“Ikutkan hati, membawa mati...”
Pepatah atau kata-kata yang menjadi mimpi ngeri ramai
insan... Persoalannya, kalau tak ikut hati, nak ikut apa? Ya, ikut iman...
Tapi, mana letaknya iman kalau bukan dalam hati?(Haa... Garu kepala juga
kan???)
Kadang-kadang kita terlupa, bahawa Allah SWT kurniakan
hidayah kepada setiap insan melalui hatinya... Dalam hati, letaknya iman,
dan juga nafsu... Terpulanglah kepada kita untuk turut yang mana satu...
Mungkin diri kita selalu tipu hati kita... Sehinggakan
suatu hari hati kita tipu diri kita, dan kita tak sedar... Bila mana diri kita
tertipu dengan hati kita, maka kita pun putus asa dengan hati kita sendiri...
Lalu, kita mula berkata “Ikut hati, mati”...
Contohnya, kita ingin melakukan suatu kejahatan... Kita
pujuk hati kita, “Takpe, kali ni je... Lepas ni, taubat la...”. Di
peringkat awal kita nak buat jahat, kita selalu pujuk hati kita... Sampai satu
peringkat, hati kita pula yang pujuk kita, “Boring la... Jom buat jahat...”.
Itulah namanya ketagihan... Sehingga akhirnya diri kita kedapatan atau kita
hampir-hampir mati, barulah kita menyesal... Lantas, kita pun berkata, “Ini
semua kerana saya terlalu ikutkan hati... Ternyata saya tertipu dengan hati
saya sendiri...”. Tak cukup dengan itu, kita bagi nasihat kepada mereka, “Janganlah
percayakan hati, kelak memakan diri, membawa mati...”.
Inilah salah satu kesalahan besar yang ramai
antara kita buat, namun diri sendiri tak sedar... Itulah yang dikatakan penipuan terbesar dalam
hidup... Dan kita salahkan hati kita, setelah diri kita tersakiti... Hakikatnya,
diri kita yang terlebih dahulu menyakiti hati sendiri...
Tapi, mana datangnya kekuatan untuk menipu hati sendiri ni???
Kekuatan untuk menipu hati
ini datangnya dari hati juga... Namanya nafsu... Dikebalkan oleh iblis
laknatullah... Seperti yang kita selalu tengok dalam drama, konflik dalaman antara
‘si hitam’ dengan ‘si putih’... Itulah yang berlaku dalam diri kita... Penipuan
terhadap hati berpunca daripada kita terlalu membesar-besarkan ‘si hitam’...
Kita (bersama ‘si hitam’) tak bertindak agresif kepada ‘si putih’, tapi kita
guna pendekatan halus... Kita pujuk ‘si putih’, kononnya ke arah ‘win-win
situation’... Kita kata, izinkan kita buat jahat, lepas tu kita akan
bertaubat... Haa... Inilah gaya penipuan hati alaf baru... Ini dipanggil
demokrasi (hati) terpimpin...(gaya macam dalam 3 Abdul).
Sebab tu, dalam al-Quran
kita diseru supaya menjaga hati... Supaya kita dapat kesan yang mana ‘si
hitam’ dan yang mana ‘si putih’ dalam hati kita... Itu mungkin menyebabkan
kita mengambil masa yang lama sebelum memutuskan tentang sesuatu... Tapi, ada ‘shortcut’...
Selalulah cuci hati
kita... Selalulah bertaubat... Selalulah minta petunjuk Allah... Selalulah
istikharah semoga Allah pimpin kita dalam apa jua tindakan kita...
Selalulah berserah dan bertawakal kepada Allah... Selalulah berhajat semoga
setiap keputusan yang kita buat dalam hidup kita bermanfaat kepada diri kita
dan juga orang lain...
Hati-hati insan adalah
milik Allah SWT... Separah-parah kanser hati boleh dikesan kerana ia
bersifat jasmani, namun sekecil-kecil iri dalam hati kadang-kadang tenggelam
kerana ia bersifat rohani... Insan yang menghidap kanser hati perlu hadiri ‘medical
checkup’ hanya beberapa kali sebulan... Namun insan, walaupun tidak
menghidap penyakit hati secara rohani, perlu ‘checkup’ hatinya
berkali-kali dalm sehari...
Ubatilah hati kita
sehingga kita dapat rasakan ketenangan dalam diri... Ubatilah hati kita
sehingga kita mampu percayakan hati kita... Ubatilah hati kita sehingga kita
yakin bahawa Allah akan membantu kita dalam setiap tindakan kita... Di saat
itu, Insya-Allah apa jua yang kita kata, yang kita buat, akan bermanfaat kepada
diri kita dan juga orang sekeliling kita... Di saat itu, Insya-Allah kita akan
lebih percayakan hati kita, diri kita, kerana kita dah mula redha... Kita telah
redha bahawa Allah SWT sentiasa bersama kita dan Allah SWT akan sentiasa pandu
hati kita ke arah yang terbaik buat kita dan mereka...
Macam mana kita nak tahu bahawa hati kita telah bersih???
Amatilah akan seberapa
kerap hati kita mampu bersangka baik (husnuzon)... Maaf untuk saya katakan
ini... Tapi, sekiranya kita melihat seseorang mengalami kesusahan... Dan hati
kita terlintas, “Kesusahan dia tu adalah kifarah dosanya...”, kita
sebenarnya belum cukup husnuzon... Maksud saya, kita seolah-olah berkata, “Padan
muka dia... Kesusahan dia tu adalah disebabkan dosa dia yang lalu...”.
Alangkah baiknya jika
kita terfikir bahawa kesusahan yang menimpa insan tersebut sebagai satu ujian
buatnya... Atau mungkin kita mampu jadikan kesusahan yang menimpa insan itu
sebagai muhasabah buat diri kita, betapa Allah SWT sayangkan insan itu...
Sekiranya kesusahan itu adalah kifarah dosanya, itu membuktikan betapa Allah
SWT sayangkan dia... Allah SWT tak izinkan insan itu terpalit dosa sedikit
pun, terus dicuci... Apakah kita akan diangkat sebegitu mulia oleh Allah SWT?
Atau kita akan dibiarkan terus bergelumang dosa, sedangkan kita seronok
mengatakan org lain berdosa?
Saya bukan doktor pakar
hati, saya juga bukan pakar motivasi hati, saya hanya inginkan hati yang
berseri... Saya cuma ingin kongsikan apa yang terlintas dalam fikiran saya,
dari hati saya, untuk saudara dan saudari... Semoga Allah SWT merahmati kita
semua kerana kita semua punya hati yang sentiasa berseri...
Pakar gigi kata,
Senyuman berseri bermula dari pemilihan ubat gigi...
Pakar gigi juga kata,
Senyuman berseri mampu dimulakan daripada pemilihan berus gigi...
Pakar perut kata,
Senyuman berseri bergantung pada keselesaan perut...
Pakar perubatan hati kata,
Senyuman berseri adalah bila tiada pedih ulu hati...
Pakar kesihatan badan kata,
Senyuman mampu berseri bila diri terlindungi daripada kuman dan bau
badan...
Tapi, ingatlah...
Takde makna semua tu kalau hati tidak berseri...
Tak terjelma senyuman berseri kalau hati kelam...
SERIKAN HATI, BARULAH SENYUM BERSERI...
(bukan hanya kerna namamu ‘Seri’ atau hanya kerna selalu guna ‘Seri
Murni...)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan