SEBAB DIA BUKAN AWEK SAYA…

F :        Assalamualaikum H...
H :       Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh bang...
F :        Kenapa H tak ke festival tarian malam semalam?
H :       Ada kekangan sedikit bang...
F :        Kekangan? Letih?
H :       Lebih kurang macam tu la...
F :        Abang nampak A turut serta dalam salah satu tarian yang dipersembahkan... H tau pasal tu?
H :       Saya tahu bang...
F :        Jadi, kenapa H tak pergi bagi sokongan? H patutnya bangga sebab A terlibat dengan persembahan tarian tu, terlibat dengan kebudayaan Malaysia...
H :       Takpe la bang...
F :        Lain kali, kalau awek buat persembahan, pergilah bagi sokongan… Takkan kita nak mengharapkan orang lain sokong awek kita, kita pulak duk kat rumah je…
H :       Abang, sebab dia bukan awek saya la saya tak perlu pergi sokong dia… Lagipun, saya tak sepatutnya menyokong seorang insan melakukan sesuatu yang dia sendiri tak suka... Dari penampilannya sendiri, dia terlalu baik untuk terlibat dalam persembahan tarian di khalayak ramai...
H :       Apa-apa pun bang, saya sayang A... Rasa sayang tu timbul kurniaan Allah dulu… Jadi, saya seharusnya terus menyayangi dia kerana Allah…Saya tak nak sayangkan dia kerana nafsu... Kalau saya dah tahu tengok orang menari tu mampu menaikkan nafsu saya, mengapa mesti saya terus tengok? KALAU ADA REZEKI, JODOH SAYA DENGAN A, SAYA NAK KEKALKAN RASA CINTA SAYA KEPADA DIA NI KERANA ALLAH SWT... KALAU TAKDIRNYA JODOH SAYA BUKAN DENGAN A, SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK PERNAH TERBAWA OLEH NAFSU TERHADAP BAKAL ISTERI ORANG LAIN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal