HADIAH UNTUK AWAK…


Di rumah seorang selebriti...

Tok, tok, tok...(bunyi pintu diketuk)

Pintu dibuka oleh empunya rumah...
Posmen           : Cik Fifi Anis, ada bungkusan untuk cik... Sila tandatangan di sini...
Fifi Anis         : Ya, saya... Terima kasih... (sambil menurunkan tandatangan)

Bungkusan di bawa masuk. Lapisan pertama pembalut bungkusan dikoyak... Kelihatan sekeping sampul surat bersaiz A4 putih tertampal... Di muka depan sampul tersebut tertulis :
“Fifi Anis, sila baca surat ini terlebih dahulu sebelum awak terus membuka bungkusan hadiah...”

Sampul surat dibuka dengan berhati-hati... Sepucuk surat dibuka lipatannya... Tertulis :
“Awak, inilah bingkisan yang sempat saya belikan untuk awak sewaktu saya bercuti ke Sarawak... Lalu saya terus kirimkan menggunakan Pos Laju... Harap awak suka... Baiklah, saya tak nak tulis panjang lagi... Mesti awak dah tak sabar nak buka hadiah ni... Awak boleh buka bungkusan yang bernombor 1...”

Bungkusan bertulis ‘1’ dibuka...
“Sehelai tudung untuk awak... Rambut awak cantik sangat... Mesti lembut sangat kan tu??? Awak pakailah tudung ni... Kalau boleh, awak selalulah pakai tudung... Kalau ada jodoh antara kita, saya nak tengok rambut awak tu hanya bila kita dah berkahwin... Saat saya beli tudung ni, saya dah dapat bayangkan betapa manisnya awak bertudung... Lepas ni, awak tak payah risaukan rambut awak berserabut lagi... Kalau berangin pun, tudung awak takkan terbelit, sebab awak dah pin elok-elok...
ps : Awak boleh buka bungkusan kedua pula...”

Bungkusan bernombor ‘2’ dibuka...
“Sehelai jubah untuk awak... Awak ada bentuk badan yang cantik... Tapi, saya hanya nak tengok bentuk tu bila kita dah berkahwin... Kalau tak ada rezeki, tak mengapa... Mungkin rezeki orang lain... Sementara ada yang layak memandang tubuh awak tu, awak pakailah jubah ni... Mesti cantik sangat kan awak berjubah??? Nak jalan pun senang... Selesa, penuh berkeyakinan... Ala-ala model gitu...
pss: Seterusnya, bungkusan ketiga...”

Bungkusan ketiga dibuka...
“Kain labuh untuk awak... Ni, untuk dipasangkan dengan jubah tadi... Harap-harap sedondon... Maafkan saya, saya tak pandai bab-bab padanan warna ni... Kain labuh ni, sebab awak ada kaki yang cantik... Kata orang, umpama keladi bunting gitu... Kain ni, kasi tutup sikit... Barulah takde yang cemburu... Awak pun, boleh berjalan dengan penuh berkeyakinan... Mesti susah nak cari seluar yang muat cun-cun dengan kaki awak tu... Jadi, saya belikan kain labuh ni... Selamat sikit... Tak payah susah-susah cari saiz... ;p
psss: Bungkusan keempat boleh dibuka...”

Bungkusan kecil bernombor ‘4’ dibuka...
“Stoking dan ‘hand socks’... Awak kan selebriti... Jadi mesti banyak bergerak... Kadang-kadang tu, tersingkap lengan dan bahagian kaki awak... Sejujurnya, ‘jealous’ juga tengok orang lain terlopong memandang lengan dan kaki awak... Saya pun, tak nak la sukakan awak sebab putihnya lengan dan kaki awak... Awak sendiri pernah kata, ‘yang penting hati bersih’... Bersih tu, putih la kan??? Jadi, saya nak jatuh hati pada awak sebab hati putih awak... Kalau ada jodoh, saya akan lebih sukakan awak sebab kulit putih awak...
pssss: Akhirnya, bungkusan terakhir...”

Bungkusan terakhir, sebuah kotak, dibuka...
“Sandal berlitup dan ‘coat shoes’ untuk awak... Supaya awak tak sakit kaki lagi pakai ‘high heels’... Lagipun, kan lebih sopan anak dara menyusun langkah dengan kasut atau sandal bertapak rata, berbanding ‘high heels’... Senyap je (misteri gitu)... Nak susun langkah pun senang, tak senang terpeleot’... =D
psssss: Ops, lupa yang ada sekeping kad untuk awak... Jangan lupa baca...

Kad dibuka, dibaca...
“Menjelang pertunangan kita, anggaplah ini sebagai hadiah pra-pertunangan untuk awak…
Fifi Anis, jika benar awak untuk saya, tutuplah aurat awak sepenuhnya... Agar awak cantik di mata Allah SWT dahulu, sebelum awak tercantik di mata saya... Semoga Allah pun cintakan awak, lantas layak bagi saya mencintai awak...
Semoga awaklah makmum paling cun bagi saya...
                                                                                    Saya, yang nak jadi imam awak...
                                                                                                            FAUZAN AZIM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal