Berdasarkan pemerhatian
saya, masih ramai yang tidak berani melafazkan sayang kepada pasangan
masing-masing... Ya, masih ragu-ragu walaupun sudah berkahwin... Bukan setakat
yang dah lama berkahwin, malahan ada juga antara mereka yang baru berkahwin...
Pelik, baru berkahwin, sudah kedekut kata-kata sayang... Pelik, dah ada ikatan
perkahwinan, tapi masih kekok mengatakan sayang...
Bila ditanya, macam-macam respon mereka...
“Seganlah... Selalu sangat kata sayang kat dia...”
“Kalau selalu sangat kata sayang, lama-lama boleh basi...
Hilang makna sayang tu...”
“Tak tahu nak kata sayang macam mana lagi... Habis idea...”
Apa jua respon dan katanya, maaf untuk saya katakan bahawa itu semua
hanyalah alasan...
Saudara dan saudari, kata
sayang ni bukan sekadar berkata ‘Saya sayang awak’, ‘I love you’ (atau apa jua yang bermaksud demikian dalam
apa bahasa sekalipun)... Kalau kita hadkan kata sayang kita pada kata-kata
sebegitu, maksudnya memang ketandusan idea la kita akhirnya... Kata sayang itu
luas dan banyak... Izinkan saya berkongsi beberapa contoh...
“Insya-Allah, Abang sayangkan Ayang kerana Allah SWT...”
“Ayang,
lauk ni masin sangat la... Abang sayangkan Ayang, cuma lain kali kurangkan
masin tu sikit ye...”
“Abang,
kenapa laju sangat pandu kereta ni? Ayang sayangkan Abang sampaikan Ayang harap
dapat syahid bersama Abang... Tapi, Ayang tak nak la kita mati kemalangan...”
Apa yang saya ingin sampaikan,
bila-bila masa dan dalam apa keadaan jua, kita masih mampu lafazkan kata sayang...
Bahkan dalam menegur, kita masih mampu
mengungkapkan kata sayang... Tak payah segan... Insya-Allah, tidakkan basi
kata sayangmu itu... Insya-Allah, tiada akan tandus ideamu dalam menyatakan
sayang...
“Cukuplah doa sebagai tanda ku sayangkan dia...”
Memanglah bagus doa sebagai tanda kita sayangkan dia...
Tapi saudara dan saudari, mengapa harus kedekut? Pasangan anda adalah halal
bagi anda (khas untuk mereka yang
berikatan halal)... Apa kata kita pakejkan sayang kita? Kita doakan si dia,
kita katakan sayang kepada si dia, dan kita belai sayang si dia... Niatnya, kita sayangkan si dia, kerana kita
doakan si dia... Lafaznya, kita sayangkan si dia, kerana kita ungkapkan kata sayang...
Perbuatannya, kita sayangkan si dia, kerana kita belai manja dia...
Kenapa saya bersungguh sangat tentang ungkapan sayang ni?
Ini kerana saya berharap setiap ikatan perkahwinan, Baitul Muslim, yang dibina
sentiasa hangat... Kita mulakan Baitul
Muslim itu dengan kehangatan sayang kerana Allah SWT, seharusnya kita kekalkan
kehangatan itu... Di permulaan perkahwinan, si dia percaya kita sayangkan
dia kerana Allah SWT... Jadi, biarlah si dia merasai sayang kita
berpanjangan... Oleh itu, si dia akan yakin bahawa kita masih sayangkan dia
kerana Allah SWT... Setiap kali kita
tunjukkan sayang kita kepada si dia, Insya-Allah si dia akan merasakan bahawa
kita sayangkan dia kerana Allah SWT... Jika suatu hari kita terlupa
menunjukkan sayang kita kepada dia, boleh jadi dia akan merasakan bahawa dia
tidak lagi disayangi kerana Allah SWT... Betapa kita telah mempersia-siakan
satu nikmat Allah SWT kepada kita...
Konsep ‘sayang’ ini, samalah seperti konsep ‘salam’...
Bila kita ungkapkan salam yang mendoakan insan tersebut, kita akan turut
didoakan... Bila mana kita ungkapkan sayang, kita akan turut disayangi...
Masya-Allah, indahnya satu pasangan menyayangi kerana Allah SWT... Bahkan,
Allah turut menyenangi insan yang menyayangi satu sama lain kerana-Nya... Makna
kata, bila kita saling menyayangi kerana
Allah, kita akan mendapat kebahagiaan di dunia, dan juga redha Allah SWT yang
membawa kepada kebahagiaan akhirat... Oleh itu, jangan lokek dalam
mengungkapkan sayang kepada si dia...
Maaf untuk saya menegur sebilangan insan yang mengatakan “Itu hanya nikmat di dunia... Apa yang kita
kejar adalah kebahagiaan akhirat, biarpun tidak disayangi bahkan dikeji manusia”...
Bagi saya, tidak mengapa jika kita abaikan mereka yang kufur atau tidak
mengendahkan syariat Islam, dalam kita menegakkan syiar Islam... Dalam dalam
bab saling menyayangi ini, boleh jadi kufur nikmat jika kita abaikan mereka
yang tersayang itu... Allah telah
hadirkan seseorang yang halal bagi kita, namun kita menolak untuk
menyayanginya... Itu salah sama sekali... Jika benar kita ingin mencari
redha Allah SWT, kita tidak akan abaikan nikmat yang Allah berikan kepada kita...
“Eh, pelik betul la si Haikal ni... Dulu, dia juga yang
kata jangan menunjuk sangat sayang tu... Sekarang ni, cakap jangan kekok untuk
kata sayang pula...”
Saudara dan saudari sekalian, memang la saya kata jangan
menunjuk rasa sayang tu... Sekarang ni pun, saya bukan menyanggah kata-kata
saya yang dulu tu... ‘Pemerhatian’ dalam konteks saya di sini, adalah
berdasarkan apa yang saya lihat, baca, dan dengar... Memang la tak menunjuk
rasa sayang, tapi janganlah juga menunjuk rasa malu nak sayang tu... Kalau mengeluh
tu, nampak sangat la... Tu bukan
bersederhana, tu memang ‘tak’ la kan... Bukan ‘tak’ sayang, tapi ‘tak’ tahu nak
sayang...
Bukan susah nak lafaz ni, saudara dan saudari sekalian...
Katakan kita dan si dia berada di taman... Kita nak ungkapkan rasa sayang kita
kepada dia, namun takut menunjuk-nunjuk pula kalau pegang tangan dia masa duduk
kat bangku... Kita bangun, jalan sikit, hantar SMS kepada si dia, “Assalamualaikum
gadis ayu... Abang sayangkan Ayang kerana Allah SWT... XOXO, Jejaka hencem
a.k.a suami mu”... Tak salah pun kan? Orang lain tak tahu, hanya kita,
si penghantar SMS, dengan dia, si pembaca SMS... Cuma kena pastikan si dia la
yang pegang telefon tu, bukan orang lain...
Cukuplah sampai sini sahaja... Rasanya, maksud saya telah
kesampaian... Semoga kita semua sentiasa
menjadi suami atau isteri yang ‘manis’ kepada pasangan halal masing-masing...
Semoga kita turut menjadi anak yang paling romantik dalam keluarga kita, kepada
ibu bapa dan adik-beradik kita... Kerna sayang juga perlu diungkap di
kalangan keluarga sendiri... Terima kasih kerana sudi membaca celoteh saya... Baca
dengan penuh erti, selami dan selalulah amalkan hari-hari...
INDAHNYA BERKASIH SAYANG SECARA
HALAL...
LEBIH INDAH BILA RASA SAYANG
ITU SERING DIUNGKAP, WALAUPUN TELAH KETAHUAN...
KERNA KASIH SAYANG ITU
MENGUNDANG KEREDHAAN ALLAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan