Assalamualaikum...
Baru-baru ni, ada sebuah
organisasi bukan kerajaan (NGO) mengumumkan untuk bergiat dalam politik.
Kepimpinan organisasi itu turut menyatakan hasrat untuk turut serta dalam
undian PRU 13 nanti... Organisasi itu adalah sebuah organisasi yang dikenali
ramai sebagai organisasi Islami... Tiba-tiba, berhasrat untuk turut serta dalam
politik... Kenyataan itu mengejutkan dan membuatkan ramai orang hairan,
termasuk saya... Ini kerana saya sangat mengagumi organisasi tersebut atas
dasar Islaminya...
Jadi, saya ingin mendapatkan
reaksi saudara terhadap perkembangan organisasi tersebut... Apa kata saudara?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Waalaikumussalamwarahamtullahiwabarakatuh...
Alhamdulillah, saya
berpeluang mengikuti tersebut... Jadi, Insya-Allah saya dapat mengagak
organisasi yang dimaksudkan oleh saudara/saudari... Namun begitu, tak
mengapa... Saya akan berkongsi pendapat saya secara umum...
Jika saudara/saudari
bertanya apa kata saya, kan saya jawab, “Bagus la”... Sebelum saya teruskan
warkah ini, saya ingin nyatakan bahawa saya menulis ini tulus dari hati saya,
tanpa sebarang kepentingan tersendiri pada saya mahupun imej saya di mata
mana-mana pihak...
Sebagai sebuah negara
Islam, yang terkenal di mata dunia, yang dijadikan contoh oleh negara sejagat, wajarlah
kita memiliki suara-suara Islam dalam kepimpinan, tidak hanya di peringkat
rakyat jelata... Ya, pimpinan menteri telah mempunyai penasihat-penasihat agama mereka
sendiri... Namun begitu, alangkah lebih baik jika menteri-menteri itu sendiri yang
mempunyai pengetahuan Islam yang meluas... Ya, memang pimpinan kita telah
mempunyai beberapa orang menteri yang berkelayakan ustaz kini... Namun begitu, alangkah
lebih baik jika menteri-menteri berkelayakan ustaz itu mampu menyuarakan suara
dan mengutarakan pendapat dalam isu-isu berkaitan Islam, tanpa berbaur memihak
mana-mana parti politik...
Sebagai rakyat, tentunya
kita ingin mendengar kata-kata dan pendapat berkaitan Islam, yang neutral... Saya, secara peribadi, telah
muak dengan kata-kata yang kononnya pendapat berkaitan isu Islam, tetapi yang
lantangnya saling menjatuhkan dan saling memperolok-olok parti lawan... Pada
pandangan saya, permasalahan politik negara kini adalah kerana kita hanya
ada 2 belah pihak, yang seakan berikrar tidak akan bersatu dengan satu sama
lain... Adanya pemerhati, adalah untuk berpihak pada satu pihak dan memerhatikan
pihak satu lagi bagi mencari kesalahan pihak lawan... Seakan tiada seorang pun
pemerhati yang cuba mencari kesamaan ke arah kesatuan kedua belah pihak...
Betapa kita sebagai rakyat, memerlukan pemerhati-pemerhati yang bersifat neutral
tampil sebelum kita dikucar-kacirkan oleh pihak-pihak yang hanya mementingkan
keuntungan sendiri...
Oleh itu, saya bersetuju
hadirnya pihak ketiga, yang tiada kepentingan pada mana-mana antara 2 pihak
bertelagah ni... Sungguhpun khabar angin banyak mengatakan organisasi tersebut
pro pada mana-mana parti politik, saya dapati itu semua hanya permainan
media... Walaupun saya ada membuat kajian yang mungkin tidak seberapa, namun
hasilnya saya dapati organisasi tersebut bertindak adil dalam menegur mana-mana
parti politik, tidak mengira parti kerajaan atau pembangkang... Oleh itu, saya
yakin dengan organisasi tersebut...
Latar belakang
organisasi tersebut yang Islami, mengukuhkan lagi sokongan saya terhadap
tindakan organisasi itu terlibat dalam politik negara... Selain itu, kita juga
harus sedar bahawa organisasi itu bukan tertubuh seperti cendawan selepas
hujan, dan bukan didokong oleh orang sembarangan... Ahli-ahli yang mendokong
organisasi tersebut adalah mereka yang profesional dan terdiri daripada semua
lapisan umur dan banyak lapisan kemahiran dan pengetahuan... Selain itu, jika
tidak silap saya, organisasi itu telah diikitiraf ketelusan pentadbiran dan
penyampaian maklumat dalam organisasinya... Oleh itu, Insya-Allah organisasi tersebut tidak
akan mudah dikelentong...
Mungkin kita sebenarnya bimbang dengan keadaan politik
kini yang boleh dikatakan kotor... Mungkin itulah sebabnya kita ragu-ragu
dengan tindakan mana-mana pihak yang menyatakan hasrat untuk terjun ke dalam
politik negara... Apatah lagi jika hasrat itu disuarakan oleh sebuah organisasi
yang Islami... Saya, secara peribadi menyokong tindakan sebuah organisasi yang
Islami bergiat dalam politik negara... Tidak hanya sebuah organisasi ini,
bahkan mana-mana organisasi yang yakin dengan keupayaan mereka
dan perubahan yang mampu mereka bawakan, patut menerima sokongan kita...
Saya bawakan beberapa analogi... Harap-harapnya,
sinonim dengan maksud yang benar... Ramai antara kita yang pernah melihat iklan
Harpic kan... Kejuruteraan bendalir pencuci Harpic mampu mengajar kita
sesuatu... Kita amati teknik pembersihan Harpic... Cecair pembersih Harpic
larut dalam kotoran untuk menanggalkan daki kotoran... Jika kita besarkan skop
teknik pembersihan ini, apa salahnya unsur-unsur pembersih menyerap ke dalam
kotoran untuk membersihkan? Walaupun unsur yang membersih itu kelihatan larut bersama
kotoran, namun hasil akhirnya adalah permukaan atau imej yang bersih
bersinar... Jika itu mampu terlaksana, atau ada pihak yang sanggup berjanji hasil
itu mampu direalisasikan, usaha ke arah itu harus disokong dan didokong oleh
segenap masyarakat...
Analogi kedua, izinkan saya berkongsi hakikat
cahaya dan kegelapan yang Insya-Allah dapat kita ambil pengajaran...
Harap-harapnya, hakikat yang saya kongsikan ini tidak terpesong daripada
hakikat sebenar... Saudara/Saudari, cahaya tidak mencipta ruangnya sendiri,
tetapi cahaya masuk ke dalam kegelapan dan menerangi... Contohnya, cahaya lampu
suluh... Cahayanya perlu masuk ke dalam kegelapan malam, untuk menerangi...
Jika pergerakan cahaya lampu suluh dirakam dari saat ia dinyalakan, dan rakaman
itu diperlahankan, Insya-Allah kita mampu melihat pergerakan cahaya bergerak
memasuki kegelapan dan menerangi... Kesimpulannya, mana mungkin cahaya itu
dapat mencari ruang untuk menerangi, jika tidak masuk ke dalam kegelapan, kan?
Begitu juga dengan tindakan organisasi Islami ini, memasuki kancah yang dianggap
kelam bagi kebanyakan pihak, untuk menerangi sepertimana asal fitrah
sepatutnya...
Kata orang, matlamat tak menghalalkan cara...
Kata orang juga, kita mampu mencipta berjuta alasan untuk menghalalkan
sesuatu... Maafkan saya yang cetek ilmu dan pengetahuannya, tapi saya bukan
berniat untuk menghalalkan tindakan yang tidak benar... Ya, mungkin mampu
organisasi itu terus sepertimana asalnya, bergerak sebagai sebuah organisasi
yang tidak terlibat dengan politik... Mungkin organisasi itu mampu mencipta
ruangnya sendiri, tanpa masuk ke dalam kancah politik, dan menyuarakan suaranya
sebagai sebuah badan berkecuali... Namun demikian, sampai bila suara-suara
berbentuk teladan harus bergerak sebagai ‘suara dari luar’? Lambat laun, suara itu mungkin
akan hanya tinggal suara...
Ya, negara kita sebuah negara berdemokrasi, di
mana rakyatnya mampu bersuara... Namun, adakah kesemua suara berbaur
kebaikan itu diambil cakna? Tapisan suara yang berlaku, adakah ianya bersifat
adil, atau hanya untuk kepentingan politik oleh pihak tertentu sahaja? Oleh
itu, lebih baik kita serapkan suara-suara yang baik ke dalam
pentadbiran, agar suara-suara baik itu menjadi ‘suara dari dalam’ bukan lagi
‘suara dari luar’... Insya-Allah, ‘suara baik dari dalam’ lebih efektif dan
praktikal bagi kita...
Oleh itu, saya puji usaha murni organisasi
tersebut mengambil inisiatif untuk masuk ke dalam kancah politik negara, yang
digeruni kerana dianggap kotor itu, bagi membersihkannya dan cuba membawakan
pencahayaan ke dalam kegelapan politik yang telah menakutkan kita semua...
Sampai sini dahulu respon saya berkenaan tindakan
pihak yang dianggap Islami cuba masuk kancah politik... Diharapnya, yang baik
itu kita benar-benar ambil teladan... Kerna yang baik itu hanyalah daripada Allah
SWT, dan kembali kepada Allah SWT untuk dinilai... Tiada satu milik saya...
Yang tidak baik, juga kita ambil teladan... Agar tiada antara kita yang akan
mengulangi kekhilafan seperti mana saya...
ISLAM ITU DARIPADA ALLAH SWT...
POLITIK ITU JUGA DARIPADA ALLAH SWT...
SEMUANYA, DARIPADA ALLAH SWT...
TIADA SATU PUN YANG MENYESATKAN...
KECUALI SYAITAN LAKNATULLAH...
JADI, JIKA ADA YANG MENYESATKAN...
ITU ADALAH KERANA KITA YANG MENYESATKAN IA...
KEMBALILAH KEPADA ALLAH SWT...
KERANA ALLAH SWT PUNYA PETUNJUK...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan