Bidalan popular:
‘Hidup umpama roda. Kadang-kadang kita di atas, kekadang kita di bawah’
Tapi, saiz ‘roda’ bagi setiap orang tidak sama... Ada orang, rodanya kecil... Sekejap untuk dia berada di atas, sekejap jua dia di bawah... Ada juga yang rodanya besar... Lama dia di puncak kegemilangan hidupnya... Namun, tiba masa dia terkebawah, lama dia di situ...
Harus diingat juga, saiz ‘roda’ itu mungkin berubah... Tidak semua perkara yang kta hadapi dalam hidup ini menempuh tempoh yang sama... Dalam sesetengah perkara, mungkin kita perlu berada di bawah sekejap dan berusaha sedikit sebelum dijulang ke puncak... Pabila kita di puncak, sekejap jua untuk kita jatuh kembali... Dalam sesetengah perkara lain, kita perlu berusaha lama sebelum kita memperoleh sesuatu yang tahan lama...
Satu aspek lagi, pusingan ‘roda’ setiap insan tidak semestinya sama... Ada ‘roda’ yang perlu tujahan kuat untuk berpusing dan ada yang hanya perlu dikuis untuk berpusing... Tidak hanya itu, setiap pusingan juga diperlukan untuk masa yang berbeza... ‘Roda’ kita tidak sentiasa perlu dipusing kuat kerana setiap ‘roda’ punya momentum yang berbeza... Pusinglah ‘roda’ kita mengikut perkadaran momentum yang sekadarnya...
‘Hidup umpama roda’, sebenarnya tafsiran kepada istiqamah... Istiqamahkah kita mempersediakan diri untuk pusingan ‘roda’ kita? Mampukah kita bertabah untuk masa susah yang belum tentu lama sekejapnya? Pastikah kita mengingati masa susah dan bermuhasabah jika kita berada di puncak yang mungkin seketika, mungkin juga agak lama? Masihkah kita berkayuh di setiap saat hidup kita, tidak kira susah atau senang?
‘Hidup umpama roda’, juga berkenaan membuat keputusan yang tepat mengikut keadaan yang betul... Di saat kita di bawah, seberapa kuat kita akan berusaha untuk mencapai puncak? Apakah kita akan sentiasa menujah kuat ‘roda’ kita dan bersifat agresif dalam setiap benda, sehingga akhirnya kita tidak mampu mengekalkan posisi kita di atas, lantas tergolek kembali ke bawah? Atau apakah kita akan sekadar menguis-nguis ‘roda’ kita kerana takut akan jatuh tatkala di atas kelak, sedangkan kita tahu kuisan kita tidak cukup kuat untuk kita ke atas? Atau kita akan mengayuh ‘roda’ kita dengan perkadaran sederhana dan mangimbangi diri kita tatkala kita di atas?
Langkah yang terbaik adalah kita muhasabah saiz ‘roda’ kita, yakni komposisi hidup kita... Teruskan refleksi usaha kita dan setiap yang di sekeliling kita... Saat kita dilahirkan, kta telah digalas satu tanggungjawab, tanggungjawab pembelajaran sepanjang hidup dan ia adalah tanggungjawab untuk kita terus belajar tentang hidup sendiri sehingga saatnya kita menghembuskan nafas terakhir... Apakah pengakhiran pembelajaran kita ini? Apakah kita akan cemerlang dengan gemilangnya, lulus sekadarnya atau mungkin gagal?
Kita adalah satu-satunya PELAJAR yang terpilih untuk ke UNIVERSITI DUNIA ini dengan JURUSAN PAKAR masing-masing... GURU kita adalah apa yang ada di sekeliling kita... KALAM kita, apa yang dianugerahkan kepada kita... Bagi yang Islam, Al-Quran dan Hadis menjadi manual hidup... Apa yang kita belajar sepanjang KULIAH HIDUP ini, rekodlah segalanya dalam PITA MINDA kita... Persoalannya, apakah kita FOKUS? Ke mana kita pandangkan MATA kita? Ke mana kita dengarkan TELINGA kita? Setahap mana kita senyapkan MULUT kita untuk melihat dan mendengar, kurangkan berkata yang sia-sia? Apakah kita hanya menerima setiap teori KULIAH ini, tanpa kita hulur dan depakan TANGAN kita, tanpa kita langkahkan KAKI kita? Setiap pancaindera adalah PEN dan PENSIL kita... Gunakan anugerah yang kita punya ini untuk catatan pada NOTA HATI kita... Bagaimana khabar NOTA HATI kita itu? Apakah tidak terselak tanpa sebarang catatan? Atua mungkinkah penuh contengan semata-mata? Sepintar mana kita menukilkan NOTA pada HATI itu berdasarkan apa yang diterima dalam KULIAH HIDUP ini? Sebagai PELAJAR TERPILIH, apakah fokus kita? Adakah SUBJEK TIDUR, SUBJEK MAKAN atau SUBJEK BERCELOTEH yang menjadi kepakaran kita? Adakah kita mendalami kepakaran yang selaras dengan tujuan kita dihantar ke UNIVERSITI DUNIA ini? Dalam soal menjaga silaturahim, setahap mana kita menghargai setiap GURU yang hadir dalam hidup kita? Apakah kita melayan mereka selayaknya?
Selain sebagai PELAJAR, kita juga GURU TERPILIH di UNIVERSITI DUNIA ini... Ada beberapa PELAJAR yang sebenarnya belajar dengan kita... Sebagai GURU, apakah kita melaksanankan tanggungjawab menyampaikan ilmu sebaiknya? Tidak kisah samada PELAJAR-PELAJAR itu ingin terus belajar dengan kita atau tidak, tidak kisah PELAJAR-PELAJAR itu menghormati kita atau tidak, kita sebagai GURU wajib terus melaksanakan tugas kita sebaiknya dalam menyampaikan ilmu mengikut cara kita tersendiri...
Kesimpulannya, hidup kita umpama roda yang memerlukan kita terus berusaha dan terus bermuhasabah... Laksanakan tugas kita sebagai PELAJAR dan GURU sebaiknya dan teruslah menghormati satu sama lain kerna kita adalah PAKAR dalam bidang masing-masing...
Yang Di Atas, Mudah Untuk Bergolek Ke Bawah... Yang Di Bawah Perlu Terus Berkayuh Untuk Ke Atas...
Hormatilah Mereka Kerana Kita Adalah Pelajar dan Sayangilah Mereka Kerana Kita Adalah Guru...
Teruslah Berkelana Dan Bermuhasah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan