Bumi
Palestin Bumi Islam!!!
Allah
Tuhan Umat Islam!!!
Rasulullah
Rasul Kami!!! Kami Sayang Rasul Kami!!!
Islam
Itu Suci!!!
Umat
Islam Bukan Pengganas!!!
Ini adalah antara laungan-laungan semangat umat Islam
tentang berbagai fenomena berkaitan Islam… Alhamdulillah, kesedaran terbit di
hati umat Islam untuk membela maruah Islam... Sejujurnya, saya berasa bangga akan
ujudnya umat yang kuat semangat seperti mereka yang melaungkan
pembelaan-pembelaan ini... Mungkin cara yang berbentuk rusuhan itu tidak selari
syariat Islam, namun di sebalik rusuhan itu ada semangat pembelaan yang kuat...
Cuma, semangat pembelaan itu perlu
dididik agar mampu disalurkan secara aman dan lebih efektif...
Alhamdulillah, umat manusia prihatin... Namun begitu, adakah
umat Islam benar-benar cakna... Dalam memikirkan fenomena yang berlaku,
terdetik di hati saya bahawa apa yang ramai umat Islam tentang itu adalah
fenomena besar, yang nyata mendadak kesannya terhadap umat Islam... Bagaimana
senjata-senjata halus yang disuntik, perlahan namun akhirnya memudaratkan? Apa
yang ditentang melalui rusuhan itu adalah pencabulan hak umat Islam oleh musuh
Islam secara terang-terangan... Adakah kita sedar bahawa dalam hidup kita,
wujud suntikan-suntikan halus yang turut mencabul hak Islam? Kita menentang
penyebaran bahawa Islam itu keganasan... Kita marah bila Islam dikaitkan dengan
ideologi buruk... Namun, kita tak sedar
bahawa imej baik sedang dicabut secara perlahan dari Islam... Izinkan saya
berkongsi berkongsi beberapa contoh, bagi cuba menerangkan maksud saya...
Beringat
kalau berurusan dengan orang putih (merujuk kepada bangsa Inggeris)… Mereka
sangat mementingkan ketepatan masa dan menepati janji…
Biasa
la… Melayu… Atau ada yang lebih spesifik… Biasa la… Janji Melayu…
Biasa dengan frasa-frasa seumpama ini? Bagi frasa kedua,
kebanyakan yang melafazkannya merujuk ‘Melayu’ sebagai yang beragama Islam...
Yang sedihnya, ramai orang Melayu (Islam) sendiri yang melafazkan frasa-frasa
ini... Terlalu biasa, sehinggakan meniti di bibir sebegitu sahaja, dalam
keadaaan selamba... Hingga akhirnya menjadi ideologi... Asalkan Melayu, pasti
lambat, tak menepati janji... Kalau bab mementingkan ketepatan masa, menepati
janji, itu adalah bangsa Inggeris... Betul ke begitu? Bukankah memberatkan
ketepatan masa dan menepati janji itu termaktub dalam al-Quran? Bermakna mementingkan ketepatan masa dan
menepati janji itu adalah imej orang Islam... Tapi, kenapa hakikat kehidupan
umat Islam hari ini menggambarkan yang sebaliknya? Salah siapa? Salah golongan
bukan Islam? Mereka hanya menurut apa yang dikatakan dari mulut ke mulut...
Salah musuh Islam yang menabur fitnah? Masalahnya, fitnah ke? Lagipun, sudah
menjadi tanggungjawab mereka mengangkat darjat golongan mereka, walaupun
mungkin terpaksa menjatuhkan golongan lain... Maknanya, itu salah kita, umat Islam, kerana membuka ruang untuk diperlekehkan...
Salah kebanyakan kita, umat Islam, kerana sudi membenarkan kenyataan bahawa
Melayu yang Islam itu tidak mementingkan ketepatan masa dan tidak menepati
janji...
Ibrahnya, berhati-hati
dalam tindak tanduk kita... Agar tidak terbuka pekung yang hakikatnya tidak
benar tentang Islam... Kesilapan seorang Islam mampu membuka peluang musuh
Islam mereka fitnah tentang Islam... Makna kata, jangan sendirian... Lebih baik
berteman atau berkumpulan, agar dapat saling menegur... Selain itu, kesilapan
yang ditonjolkan tidak menjadi terlalu nyata... Ini kerana imej yang dilihat
adalah imej perkumpulan, bukan lagi imej perseorangan... Ibrah lain, cakap
siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengarkan... Jangan main angguk je kata orang... Boleh jadi kata orang tu,
bertujuan menjatuhkan kita... Apatah lagi, jangan main sebar je kata orang
tu... Fikir dulu, baru kita setuju, barulah kita kongsikan dan sebarkan...
Jangan sampai kita terlalu asyik memperkatakan sesuatu, padahal perkara
tersebut menampilkan imej buruk kepada kita apatah lagi kesayangan kita seperti
agama Islam...
Saya hanya kongsikan sedikit kekhilafan yang pada hemat
saya secara halus memburukkan Islam dan umatnya... Saya percaya awak semua
mampu merenung dan memikirkan lebih lagi dan mampu menggerakkan keringat
bersama untuk memperbetulkan apa yang tidak benar itu... Semoga kita semua diberi kekuatan dan semangat yang terus berkobar
dalam menegakkan panji Islam kembali pada paksinya...
Bersempena awal Muharam, awal tahun baru yang menjelma,
ayuhlah kita sama-sama merenung… Renunglah, apa imej Islam yang tidak lagi
disinonimkan dengan kita umat Islam, agar kita mampu memperbetulkan fitnah itu…
Kenanglah, apa imej baik yang telah direntap dari Islam, hingga akhirnya imej
buruk yang menjadi tempelan pada agama kita yang suci ini… Agar kita mampu
memperbaiki kekhilafan yang wujud... Sama-sama kita muhasabah, apa yang mampu
dan harus kita lakukan untuk mengembalikan imej baik Islam… Kita bukan berjuang
kerana imej Islam, tapi demi masa depan Islam… Memang janji Allah bahawa Islam akan berdaulat akhirnya… Namun,
tidakkah kita tergerak untuk menyumbang kea rah kegemilangan Islam?
Kegemilangan, kedaulatan Islam mampu dimulakan dengan sejenak renungan, sedetik
muhasabah dan sedikit usahasama…
Insya-Allah, tersingkap tirai menandakan bermulanya 1434
Hijrah, bermulalah gerak kerja kita umat Islam untuk mengembalikan imej Islam,
menuntut kembali hak Islam dan berkelana secara berjemaah kea rah Islam
berdaulat… Allahu akbar, Islam Hidup
Kita!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan