HANYA INSAN BIASA…


Seorang pemuda ke sebuah villa dengan niat mengisi jawatan Pengurus villa tersebut, setelah terbaca notis tentang jawatan itu... Setibanya si pemuda di hadapan villa tersebut, kelihatan seorang pak cik sedang berkebun di laman villa itu... Kelibat pak cik itu seperti telah berusia lebih setengah abad...

Tanpa menekan loceng, si pemuda menegur pak cik tersebut, “Assalamualaikum pak cik...”. Salamnya dijawab oleh pak cik itu, “Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh...”. “Ya nak, ada apa yang boleh pak cik tolong?”, pak cik itu bertanya. Si pemuda menjawab, “Saya ada terbaca notis bahawa tuan villa ni memerlukan seorang pengurus... Jadi, saya datang untuk bertemu pemilik villa ni...”.

“Oh, silakan...”, kata pak cik itu, tersenyum sambil membuka pintu pagar.

Sambil berjalan ke pintu rumah, si pemuda berkata kepada pak cik itu, “Besar betul villa ni ye, pak cik? Mesti pemiliknya seorang yang mewah...”. Pak cik itu sekadar tersenyum.

Sekadar meneruskan perbualan, si pemuda bertanya, “Pak cik ni, tukang kebun kat villa ni ke? Dah lama dah pak cik kerja kat sini?”. Sambil tersenyum, pak cik itu menjawab, “Pak cik ni, bukanlah siapa-siapa pun... Pak cik ni, hanya orang biasa-biasa je... Pak cik selalu berkebun kat laman ni... Dah lama dah pak cik berkebun ni... Sejak villa ni dibina lagi...”. Si pemuda meneruskan kata-katanya, “Pak cik tak penat berkebun sebegitu lama? Pada pendapat saya, insan seusia pak cik ni, perlu banya berehat dan tidak lagi bekerja kuat...”. Pak cik itu menjawab, “Tak mengapa... Memang hobi pak cik berkebun...”. Si pemuda berkata lagi, “Alhamdulillah... Baik betul pemilik villa ni sebab bagi pak cik kerja kat sini...”. Sekali lagi, pak cik itu tersenyum.
           
Akhirnya, mereka berdua sampai ke ruang tamu villa tersebut... Setelah ,menjemput si pemuda duduk, pak cik itu berkata, “Pak cik ke atas sekejap, nak ke bilik tuan rumah ni... Insya-Allah, tak lama... Lebih kurang 5 minit nanti, anak boleh berjumpa dengan tuan rumah ni...”. Si pemuda mempersilakan pak cik itu naik...
           
Kira-kira 5 minit kemudian, kelibat pak cik tadi turun... Kali ini, dengan berpakaian kemas... Kehairanan, si pemuda bertanya, “Pak cik, kenapa pak cik berpakaian kemas? Mana pemilik villa ni?”. Pak cik itu masih tersenyum ketika menjawab persoalan si pemuda, “Anak, pak cik la pemilik teratak ni... Nama pak cik Tan Sri Hassan...”.

“Tapi, tadi pak cik... Maafkan saya, tadi Tan Sri kata, Tan Sri hanya orang biasa-biasa je...”

“Tak mengapa, anak boleh panggil pak cik je... Memang betul nak, pak cik hanya orang biasa-biasa je... Pak cik hanya seorang insan biasa yang memerlukan seseorang untuk menguruskan villa pak cik ni…

“Tapi, pak cik berkebun, sedangkan pak cik adalah seorang Tan Sri?”

“Nak, seorang Tan Sri juga seorang insan biasa... Memang hobi pakcik, berkebun menanam bunga... Pak cik ingin berbakti pada orang lain, yang memandang indahnya bunga... Berbakti pada Bumi, dengan menyuburkan tanah... Juga berbakti pada diri pak cik, agar terus bergerak, terus sihat, tidak hanya bersandar membiarkan diri dimakan usia... Anak, ingat kata-kata hikmah Rasulullah SAW kepada Abu Dzar, ‘Jika sekalipun dikau tahu esok akan kiamat dan di genggamanmu ada sebutir benih, tanamlah benih itu telebih dahulu...”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal