KITA PILIH UNDI…


Parlimen Malaysia telah dibubarkan… Beerti pilihanraya menjelang tiba... Saudara/Saudari sokong siapa? Saya guna perkataan ‘sokong’, bukan ‘undi’, kerna ‘undi’ melibatkan golongan berumur tertentu... Sedangkan ‘sokong’, semua orang boleh... Adik-adik yang belum cukup umur untuk mengundi, pun boleh menyokong... Kerna masa depan Malaysia melibatkan keseluruhan rakyatnya, bukan sesetengah sahaja... Walau bagaimanapun, sebelum cukup umur, adik-adik hanya dapat memerhati dan menyokong, belum boleh mengundi... Sabar ye adik-adik... Jadi, ke mana sokongan kita semua?

Ikhlas, saya tertarik dengan wadah sekumpulan rakyat Malaysia yang menggelarkan mereka ‘Arus Baru’... Mereka mengajak dan menyeru kita semua menyokong calon-calon Muslim berwibawa... Saya setuju... Ayuhlah kita menyokong calon-calon Muslim berwibawa, semampu mungkin...

Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya menyusun jari sepuluh, memohon maaf... Tidak berniat saya untuk mencetuskan sebarang kontroversi atau menyebabkan permusuhan antara agama dan bangsa... Kita semua satu masyarakat Malaysia, yang Insya-Allah ingin hidup harmoni bersama... Cuma, atas sebab kedaulatan agama, saya merasa terpanggil untuk berkongsi...

Persoalan pertama yang ditimbulkan, “Wajib ke sokong calon Muslim? Haram ke sokong calon bukan Muslim?”... Ikhlas, saya tidak mampu menjawab persoalan ‘wajib’ dan ‘haram’ ni... Kerna saya tidak berhak untuk menentukan hukum... Saya juga tidak layak untuk ber’ijtihad berkenaan hukum hakam Islam, untuk panduan orang lain...

Namun begitu, saya ingin berkongsi satu fahaman saya secara peribadi... Insya-Allah, harapnya ini bukan fahaman sesat... Suka saya memikirkan dan mengajak saudara/saudari turut merenung hakikat duduknya seorang Muslim berbanding seorang bukan Muslim di mata Allah SWT...

Sejahat-jahat seorang Muslim, pengakhirannya tetap syurga, selagi dia ada secebis iman Islam dalam dirinya... Selama mana pun dia di neraka kerana dosanya, habis sahaja dia diazab, dia akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga jua... Betul?

Namun, sebaik-baik seorang bukan Muslim, dia tidak akan pernah menjejakkan kakinya ke dalam syurga... Dia akan tetap dalam neraka, kerana tiada secebis iman Islam pun di dalam dirinya... Kita ambil contoh teladan bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Abi Talib... Tiada seorang yang bukan Muslim yang menyokong dakwah Islam seperti Abi Talib... Sumbangan dan jasa Abi Talib benar-benar terkesan kepada Nabi Muhammad SAW sendiri, sehinggakan baginda SAW menangisi kematian Abi Talib... Kematian Abi Talib menyumbang kepada tahun tersebut digelar ‘Tahun Kesedihan’ bagi Nabi SAW... Nabi SAW menangisi kematian Abi Talib bukan kerana hubungan mereka yang rapat, tapi kerana betapa Abi Talib menyokong gerakan dakwah Islam yang dipelopori Baginda SAW...

Begitu besar jasa Abi Talib kepada gerakan Islam... Sudah pasti akhlak Abi Talib ketika hidupnya juga bertepatan dengan akhlak Islami, kan? Tapi, apa pengakhiran Abi Talib setelah matinya? Abi Talib dimasukkan ke dalam neraka, dan kekal di dalamnya... Kerna apa? Kerna Abi Talib tidak Islam sehingga dia mati... Dia diazab dengan seringan-ringan azab neraka, iaitu dipakaikan kasut neraka yang apabila disarung, mendidih otak... Begitu besar jasa Abi Talib kepada Islam, dan begitu baik akhlak Abi Talib ketika hidupnya... Namun, dia tetap di neraka selama-lamanya...

Mengapa begitu? Dan apa ibrahnya? Ibrahnya, jelaslah bagi kita bahawa iman Islam itu sangat penting bagi seorang insan... Seperkara lagi, perlu kita renungkan, mengapa seorang Islam boleh masuk syurga? Adakah kerana amalannya? Jawapannya, tidak... Seorang Islam dapat masuk syurga kerana ihsan Allah SWT... Kerana Ar-Rahim Allah SWT... Makna kata, bila mana seorang insan bergelar Muslim, dia mendapat ihsan Allah SWT dan dia dipayungi Ar-Rahim Allah SWT... Seorang bukan Muslim? (Hmm...). Jadi, siapa yang ingin kita sokong? Adakah insan yang dipayungi Ar-Rahim Allah SWT, atau yang insan yang tidak mendapat rahmat Ar-Rahim Allah?

Jadi, rasanya kita semua dah boleh memikirkan jawapan kepada persoalan “Wajib ke sokong calon Muslim?” dan “Haram ke sokong calon bukan Muslim?”... Jawapannya ada pada saudara/saudari sendiri...

Selain itu, jika kita singkap peringkat-peringkat penurunan ayat-ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW, dapat kita perhatikan bahawa ayat-ayat berkaitan akidah diturunkan terlebih dahulu, sebelum ayat-ayat berkaitan akhlak... Hakikat daripada itu, Allah SWT menekankan akidah terlebih dahulu sebelum akhlak... Jika Allah SWT menjelaskan bahawa akidah itu lebih penting sebelum akhlak, ada lagi ke antara kita yang ingin mengatakan akhlak perlu dinilai dahulu, tanpa mengira akidah?

Ada juga yang menyingkap sirah di mana Nabi Muhammad menolak untuk melantik Abu Dzar (maaf jika saya tersilap...) menjadi salah seorang pemerintah wilayah Islam... Nabi menolak Abu Dzar yang terkenal dengan kewarakannya, atas sebab Abu Dzar tidak layak sebagai pemimpin... Jadi, ramailah yang berkata, “Warak belum tentu dapat memimpin...”, sebagai alasan untuk tidak menyokong calon Muslim dan menyokong calon lain yang bukan Muslim...

Betul, seorang yang warak belum tentu berkemahiran sebagai pemimpin... Namun, jika kita ingin singkap sirah ini, kita juga harus sedar bahawa setelah Nabi Muhammad SAW menolak Abu Dzar, adakah baginda SAW memilih orang bukan Muslim sebagai pemerintah? Tidak, bukan... Saudara/Saudari, Nabi Muhammad SAW menolak Abu Dzar sebagai pemerintah, setelah meneliti bahawa ada insan Muslim yang lain lebih berkelayakan sebagai pemerintah... Baginda SAW tidak membandingkan Abu Dzar dengan insan bukan Muslim...

Itu sekaligus menjawab persoalan, “Bagaimana jika calon Muslim tersebut tidak berwibawa?”... Seperti mana maksud kata Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman, “Kenapa mesti calon Muslim yang tidak berwibawa ditampilkan? Sudah habis ke calon Muslim yang berwibawa?”

Sekiranya kita diberi pilihan antara calon beragama Islam dan calon bukan beragama Islam, pilihlah yang beragama Islam... Jika kita diberi pilihan calon-calon yang kesemuanya beragama Islam, pilihlah yang berwibawa...

Jadi saudara/saudari, pilihlah calon Muslim... Kerna calon Muslim itu telah diteliti sebagai yang terbaik oleh barisan kepimpinan tertinggi partinya... Soal dia bermuka-muka di hadapan kepimpinan, bersifat hipokrit, sedangkan dia sebenarnya bukan sebaik yang disangka, itu soal dia dengan Allah SWT... Mungkin juga kita tidak habis menilai calon tersebut... Lagipun, mengapa mesti kita mengenang sisi jahatnya sahaja? Boleh jadi dia jauh lebih mulia daripada yang kita sangka...

Alkisah Pak Kaduk... Baru kematian isteri, Pak Kaduk ingin kahwin lagi... Disuruh mencari yang beragama, Pak Kaduk menolak... Katanya, apa guna beragama, jika akhlaknya buruk, rupa tidak cantik, dan bukan keturunan yang baik-baik... Dicari-cari, akhirnya Pak Kaduk ketemu pilihan hatinya... Dipilih yang berakhlak baik, rupa cantik dan dari keturunan terbaik... Tapi, Pak Kaduk terlupa... Pilihan hatinya tidak beragama... Entah apa la nasib Pak Kaduk bersama isteri barunya kelak...
Moral :           Jangan sampai kita jadi macam Pak Kaduk... Bukan ke Allah suruh pilih yang beragama terlebih dahulu???

Renung-renungkan, dan selamat mengundi, Malaysia... Malaysia negara Islam bermartabat, Islam berdaulat, rakyat harmoni bermasyarakat...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal