X :
Sunnah, sunnah, sunnah… Yang tu nak kena ikut sunnah, yang ni nak kena ikut
sunnah… Susah la semua nak ikut sunnah…
H :
Maknanya, kau nak kata sunnah yang berasal dari Al-Quran tu kolot dan tak
praktikal untuk kehidupan zaman sekarang?
X :
Aku tak bermaksud nak kata bahawa al-Quran tu kolot... Tapi, susahlah nak
amalkan semua sunnah tu dalam kehidupan seharian...
H :
Sebenarnya, lebih kurang je tu maksudnya... Ni nak kongsi sikit... Sunnah
tu kehidupan Rasulullah... Rasanya, kau pun tahu tu kan? Apa ertinya ‘kehidupan
Rasulullah’ tu? Ertinya, Rasulullah amalkan semua tu dalam kehidupan seharian
baginda... Ada mana-mana riwayat yang mengatakan Rasulullah pernah mengeluh
dengan gaya hidup seharian baginda? Takde kan? Maksudnya, Rasulullah senang melakukan semua sunnah tu... Satu lagi, ada mana
riwayat yang mengatakan Rasulullah rasa rimas dengan kehidupan seharian
baginda... Aku rasa, Rasulullah sangat berbahagia dengan kehidupan seharian
baginda... Kalau tak silap aku, ada satu riwayat yang menyatakan bahawa saat
Rasulullah SAW wafat, hanya ada 3 helai uban pada rambut baginda... Maksudnya, Rasulullah sangat berbahagia dengan
kehidupan baginda... Takde pun baginda rasa rimas atau mengadu susah
mengamalkan kehidupan sunnah yang berasal daripada al-Quran tu...
X :
Tapi, kau kena ingat... Rasulullah terima wahyu pertama ketika baginda
berumur 40 tahun... Maksudnya, baginda terima syariat Islam untuk diamalkan
dalam kehidupan pada umur 40 tahun… Bukan sejak kecil… Pastu, amalkan syariat
tu pula, tak lama… Sampai umur 63 tahun je, sebelum baginda wafat… Berapa tahun
je baginda amalkan sunnah tu? 23 tahun je, kejap je tu...
H :
Oh, macam tu pula kata kau... Cuba kau fikirkan seperkara... Pada umur kau
sekarang, 20-an, kau dah rasa susah nak ubah gaya hidup kau menjadi gaya hidup
yang mengikut sunnah... Apatah lagi, pada umur 40 tahun... Aku bukan nak cakap
pasal kecekalan Rasulullah dalam mengamalkan hidup mengikut sunnah... Memang
tak dapat diragui kecekalan baginda... Tapi, pada sudut yang lain, nampak
sangat betapa praktikal sunnah tu...
Sehinggakan Rasulullah tidak merasa susah pun untuk mengamalkannya dalam
kehidupan seharian...
Soal Rasullah mengamalkan sunnah tu dalam tempoh 23 tahun, itu bukan isu
yang perlu dipertikaikan... Kau bayangkan, dalam tempoh 23 tahun tu, Rasulullah
mengamalkan sunnah dan menyebarkannya supaya orang lain dapat mengamalkannya
juga... Kau kena ingat, masyarakat pada masa tu masyarakat Jahiliyyah...
Diorang bukan setakat tak amalkan Islam, bahkan tak percayakan Islam... Kita
sekarang, sekurang-kurangnya ramai yang dah percayakan Islam... Tinggal nak
ajak diorang amalkan syariat Islam je... Tapi, macam mana nak ajak orang, kalau kita pun rasa susah?
Maafkan aku, kalau aku menyinggung kau... Aku bukan bermaksud yang buruk
pada kau... Kau baik... Cuma mungkin ada tabiat yang tak berapa elok, yang kau
rasa susah nak tinggalkan... Sebab tu, kau rasa susah nak amalkan sunnah...
X :
Baiklah... Insya-Allah, aku cuba...
H :
Insya-Allah, kita sama-sama cuba amalkan sunnah... Aku doakan kau berjaya
dalam beramal... Kau pun, doakan aku gak ye?
X :
Insya-Allah... Terima kasih, ‘bro’...
H :
Takde hal la... Aku pun bukan pandai sangat... Aku bukan ustaz... Aku cuma kongsi
sikit-sikit je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan