ISLAMKAH KITA BERSOLAT?


H
B, dah solat?

B
Belum lagi... Nanti la aku solat...

H
Eh, dah lewat ni...

B
Mana ada lewat... Kan baru masuk waktu setengah jam yang lepas...

H
Ye la... Dah lewat la tu...

B
Alaa... Relaks la ‘H’... Bukannya aku tak nak solat pun... Aku cuma rehat-rehat dulu... Lagipun, Islam bukan sekadar solat je... Solat sahaja tak mampu menentukan tahap iman seseorang... Ada ramai orang yang bersolat di awal waktu, tapi jahat jugak... Ada ramai yang bersolat lambat, tapi banyak buat kebaikan... Betul la solat tu tiang agama... Tapi, tak kisah la kita bina tiang tu awal atau lambat... Janji kita bina juga... Cuma kalau kita solat di awal waktu, dapat pahala lebih sikit...

H
Benar, Islam bukan sekadar solat... Tapi, Islam ke orang yang tak bersolat? Bagaimana pula nilaiannya orang yang melambat-lambatkan solat?
B, bukan solat awal atau lambat yang menjadi isunya... Tapi, kualiti solat tu...Kau yakin ke bahawa solat yang kau lambatkan tu berkualiti tinggi... Bagaimana dengan khusyuknya? Sejujurnya, aku pun tak yakin dengan kualiti solat yang aku dirikan tu... Tapi, setidaknya aku berusaha dengan bersolat di awal waktu... Kerna, Insya-Allah solat di awal waktu tu ada berkatnya daripada Allah SWT... Salah satu kelebihannya, aku ada sepanjang waktu untuk aku bersolat dan cuba untuk khusyuk... Kalau aku bersolat lambat, aku akan merasa sempitnya waktu solat tu dan susah untuk khusyuk...

B
Khusyuk tu, bergantung pada kekuatan iman...

H
Ya, betul... Bermakna iman aku belum cukup kuat, kerna aku tak mampu untuk khusyuk bila bersolat di akhir waktu... Kau rasa, kau mampu khusyuk walaupun bersolat lambat?

B
Insya-Allah... Sebab aku rasa aku dah tak dapat pahala bersolat di awal waktu tu, jadi aku akan berusaha untuk khusyuk...

H
Alhamdulillah, baguslah jika kau masih mampu khusyuk walaupun bersolat lambat...
Seperkara lagi, bila bersolat di awal waktu, kita ada banyak masa untuk lakukan perkara lain... Sekiranya tiba-tiba kita ada kerja yang perlu kita segerakan, setidaknya kita sudah siap bersolat... Jadi, dapatlah kita segerakan kerja tu... Andai kata kita belum bersolat saat kerja tu datang, pastinya kita akan bersolat dalam keadaan terburu-buru... Boleh jadi juga, kita akan terlambat untuk kerja tu... Apatah lagi jika perkara tu dah jadi satu perjanjian dengan orang... Adakah kita nak jadikan bersolat sebagai alasan kita terlambat? Pastinya lebih teruk kan? Hubungan dengan Allah entah ke mana, hubungan dengan manusia tergadai jua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal