MANA LEBIH BERDOSA?


“Assalamualaikum Saudara Haikal,

Katakanlah seorang artis wanita, yang berambut perang, dapat satu ‘assignment’ membawa watak seorang cikgu... Cikgu kan tak boleh berambut perang, jadi artis tu perlu tampil berambut hitam... Jadi, pilihan yang ada adalah samada mewarnakan rambutnya hitam, atau memakai rambut palsu yang hitam... Persoalannya, yang mana lebih berdosa, mewarnakan rambut hitam atau berambut palsu?”

(Saudari K)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh Saudari K...

Maaf untuk saya katakan, bukan hak saya menentukan perkadaran dosa pahala ni... Dan sejujurnya, bukan hak sesiapa... Sekiranya saudari utarakan persoalan ni kepada mana-mana ulama, saya rasakan tiada ulama yang mampu menjawab berkenaan yang mana lebih berdosa, mewarnakan rambut hitam atau berambut palsu...

Walau bagaimana pun, kita yakin bahawa keduanya berdosa... Saya percaya sepenuhnya, berdasarkan penyataan saudari ni, saudari juga yakin bahawa mewarnakan rambut kepada warna hitam itu haram, dan memakai rambut palsu itu juga haram... Haram itu berdosa, dengan erti kata lain... Jadi, kenapa kita nak pilih jalan yang berdosa tu? Baiklah, artis tu berambut perang dalam realitinya... Dan artis itu ingin tampil dengan imej guru untuk ‘assignment’ dia... Apa kata artis tu bertudung? Bertudung juga imej guru kan? Tak kisah la, walaupun artis itu ingin membawakan watak guru Bahasa Inggeris sekalipun, masih boleh bertudung... Tiada yang salah, bahkan berpahala lagi...

Katakanlah artis itu adalah seorang artis bukan Islam, masih manis bertudung... Tidak perlu pening kepala dan membazirkan wang untuk mewarnakan rambut menjadi warna hitam atau untuk membeli rambut palsu yang sepadan... Pastinya kedua-dua inisiatif itu memerlukan perbelanjaan yang besar, lebih besar berbanding perbelanjaan membeli sehelai tudung dan sepasang baju kurung... Bertudung dan berbaju kurung, itu imej sejati seorang guru wanita...

Kalau saudari terfikir, “Perbelanjaan membeli tudung berulang-ulang kerana tudung pastinya bukan sehelai... Sedangkan perbelanjaan mewarnakan rambut atau untuk rambut palsu, ‘one-off’, hanya sekali”, jawab saya, “Apa kata artis tu bertudung je terus... Manis juga”...

Alang-alang saudari dah mengutarakan persoalan ini, izinkan saya berkongsi pendapat... Bagaimana pula jika artis itu seorang lelaki? Jawab saya, cukur... Itu inisiatif yang sangat efektif, pada pendapat saya... Kalau ‘assignment’ masih lama untuk dilaksanakan, masih ada masa untuk rambut artis tu tumbuh kembali... Kalau ‘assignment’ itu sudah hampir pelaksanaannya, artis itu boleh bersongkok... Ini kerana pada pengetahuan saya setakat ini, guru lelaki tidak dibenarkan membotakkan kepala... Jadi, itulah inisiatif sekiranya artis itu lelaki... Tapi, sekiranya saya tersilap (maknanya, guru lelaki dibenarkan membotakkan kepala), maka tersangat praktikal la saranan saya...

Kesimpulannya, janganlah kita memilih yang haram, sedangkan kita tahu ianya berdosa... Bukan yang mana lebih berdosa menjadi persoalannya, tetapi yang haram perlu dijauhi terus... Pilihlah yang halal... Yang syubhah pun, elakkan... Selain itu, alangkah mudahnya hidup jika kita amalkan yang halal sejak awal lagi... Tak perlu kita bersusah-susah kemudian... Apa-apa pun, kalau kita sudah terlanjur berbuat silap, Insya-Allah jalan yang halal masih terbentang untuk kita kembali ke pangkal... Yang penting, kita nakkan yang halal dan kita benar-benar tak nak yang haram...

Akhir kata, maaflah jika saya tersilap kata sehingga menyinggung perasaan saudari... Maaf juga jika saranan saya tak cukup praktikal dan dangkal bagi saudari... Maaf, tulus dari hati saya... Allah jua yang Maha Mengetahui, saya hanya hamba-Nya yang lemah, yang masih belajar dan memperelokkan diri...

(Ahmad Zakry Haikal)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal