BERJAUHAN TAPI SAYANG...


Adik
Assalamualaikum Abang...

Abang
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh Adik... Ni, ada apa tersengih-sengih datang kat Abang ni?

Adik
Takde apa... Abang, pinjam telefon...

Abang
(menghulurkan telefon bimbit) Nah... Adik nak buat apa dengan telefon bimbit Abang ni?

Adik
Ada la... (sambil menekan-nekan kekunci telefon bimbit)

Abang
Apa-apa je la, Adik...

Adik
Eh...

Abang
Ha, kenapa Adik? Adik cari apa dalam telefon Abang tu?

Adik
Abang, mana nombor telefon Kak Aisyah?

Abang
Laa... Cari nombor telefon Kak Aisyah ke? Adik cari je la nama ‘Aisyah’ dalam telefon tu...

Adik
Takde la, Abang...

Abang
Kalau macam tu, cuba cari ‘Sayang’ atau ‘Sayangku’...

Adik
‘Sayang’, takde... ‘Sayangku’, ada... Tapi, ‘Sayangku’ yang ni, nombor telefon Abi... ‘Sayangku’ yang ni, nombor telefon Umi... Yang ni pulak, nombor Kakak... Semua ni, nombor telefon ahli keluarga kita la, Abang...

Abang
Ha... Kalau macam tu, cuba cari ‘Nur’ ke, ‘Qaisara’ ke... Carilah nama-nama yang ada kaitan dengan Kak Aisyah...

Adik
(menekan-nekan lagi telefon bimbit) Takde la, Abang...

Abang
Kalau macam tu, maknanya takde la nombor Kak Aisyah dalam telefon Abang tu...

Adik
Alaa... Kenapa Abang tak simpan nombor Kak Aisyah?

Abang
Kenapa Abang perlu simpan nombor Kak Aisyah? Kak Aisyah kan kat luar negara... Abang pulak, dah ada kat Malaysia...

Adik
Habis tu, macam mana la Abang hubungi Kak Aisyah?

Abang
E-mail kan ada...

Adik
Kalau guna e-mail, tak boleh la selalu berhubungan... Sebab e-mail kan lambat... Kalau mesej guna telefon, kejap je dah sampai... Tak payah tunggu lama-lama, dah dapat balasan...

Abang
Kenapa pulak nak cepat-cepat?

Adik
Mesti la nak cepat-cepat... Barulah dapat selalu berhubungan...

Abang
Adik, tak perlu la Abang nak selalu berhubungan dengan Kak Aisyah... Kan Abang berhubungan dengan Kak Aisyah bila ada kerja dan urusan penting je... Contohnya, bila kami perlukan bantuan dalam pelajaran atau bila kami perlukan bantuan satu sama lain...

Adik
Ye ke??? Takkan Abang tak rindu langsung kat Kak Aisyah?

Abang
Rindu tu, rindu la... Tapi, kan ada cara lain untuk luahkan rindu?

Adik
Maksud Abang, berdoa?

Abang
Haa... Pandai adik Abang... Kalau setiap kali rindu, Abang hantar mesej kepada Kak Aisyah, habislah kredit Abang... Tapi, kalau setiap kali rindu Abang doakan Kak Aisyah, solat hajat ke, itu kan lebih baik... Dekat pun dekat dengan Allah... Kalau nak dikira masa, bermesej melalui telefon pun, makan masa jugak...

Adik
Ni, mesti Abang nak sebut pasal sayang dari jauh, kan?

Abang
Ya,betul... Sama macam Abang sayang Abi, sama macam Abang sayang Umi, sama macam Abang sayang adik Abang ni, dan sama macam Abang sayang seluruh keluarga, masa Abang kat luar negara dulu... Kita berjauhan, tapi Abang tetap sayang semua... Walaupun Abang rindu, tapi Abang tak selalu telefon atau mesej ke rumah kan? Tapi, yakinlah bahawa setiap hari Abang doakan keluarga kita, agar diberkati... Abang sentiasa doakan kejayaan adik-adik Abang... Sebab Abang sayang...

Adik
Adik percayakan Abang... Tapi, takkan sayangkan kami masa berjauhan je? Dah dekat ni, dah tak sayang lagi??? (jelingan manja)

Abang
Adik ni... Dah dekat ni, mestilah semakin sayang...

Adik
Habis tu, bila nak sayang Kak Aisyah dari dekat pula??? (kelip-kelip mata)

Abang
Adik, Adik... Sebab tu Abang sayangkan adik-adik Abang... Pandai-pandai semuanya...
Soal bila nak sayang Kak Aisyah dari dekat tu, Abang takde jawapan pasti... Insya-Allah, kalau ada rezeki, ada jodoh, ada la sayang dari dekat tu... Adik pun, selalu-selalu la berdoa ye...

Adik
Insya-Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal