PALESTIN YANG MENANG…

            Dum dum dam, bunyi mercun... Itulah simbolik gembira berhari raya, kata mereka... Sekali sekali, setahun sekali je... Itu kata ibu bapa yang anak-anak mereka bermain mercun... Membuatkan saya terfikir, apa simboliknya bunyi-bunyi itu bagi warga Palestin??? Apa ertinya langit yang menyala dek bunga api buat mereka di Palestin???

            Saban hari, jenuh kali berita, sentiasa ada liputan dari Palestin... Kesan perang di Palestin sering diperbaharui... Mereka yang sensitif hatinya, terdetik betapa kasihannya rakyat Palestin, kejamnya Rejim Yahudi... Yang lebih sensitif hatinya, sehingga menitis air mata...

            Apa yang saya ingin kongsikan di awal Syawal ini, mungkin lain sedikit daripada yang biasa saudara/saudari dengar, lihat atau ketahui... Mungkin juga ada yang bakal terkejut... Logik jika ada yang tidak percaya dengan nukilan saya ini...

Saudara/Saudari,
Percaya atau tidak, Palestin sedang menang... Ya, keadaan sebenar Palestin berbeza dengan apa yang dipertontonkan kepada kita, lain sekali berbanding apa yang kita ketahui... Yang sedang kalah adalah Rejim Yahudi, dan yang sedang menang adalah Palestin...

Benar, beribu rakyat Palestin dibunuh, terutama wanita dan anak-anak kecil... Tapi, itulah tandanya Palestin sedang menang, dan Rejim Yahudi sedang kalah... Betapa Rejim Yahudi takutkan si kecil dan kaum ibu, sehingga mereka menggempur dan membunuh golongan tersebut... Rejim Yahudi tahu, si kecil itu akan membesar untuk menentang mereka... Rejim Yahudi tahu kaum ibu akan melahirkan pejuang-pejuang yang hebat... Maka, Rejim Yahudi membunuh anak-anak kecil dan kaum ibu...

Bagi golongan dewasa, sudah tidak terbendung oleh Rejim Yahudi... Rejim Yahudi tahu mereka semakin tidak mampu menentang pejuang-pejuang muda Palestin... Maka, Rejim Yahudi melancarkan serangan secara rawak... Rejim Yahudi yang sebelum tampil bangga seakan penuh berstrategi, sudah kehilangan momentum dan rentak peperangan terhadap Palestin...

Saudari/Saudari budiman,
Ramai antara kita, atau mungkin kesemua kita tidak tahu bahawa hakikat Palestin yang sebenarnya lebih hebat daripada apa yang kita lihat di kaca televisyen... Jika kita fikirkan Palestin keadaannya daif, sekiranya terdetik di minda kita Palestin itu berkeadaan lemah, fikirkan kembali... Andai kita terasa warga Palestin terkurung dalam lingkungan tembok tinggi yang dibina Israel, percayalah tembok tinggi itu bukan satu masalah besar buat mereka...

Hakikat Palestin punya bermacam teknologi... Satu contoh apa yang ada di Palestin, yang mungkin kita tidak tahu, adalah terowong bawah tanah... Terowong bawah tanah itu dibina dari dalam rumah rakyat Palestin, melepasi tembok tinggi yang dibina Rejim Yahudi, tembus di lokasi bekalan... Oleh itu, Palestin mampu mendapatkan bekalan yang diperlukan mereka melalui terowong bawah tanah tersebut...

Setahu saya, warga Palestin tiada yang mati kelaparan... Bahkan, mereka sentiasa bertenaga untuk melawan tentera Rejim Yahudi... Serta, pernah tak kita terfikir dari mana Palestin mendapat bekalan senjata???  Ya, mereka buat sendiri senjata tersebut... Tapi, izinkan saya bermain logik dengan saudara/saudari sedikit... Di Malaysia, warganya ramai yang tercedera, tidak kurang yang meninggal, gara-gara membuat mercun sendiri... Itu situasi bagi masyarakat mempunyai akses ilmu yang luas, bermain dengan bahan-bahan letupan yang sedikit, boleh tercedera dan mati... Bagaimana di Palestin, yang rakyatnya dikatakan tidak mempunyai akses ilmu, bermain dengan bahan letup yang banyak, boleh selamat??? Cuba kita fikir, dari mana mereka tahu cara mengendalikan bahan letup tu semua??? Sudah semestinya, mereka ini adalah rakyat jati yang tinggal di dalam Palestin tu, bukan orang luar... Jeng, jeng, jeng...

Lagi fakta tentang terowong bawah tanah yang dibina dalam rumah warga Palestin tu, saiznya bukan alang-alang... Saiz terowong bawah tanah tu, boleh memuatkan kereta... Dalamnya berpuluh kaki... Panjangnya, semestinya sangat panjang... Macam mana agaknya pergerakan menggunakan terowong tu???

Lagi menarik, terowong bawah tanah itu dibina oleh golongan tua... Ketika rakyat negara kita yang sudah pencen, memikirkan bagaimana mereka ingin hidup tenang, bermain dengan anak cucu, golongan yang seumur mereka di Palestin membina terowong untuk kesenangan pergerakan anak cucu mereka...

Tapi Haikal, takkan Rejim Yahudi tak tahu tentang terowong bawah tanah Palestin tu???
Rejim Yahudi tahu kewujudan dan fungsi terowong bawah tanah Palestin tu... Tapi, boleh jadi Rejim Yahudi pun dah penat merobohkan terowong-terowong bawah tanah tu... Hari ni Rejim Yahudi kesan kewujudan terowong bawah tanah seumpama tu, Rejim Yahudi robohkan, esok wujud terowong bawah tanah yang baru... Itulah sebab Rejim Yahudi melancarkan serangan secara rawak... Namun, tidak mudah untuk memusnahkan terowong bawah tanah yang sangat dalam, dengan hanya serangan permukaan yang rawak... Pemusnahan terowong bawah tanah yang sempurna memerlukan serangan berfokus... Efisyen kan teknologi Palestin??? Jangan lupa, yang membina terowong-terowong bawah tanah tu adalah golongan tua...

Tapi Haikal, kenapa warga Palestin tak lari je melalui terowong bawah tanah tu???
            Itulah semangat Palestin... Warganya lebih rela syahid di bumi Palestin, daripada melepaskan tanah Palestin kepada Rejim Yahudi... Biarpun batu di genggaman mereka, batu lah yang menjadi senjata mereka menentang Rejim Yahudi... Panjang nyawa mereka, ahli Rejim Yahudi rebah... Pendek nyawa mereka, rebah mereka syahid di bumi kesayangan... Apa pun, melarikan diri meninggalkan bumi Palestin tidak sekali terlintas di benak fikiran mereka... Itulah semangat Palestin...

Saudara/Saudari sekalian,
Jika kekuatan golongan tua Palestin mampu membina terowong bawah tanah yang efisyen, tidak kurang hebatnya golongan muda Palestin...Ambil contoh angkatan Al-Qassam... Dianggotai oleh golongan hafiz Al-Quran, mahir dalam pelbagai bidang dan strategi peperangan... Al-Qassam juga mampu mengitar semula sumber yang ada, walaupun terhad, menjadi bekalan yang cukup untuk perjuangan mereka...

Di kala golongan hafiz di negara kita terlalu sibuk menghafal dan mengulang hafazan mereka, golongan hafiz Palestin mampu berperang dengan penuh berstrategi... Sambil berperang, mereka mampu mengulang hafazan mereka... Jika mati di medan perang itu dikatakan syahid, macam mana pula keadaan mereka yang mati di medan perang, dengan mulut dan hati menuturkan ayat-ayat Allah??? Masya-Allah, betapa tinggi martabat mereka...

Maka terbuktilah kata-kata Allah, bahawa jika kita kejarkan akhirat, dunia akan mengejar kita... Jika kita letakkan perjuangan Lillahi Taala, Insya-Allah Allah akan permudahkan semua urusan termasuk urusan dunia buat kita... Para hafiz Palestin kekal mengulang hafazan mereka, dan meletakkan perjuangan mereka pada Allah SWT, maka ilmu peperangan yang mereka dapat lebih hebat daripada yang sesiapa mampu bayangkan... Masya-Allah...

Palestin begitu hebat, maka mengapa masih mengharapkan pertolongan???
Ya, hakikat Palestin itu memang hebat... Memang itu maksud nukilan saya ni... Tapi, saya tidak bermaksud bahawa kita jangan memberikan pertolongan kepada Palestin... Masih menjadi tugas kita menyelamatkan mereka... Kita masih perlu menyelamatkan anak-anak kecil Palestin, agar mereka boleh berjuang demi Islam lagi bila mereka besar nanti... Kita masih perlu menyelamatkan golongan ibu Palestin, agar lebih ramai pejuang-pejuang Islam dilahirkan nanti... Kita masih perlu menyelamatkan golongan tua Palestin, agar mereka mampu kongsikan sesuatu tentang perjuangan demi Islam dengan kita... Kita masih perlu membantu pejuang-pejuang Palestin, agar kita dapat berjuang bersama golongan hebat itu demi Islam kelak...

Saudara/Saudari Muslim sedunia,
Insya-Allah, Islam, yang sedang merudum, akan bangkit kembali… Percaya atau tidak saudara/saudari jika saya katakan kebangkitan Islam itu akan bermula dari tempat saudara/saudari??? Saya tidak katakan Islam hanya akan bangkit di Malaysia, Indonesia, atau negara-negara tertentu sahaja... Tapi, Insya-Allah Islam akan bangkit di lingkungan Nusantara, negara-negara Eropah, Kepulauan Atlantik dan Pasifik, tanah-tanah Arab dan India, dan seluruh dunia... Saudara/Saudari, ini bukan impian, apa lagi bukan mimpi, tapi inilah realiti yang akan berlaku nanti... Hanya menanti saatnya... Ya, Islam akan bangkit kembali bermula dari tempat saudara/saudari tinggal sekarang… Kemuncaknya, kebangkitan itu akan meletus secara besar-besaran di Palestin… Insya-Allah… Musuh Islam telah lama sedar hakikat ini... Itulah sebab mereka ingin menakluk Palestin, agar kebangkitan Islam kehilangan pusat, dan tidak menjadi... Itu satu bukti yang nyata... Musuh Islam telah lama sedar, kenapa kita masih lena dibuai mimpi dan menolak realiti masa depan ini???

Maka, itulah sebabnya saya katakan Palestin tidak akan kalah… Palestin akan menang, kerna Palestin akan menjadi pusat meletusnya kebangkitan Islam secara besar-besaran… Atas dasar percaya dan yakin akan fakta ini, rakyat Palestin berjuang tanpa memikirkan diri mereka yang berpeluang melarikan diri… Peluang untuk mereka melarikan diri tidak mengaburi mata mereka untuk meninggalkan tanah Palestin menyendiri…

Insya-Allah, Palestin akan menang... Kini, terpulang kepada kita, samada ingin menang bersama Palestin atau tidak... Apakah kita tidak terliur untuk menjadi sebahagian daripada episod perjuangan Palestin, perjuangan Islam, yang suatu hari nanti akan menang??? Kini kita tahu kita mampu menjadi sebahagian daripada kebangkitan Islam, dan kita tahu Palestin adalah pusat bangkitnya Islam... Jadi, mengapa kita masih duduk bersahaja, tanpa apa jua usaha, untuk menjadi sebahagian kebangkitan Islam itu???

Allah SWT telah menjelaskan bahawa di akhir zaman ini, akan hanya ada 2 golongan, satu golongan yang benar-benar Islam, tegak mendokong panji Islam, dan satu golongan lagi yang kufur, termasuk yang munafik dan cintakan dunia... Jika kita tidak termasuk dalam golongan yang mendokong kebangkitan Islam, golongan apa lagi kita nak jadi??? Sedangkan yang ada hanyalah 2 golongan, dan ini sudah tiba akhir zaman... Saya tak nak kata apa-apa, kita fikirkan nasib masing-masing...

Mungkin ada yang terdetik, “Syahid bukan hanya di Palestin...”. Ya, syahid bukan hanya di Palestin... Bahkan, saya belum sampai tahap mempromosikan syahid di Palestin... Kerna saya tahu, yang kita perlukan bukan angkatan perang yang besar, tetapi strategi Islam yang hebat dan efisyen... Apa yang saya cuba ingin sampaikan, kita cubalah sedaya kita untuk pengakhiran yang baik buat Palestin... Saya sedar, sedangkan di zaman Rasulullah SAW, betapa ramai Sahabat yang berimpian mati syahid, namun tidak kesampaian... Ada yang mati dibunuh di luar medan perang... Ada juga yang mati di pembaringan... Namun, setidaknya mereka mampu tersenyum di hujung nyawa mereka, kerana Allah SWT redha dengan apa yang mereka lakukan dalam hidup mereka... Bagi kita, mampu tak kita jamin kita kan tersenyum di hujung nyawa kita nanti??? Sedangkan mati tersenyum dan mati biasa itu amatlah berbeza...

Jika kita kenangkan sirah perjuangan Islam oleh Rasulullah SAW bersama para Sahabat dahulu, Insya-Allah ada sesuatu yang dapat kita ambil sebagai inspirasi dan motivasi... Para Sahabat berebut untuk berjuang bersama Rasulullah SAW, dalam misi mempertahankan dan menyebarkan Islam... Tidak hanya yang ingin turut sama berperang, bahkan ramai juga yang membantu dari segi keperluan ketenteraan, tanpa mengira status dan umur... Sebagai contoh, Saidina Ali yang masih terlalu muda semasa peperangan Khandak... Siapa sangka penglibatan Saidina Ali ketika itu berjaya membunuh seorang jeneral besar Quraisy, walaupun ramai orang lain yang lebih berusia dan berpengalaman berbanding Saidina Ali lari bertempiaran... Dalam peperangan itu, tiada siapa sangka apa yang akan berlaku... Tetapi, mereka yakin bahawa Islam akan menang... Begitu juga sekarang... Tiada siapa antara kita dapat menyangka apa yang akan berlaku dalam perjuangan Palestin... Tetapi, yakinlah kita bahawa Islam akan menang, Palestin akan menang... Jika kita tidak yakin, maknanya kita sudah kalah, walaupun Palestin menang...

Kita tidak pasti bagaimana berakhirnya hidup kita... Jadi, apa kata kita ambil setiap peluang yang terhidang di depan mata, baik peluang kecil mahupun peluang besar... Siapa tahu, peluang itu adalah peluang terakhir dalam hidup kita, dan peluang itu mampu menjadi saksi kita di hadapan Allah SWT kelak, untuk kita menjejak kaki ke syurga... Bukannya kita tidak sabar untuk mengakhiri hidup kita... Tetapi, hidup singkat yang penuh dengan amal jauh lebih baik berbanding hidup lama yang sia-sia... Bukan bermaksud kita harus tinggalkan segalanya, dan pergi berjihad di Palestin... Akan tetapi, alangkah bagusnya jika kita dapat pergunakan segalanya untuk asbab jihad Palestin... Kenangkan Abdul Rahman bin Auf, yang tidak miskin walaupun meninggalkan segala hartanya dalam hijrah demi Islam... Ambil iktibar Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar, yang tidak merasa sempit hidup mereka, walaupun infaq sebahagian besar dan kesemua hartanya demi perjuangan Islam... Teladani Siti Khadijah, yang tetap kaya dan berjaya, walaupun selalu menyumbang harta dan mendokong perjuangan Nabi SAW, demi Islam...

Kenapa Haikal membandingkan semua ni dengan negara kita sahaja, bukan Negara lain juga???
Kerna saya sayangkan Negara kita, dan juga rakyatnya… Jika saya berpeluang untuk berbakti pada Negara saya, dan juga rakyatnya, ini mungkin menjadi salah satu daripada bakti saya… Saya percaya saudara/saudari orang yang cerdik pandai, dan canggih… Jadi, tolonglah sebarkan kata-kata saya ini ke seluruh pelusuk dunia, andai saudara/saudari rasa kata-kata saya ni wajar dikongsi…

Jika saudara/saudari bijak berbahasa Perancis, maka sampaikan kata-kata saya kepada warga Perancis… Jika saudara/saudari fasih Arab, maka sampaikan kata-kata saya kepada warga Arab… Jika saudara/saudari gemar berkomunikasi dengan warga Amerika, sampaikanlah kata-kata saya kepada mereka… Saya kongsikan sekadar saya termampu… Ambillah peluang untuk saudara-saudari kongsikan apa yang saudara/saudari rasa patut dengan sesiapa sahaja, di negara-negara apa jua…

Suatu hari nanti, Palestin akan menang... Insya-Allah...
Jika kita masih hidup di hari itu,
Jangan kita berbangga...
Mengatakan “Umat Islam sememangnya hebat, kan sudah menang”...
Sedangkan kita hanya duduk bersahaja tatkala Palestin berperang...
Di hari itu, renungkan...
Adakah kita layak mengaku sebagai umat Islam, yang hebat, yang menang itu???
Jauh lebih bagus,
Andai kita beringat sekarang...
Dan menghulurkan apa yang termampu...
Sebagai wakil diri kita terhadap Palestin...
Sebagai bahagian diri kita tanda sokongan akan perjuangan Palestin...

Janji Allah itu pasti... Allah telah berjanji Islam akan terus memayungi bumi... Yang kelihatan jatuh, Insya-Allah bangkit kembali...

nota 1 : saya cuba bersahaja dalam penulisan saya, kerna saya tidak ingin kelihatan terlalu mendesak... harapnya, tiada yang salah faham dengan nukilan saya...


nota 2 : saya mungkin hanya seorang ‘keyboard warrior’... tapi, jika dengan ‘keyboard’ ini mampu membangkitkan semangat umat Islam, dan membuat Allah redha dengan saya, saya rela... jika Allah masih tidak redha, saya perlu melakukan sesuatu yang lain...

HANTU DAN BUDAK NAKAL??? SAMA…

Seorang Atuk mengajak cucunya ke masjid untuk berjemaah Isyak...

Atuk   :
Assalamualaikum cucu Atuk... Buat apa tu???

Cucu   :
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh, Atuk... Takde buat apa pun... Duk termenung je...

Atuk   :
Apa kata Cu ikut Atuk pergi masjid, solat Isyak berjemaah?

Cucu   :
Pergi berjemaah kat masjid? Kan Ayah kerja ‘overtime’ malam ni? Macam mana nak pergi? Takde kereta...

Atuk   :
Laa... Kita pergi jalan kaki la... Bukan jauh pun masjid tu...

Cucu   :
Hah, jalan kaki??? Tak nak la... Takut ada hantu...

Atuk   :
Cu, hantu tu macam budak nakal je... Buat apa nak takut...

Cucu   :
Hantu macam budak nakal??? Apa maksud tu, Atuk?

Atuk   :
(sengih) Hantu dengan budak nakal tak jauh bezanya... Dua-dua nak tarik perhatian...  Dua-dua sanggup buat apa saja untuk tarik perhatian kita... Ya, dua-dua itu wujud... Tapi, kalau kita buat tak endah, atau buat-buat tak nampak diorang, lama-lama diorang pun bosan nak kacau kita... Walaupun ada budak nakal, atau hantu, depan kita, buat macam-macam untuk tarik perhatian kita, kita buat tak endah je... Lama-lama diorang pun akan berhenti kacau kita, sebab kita tak layan kerenah diorang...

Cucu   :
Makna kata???

Atuk   :
Makna kata, kalau kita tak mampu menghadapi hantu, atau budak nakal ni, kita buat tak endah je... Pastu, kita serahkan isu mereka ni kepada orang yang lebih berkuasa atau berupaya untuk menguruskan mereka...
Apa-apa pun, kebergantungan pada Allah itu, jangan ditinggalkan... Cu kena tahu, takut ni soal hati... Hati kita ni, di tangan Allah SWT... Jadi, tawakal kena tinggi... Semoga Allah jaga hati kita, agar nanti kita tak cepat takut, atau gelabah...

Cucu   :
Ooo... Rasanya dah faham maksud Atuk, macam dikatakan hantu dan budak nakal tu sama... Terima kasih, Atuk...
Jadi....

Atuk   :
Jadi???

Cucu   :
Jadi, jom pi berjemaah Isyak kat masjid...

Atuk   :
(senyum) Jom...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal