“Bersederhana
bah kita...”
“Alaa...
Rileks la... Biasa je tu...”
‘Bersederhana’... Apa itu? ‘Ber’ pastinya sebuah
imbuhan... Tapi, apa pula maksud ‘sederhana’? Apa erti ‘sederhana’ yang
sebenarnya? ‘Sederhana’ itu subjektif... Betul! Jika sederhana itu subjektif,
jadi bagaimana dapat kita mengukur kesederhanaan? Bagaimana untuk kita
mengenalpasti keserhanaan insan-insan di sekeliling kita? Layakkah kita untuk
mengatakan insan itu berlebih-lebihan dan apa yang kita lakukan adalah
‘sederhana’ yang sebenarnya?..
Terdorong dengan
‘kesederhanaan’, membuatkan saya sering cuba menyingkap makna
‘sederhana’ yang sebenarnya... Saya kira, ramai yang akan bersetuju dengan saya
untuk mengatakan bahawa ‘sederhana’ itu adalah ‘titik tengah’, tidak kurang,
tidak juga berlebihan...
Namun begitu, sesuatu yang dikatakan titik tengah
mestilah bersandarkan pada suatu julat... Justeru, sederhana hendaklah
bersandarkan pada satu julat penilaian... Itulah yang kita gelarkan sebagai
sempit atau luas pemikiran... Lebih moden, itulah yang digelarkan sebagai
mentaliti... Oleh itu, wajar untuk saya persoalkan anda semua, “sebesar mana
julat penilaian anda akan sesuatu perkara dan isu?”. Dengan menyedari sebesar
mana julat pemikiran anda, barulah anda layak untuk mengetengahkan
‘sederhana’...
Ayuh kita analogikan ‘titik sederhana’ ini sebagai satu
gambaran konkrit, agar ‘titik tengah’ ini kelihatan lebih objektif, tidak lagi
subjektif... Analoginya, di atas garisan julat antara 1 hingga 100, titik
tengahnya adalah 50... 49, 50 dan 51, itu masih boleh diambil kira sebagai
‘titik tengah’, atas dasar ralat dan pertimbangan... Bagaimana pula dengan 90?
Atau mungkin 100? Pastinya bagi julat antara 1 hingga 100, pastinya kita
mengatakan 90 bukanlah ‘titik tengah’... Apa lagi 100... Itu sudah maksimum,
tidak begitu? Itu jika kita meletakkan julatnya antara 1 hingga 100... Namun
begitu, kita harus sedar bahawa 100 boleh jadi ‘titik tengah’ jika julat
perkiraan kita adalah antara 1 hingga 200...
Baiklah, cukup dengan analogi itu, yang mungkin
memeningkan kepala semua... saya harap, para pembaca dapat memahami analogi
saya itu... Apa yang ingin saya sampaikan adalah, keserhanaan bergantung pada luasnya penilaian insan... Manusia
diciptakan cukup unik, termasuklah dari aspek penilaiannya... Mengapa bagi kita,
sesuatu perbuatann itu keterlaluan, sedangkan ianya biasa-biasa sahaja bagi
kawan kita, sungguhpun insan itu adalah sahabat karib kita? Itu adalah kerana
julat penilaian kita berbeza dengan kawan kita itu...
Bukanlah saya cuba menyindir mana-mana pihak dengan
mengatakan bahawa mereka berfikiran sempit... Tidak juga saya cuba mengutuk
mereka... Apa yang saya cuba sampaikan adalah, fahami insan-insan lain dan
terimalah penilaian mereka seadanya... Jika
bagi kita sesuatu perkara itu adalah keterlaluan, janganlah kita terus melatah
atau menarik muka masam, kerna mungkin bagi insan lain perkara itu adalah
biasa-biasa saja...
50
adalah titik tengah bagi 1 hingga 100...
50
juga titik tengah bagi 40 hingga 100...
Haa... Apa lagi ni?
Macam-macam la Zakry Haikal ni... Maafkan saya, jika saya memeningkan kepala
saudara/saudari... Apa yang ingin saya katakan adalah ringkas... Kita mungkin
berkongsi definisi ‘sederhana’ dengan kawan kita, tapi mungkin tidak luasnya penilaian
kita...
Apa maksudnya? Maksudnya, kawan kita mungkin bersetuju
jika kita katakan sesuatu perkara itu adalah sederhana... Namun, tidak pada
kadar ‘kurang’ dan ‘keterlaluan’... Mungkin bagi kita, memberi senyuman kepada insan
yang tidak dikenali, dianggap miang dan keterlaluan... Namun, bagi kawan kita,
itulah lambang kemesraan dan mengeratkan silaturahim dengan insan sejagat...
Mungkin bagi kawan kita, sesuatu usaha itu sudah mencukupi... Namun, bagi kita,
usaha itu masih tidak cukup dan perlu ditambah dengan usaha-usaha lain...
Baiklah, tiba masanya untuk saya menekan noktah terakhir
dan mengakhiri warkah sulung 2012 saya... Sebelum noktah ditekan, saya ingin
memohon maaf sekali lagi jika saya tersilap kata, tidak pandai berbahasa,
sehingga mengguris hati saudara/saudari... Tidak terlintas sekumit pun di hati
saya untuk mengatakan mana-mana pihak berfikian sempit, tidak juga untuk
menilai mana-mana pihak sebagai tidak
sensitif, tidak berperasaan dan tidak berperikemanusiaan... Sekadar satu
warkah untuk mengatakan bahawa wajar untuk kita menilai sesuatu perkara
mengikut penilaian kita yang tersendiri, wajar untuk kita menilai kesederhanaan
sesuatu perkara... Namun, di samping itu, kewajaran untuk kita menghormati
penilaian orang lain juga dituntut...
Jika ada yang boleh dinasihatkan, nasihatlah dengan
berhemah, dalam perkadaran yang menunjukkan bahawa kita tetap menghormati
penilaian mereka... Jika nasihat bukanlah satu pilihan untuk kita laksanakan,
tetaplah menghormati mereka, kerna mereka juga punya rasa... Pilihan untuk
kita, terserahlah kepada kita sendiri untuk mengambil yang jernihnya, untuk
kita murnikan lagi rasa kita... Yang keruh pada penilaian mereka, terimalah dan
hadapilah dengan senyuman dan berdoalah semoga ada sinar yang akan hadir
menjernihkan kekeruhan itu... Janganlah sesekali kita menunjukkan perasaan
tidak suka, kerna ada hubungan antara manusia yang perlu dijaga... Rasulullah
SAW juga tidak mengabaikan hubungan dengan golongan kafir, sedangkan dia adalah
penyeru ke arah Allah SWT yang agung...
Perbezaan penilaian hati bukanlah sesuatu yang patut kita
perbalahi... Tapi, ia adalah untuk kita teladani... Kurang atau keterlaluan
sesuatu perkara adalah hak kita untuk menilai... Namun, ada juga perasaan insan
sekeliling yang perlu dibelai... Insan yang cemerlang dalam hidup adalah insan
yang bijak memutuskan baik dan buruk... Juga berhemah dalam membetulkan sesuatu
kesalahan... Dan sanggup menerima sesuatu kebaikan dengan hati terbuka... Tanpa
ada keruh pada air muka...
SEDERHANA ADALAH SATU TITIK
TENGAH...
LETAKNYA PADA SATU JULAT
PENILAIAN...
JUSTERU, SELEBAR MANA JULAT
PENILAIAN ANDA???