‘SHORTCUT’ MEMILIH PASANGAN...

Perkahwinan... Cuti... Seakan serasi, seolah saling berkaitan... Asal cuti, ada kenduri kahwin... Asal nak kahwin, musim cuti la tu... (Ye la, agak kekok kalau ada yang nak berkahwin ketika mereka masih belum bercuti dari kerja atau kuliah...).

Saya juga tidak terlepas daripada jemputan menghadiri kenduri-kenduri kahwin... Ramai kenalan dan sahabat yang melangsungkan kenduri kahwin dalam cuti sekolah ni... Mabruk kepada semuanya...

Dalam meraikan kawan-kawan yang menyambut hari bahagia mereka, sempat juga saya berseloka dengan kawan-kawan yang datang dari jauh untuk menghadiri majlis-majlis tersebut... Berseloroh tentang bila nak kahwin, seorang sahabat meluahkan, “Susah nak pilih pasangan yang baik agamanya, elok keturunannya, cantik rupa parasnya dan sederhana kekayaannya...”. Maksud sahabat tu, ambil masa yang agak panjang untuk mempertimbangkan keempat-empat faktor yang digariskan Islam tu... Makna kata, susah nak cari yang sekufu dengan diri...

Mendengar luahan sedemikian, pastinya membuatkan kita terfikir, tertanya-tanya... Namun, Alhamdulillah ada jawabnya, respon spontan daripada saya, terhadap luahan rasa sahabat tu... Jadi, suka saya kongsikan dengan saudara/saudari... Kata yang tersebut di bibir saya, “Tengok la pembawaan dirinya...”. Erm... Ideanya ada... Namun, penjelasan harus disertakan bersama...

Insan yang baik agamanya, tentu baik pembawaan dirinya... Bukan bermaksud bebas dari kesalahan atau dosa... Tapi, dia akan sentiasa mencuba untuk berketerampilan baik... Dia juga akan cuba memperbetulkan kesilapannya... Kenapa begitu gigih, seakan ingin tampil sempurna??? Kerna demi agama yang dianutinya, dia tak ingin menjadi sumber fitnah buat agamanya...

Insan yang baik keturunannya, tentu baik pembawaan dirinya... Kerna dia tahu keturunannya adalah keturunan terhormat, terpandang, maka dia tak ingin mencalarkan maruah keluarganya... Sekalipun dia datang dari keluarga yang biasa-biasa, yang kadang-kadang terlepas dari pandangan masyarakat, pastinya dia masih tidak ingin keluarganya terhina di sisi masyarakat angkara perbuatan tidak senonohnya...

Insan yang cantik/kacak, perlu jaga pembawaan dirinya... Pandai ‘catwalk’, belum tentu bergaya... Namun, langkah yang tersusun menjauhi tempat-tempat maksiat, Insya-Allah unggul mutu dirinya... Insan yang cantik/kacak pastinya akan cuba sedaya upaya mengelak dirinya daripada menjadi liar... Kerna bila seorang insan tu terserlah liarnya, hilang semua kualiti baiknya... Seperti mana liuk lenggok badannya mampu menampilkan kecantikan/kekacakan dia, seperti itu juga dia perlu sedar bahawa penjelasan lisannya amat tawar setelah tubuhnya menunjukkan lenggok liar...

Pembawaan diri dan kesederhanaan berharta... Persoalannya, bagaimana dua elemen ni saling berkaitan??? Itulah pertanyaan yang diajukan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya... Jawab saya mudah, kalau insan tu pandai berbelanja, itulah insan yang baik... Bukan kedekut, bukan juga membazir, itu namanya ‘ekonomi’... Kalau seorang insan tu sekufu dengan kita, pastinya cara dia berbelanja akan membuatkan dia senang... Takkan la kita nak tunggu dia buka dompetnya, untuk kita nilai kesederhanaannya dalam berharta, kan??? Cukuplah kita perhatikan perhiasan yang ternampak pada dirinya...

Sebenarnya, manusia ada tiga gaya jalan dalam berharta... Manusia yang hartanya terlalu banyak, ada ego dalam jalannya... Manusia yang hartanya tidak cukup, berjalan sambil sorok-sorok... Manusia yang hartanya cukup, tenang melangkah... Tak percaya? Boleh saksikan sendiri dalam masyarakat kita sendiri... Yang tak cukup, takut hilang hartanya, pegang ‘handbag’ pun 2 belah tangan (bagi wanita), tangan asyik menepuk kocek seluar sendiri (bagi lelaki)... Yang terlalu kaya, ‘handbag’ sangkut kat pelipat tangan je (bagi wanita), dompet terjulur keluar dari kocek belakang (bagi lelaki)... (Maksud saya di sini, bersangkut perihal hati, bukanlah merujuk terus kepada tahap kekayaan materialistik seseorang... Harapnya maksud saya difahami...)

Maafkan saya, sekiranya saya tersindir sesiapa... Dan, jangan salah faham... Saya bukanlah peragut atau penyeluk saku, kerna tahu semua ini... Ambil perkongsian ini sebagai ingatan... Ini adalah petikan yang tersebut saat saya bersama kawan-kawan... Sekadar seloka dalam berbicara tentang orang sekeliling... Pengajarannya, bawa wang sekadarnya, dan jangan bersendirian jika membawa wang yang banyak...

Rasanya, saya sudah mula melalut dari topik asal... Sebelum saya makin ke laut, elok la saya simpulkan sampai sini... Dari warkah ini, saya syorkan kita semua (bagi yang ingin mencari pasangan, juga yang ingin menilai pasangan) memilih pasangan berdasarkan pembawaan dirinya... Insya-Allah, dari pembawaan dirinya, kita mampu menilai baik agamanya, elok keturunannya, cantik rupa parasnya, dan sederhana kekayaannya... Sebenarnya, Islam dah cukup ringkas dalam menggariskan panduan memilih pasangan ni... Bukan niat saya untuk meringkaskannya lagi... Cuma saya sekadar ingin menggambarkan bahawa empat panduan itu boleh dirangkumkan dalam satu aspek... Alhamdulillah, Allah kurniakan saya ilham sedemikian di saat saya cuba melegakan keluhan seorang insan... Dan kini saya kongsikan... Wallahu a’lam...

SEORANG LELAKI YANG DIJAUHI GADIS...

(Abang dan Adik baru lepas bersenam, duduk berehat, sebelum Adik bertanya)
Adik :
Abang, kenapa ramai lelaki yang dijauhi gadis?

Abang :
(menjeling, sebelum menjawab) Ada dua sebab kenapa seseorang lelaki dijauhi gadis...
Pertama, sebab lelaki tu terlalu baik... Selalu senyum bermanis muka... Selalu layan orang dengan baik... Sebab apa lelaki seperti ni ramai yang dijauhi gadis? Sebab ramai gadis akan menganggap lelaki ini sudah berpunya... Sebab tu, dia pandai layan orang dengan baik... Gadis-gadis akan ingat dia selalu layan kesayangan dia dengan baik, jadi dia terbawa-bawa sikap layanan baik tu terhadap orang lain... Sebab tu, ramai gadis akan menjauhi lelaki yang baik tu... Takut dituduh menggoda kesayangan orang... Tu, perspektif gadis-gadis yang nakal-nakal...
Bagi gadis-gadis yang solehah, akan mengelak sebab nak jaga hati... Almaklum la, lelaki yang baik ni senang menarik hati orang lain... Jadi, gadis-gadis yang solehah ni tak nak tertaut hati dengan lelaki yang baik, dan tak keruan sebab terbayang-bayangkan lelaki tu...

Adik :
Faham, faham...
Ooo... Lelaki yang terlalu baik ni, akan dijauhi gadis... Walaupun dia tak hensem???

Abang :
Kalau nak sentuh bab hensem tak hensem, kita ambil contoh seorang lelaki yang suka tersenyum... Gadis yang melihat lelaki ni, mesti rasa kekok untuk dekat dengannya... Sebab lelaki ni nampak bahagia... Orang yang bahagia, tentunya hensem... Dan orang yang baik itu, sentiasa bahagia... Makna kata, orang yang baik itu hensem...
Lagi satu, selalunya lelaki yang layan orang dengan baik ni hensem-hensem... Kan?

Adik :
Hensem, hensem...
Baiklah, sebab kedua seseorang lelaki tu dijauhi gadis?

Abang :
Sebab kedua, sebab lelaki tu terlalu jahat... Contohnya, seorang lelaki ni terkenal sebagai seorang yang panas baran... Jadi, usahkan wanita, lelaki pun ramai yang akan menjauhi lelaki panas baran ni... Takut kena pukul atau kena maki...

Adik :
Ooo... Faham, faham...
Contohnya, kita sebagai lelaki dijauhi wanita... Macam mana kita nak tahu kenapa kita dijauhi? Macam mana kita nak tahu, samada kita dijauhi sebab wanita tu takutkan kejahatan yang ada pada kita atau sebab kebaikan yang ada pada kita?

Abang :
Aik, pelik je bunyinya tu... Takpe, Abang ubah sikit soalan tu... Macam mana kita nak tahu kita dijauhi oleh orang lain, tak kira wanita atau lelaki, sebab kejahatan kita atau kebaikan kita?
Kalau kita baik, orang akan tetap kawan dengan kita... Cuma bagi yang berlainan jantina, mereka akan nampak kekok masa cakap dengan kita... Macam tak selesa...
Kalau kita jahat, orang akan takkan kawan lama dengan kita... Atau orang akan mengelak terus daripada berkawan dengan kita... Haa... Kalau ada yang nampak macam tak nak kawan dengan kita, cepat-cepat la muhasabah diri...

Adik :
Kalau lelaki tu dijauhi sebab fitnah??? Padahal, lelaki tu tak tahu pun... Tak adil la kan???

Abang :
Adik, fitnah tu bersifat sementara... Lama-lama hilang la fitnah tu... Lagi satu, kalau pun fitnah tu berpanjangan, ia hanya menyakitkan kita di dunia... Kalau kita tak tahu yang kita difitnah, maknanya kita redha... Tak payah la kita nak bersangka buruk, nak salahkan sesiapa yang mungkin dah fitnah kita... Kita bersangka baik je... Mungkin ada salah kita yang orang lain takutkan...
Takpun, kita pujuk je hati kita, “Mungkin sebab aku hensem sangat kut... Sebab tu ramai wanita yang tak berani dekat dengan aku...”. Tak gitu, Adik???(sengih)

Adik :
Betul, betul, betul...(turut tersengih)

Abang :
Adik jangan salah sangka pulak... Abang bukan kata kita harus jadi poyo... Maksud Abang, sentiasa positifkan diri kita... Bila kita positif, kita akan mampu buat orang lain positif... Jadi, adik Abang positif tak?

Adik :
Positif!!!

Abang :

Kalau positif, jom lumba lari!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal