BERTUDUNG PUN DIROGOL…


“Apa nak jadi... Perempuan bertudung pun dirogol...”
“Tak payah la bertudung... Sekarang ni, ramai perempuan, bertudung pun dirogol...”
“Sia-sia je bertudung... Dah la nampak mundur, macam orang kampung, silap-silap jadi mangsa rogol jugak...”

            Rogol, rogol, rogol... Banyaknya jenayah rogol di Malaysia... Semua ingin dirogol... Sehinggakan wanita bertudung pun tak selamat dari jenayah rogol... Sungguhpun demikian, ayuh kita singkap kembali statistik, ayuh kita bandingkan jumlah mangsa rogol yang tak bertudung berbanding mangsa rogol yang bertudung...  Berapa ramai je wanita bertudung yang menjadi mangsa rogol, berbanding betapa ramai wanita tak bertudung yang dirogol? Dalam seminggu, boleh dikatakan setiap hari ada jenayah rogol... Tapi, bukan setiap hari itu mangsa rogolnya adalah wanita bertudung... Jadi, mengapa wanita bertudung  dirogol yang dijadikan isu? Mengapa ia menjadi alasan ramai wanita tidak ingin bertudung?

            Baiklah, saya terima bahawa jika dikumpulkan, tidak sedikit wanita yang bertudung yang menjadi mangsa rogol... Namun begitu, izinkan saya mengajak sidang pembaca sekalian untuk membuat perbandingan jumlah mangsa rogol yang bertudung litup dengan mangsa yang bertudung ala kadar, yang menampakkan jambul atau yang sekadar menutup jambul... Berfesyen tidak salah... Fesyen tudung tidak perlahan evolusinya... Tapi, aurat perlu ditutup, walaupun berfesyen... Jangan dibiarkan seutas benang pun kurang pada pemakaian... Aurat tu, jangan dibiarkan terbayang pun... Begitu juga dalam bertudung... Lebihkan urat pada benang tudung, jangan dibiarkan seurat pun rambut terbayang... Ya, saya gunakan ‘TERBAYANG’, bukannya ‘TERLIHAT’... Kalau ‘terbayang’ pun tidak diizinkan, apatah lagi ‘terlihat’... ‘Terlihat’ pun, bukan sekadar bererti tertonjol rambut seurat-seurat... Bonggol atau sanggul pun, jangan diserlahkan... Seakan sesuatu yang ironi... Mereka yang tidak bertudung mengatakan mereka ingin lepaskan rambut, supaya rambut dan kulit kepala dapat bernafas... Tapi bila dah bertudung, bersanggul pula besar-besar... Bukankah bersanggul tu menyekat rambut dan kulit kepala bernafas?

Rasanya, cukuplah isu kesempurnaan bertudung yang diketengahkan... Belum lagi bab pemakaian sendat dan isu tutup aurat dengan sempurna dibangkit dan diulas... Kadang-kadang dengan melihat kaki seorang wanita sahaja, dah mampu membangkitkan nafsu sesetengah lelaki... Itu, belum lagi melihat lengan atau bentuk badan wanita... Dan kini, kita mempersoalkan kenapa wanita tu dicabul, mengapa wanita ini dirogol? Bukanlah saya meletakkan jenayah wanita dirogol kepada wanita semata dan mengelak daripada menyalahkan lelaki... Tapi, setiap insan ada nafsu... Nafsu yang jahat dan membara menghasut ke arah maksiat, harus dibendung... Bagaimana usaha membendung nafsu itu, jika nafsu itu sering diapi-apikan oleh kaum wanita sendiri?

Bersamalah kita menutup pintu-pintu maksiat... Janganlah nafsu maksiat itu diapi-apikan dan dimanjakan... Ingatlah bahawa nafsu maksiat itu melarat... Buktinya, sehinggakan kini ada bayi dan nenek dirogol... Salah siapa? Salah bayi dan nenek tidak berdaya itu ke yang menggoda lelaki merogol mereka? Ya, salah lelaki kerna bernafsu liar... Tapi, siapa yang membuatkan nafsu lelaki itu mengelodak? Ya, bukan hanya sebab wanita yang berpakaian seksi... Ya, salah media juga... Tapi, dalam banyak-banyak pintu maksiat itu, mengapa tidak ditutup satu atau mungkin sebahagian daripadanya?

Maaf atas kekhilafan diri ini  berbahasa... Diri ini sekadar cuba menyampaikan hakikat, agar kita dapat sama-sama berfikir dan renungkan...

MENGAPA DISURUH SANG LELAKI MERENDAHKAN PANDANGAN BERJALAN TUNDUK, JIKA SI WANITA MENINGGIKAN PANDANGAN BERJALAN MEGAH MENAMPAKKAN AURAT DAN KESEKSIAN?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal