LARIAN JASA MEREKA…


Seorang adik sedang makan ais-krim bersama abangnya… Si adik bersuara…
Adik :
Abang...

Abang :
Ye, ada apa?

Adik :
Apa maksudnya bila kita kata, “Jasa ibu bapa tak akan mampu dibalas oleh anak-anak”?

Abang :
Kenapa? Adik tak percaya dengan kata-kata tu?

Adik :
Adik percaya... Cuma, secara praktikalnya, apa maksudnya tu?

Abang :
Baiklah, Abang cuba buat Adik faham... Macam ni, ibu bapa dah mula berjasa pada anak-anak sejak sebelum anak-anak lahir lagi... Adik percaya tu?

Adik :
Insya-Allah, percaya... Sebab jasa tu bermula sejak seorang lelaki atau wanita memilih pasangan untuk menjadi ibu atau bapa kepada bakal anak-anak mereka... Selain tu, ibu bapa banyak belajar demi anak-anak yang bakal mereka miliki kelak... Masa mengandung, ibu dan juga bapa banyak belajar tips-tips pemakanan sihat, cara hidup sihat demi kebaikan anak yang dikandungkan...

Abang :
Ya, betul tu... Apa kata, kita tak payah ambil tempoh pembelajaran ibu bapa, sebelum mereka berjasa kepada anak-anak? Dan, kita takkan ambil juga tempoh pembelajaran anak-anak, sebelum mereka berjasa kepada ibu bapa... Sebab sesetengah orang percaya, ilmu secara teoritikal sahaja tidak dikira sebagai amalan atau jasa... Okey?

Adik :
Baiklah...

Abang :
‘Alright’... Jom kita umpamakan bab-bab berjasa ni seperti larian, seperti lumba lari...
Adik rasa, bila ibu bapa mula berjasa kepada anak-anak? Secara praktikalnya?

Adik :
Masa ibu mengandungkan anak-anak?

Abang :
Abang terima jawapan tu... 10 markah untuk adik Abang...
Kalau dikira, ketika ibu atau bapa memilih insan untuk menjadi bapa atau ibu kepada anak-anak yang bakal dilahirkan, adalah satu jasa praktikal terawal mereka... Tapi, tak mengapa... Kita akan ambil kira jasa ibu bapa sejak anak-anak dalam kandungan...
Masa mengandung, ibu berjasa dengan makan makanan yang berkhasiat, berhati-hati dalam serba serbi untuk jaga kandungan... Ayah pun, tak kurang hebat jasanya... Berkejar ke sana ke mari bekerja, nak cari macam-macam... Sebab nak bagi yang terbaik kepada ibu yang sedang mengandung... Kalau diibaratkan berjasa ni sebagai larian, maknanya ibu bapa dah mulakan larian ‘jasa’ mereka sejak anak-anak dalam kandungan lagi...
Bila anak dah lahir, lagi la hebat jasa ibu bapa ni... Nak cukupkan makan minum anak-anak, nak beli keperluan bayi macam-macam... Kalau diibaratkan jasa mereka masa tu, seolah-olah mereka sedang memecut...
Bila anak-anak dah besar, okey la sikit... Mereka tak perlu memecut lagi... Tapi, mereka masih berlari... Sebab mereka masih lagi berjasa kepada anak-anak, nak pastikan anak-anak membesar dengan baik...
Adik agak, seawal umur berapa anak-anak mula berjasa kepada ibu bapa, secara praktikalnya?

Adik :
Erm... Masa umur 15 tahun kut...

Abang :
15 tahun? Erm... Boleh la... Apa kata kita ambil umur lagi awal? 13 tahun mungkin? Sebab ada juga anak-anak yang bekerja masa umur 13 tahun, untuk membantu ibu bapa... Kita tak ambil kira jasa anak-anak yang berniat nak jaga hati ibu bapa, tak nak menyusahkan ibu bapa... Sebab kalau kita ambil kira bab-bab tu, kita kena ambil yang sama bagi pihak ibu bapa... Aci tak?

Adik :
Okey, aci...

Abang :
Okey, kita ambil umur 13 tahun anak-anak mula berjasa kepada ibu bapa...
Makna kata, anak-anak hanya memulakan larian jasa mereka pada umur 13 tahun... Sedangkan ibu bapa telah berlari sejak lama dahulu, lebih 13 tahun dahulu berbanding anak-anak... Dan, anak-anak itu juga perlu ingat, ketika mereka memulakan larian jasa mereka pada umur 13 tahun tu, ibu bapa masih berlari... Sebab ibu bapa masih berjasa kepada anak-anak, walaupun anak-anak sudah pandai berjasa kepada ibu bapa...
Jadi, adik rasa, sempat tak anak-anak mengejar ibu bapa? Boleh tak anak-anak memintas ibu bapa dalam larian ‘jasa’ tu?

Adik :
Tentulah tak boleh... Ibu bapa dah jauh ke depan, dan masih terus berlari... Sedangkan anak-anak dah jauh ketinggalan di belakang, dan baru mula berlari... Tak terkejar la...

Abang :
Haa... Tengok... Mana mungkin anak-anak nak pintas jasa-jasa ibu bapa?

Adik :
Tapi kan, Abang... Katakanlah setelah ibu bapa dah lama meninggal, anak-anak masih meneruskan jasa kepada ibu bapa... Tak terkejar lagi ke?

Abang :
Bagus idea tu... Tapi, Adik kena ingat juga... Setelah ibu bapa meninggal, jasa anak-anak kepada ibu bapa juga berkurangan... Katakanlah semasa ibu bapa hidup, si anak mendoakan ibu bapa, bagi duit tiap-tiap bulan, tolong ibu bapa dari segi kudrat dan kewangan... Makna kata, anak-anak berjasa kepada ibu bapa dari segi konkrit dan abstrak, zahir dan batin... Itu ketika ibu bapa masih hidup...
Tapi, setelah ibu bapa meninggal dan dikuburkan, anak-anak tidak boleh berjasa secara konkrit, secara zahir lagi kepada ibu bapa... Anak-anak dah tak dapat nak bagi duit kepada ibu bapa, dah tak dapat tolong ibu bapa yang sedang sakit... Anak-anak hanya mampu berjasa secara abstrak, secara batin... Anak-anak hanya mampu mendoakan ibu bapa...
Jadi, jasa anak-anak kepada ibu bapa dah berkurang... Berbalik kepada analogi larian ‘jasa’ kita tadi... Walaupun ibu bapa sudah tidak berlari lagi, kerana mereka sudah meninggal, tetapi momentum larian anak-anak juga berkurangan... Agak-agak sempat ke nak pintas jarak larian ‘jasa’ ibu bapa tu? Silap-silap anak-anak pun berhenti berlari dan meninggal sebelum sempat sampai pada jarak larian ‘jasa’ ibu bapa tu...
Itu, belum lagi mengambil kira ibu bapa yang masih meninggalkan jasa kepada anak-anak... Rumah, tanah, ajaran, atau apa jua jasa yang mampu mengalir walaupun ibu bapa telah meninggal... Jasa-jasa peninggalan mereka tu, umpamanya jejak-jejak larian ‘jasa’ mereka yang terus maju ke depan, walaupun mereka sudah tiada...
Jadi, Adik... Anak-anak bertambah maju berbanding ibu bapa... Pergerakan anak-anak semakin pantas... Tapi, anak-anak masih tidak akan mampu memintas ibu bapa dalam larian ‘jasa’...

Adik :
‘You know what’? ‘Style’ la Abang... Siap analogi larian ‘jasa’ bagai...

Abang :
Eh, bukan Adik ke yang mulakan tadi??? Maknanya, Adik la yang ‘style’...
Apa-apa pun, Adik... Anak-anak kena mulakan larian ‘jasa’ tu seawal mungkin... Anak-anak kena teruskan larian ‘jasa’ mereka... Walaupun tak mampu memintas jarak larian ‘jasa’ ibu bapa, sekurangnya kita berlari sejauh mungkin... Ingat, larian ‘jasa’ ibu bapa ni, bukan ‘combination’ jarak ibu dan bapa tau... Larian ibu, satu... Larian bapa, satu yang lain pula... Dua-dua jarak tu, terlalu jauh untuk kita pintas... Tapi, jangan cepat mengalah dan rasa malas... Jangan juga sampai terbabas...
Adik faham tak apa Abang cakap dari tadi ni?

Adik :
Insya-Allah, faham... Kalau tak faham apa-apa, nanti Adik tanya Abang... Buat masa ni, Adik nak fikir dulu kata-kata Abang tu...

Abang :
Ha, fikir jangan tak fikir... Ais-krim dah meleleh tu... Habiskan cepat, dan yuk kita pulai...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal