bertudung... Lepas ni, awak tak payah risaukan rambut awak berserabut lagi... Kalau berangin pun, tudung awak takkan terbelit, sebab awak dah pin elok-elok...
ps : Awak boleh buka bungkusan kedua pula...”

Bungkusan bernombor ‘2’ dibuka...
“Sehelai jubah untuk awak... Awak ada bentuk badan yang cantik... Tapi, saya hanya nak tengok bentuk tu bila kita dah berkahwin... Kalau tak ada rezeki, tak mengapa... Mungkin rezeki orang lain... Sementara ada yang layak memandang tubuh awak tu, awak pakailah jubah ni... Mesti cantik sangat kan awak berjubah??? Nak jalan pun senang... Selesa, penuh berkeyakinan... Ala-ala model gitu...
pss: Seterusnya, bungkusan ketiga...”

Bungkusan ketiga dibuka...
“Kain labuh untuk awak... Ni, untuk dipasangkan dengan jubah tadi... Harap-harap sedondon... Maafkan saya, saya tak pandai bab-bab padanan warna ni... Kain labuh ni, sebab awak ada kaki yang cantik... Kata orang, umpama keladi bunting gitu... Kain ni, kasi tutup sikit... Barulah takde yang cemburu... Awak pun, boleh berjalan dengan penuh berkeyakinan... Mesti susah nak cari seluar yang muat cun-cun dengan kaki awak tu... Jadi, saya belikan kain labuh ni... Selamat sikit... Tak payah susah-susah cari saiz... ;p
psss: Bungkusan keempat boleh dibuka...”

Bungkusan kecil bernombor ‘4’ dibuka...
“Stoking dan ‘hand socks’... Awak kan selebriti... Jadi mesti banyak bergerak... Kadang-kadang tu, tersingkap lengan dan bahagian kaki awak... Sejujurnya, ‘jealous’ juga tengok orang lain terlopong memandang lengan dan kaki awak... Saya pun, tak nak la sukakan awak sebab putihnya lengan dan kaki awak... Awak sendiri pernah kata, ‘yang penting hati bersih’... Bersih tu, putih la kan??? Jadi, saya nak jatuh hati pada awak sebab hati putih awak... Kalau ada jodoh, saya akan lebih sukakan awak sebab kulit putih awak...
pssss: Akhirnya, bungkusan terakhir...”

Bungkusan terakhir, sebuah kotak, dibuka...
“Sandal berlitup dan ‘coat shoes’ untuk awak... Supaya awak tak sakit kaki lagi pakai ‘high heels’... Lagipun, kan lebih sopan anak dara menyusun langkah dengan kasut atau sandal bertapak rata, berbanding ‘high heels’... Senyap je (misteri gitu)... Nak susun langkah pun senang, tak senang terpeleot’... =D
psssss: Ops, lupa yang ada sekeping kad untuk awak... Jangan lupa baca...

Kad dibuka, dibaca...
“Menjelang pertunangan kita, anggaplah ini sebagai hadiah pra-pertunangan untuk awak…
Fifi Anis, jika benar awak untuk saya, tutuplah aurat awak sepenuhnya... Agar awak cantik di mata Allah SWT dahulu, sebelum awak tercantik di mata saya... Semoga Allah pun cintakan awak, lantas layak bagi saya mencintai awak...
Semoga awaklah makmum paling cun bagi saya...
                                                                                    Saya, yang nak jadi imam awak...
                                                                                                            FAUZAN AZIM


GAYA TUDUNG TERCUN…


Amir   :
Assalamualaikum, Akak sayang...

Kakak            :
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh, Amir sayang... Amboi-amboi... Tersengih-sengih masuk bilik Akak... Ada apa ni?

Amir   :
E’eh... Dia pulak yang ‘amboi’kan kita... Patutnya kita yang ‘amboi’kan dia... Dan sepatutnya Amir yang tanya Akak ada apa... Punya lama Amir berdiri kat pintu bilik, nampak Akak termenung je... Kenapa? Ce citer, adikmu ini sudi menadah telinga...

Kakak            :
Ha, eloklah tu... Tadah telinga elok-elok, Akak nak membebel ni...

Amir   :
Sila-sila...

Kakak            :
Macam ni... Akak tengah pening memikirkan gaya tudung yang cantik... Kawan-kawan Akak ramai yang kata gaya tudung Akak ketinggalan zaman...

Amir   :
Cop, cop... Sebelum Akak teruskan, siapa yang kata gaya tudung Akak tak cantik? Amir tengok,  cantik elok je Akak punya gaya tudung, tutup kepala, tutup dada... Kalau lelaki yang kata gaya tudung Akak tu ketinggalan zaman, Akak tak payah ambil kisah sangat la... Diorang nak tengok benda lain tu... Nafsu tu, nafsu tu...

Kakak            :
E’eh... Ni lelaki lain ke, atau adik lelaki Akak ni yang selalu nak tengok benda lain? Adik lelaki Akak ni, dah bernafsu sangat ke? Kala ya, cepat-cepatlah kahwin Amir oi... Nanti Akak minta Abi pergi pinangkan si Qaisara tu untuk Amir...

Amir   :
Astaghfirullahal’azim... Akak ni... Orang nak sedapkan hati dia, dia pula yang kenakan orang... Pasal Qaisara tu, ada jodoh, ada la nanti dia jadi isteri Amir... Ni, isu tudung Akak ni... Apa yang kawan-kawan Akak tak puas hati sangat tu, sampaikan gaya tudung Akak dikatakan ketinggalan zaman?

Kakak            :
Entahlah apa yang tak kena... Tapi, diorang ada kata, cuba belek-belek majalah, yang ada gaya-gaya bertudung... Kasi nampak ‘trendy’ sikit, kata diorang...

Amir   :
Gaya-gaya bertudung dalam majalah? Amir ada jugak belek-belek majalah Nur yang Umi selalu beli tu... Ada banyak jugak gaya bertudung dalam tu... Tapi, banyak yang Amir sendiri, sebagai lelaki, tak berapa berkenan... Ada yang nampak sanggul... Ada yang tak tutup dada... Ada yang terbelit-belit leher... Ada yang lip-lap lip-lap... Ish, tak sesuai dipakai semasa di luar rumah...

Kakak            :
Itulah yang dikatakan ‘trendy’... Amir takpe la, sebab Amir lelaki… Amir tak wajib tutup kepala... Kami golongan wanita ni, jenuh nak mencari gaya-gaya ‘trendy’ nak bertudung... Nak buat gaya rambut, haram dilihat oleh bukan muhrim...

Amir   :
‘Trendy’ ek??? Ni, Amir nak tanya sikit... Akak tengok gaya rambut Amir ni... Dah berapa lama gaya rambut Amir macam ni?

Kakak            :
Entah, Akak pun tak ingat...

Amir   :
Takpe... Apa-apa pun, dah lama kan gaya rambut Amir macam ni kan? Akak rasa, ‘trendy’ tak gaya rambut Amir ni?

Kakak            :
Erm... Boleh la...

Amir   :
Apa pulak ‘boleh la’... ‘Trendy’ ni... Gaya rambut ni, sampai sekarang orang buat tau... Ni, guna jari pun boleh... Kalau angin bertiup, dah macam model rambut... Versi lelaki la, sebab rambut Amir tak panjang macam perempuan...

Kakak            :
Okey la, okey la... Jadi, apa ‘point’ nya?

Amir   :
Maksud Amir, macam ni... Kalau dulu, Amir buat gaya rambut macam ni, orang cakap macam-macam... Bila kemas elok, orang kata ‘nerd’... Bila ada rambut yang jatuh ke dahi bila ditiup angin, orang kata macam Mat Romeo... Tapi, Amir tak kisah... Amir kekalkan gaya sikatan rambut ni, sampai sekarang... Sekarang ni, usahkan perempuan, lelaki pun ‘admire’ gaya rambut Amir ni... Entah berapa ramai gadis-gadis yang berkenan kat Amir... Haa, jangan fikir pelik... Amir ‘cool’ je... Takdenya Amir nak layan diorang semua... Amir tak nak jadi Romeo, tak nak bagi harapan kat siapa... Kalau ada yang berkenan, biarlah diorang masuk meminang Amir...

Kakak            :
Haa... Akak bagitau Abi dengan Umi...

Amir   :
Eh, takpe, takpe... Akak tak payah susah-susah... Amir pernah cakap benda yang sama masa dengan Abi dan Umi...
Berbalik kepada topik kita tadi, satu rahsia yang Amir dapat singkap... Awalun perbuatan, kalimah Bismillah... Masa Amir nak sikat rambut, Amir baca Bismillah... Pastu, Amir perasan hati Amir rasa senang dengan penampilan Amir... Bila hati kita senang, kita akan ceria... Bila kita senang, Insya-Allah orang pun senang tengok kita... Makna kata, kita telah tampil dengan penampilan terbaik... Insya-Allah...
Oleh itu, Akak ku sayang... Sebelum sarung kain tudung tu, bacalah Bismillah… Insya-Allah, itulah gaya bertudung tercun… Bila nak sarung baju, nak pakai kasut, pendek kata nak buat apa-apa pun, bacalah Bismillah... Dan Insya-Allah, oleh kerana kita mula berpakaian tu dengan nama Allah, pakaian tu pun tak senang tersingkap sehingga menampakkan aurat...
Ni, Amir nak kongsi pengalaman Amir lagi sikit… Ada satu masa tu, Amir pakai baju yang boleh dikatakan trend terkini, tapi tak segak juga… Macam-macam kawan-kawan komen... Kata tak sesuai dengan warna kulit la… Tak kena dengan gaya la… Pastu, Amir tukar, pakai baju yang Abi bagi, kawan-kawan ramai yang komen Amir nampak segak… Padahal baju tu, Akak pernah kata ‘design’nya nampak tua… Lepas kejadian tu, Amir muhasabah balik... Rupanya, masa Amir pakai baju pertama tu, Amir seronok sangat sampai main sarung je, lupa baca Bismillah... Bila Amir tukar pakai baju kedua, Amir tengah kecewa... Geram punya pasal, Amir baca Bismillah sebab dah tak tahu nak pakai baju apa, tawakal je pakai baju tu...
Pendek kata, baju ‘trendy’ atau tak ‘trendy’, bukan isunya... Yang penting kita baca Bismillah sebelum sarung baju tu... Sama la apa-apa pun kita nak buat... Sebelum kita tampil dengan gaya apa pun, baca Bismillah... Ok, Akak... Sekarang Akak dah tahu gaya tudung tercun, daripada adik Akak, seorang lelaki... Renung-renungkan, dan selamat beramal...

Kakak            :
Baiklah, terima kasih... Sebab tu, Akak sayang Amir...
Erm... Amir selalu baca majalah Nur yang Umi beli ek? Apa yang Amir baca dalam majalah tu?

Amir   :
Amir tak la selalu baca... Amir kan lama kat kolej... Sekali-sekala, Amir nak juga baca bahan-bahan santai macam tu... Yang Amir paling suka baca, edisi terkini, Majalah Nur versi November 2012...

Kakak            :
(mata terbeliak) Yang Edisi Perkahwinan tu??? Umi!!! Cepat pinangkan si Qaisara untuk Amir ni!!!

Amir   :
Shhhh... Selalulah doakan ye...(tersengih)

SUNNAH ITU SUSAH ???


X :
Sunnah, sunnah, sunnah… Yang tu nak kena ikut sunnah, yang ni nak kena ikut sunnah… Susah la semua nak ikut sunnah…

H :
Maknanya, kau nak kata sunnah yang berasal dari Al-Quran tu kolot dan tak praktikal untuk kehidupan zaman sekarang?

X :
Aku tak bermaksud nak kata bahawa al-Quran tu kolot... Tapi, susahlah nak amalkan semua sunnah tu dalam kehidupan seharian...

H :
Sebenarnya, lebih kurang je tu maksudnya... Ni nak kongsi sikit... Sunnah tu kehidupan Rasulullah... Rasanya, kau pun tahu tu kan? Apa ertinya ‘kehidupan Rasulullah’ tu? Ertinya, Rasulullah amalkan semua tu dalam kehidupan seharian baginda... Ada mana-mana riwayat yang mengatakan Rasulullah pernah mengeluh dengan gaya hidup seharian baginda? Takde kan? Maksudnya, Rasulullah senang melakukan semua sunnah tu... Satu lagi, ada mana riwayat yang mengatakan Rasulullah rasa rimas dengan kehidupan seharian baginda... Aku rasa, Rasulullah sangat berbahagia dengan kehidupan seharian baginda... Kalau tak silap aku, ada satu riwayat yang menyatakan bahawa saat Rasulullah SAW wafat, hanya ada 3 helai uban pada rambut baginda... Maksudnya, Rasulullah sangat berbahagia dengan kehidupan baginda... Takde pun baginda rasa rimas atau mengadu susah mengamalkan kehidupan sunnah yang berasal daripada al-Quran tu...

X :
Tapi, kau kena ingat... Rasulullah terima wahyu pertama ketika baginda berumur 40 tahun... Maksudnya, baginda terima syariat Islam untuk diamalkan dalam kehidupan pada umur 40 tahun… Bukan sejak kecil… Pastu, amalkan syariat tu pula, tak lama… Sampai umur 63 tahun je, sebelum baginda wafat… Berapa tahun je baginda amalkan sunnah tu? 23 tahun je, kejap je tu...

H :
Oh, macam tu pula kata kau... Cuba kau fikirkan seperkara... Pada umur kau sekarang, 20-an, kau dah rasa susah nak ubah gaya hidup kau menjadi gaya hidup yang mengikut sunnah... Apatah lagi, pada umur 40 tahun... Aku bukan nak cakap pasal kecekalan Rasulullah dalam mengamalkan hidup mengikut sunnah... Memang tak dapat diragui kecekalan baginda... Tapi, pada sudut yang lain, nampak sangat betapa praktikal sunnah tu... Sehinggakan Rasulullah tidak merasa susah pun untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian...
Soal Rasullah mengamalkan sunnah tu dalam tempoh 23 tahun, itu bukan isu yang perlu dipertikaikan... Kau bayangkan, dalam tempoh 23 tahun tu, Rasulullah mengamalkan sunnah dan menyebarkannya supaya orang lain dapat mengamalkannya juga... Kau kena ingat, masyarakat pada masa tu masyarakat Jahiliyyah... Diorang bukan setakat tak amalkan Islam, bahkan tak percayakan Islam... Kita sekarang, sekurang-kurangnya ramai yang dah percayakan Islam... Tinggal nak ajak diorang amalkan syariat Islam je... Tapi, macam mana nak ajak orang, kalau kita pun rasa susah?
Maafkan aku, kalau aku menyinggung kau... Aku bukan bermaksud yang buruk pada kau... Kau baik... Cuma mungkin ada tabiat yang tak berapa elok, yang kau rasa susah nak tinggalkan... Sebab tu, kau rasa susah nak amalkan sunnah...

X :
Baiklah... Insya-Allah, aku cuba...

H :
Insya-Allah, kita sama-sama cuba amalkan sunnah... Aku doakan kau berjaya dalam beramal... Kau pun, doakan aku gak ye?

X :
Insya-Allah... Terima kasih, ‘bro’...

H :
Takde hal la... Aku pun bukan pandai sangat... Aku bukan ustaz... Aku cuma kongsi sikit-sikit je...

KEMBALIKAN IMEJ KITA!!!


Bumi Palestin Bumi Islam!!!
Allah Tuhan Umat Islam!!!
Rasulullah Rasul Kami!!! Kami Sayang Rasul Kami!!!
Islam Itu Suci!!!
Umat Islam Bukan Pengganas!!!
Ini adalah antara laungan-laungan semangat umat Islam tentang berbagai fenomena berkaitan Islam… Alhamdulillah, kesedaran terbit di hati umat Islam untuk membela maruah Islam... Sejujurnya, saya berasa bangga akan ujudnya umat yang kuat semangat seperti mereka yang melaungkan pembelaan-pembelaan ini... Mungkin cara yang berbentuk rusuhan itu tidak selari syariat Islam, namun di sebalik rusuhan itu ada semangat pembelaan yang kuat... Cuma, semangat pembelaan itu perlu dididik agar mampu disalurkan secara aman dan lebih efektif...

Alhamdulillah, umat manusia prihatin... Namun begitu, adakah umat Islam benar-benar cakna... Dalam memikirkan fenomena yang berlaku, terdetik di hati saya bahawa apa yang ramai umat Islam tentang itu adalah fenomena besar, yang nyata mendadak kesannya terhadap umat Islam... Bagaimana senjata-senjata halus yang disuntik, perlahan namun akhirnya memudaratkan? Apa yang ditentang melalui rusuhan itu adalah pencabulan hak umat Islam oleh musuh Islam secara terang-terangan... Adakah kita sedar bahawa dalam hidup kita, wujud suntikan-suntikan halus yang turut mencabul hak Islam? Kita menentang penyebaran bahawa Islam itu keganasan... Kita marah bila Islam dikaitkan dengan ideologi buruk... Namun, kita tak sedar bahawa imej baik sedang dicabut secara perlahan dari Islam... Izinkan saya berkongsi berkongsi beberapa contoh, bagi cuba menerangkan maksud saya...

Beringat kalau berurusan dengan orang putih (merujuk kepada bangsa Inggeris)… Mereka sangat mementingkan ketepatan masa dan menepati janji…
Biasa la… Melayu… Atau ada yang lebih spesifik… Biasa la… Janji Melayu…
Biasa dengan frasa-frasa seumpama ini? Bagi frasa kedua, kebanyakan yang melafazkannya merujuk ‘Melayu’ sebagai yang beragama Islam... Yang sedihnya, ramai orang Melayu (Islam) sendiri yang melafazkan frasa-frasa ini... Terlalu biasa, sehinggakan meniti di bibir sebegitu sahaja, dalam keadaaan selamba... Hingga akhirnya menjadi ideologi... Asalkan Melayu, pasti lambat, tak menepati janji... Kalau bab mementingkan ketepatan masa, menepati janji, itu adalah bangsa Inggeris... Betul ke begitu? Bukankah memberatkan ketepatan masa dan menepati janji itu termaktub dalam al-Quran? Bermakna mementingkan ketepatan masa dan menepati janji itu adalah imej orang Islam... Tapi, kenapa hakikat kehidupan umat Islam hari ini menggambarkan yang sebaliknya? Salah siapa? Salah golongan bukan Islam? Mereka hanya menurut apa yang dikatakan dari mulut ke mulut... Salah musuh Islam yang menabur fitnah? Masalahnya, fitnah ke? Lagipun, sudah menjadi tanggungjawab mereka mengangkat darjat golongan mereka, walaupun mungkin terpaksa menjatuhkan golongan lain... Maknanya, itu salah kita, umat Islam, kerana membuka ruang untuk diperlekehkan... Salah kebanyakan kita, umat Islam, kerana sudi membenarkan kenyataan bahawa Melayu yang Islam itu tidak mementingkan ketepatan masa dan tidak menepati janji...

Ibrahnya, berhati-hati dalam tindak tanduk kita... Agar tidak terbuka pekung yang hakikatnya tidak benar tentang Islam... Kesilapan seorang Islam mampu membuka peluang musuh Islam mereka fitnah tentang Islam... Makna kata, jangan sendirian... Lebih baik berteman atau berkumpulan, agar dapat saling menegur... Selain itu, kesilapan yang ditonjolkan tidak menjadi terlalu nyata... Ini kerana imej yang dilihat adalah imej perkumpulan, bukan lagi imej perseorangan... Ibrah lain, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengarkan... Jangan main angguk je kata orang... Boleh jadi kata orang tu, bertujuan menjatuhkan kita... Apatah lagi, jangan main sebar je kata orang tu... Fikir dulu, baru kita setuju, barulah kita kongsikan dan sebarkan... Jangan sampai kita terlalu asyik memperkatakan sesuatu, padahal perkara tersebut menampilkan imej buruk kepada kita apatah lagi kesayangan kita seperti agama Islam...

Saya hanya kongsikan sedikit kekhilafan yang pada hemat saya secara halus memburukkan Islam dan umatnya... Saya percaya awak semua mampu merenung dan memikirkan lebih lagi dan mampu menggerakkan keringat bersama untuk memperbetulkan apa yang tidak benar itu... Semoga kita semua diberi kekuatan dan semangat yang terus berkobar dalam menegakkan panji Islam kembali pada paksinya...

Bersempena awal Muharam, awal tahun baru yang menjelma, ayuhlah kita sama-sama merenung… Renunglah, apa imej Islam yang tidak lagi disinonimkan dengan kita umat Islam, agar kita mampu memperbetulkan fitnah itu… Kenanglah, apa imej baik yang telah direntap dari Islam, hingga akhirnya imej buruk yang menjadi tempelan pada agama kita yang suci ini… Agar kita mampu memperbaiki kekhilafan yang wujud... Sama-sama kita muhasabah, apa yang mampu dan harus kita lakukan untuk mengembalikan imej baik Islam… Kita bukan berjuang kerana imej Islam, tapi demi masa depan Islam… Memang janji Allah bahawa Islam akan berdaulat akhirnya… Namun, tidakkah kita tergerak untuk menyumbang kea rah kegemilangan Islam? Kegemilangan, kedaulatan Islam mampu dimulakan dengan sejenak renungan, sedetik muhasabah dan sedikit usahasama…

Insya-Allah, tersingkap tirai menandakan bermulanya 1434 Hijrah, bermulalah gerak kerja kita umat Islam untuk mengembalikan imej Islam, menuntut kembali hak Islam dan berkelana secara berjemaah kea rah Islam berdaulat… Allahu akbar, Islam Hidup Kita!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal