“Amin… Alhamdulillah…” Akhirnya, H selamat diijabkabulkan dengan A. “Sekarang, kamu dibenarkan melihat wajah isterimu dan mengucup dahinya”. H berjalan perlahan ke arah pengantin wanita, isterinya yang kini sah. Perlahan H buka purdah yang menutupi wajah A.
Sebaik purdah dilepaskan, H jatuh, longlai. Semua yang hadir terkejut. “H, H... Kenapa kamu?”, tanya kawan-kawannya. A yang duduk bersimpuh juga cemas. “Abang, Abang...”. “Masya-Allah, cantiknya permata hati Abang...”, kata H tersenyum. “Sengal la Abang ni...”, respon A, tersipu malu. Hadirin tergelak melihat suasana tersebut.
H kembali duduk di hadapan A, bersedia untuk mengucup dahinya. “Sayang...”, kata H, membuatkan semua terdiam. “Sebelum Abang mengucup dahi Sayang, boleh tak Abang nak minta sesuatu?”. “Apa dia, Abang?”.
“Sayang, sudikah Sayang jadi puteri yang paling cantik di mata Abang, dalam hidup Abang? Andai suatu hari nanti, ada wanita lain yang cantik lalu depan Abang, Abang mungkin akan tengok. Tapi, Abang janji Abang akan cepat-cepat kembali kepada Sayang kerana Sayang halal bagi Abang untuk Abang sentuh dan Abang sayangi sepenuh hati...”
“Sayang okay je, Abang...”
“Sayang, jika suatu saat, emosi Abang tak stabil dan terganggu, Abang mungkin akan marah. Abang harap, di saat itu senyuman di wajah Sayang mampu meredakan amarah Abang...”
“Okay...”, respon A sambil tersenyum.
Amin...
Lantas, H membalas senyuman A dan mengucup dahinya...
Alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan