SETIA SEEKOR KUCING

Kucing itu…

Sering tidur di ribaan...

Menyapa lembut kulit...

Dengan halus bulunya...

Lantas membuktikan...

Ia telah memilih...

Seorang yang punya kasih...

Dan sayang...


Kucing itu...

Sering merenung mata...

Seakan dapat melihat sinar mata...

Seolah-olah cuba membaca isi hati...

Lantas membuktikan...

Ia dapat merenung ikhlasnya hati...

Lembutnya jiwa...


Kucing itu...

Sering mengikut langkah kaki...

Terkedek-kedek...

Jalannya di belakang...

Mengejar gerak kaki dalam perlahan...

Lantas membuktikan...

Ia telah berjumpa teman...

Yang tulus terhadapnya...


Kucing itu...

Sering makan bersama...

Dengan kunyahan nakalnya...

Menghiburkan hati yang melihat...

Lantas membuktikan...

Ia telah berjumpa seseorang...

Yang mampu dia harapkan...

Yang sanggup meluangkan masa...

Bersamanya di celah kesibukan...


Kucing itu...

Ditinggalkan kini...

Bukan kerna busuknya hati...

Namun, kerna terpaksa membawa diri...

Insya-Allah, ingatannya kuat...

Pasti takkan lupa kenangan...

Bersama temannya...

Selagi ia belum berjumpa pengganti...

Selagi nyawa masih dikandung badan...


Kucing itu...

Seandainya ia lupa...

Akan diri penemannya...

Insya-Allah, tidak kan lama...

Untuk dititipkan kembali...

Kenangan yang pernah dilalui bersama...


ps: Rasulullah sukakan kucing... Agak-agaknya, apa sebabnya?


(Sebuah Dedikasi)

TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM

Ayat ke-256, Surah Al-Baqarah yang bermaksud, “Tiada paksaan di dalam Islam”, sering dijadikan dalil setiap orang dalam menegakkan kebenaran perbuatan mereka... Ekoran itu, banyak orang telah seolah-olah memperlekehkan agama Islam, samada orang yang bukan Islam mahupun orang Islam sendiri... Sehinggakan ada yang berpendapat bahawa Islam itu susah, menganggap Islam itu satu agama yang membebankan penganutnya... Bila diutarakan bahawa tiada paksaan dalam Islam, ramai orang Islam ini melatah dengan mengatakan, “Benar, tiada paksaan dalam memeluk Islam. Tetapi, bila sudah memeluk Islam, TERPAKSALAH mengikut ajaran dan pantang larangnya...” (atau seumpamanya... Niatnya benar dan suci, ingin berdakwah... Namun, jawapan spontan seumpama ini mampu menjauhkan lagi mereka yang bertanya dan ingin tahu dari Islam. Ada kalanya, kita tidak perlu memberikan terus jawapan kepada mereka yang ingin tahu ini... Ada lebih baiknya, kita fikir dan faham sendiri terlebih dahulu hakikat pantang larang dalam Islam ini... Kerna setiap yang disuruh dan dilarang dalam Islam itu, ada hikmahnya (jawapan skima Pendidikan Islam zaman sekolah)... Mari kita renungkan jawapan yang saya temui secara tidak sengaja ini...


Solat 5 Waktu…

Siapa kata solat 5 waktu itu satu beban bagi umat Islam? Hakikatnya, solat 5 waktu adalah hadiah daripada Allah SWT. Saat seorang insan memeluk Islam, dia dihadiahkan solat 5 waktu sebagai senaman hariannya. Secara tak langsung, Allah SWT berkata:

“Tahniah kerana kamu membuat keputusan untuk memeluk Islam. Oleh itu, Aku hadiahkan dikau solat 5 waktu sebagai senaman menyihatkan badanmu seharian.”

“Saat dikau bangun tidur, bersenamlah dengan solat Subuh sebanyak 2 rakaat. Hanya 2 rakaat, jangan lebih, kerana dibimbangi tubuhmu akan terkejut. Cukuplah sekadar 2 rakaat untuk membangkitkan sistem tubuhmu dari tidur. Seandai pula dijadikan solat Subuh itu 1 rakaat, dibimbangi tidak cukup untuk membangunkan sistem tubuhmu dari tidur... Selepas solat Subuh, keluarlah mencari rezeki kerana dirimu telah segar. Jangan tidur balik, kerana sistem tubuhmu akan keliru samada untuk bangun atau terus tidur...”

“Di tengah hari (waktu Zohor), solatlah sebanyak 4 rakaat sebagai senaman untuk membangkitkan lagi sistem tubuhmu sesuai dengan cuaca yang panas. Oleh itu, metabolisma dikau akan meningkat...”

“Petang (waktu Asar), solatlah sebanyak 4 rakaat sebagai senaman agar tubuhmu tidak keliru dengan cuaca yang telah kurang panasnya... Semoga dengan solat 4 rakaat ini, tubuhmu tahu bahawa belum tiba masanya untuk berehat... Selepas solat Asar 4 rakaat, keluarlah beriadah agar dirimu kekal sihat dan sebagai hadiah kepada tubuhmu yang telah bekerja untuk solat 4 rakaat tadi...”

“Menjelang malam (waktu Maghrib), bersenamlah dengan solat Maghrib 3 rakaat. Bukannya tidak faham dirimu yang letih setelah balik dari beriadah... Dibimbangi jika disuruh dikau solat Maghrib 2 atau 1 rakaat, sistem tubuhmu akan terus tidur... Jadi dijadikan solat Maghrib itu 3 rakaat... Tidak dijadikan solat Maghrib itu 4 rakaat kerana 3 rakaat mungkin sudah cukup sebagai ‘cooling-down’ bagimu. Namun, sekiranya dirimu ingin bersenam lebih, silakan terus bersenam (solat sunat).”

“Sudah malam, bersenamlah dengan solat Isya’ sebanyak 4 rakaat. Malam itu sejuk... Oleh itu, bersenamlah lebih sedikit. Sekiranya dijadikan solat Isya’ itu kurang 4 rakaat, dibimbangi tidak cukup untuk memanaskan badanmu sebelum tidur dan membuatkan dikau kedinginan...”

Nah... Bagus kan solat 5 waktu... Sebab Allah SWT sayangkan umat Islam, Dia bagi pakej senaman seharian... Sudah la dia bagi pakej senaman, dia bagi hadiah pahala lagi kat umat Islam yang solat... Kenapa dia bagi dosa kat umat Islam yang tak solat? Ye la... Dah Allah bagi hadiah pakej senaman kat siapa-siapa yang beragama Islam, orang tu tak buat pulak... Mesti la Allah marah... Kalau kita pun, mesti kita marah kat siapa-siapa yang tak hargai hadiah kita kan? Kita siap kata lagi, “macam monyet dapat bunga”. Kita maki, kita kutuk siapa-siapa yang tak hargai hadiah kita... Tapi Allah, Dia bagi amaran siap-siap, “Kau kena hargai pakej senaman ni. Kalau tak, Aku marah, kau dapat dosa...”

Kenapa Allah suruh kita solat tepat pada waktu? Sebab Allah tahu, tepat pada masa-masa tertentu, sangat sesuai bersenam... Ion-ion positif pada masa tu, bila diserap oleh badan akan menjadikan tubuh lebih sihat dan minda lebih cerdas... Tapi, ion-ion positif ni, makin lama, makin sikit... Jadi, kena serap cepat-cepat... Kalau terlepas waktu solat sekalipun, kena qada’/ganti cepat-cepat... Sebab bahaya kalau badan kita tak dapat ion-ion positif ni... Nanti, badan kita cepat dapat penyakit... Siapa yang susah? Kita la...


Solat Sunat...

Solat sunat itu tak wajib... Tapi Allah tahu, antara umat Islam ni, ada yang aktif, nak bersenam lebih... Jadi Allah bagi la pakej senaman alternatif yakni solat sunat... Dia siap bagi hadiah pahala lagi kat siapa-siapa yang bersenam lebih tu... Bagus betul... Kenapa Allah tak bagi solat sunat kat sesetengah waktu? Sebab Allah tahu, waktu tu tak sesuai bersenam. Lebih sesuai buat benda lain. Allah sayang kat umat Islam, dia takut umat Islam ‘overdo’ dan takut badan umat Islam ‘cramp’...


Pergerakan Solat...

Kita mula solat dengan kedudukan stabil paling tinggi. Kalau mampu berdiri, kalau tak mampu, duduk sebab tu kedudukan paling tinggi kita. Kenapa tak jengket? Sebab tu tak stabil... Pada kedudukan paling tinggi ni, kita angkat takbir dengan angkat tangan paras bahu. Tu sebagai ‘warm-up’ sebab kita nak banyak guna bahu nanti... Sambil angkat takbir, kita niat tanda nak mula solat dah... Lepas takbir, kita baca Doa Iftitah, Fatihah dan surah. Tu tandanya kita sedang solat selepas kita niat. Degupan jantung dan pengaliran darah pun mula naik... Lepas tu, kita rukuk dengan membongkokkan badan kita. Tu senaman untuk perut dan pinggang supaya darah mengalir sama rata pada bahagian atas dan bawah tubuh kita... Lepas rukuk, kita berdiri tegak balik. Supaya mata tak cepat berpinar dan darah mengalir normal macam sebelum ni... Lepas tu, kita sujud. Ni sebagai senaman untuk bahagian bawah badan, bahagian kaki. Selain tu, kita juga rendahkan kepala kita ke atas lantai supaya darah juga mengalir ke otak kita. Kita letak dahi atas lantai supaya tulang belakang kita lurus. Jadi, senang la darah mengalir ke otak kita. Oleh itu, kita tak cepat dapat sakit kepala dan otak kita dapat darah secukupnya untuk terus cerdas... Lepas sujud sekali, kita duduk antara dua sujud sebagai senaman untuk kaki. Dengan duduk antara dua sujud, kita tekan kaki kita dengan berat badan kita. Jadi, kaki kita kuat... Tapi, kita tak tekan kaki kita kuat sangat masa duduk antara dua sujud, sebab kita cuma guna berat badan kita je... Macam tu la kita bersenam dalam solat... Kita ulang-ulang setiap rakaat, setiap kali solat, setiap hari, untuk kita kekal sihat... Orang lain sibuk pergi ‘gym’, kita solat je... Kalau kita solat, pastu pergi ‘gym’? Satu kelebihan kan?


Puasa di Bulan Ramadhan...

Allah tahu, perut kita ni, semakin hari, semakin nak makan banyak... Makin makan banyak, makin banyak duit habis... Jadi, Allah bagi kita bulan Ramadhan supaya kita dapat puasa sebulan... Lepas sebulan tu, perut kita tak minta makan banyak lagi... Jadi, kita dah boleh makan macam kadar biasa balik... Bagus kan? Sebab apa kita kena puasa dari Subuh sampai Maghrib? Sebab lepas Subuh la paling bagus untuk latihan... Kira sepanjang siang... Apa guna nak latih perut berpuasa waktu malam? Waktu kita dah nak tidur? Waktu kita dah tak aktif? Macam tak berapa berkesan kan latihan tu? Allah juga tahu yang malam (waktu Maghrib), kita kena makan. Tak perlu la kita lewat kan berbuka, masuk Maghrib je, terus berbuka... Jadi, perut kita sempat hadam sebelum tidur lepas solat Isya’...

Allah pun bagi peluang kat kita untuk puasa sunat walaupun bukan di bulan Ramadhan. Tu, sebagai latihan alternatif untuk perut... Setiap kali umat Islam puasa, tak kira di bulan Ramadhan atau puasa sunat, Allah bagi hadiah pahala lagi... Bagus betul Allah SWT ni... Dah la dia bagi peluang kat kita untuk betulkan balik sistem perut dan pemakanan kita, dah la dia bagi cara untuk kita kita jimatkan wang untuk beli makanan, dia bagi hadiah pahala lagi... Kalau tak ada puasa di bulan Ramadhan, mesti perut kita minta makan lebih je setiap hari yang menjadikan kita terpaksa tambah belanja untuk beli makanan...


Tutup Aurat...

Ramai orang kata, Islam memang susah... Kena tutup aurat... Tak ‘up-to-date’... Tak boleh ikut perkembangan fesyen... Perkembangan fesyen, semua ambil tahu... Perkembangan statistik kanser kulit dan kanser-kanser lain, siapa ambil tahu? Semakin berkembang fesyen yang menampakkan anggota badan, semakin bertambah pakaian yang jarang, semakin bertambah kes-kes kanser... Sebab apa? Sama-sama la kita fikir... Pakar-pakar analisis alam dah bagi amaran yang kadar UV dah meningkat yang menyebabkan kanser kulit... Kita lagi nak pakai pakaian jarang ke? Kita lagi nak pakai pakaian yang menampakkan anggota badan ke? Sebab tu dalam Islam ada suruhan tutup aurat... SELAMAT... Panas? Biar panas sikit, asal tak hangus terbakar dek sinaran UV... Ni, bila dah hangus, gelabah tengok kulit hitam, sibuk nak cari krim pemutih... Kan menghabiskan duit tu... Rasa-rasanya, kalau pakai pakaian labuh dan longgar, tak panas sangat pun... Berbanding dengan pakai baju ketat, memang la panas sebab pakaian tu memerangkap haba... Sebab tu dalam Islam, awal-awal lagi dah disuruh jangan pakai pakaian ketat yang menampakkan susuk tubuh...

Islam tak adil, sebab aurat lelaki dan aurat wanita tak sama? Kulit siapa yang lebih sensitif, kaum lelaki atau kaum wanita? Allah dah cipta manusia ni seelok-eloknya... Lelaki, diciptakan kasar, sesuai dengan peranannya mencari rezeki, berhujan berpanas untuk kerja... Jadi, kulitnya tidak terlalu sensitif... Wanita, sesuai dengan sifat penyayang dan penuh kelembutan, kulitnya juga lembut... Tempatnya di tempat yang teduh, di sebalik pakaiannya yang menutup aurat dan labuh... Seluruh anggota badannya sensitif... Kulitnya juga lebih mulus dipandang, lebih halus disentuh... Jadi, kenalah kekalkan kelembutan kulit wanita itu... Jangan dibiarkan ia terdedah pada hujan dan panas... Lelaki, anggota badannya yang sensitif hanyalah anggota antara pusat dan lutut...

Ps: Betulkan saya sekiranya saya tersilap...

· Sambil fikir, kita zikir... Sambil zikir, kita fikir... (ilham kata-kata Ayah Su)

· Jalan-jalan, perhati, fikir... Ilmu Allah itu di mana-mana... (ilham kata-kata Abah & Umi)

· Fikir sekali dengan otak, fikir lagi dengan hati... (ilham Permata Hati)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal