‘Trend’ masa
kini... Seakan sudah menjadi fenomena... Menggunakan gambar-gambar artis
sebagai ‘profile picture’ dan ‘cover picture’ dalam ‘Facebook’...
Mungkin insan-insan ini
terbaca artikel-artikel yang melarang atau menidakkan mereka untuk meletakkan gambar-gambar
mereka sebagai ‘profile picture’... Lantas, mereka membuat keputusan
untuk meletakkan gambar-gambar artis kesayangan mereka sebagai ‘profile
picture’... Lagipun, rasa ‘diva’ sikit, bila letak gambar orang
popular ni...(kan???). Satu lagi, barulah namanya peminat setia a.k.a ‘kipas-susah-mati’...(kan,
kan???).
Persoalan yang bermain
dalam kepala buntu saya, yang ingin saya kongsikan bersama awak semua, tak
rasa bersalah ke? Kita berasa bersalah untuk meletakkan gambar-gambar kita
dalam ‘Facebook’... Tapi, kenapa kita dengan rasa tidak bersalahnya
meletakkan gambar-gambar orang lain sebagai gantinya? Apatah lagi, gambar insan
yang kita letak itu, tidak menutup aurat... Kut ye pun minat sangat kat
artis tu, fikirkan yang terbaik jua untuk mereka...
Ada juga antara kita
yang menggunakan gambar artis kesayangan dalam keadaan artis tersebut tidak
menutup aurat, walaupun hakikatnya kini artis itu telah menutup aurat... Masya-Allah,
sedih melihat khilaf masa lalu artis tersebut masih dipertontonkan kepada
umum... Usahkan begitu, menjadi kesalahan sebenarnya kita berkongsi gambar
artis yang tidak menutup aurat, biarpun artis tersebut masih tidak menutup
aurat sehingga kini... Macam terbelit pulak kata-kata Haikal ni... Pendek kata,
tak payah la berkongsi gambar artis-artis ni... Tak rasa bersalah ke?
Suka hati kita berkongsi gambar orang lain, mengganggu privasi mereka... Walaupun
privasi seorang artis itu sebenarnya bersifat terbuka, tak salah kalau kita
sebagai peminat yang sayangkan mereka mengecilkan privasi mereka, apatah lagi yang berkenaan
dengan aib mereka... Aurat tu kan satu aib, yang patut disembunyikan,
kecuali kepada mahram insan tersebut... Kita pula, berkongsi auratnya, aib
dia, dengan mahram kita... Bukan setakat tu, kawan-kawan kita pun tumpang
tengok sekali... Tak ke menambahkan dosa orang tu???
Kalau betul kita peminat
setia, yang sayangkan dia, apa kata kita kongsikan gambarnya yang menutup
aurat? Lepas tu, letak pula kata-kata semangat seperti, “Alangkah manisnya jika
dia terus menutup aurat sebegini...”. Itu baru namanya peminat sejati... Mendoakan
artis kesayangan ke arah yang lebih baik... Mana tahu, suatu ketika artis
kesayangan awak tu terlihat perkongsian awak, dan terbaca pula komen-komen yang
positif tentang manisnya dia berkeadaan menutup aurat... Dengan izin Allah,
terbuka hatinya untuk terus menutup aurat dengan sempurna... Dapat juga bahagian
pahala untuk awak, kerna mendoakan artis kesayangan awak... Apa-apa pun,
jangan sampai mengundang fitnah pula... Kalau dah rasa was-was tu, cepat-cepat ‘delete’
gambar tu, tukar gambar lain... (tukar gambar kambing ke... Dapat jugak
senyum kambing...)
Ada satu lagi idea...(Banyak
pulak idea Haikal malam ni...). Apa kata awak gunakan gambar adik-adik yang
menutup aurat, lepas tu tulis kata-kata positif buat artis kesayangan awak
tu... Contohnya, “Bila tengok adik ni, terkenangkan (nama artis)...”. Siap ‘tag’
lagi... Insya-Allah, boleh mengundang kepada keterbukaan hatinya juga tu...
‘On top of those’,
kalau boleh tak payah la kongsikan gambar-gambar artis ni... Lebih baik,
kongsikan gambar-gambar haiwan ke, alam sekitar ke... Gambar lukisan abstrak
pun boleh... Bak kata Ustaz Azhar Idrus, “Deme letok gambo awek seksi,
sepuluh orang je ‘like’... Kite letok gambo binatang, beribu orang ‘like’...”.
Makna kata, kadang-kadang kita rasa dengan meletakkan gambar-gambar artis, atau
gambar-gambar seksi, orang akan suka... Tapi hakikatnya, orang lebih suka
melihat gambar-gambar binatang, gambar-gambar alam...
Kita kongsikan gambar artis...
Kawan kita tengok, dia rasa lawa, dia pun ‘share’ gambar tu... Lepas tu,
kawan kepada kawan kita tengok, dia pun rasa lawa, dia pun ‘share’
gambar tersebut... Macam tu la seterusnya, sampaikan berapa punya banyak kawan
kepada kawan ‘share’ gambar tu... Tak kesian ke kat artis kesayangan
kita tu? Dia tak senang duduk, kepanasan... Bukan sebab ‘hot’, tapi
sebab bahangnya dosa... Apatah lagi, jika artis itu telah menutup aurat
dengan sempurna kini... Pastinya, sesalan tidak berpenghujung...
Apa kata kalau kita
kongsikan gambar artis luar negara? Contohnya, artis korea seperti ‘Wonder
Girls’, atau ‘Wonder Pet’? Boleh??? Tak payah la... Entah la...
Maafkan saya, kerna bersikap tidak ‘sporting’... Tapi, apa gunanya
kita kongsikan gambar mereka tu? Nak kata kita bangga? Rasa bangga tak
perlu ditunjuk... Nak tunjuk semangat kita selaku ‘kipas-susah-mati’
mereka? Cukuplah kita bercerita dengan kawan-kawan kita, dan mereka mengakui
serta mengesahkan bahawa kita memang ‘kipas-susah-mati’ artis itu... Tak cukup
ke macam tu? Baru-baru ni, saya terlintas satu artikel bergambar... Gambar tu
menunjukkan kumpulan artis korea bergelar ‘Wonder Girls’ berbaju
kurung...(sebab tu saya tahu nama ‘Wonder Girls’... kalau tak, tak tahu pun
nama tu...). Dalam hati terlintas juga, dah manis dah mereka berbaju
kurung... Tapi, lebih manis jika mereka bertudung... Pendek kata, yang menutup
aurat juga lebih manis dipandang... Lebih manis jika gambaran itu tidak
dijelmakan, tapi disimpan sebagai misteri... Contoh terdekat, Al-Quran...
Al-Quran itu manis dibaca dan dihayati kerana gambaran yang ada pada Al-Quran
itu bersifat misteri... Jadi, hadap Al-Quran jauh lebih baik, daripada hadap
insan bukan muhrim yang tidak mendatangkan pahala... Bicara tentang Al-Quran
lebih ‘sweet’, berbanding bicara tentang artis yang belum tentu ada kaitan
dengan kita dan mendatangkan keuntungan kepada kita...
Baiklah, cukup sampai sini
sahaja saya berceloteh tentang fenomena lambakan gambar-gambar artis di ‘Facebook’...
Oleh sebab ramai yang menggunakan gambar artis kesayangan mereka sebagai ‘profile
picture’ atau ‘cover picture’, maka saya rasa terpanggil untuk
berkata sesuatu... Maafkan saya jika saya tidak pandai mengatur kata sepanjang
warkah ini... Niat saya, hanya untuk berkongsi pendapat akan betapa kita perlu
sedar akibat perbuatan kita tu... Mungkin kita terlalu seronok atau bangga berkongsi
gambar-gambar insan yang kita sayang, sehingga kita terlepas pandang akan
akibat buruk yang datang bersamanya...
Nota :
Bagi insan yang tidak tahu seni macam saya, berpendapat gambar-gambar
adik-adik kecil, gambar-gambar haiwan, gambar-gambar alam, lebih menarik
perhatian dan menenangkan untuk ditatap... Dan Insya-Allah, gambar
sedemikian mampu membawa kita lebih dekat dengan Allah selaku Pencipta
segalanya...
Awak pula, bagaimana? Apa gambar yang menarik perhatian awak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan