Suatu hari, ketika saya ingin menjamu selera di kantin
organisasi saya, saya berkesempatan bersembang panjang dengan ketua jabatan
saya... Kebetulan kami berdua saja ketika tu, dia memulakan bicara...
“Haikal... Mungkin ramai, baik orang luar
mahupun staf dalam, yang rasa pelik kenapa saya pilih projek ni untuk
dilaksanakan oleh organisasi kita... Ramai juga yang mengeluh, marah-marah,
saya tahu... Saya memilih projek ni, sebab saya tahu kita semua mampu... Kita
kan ada kapasiti dan kemahiran yang diperlukan untuk laksanakan projek ni...
Walaupun ramai yang sinis dengan kapasiti kita, saya masih yakin dengan
staf-staf saya... Walaupun semua orang kata staf saya ramai yang pemalas, tak
salah kita bersangka baik, dengan meletakkan harapan, kan???”
Selain kagum dengan sikap positif beliau, kata-katanya tu
membuat saya berfikir panjang... Apa yang penting dalam sesebuah organisasi,
bukan sahaja kerjasama... Sikap positif semua ahli juga penting, terutama
pemimpin organisasi... Kalau pemimpin organisasi bersikap pesimis, apa pun
tak boleh... Akhirnya, jadilah organisasi layu, dan ahlinya semua seperti katak
bawah tempurung, tiada peluang mengembangkan ilmu dan kemahiran...
Bahkan, sebagai insan sekalipun, kita perlu optimis... Setidaknya,
optimis terhadap diri kita sendiri... Menaruh harapan pada diri sendiri,
bermakna kita bersangka baik kita pasti dapat lakukan sesuatu pekerjaan itu... Barulah
kita dapat majukan diri...
Mungkin ramai yang berpendapat, “Dunia ini sementara,
jangan dikisahkan sangat...”. Isunya di sini, bukanlah ambil kisah akan dunia
atau sangat mementingkan dunia... Disebabkan dunia ini sementara lah, kita
harus bersangka baik, supaya kita dapat bahagia, dan supaya kita senang mesra
dengan isi dunia... Sehingga akhirnya, ada yang sudi mendoakan kita
berbahagia di akhirat sana...
Kita tahu, ahli organisasi kita ada kemahiran... Cuma, kadang-kadang
mungkin datang malas mereka... Jadi, mengapa kita takutkan ‘malas’, yang cuma menjadi
sebahagian kecil itu... Bukankah ada ‘kemahiran’ yang menjadi bahagian besar
itu??? Mestikah kita berhenti melangkah, haruskah kita duduk terperap di
rumah, hanya kerana takutkan duri di jalanan akan menghalang pengembaraan
kita???
Bukan ke lebih baik kita bersangka baik, bahawa semua
akan baik-baik sahaja??? Jauh lebih molek jika kita terus berdoa mengharap
kapasiti dan kemahiran yang ada akan dioptimumkan... Anggap sahaja sikap
malas atau apa jua cabaran yang ‘kecil-kecil’ tu umpama duri di jalanan, yang
mampu kita kuis ke tepi... Atau anggaplah saat bertemu cabaran tu sebagai persinggahan
sementara, untuk kita berehat seketika, dan muhasabah apa yang telah dikerjakan
bersama...
Seketika, kalaupun bukan selamanya, kita harus ingat...
Menaruh harapan bukan bermaksud kita sudah kehabisan ikhtiar... Bersangka baik,
bukanlah bermakna kita terlalu naif, atau senang dibuli... Menaruh harapan,
bersangka baik, kerna kita ada iltizam yang tinggi... Menaruh harapan,
bersangka baik, kerna kita sayangkan semua kerana Allah Ta’ala...
Menaruh harapan, bersangka baik, kerna kita harapkan semua menjadi terbaik
di mata Allah SWT...
Oleh itu, yuk kita menaruh harapan, dan bersangka baik,
semoga dunia menjadi lebih baik... Terbaik buat kita, terbaik buat generasi
selepas kita... Insya-Allah...
LEBIH BAIK KITA BERSANGKA BAIK TERHADAP MEREKA YANG SEBENARNYA BERNIAT
JAHAT PADA KITA...
BERBANDING KITA BERSANGKA BURUK TERHADAP MEREKA YANG SEBENARNYA BERNIAT
BAIK PADA KITA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan