Di majlis kesyukuran perkahwinannya, si pengantin lelaki diserbu
kawan-kawan kolejnya, yang juga kawan-kawan si pengantin wanita...
Kawan A :
Boleh tahan kau ni, kahwin dengan dia... Kitorang tak tahu pun kau suka kat
dia...
Pengantin Lelaki :
Berkat doa korang juga... Kan korang selalu usik aku dengan dia masa kat
kolej dulu... Alhamdulillah, rezeki aku, jodoh aku dengan dia... Sekarang ni,
aku harap korang doakan pula moga jodoh aku dengan dia berpanjangan sehingga
akhir hayat...
Kawan B :
Insya-Allah...
Pengantin :
Terima kasih... Korang memang sahabat aku yang
terbaik... Sejak dulu lagi...
Kawan C :
Dah memang rezeki kau, kawan... Kitorang pun rasa kau memang layak untuk
dia... Tu sebab kitorang usik kau dengan dia masa kolej dulu... (senyum)
Pengantin :
Tu sebabnya aku kata korang ni memang sahabat aku yang terbaik... Korang
sempat lagi fikir pasal aku... Siap tolong carikan jodoh untuk aku lagi tu...(senyum)
Kawan D :
Tapi la kan, kau tak pernah pun bagitau kitorang, yang kau betul-betul jatuh
hati kat kawan kita yang sorang ni...
Kawan E :
Ha’ah la... Cerita la sikit... Bila masa kau
mula jatuh hati kat dia ni?
Pengantin :
Dah lama dah aku suka kat dia... Ditambah dengan korang selalu usik kami
dulu, lagi la aku jatuh hati kat dia... Sampai tahap aku kena solat istikharah
banyak kali... Sebab aku tak pasti samada perasaan aku tu disebabkan usikan
korang atau sebab aku memang suka kat dia...
Kawan F :
Habis tu, punya lama tu, kau pendam je rasa
tu?
Pengantin :
Ye la... Aku pun, tak pasti samada dia dah berpunya atau belum... Almaklum
la, orangnya cantik, sopan-santun lagi tu... Takut nanti, tersilap langkah
pula...
Kawan G :
Apa la kau ni... Apa la salahnya kau pergi
jumpa dia, tanya je depan-depan...
Pengantin :
Haa... Yang tu, aku takut tu... Takut jadi perkara lain pula... Aku takut
bila aku pergi berjumpa masa dia bersama dengan kawan-kawan dia, aku akan membuatkan
dia malu... Aku takut bila aku pergi berjumpa dia ‘one-to-one’, aku takut syaitan
pula jadi yang ketiga...
Kawan H :
Habis, apa la kau buat?
Pengantin :
Aku pendam je la... Bila dah banyak kali aku solat istikharah, bila aku
pasti yang aku memang sukakan dia, aku selalu berdoa semoga aku dijodohkan dengan
dia... Alhamdulillah, sekarang doa aku dimakbulkan...
Kawan-Kawan :
Alhamdulillah...
Pengantin :
Tu la... Aku memang bersyukur sangat-sangat sekarang ni... Sebab dulu aku
ada satu keyakinan... Bila kita, seorang lelaki, berduaan dengan seseorang
gadis secara dekat fizikalnya, syaitan akan menjadi yang ketiga dan menghasut
kita ke arah maksiat, pengakhirannya mungkin tak seindah yang disangka... Tapi,
kalau kita berduaan dengan seseorang gadis secara jauh fizikalnya, namun melalui
perantaraan Allah SWT, Insya-Allah pengakhirannya indah dan mententeramkan...
Aku yakin, bila kita letakkan Allah sebagai yang ketiga, sesungguhnya Allah
akan dekat dengan kita dan Maha Kuasanya akan mendekatkan kita dengan pilihan
hati kita...
Kawan I :
Jadi, macam mana la kau boleh dijodohkan
dengan permata hati kau ni?
Pengantin :
Haa... Yang tu, rahsia... Satu je komen aku... Yakinlah bahawa Allah itu
Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa, yang mampu memberi rezeki kepada kita dengan
cara yang mungkin tidak pernah terfikir oleh kita...
Kawan J :
Baiklah... Pendek kata dan seikhlasnya, kitorang memang cemburu dengan
kau... Rezeki kau, kau akhirnya berkahwin dengan kawan kita, seorang wanita cantik
yang baik lagi sopan-santun ni... Jadi, ada apa-apa nasihat tak kepada kitorang
yang masih membujang ni? Kut-kut ada tips untuk kitorang memperisterikan wanita
yang cantik, baik dan sopan-santun sama macam isteri kau ni?
Pengantin :
Tipnya, banyakkanlah berdoa dan solat hajat... Kalau semua nak tahu, tak
terkira banyaknya aku berdoa dan bersolat hajat sebelum aku dijodohkan dengan permata
hati aku ni... Banyaknya doa dan solat hajat itulah harga untuk aku memiliki
hatinya... Ingat, kalau benar-benat berkenan, minta... Mintalah pada pemilik
hatinya... Kalau suatu hari kita meminta pada ibu bapa empunya dirinya, mungkin
kita akan memiliki dirinya pada keesokan hari... Tapi, jika meminta pada Allah
SWT, pemilik hatinya, janganlah kita berputus asa sebab terlalu lama untuk kita
memilikinya... Kerna bukannya Allah SWT tidak ingin kita memiliki hati insan
idaman kita itu... Namun, Allah SWT inginkan kita bersabar sementara Allah
menyediakan diri dan hati kita untuk menerima cinta dari-Nya... Setelah diri
kita dipersiapkan, Insya-Allah cinta insan itu akan hadir...
Kawan-Kawan :
Insya-Allah...