K :
Assalamualaikum…
H :
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh… K… Apa khabar??? Sihat ya???
K :
Alhamdulillah, sihat… Hang, apa khabar? Baru tinggal seminggu, dah berisi…
H :
Betul la hang cuti seminggu… Tapi, sebelum hang cuti, berapa lama kita tak
bersua muka… Memang berisi la, bahagia member dapat anak…
K :
Banyak la hang punya bahagia member dapat anak… Ke bahagia sebab lain???
H :
Takda la… Seminggu dua ni, sibuk lebih sikit… Jadi, makan tak menentu… Bila
ada ruang, makan… Takut tak sempat makan masa nak buat keja…
K :
Orang lain sibuk, turun berat badan… Hang sibuk, naik berat badan??? Pelik
sungguh hang ni…
H :
Takda la naik sangat pun berat badan ni… Cuma badan nampak berisi sikit...
Mungkin sebab makan macam-macam... Pastu, bila rasa dah berat kepala,
bersenam... Tu yang nampak sasa sikit tu...hahaha
K :
Ikut hang la... Janji, cemerlang...hahaha
H :
Eh, lupa pulak nak ucap tahniah dan selamat, sebab hang dapat anak... ‘Baby
girl’ lagi...
K :
Terima kasih... Wei, sebenarnya runsing jugak ni...
H :
Dah kenapa pulak runsing... Patutnya hang gembira...
K :
Sebabnya, fikir pasal anak dara ni... Hang tahu kan, sekarang ni
macam-macam duk berlaku... Depan hari lagi, mesti banyak lagi kes macam ni...
Kes sosial... Yang duk kena, anak dara la... ‘Boyfriend’ diorang, cabut
lari cari lain... Bimbang jadi kat anak dara kita la depan hari nanti...
H :
Tak payah risau la... Perkara tu semua, belum tentu kena kat anak dara hang
lagi... Macam ni, masa dia kecik ni, hang jangan duk tinggal dia sorang...
Kalau isteri hang tengah sibuk, hang kena pergi main dengan anak dara hang...
Makna kata, jangan biar dia rasa sunyi... Budak-budak ni, kecik-kecik
lagi dah pandai rasa sunyi... Bila rasa sunyi tu dia pendam, bawa sampai besar,
dia akan jadi jauh dari mak ayah... Tu, yang cari ‘boyfriend’, nak
isi rasa sunyi hati... Nak beritahu mak ayah bahawa dia sunyi, dia dah ada
rasa malu... Sebab dia rasa dah besar, rasa segan nak beritahu mak ayah yang
dia sunyi...
Jadi, kena jaga elok masa kecik... Jangan bagi dia rasa sunyi... Tahan la
kejap... Masa anak-anak kecik, dia nak manja-manja dengan kita... Nak kena bawa
anak-anak jalan... Buat la apa yang patut... Janji dia tak rasa sunyi...
Kejap je nak kena selalu teman anak-anak ni... Bila dia dah besar sikit,
dah pandai faham macam-macam, kita ajar dia isi masa lapang pula... Masa
tu, kita dah boleh kurangkan sikit masa bersama dia... Kita ajar dia solat,
baca Al-Quran, buat hobi tu, buat aktiviti ni... Bukan maksudnya kita dah tak
perlu luangkan masa dengan anak-anak... Kita tetap kena luangkan masa dengan diorang...
Tu cara kita nak pantau diorang dan kita nak buktikan mereka masih ada kita,
untuk berbual dan buat aktiviti bersama...
Lama-lama, bila anak-anak dah kenal Allah dan Rasul, kita didik diorang
supaya faham bahawa diorang sentiasa ada Allah dan Rasul dalam hati diorang... Kita
didik la diorang supaya diorang dapat isi hati diorang dengan Allah dan
Rasul... Selain Allah dan Rasul, diorang juga ada ayah dan ibu, untuk
diorang mengadu, atau untuk diorang bercakap sekali sekala dan bila perlu...
Tu, jangan lupa...
Kes sosial yang duk berlaku sekarang ni, berpunca dari anak-anak rasa
sunyi... Tu yang cari ‘boyfriend’, ‘girlfriend’ entah apa-apa
tu... ‘Boyfriend’ tu, bukan hensem sangat pun... Akhlak pun, entah
apa-apa... Tapi, dah itu je yang sudi jadi ‘boyfriend’, yang sudi
mengisi sunyi hati, layan je... Sebenarnya, bukan sayang pun... Tapi, lebih
kepada rasa bergantung... Bila rasa bergantung tu dah tebal, tu yang sudi je
buat macam-macam... Tu yang bila ditinggalkan, ramai yang sampai sanggup
bunuh diri...
Jadi, K... Hang jaga elok-elok anak dara hang ya... Jangan bagi dia rasa
sunyi sikit pun... Bila dia dah besar, dah pandai jalan, selalu la bawa dia
jalan-jalan... Keluar minum dengan kawan-kawan pun, bawalah anak dara hang
tu... Bagi la isteri hang lapang sikit untuk urus hal ehwal di rumah tu... Lagi
pun, bila hang selalu bawa anak dara hang jalan, Insya-Allah dia dah cari
lelaki lain dah untuk bawa dia jalan-jalan nanti... Sebab dia tahu, ada
juga bapa dia untuk bawa dia jalan-jalan...hehehe
Nanti, bila anak dara hang dah besar, dia akan cari orang macam hang untuk
buat suami... Sebab Insya-Allah dia puas hati dengan hang sebagai peneman
hidup dia sejak kecil... Sebab dia bahagia dengan orang macam hang... Jadi,
hang tak perlu nak ‘slow talk’ banyak-banyak dengan anak hang nanti,
tentang orang macam mana dia patut buat suami... Haa, nampak tak tu... Cara
tu...
K :
Hang ni, betul la... Elok je sekolahkan orang lain... Macam apa dah
gayanya...
H :
Penuntut Universiti Kehidupan, ceq... ‘Free’, tapi boleh belajar
serba serbi...
K :
Okey la... Kena balik dah ni... Nak peluk cium anak pula ni... Nanti sunyi
pulak dia... Assalamualaikum...
H :
Haa... Elok, elok... Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan