SYURGA YANG SUNYI…


Bicara seorang adik dengan seorang abang, selepas solat Maghrib…
Adik    :
Abang…

Abang :
Ye, Adik… Ada apa???

Adik    :
Syurga tu ‘best’ kan??? Macam-macam ada… Mesti kita seronok sangat dalam syurga tu, kan???

Abang :
Ye, betul tu… Seronok sangat-sangat kalau dapat tinggal dalam syurga…

Adik    :
Tapi, kenapa lepas Allah SWT cipta Nabi Adam dulu, Nabi Adam rasa sunyi? Sampaikan Allah ciptakan Hawa, untuk hilangkan kesunyian Nabi Adam… Adakah Nabi Adam belum cukup bahagia dalam syurga?

Abang :
Haa… Bagus soalan tu… Macam tak terfikir pulak Abang sebelum ni… Lepas Adik tanya ni, baru Abang faham…
Sebenarnya, itulah yang Allah nak ajar kita semua, manusia... Sudah diberi nikmat yang sebegitu besar kepada Adam... Syurga tu, Dik... Dah dapat tinggal dalam syurga, dapat nikmat ‘priviledge’ macam-macam, apa lagi yang kita nak??? Tapi, di samping kenikmatan syurga tu, Allah ciptakan kita manusia fitrahnya berpasangan... Fitrah kita, manusia, perlukan pasangan, tak boleh hidup sorang-sorang... Sebab tu, Insya-Allah bila kita masuk syurga kelak, Allah sediakan bidadari sebagai salah satu nikmat... Bidadari yang disediakan tu, adalah untuk memenuhi fitrah kita yang tidak mampu terus berseorangan...

Adik    :
Ooo... Tapi, macam mana dengan beberapa orang hamba Allah yang mengaku boleh hidup sorang-sorang, tak perlukan pasangan???

Abang :
Haa... Yang tu, terlajak hebat... Allah dah ciptakan kita dan mereka dengan fitnah memerlukan pasangan... Tapi, mereka boleh melawan fitrah tu... Maknanya, mereka melawan Allah... Jadi, apa lagi yang boleh dikatakan melawan fitrah Allah, kalau bukan tu??? Betul tak?

Adik    :
Betul juga...

Abang :
Lagipun, mana ada hamba Allah yang mengaku boleh ‘stay single’ ni, boleh rileks je... Mesti ada ketikanya, jadi tak keruan juga... Tu yang berlakunya gejala sosial... Mengaku boleh ‘stay single’, tapi pergaulannya liar... Mereka berlagak kononnya tidak memerlukan pasangan, hakikatnya mereka cuba lari dari komitmen rumahtangga...

Adik    :
Betul tu, Abang... Sedangkan Nabi Adam yang diberi peluang menikmati nikmat besar lagi hebat dalam syurga, tidak mampu hidup sendiri... Inikan pula kita yang hanya berpeluang menikmati nikmat dunia yang serba serbi bersifat ujian dan fitnah...

Abang :
Adik, ingat satu perkara... Kita, manusia, ada nafsu... Hakikatnya, kita tak boleh menghilangkan nafsu tu, tapi Insya-Allah kita lebih dari mampu untuk mengawal nafsu tu... Perasaan memerlukan pasangan juga nafsu... Jadi, selagi kita mampu mengawalnya, kita kawal... Tapi ingat, sampai bila kita mampu kawal nafsu tu... Jadi, bila tiba masanya, bila kita berpeluang untuk berpasangan, salurkanlah nafsu tu secara halal... Kita perlu berkahwin...
Jom kita ambik satu contoh, makan... Nak makan tu, nafsu sebenarnya... Selagi kita mampu kawal, jangan makan... Cuba Adik teka, kenapa kita tak boleh makan???

Adik    :
Entah...

Abang :
Sebab masa tu bulan Ramadhan, waktu siang...(gelak kecil). Itu, contohnya... Makna kata, kita boleh kawal nafsu makan tu... Tapi, boleh ke kita hilangkan nafsu makan???

Adik    :
Tak boleh...

Abang :
Betul... Sebab tu, bila kita puasa, ada ketika kita kena berbuka... Itu masanya kita perlu salurkan nafsu makan tu secara halal... Kita makan, minum, sekadarnya...
Sama juga kalau takde makanan, kita kena pandai kawal nafsu makan kita... Tapi, kita tak boleh halang terus nafsu makan tu... Sebab tu, kita dibenarkan makan makanan atau haiwan yang asalnya haram, bagi menjamin kelangsungan hidup kita...
Cuba Adik fikir... Itu Abang baru sebut tentang nafsu makan... Cukup dengan kita fikirkan tentang nafsu makan, untuk kita berfikir dan belajar tentang hidup dalam Islam ni... Jadi, siapa kita untuk mengaku hebat, untuk menghalang terus nafsu yang hakikatnya sebahagian dari diri kita? Allah ciptakan nafsu-nafsu itu bersama kita, untuk kita belajar mengawal diri... Tidak sekalipun Allah suruh kita halang atau seksa diri... Seksa diri dalam beragama itu, sama seperti Syiah... Sedangkan kita Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita kawal diri dalam agama kita Islam...
Berbalik kepada isu berpasangan, Allah dah ajar kita untuk berpuasa sebagai cara mengawal diri, bukan menghalang dan menyeksa diri... Bukan juga puasa tu sebagai hukuman atas rasa kita tu...

Adik    :
Ooo... Ye tak ye, kan??? Allah dah ciptakan kita lengkap dengan segalanya... Untuk kita kawal, bukan untuk buang atau sia-siakan...

Abang :
Alhamdulillah, kita berpeluang untuk memahami konsep tu...

Adik    :
Terima kasih, Abang...

Abang :
Sama-sama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal