'SUPERBIKE' ELAK MAKSIAT

H
Assalamualaikum bro… Cantik motosikal... Boleh tumpang?

Z
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Boleh, boleh... Sila la naik... (senyum lebar)

H
Kenapa la kau beli ‘superbike’ satu tempat duduk ni? Kenapa tak beli motosikal biasa je? Ada dua tempat duduk... Tak pun, belilah superbike lain... Yang penting, ada dua tempat duduk... Boleh jugak aku tumpang... (tersengih)

Z
Aku bukan apa, bro... Kalau kau mintak tumpang, aku tak kisah... Sebab kau pun lelaki... Tapi, aku takut... Aku takut ada perempuan mintak tumpang motosikal aku... Mau luruh jantung aku nanti... Jadi, lebih baik aku berjaga-jaga... Sebab tu, aku beli ‘superbike’ satu tempat duduk ni...
Kalau ada perempuan nak tumpang jugak, ha, silalah duduk dalam bakul kat belakang ni...

H
Betul jugak tu... (tersenyum bangga)

NOTA:
Terkedu,sangat berbangga dengan insan yang berfikir dan bertindak sedemikian... Syukur Alhamdulillah, atas ilham yang dikurniakan kepada insan tersebut...Mungkin dari segi luarannya, insan tersebut mungkin kelihatan seakan menunjuk-nunjuk... Namun, soal hati dan nawaitu sebenar, siapa yang tahu... Kebanyakan masa, kita perlu bertanya untuk kebenaran, jauh lebih baik daripada terus menilai pada zahirnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal