Di ceruk sebuah kota dalam satu negara, seorang pemuda
berdiri di hadapan satu bangunan syarikat... Melangkah si pemuda ke dalam syarikat
tersebut, dengan niat untuk memohon jawatan pengurus di syarikat tersebut...
Rezeki si pemuda, dia lulus temuduga pertama... Kini tibalah
si pemuda pada temuduga terakhir yang dijalankan oleh pengarah syarikat
tersebut...
Saat pengarah syarikat tersebut membuka fail temuduga si
pemuda, dia terpegun dengan keputusan akademik si pemuda... Keputusan
akademiknya, sungguh cemerlang... Dari keputusan akademik sekolah menengah,
sehingga hasil ujikaji sarjananya, tidak ada satu tahun pun tanpa kecemerlangan
bagi si pemuda...
Bertanya si pengarah kepada si pemuda, “Adakah kamu
dibiayai sebarang biasiswa ketika di sekolah?”. “Tidak...”, jawab si pemuda.
Si pengarah bertanya lagi, “Adakah bapa kamu yang
membiayai perbelanjaan sekolah kamu?”. Dengan sayu, si pemuda menjawab, “Tuan,
ayah saya meninggal ketika saya berumur satu tahun... Mak saya yang membayar
perbelanjaan sekolah saya...”.
Si pengarah meminta maaf dan terus bertanya, “Oh, maafkan
saya... Jadi, apa pekerjaan ibu kamu?”. Si pemuda menjawab, “Mak saya mengambil
upah sebagai pencuci pakaian...”. “Oh, begitu...”, respon si pengarah sebelum
meminta si pemuda menunjukkan telapak tangannya. Sekadar menurut dan memenuhi
permintaan, si pemuda menunjukkan kedua belah telapak tangannya... Kelihatan bersih
dan licin telapak tangan si pemuda...
Si pengarah bertanya kepada si pemuda, “Pernahkah kamu
membantu ibumu mencuci pakaian?”. Sedikit tunduk, si pemuda berkata, “Tidak
pernah sekali pun... Mak saya selalu suruh saya belajar... Katanya, dia boleh
cuci pakaian lebih cepat berbanding saya...”
Si pengarah tersenyum dan berkata, “Penuhi satu hasrat
saya... Selepas kamu melangkah keluar dari pejabat saya ni, pulang ke rumah dan
tolong mak kamu basuh tangannya... Esok pagi, kamu kembalilah ke pejabat saya
ni...”.
Selepas mengucapkan terima kasih, si pemuda melangkah
pulang dengan hati sedikit girang... Dapat dirasakannya bahawa peluang untuk
dia mendapat jawatan pengurus tu kelihatan cerah...
Di rumah, kelihatan ibu si pemuda baru berhenti mencuci
pakaian... Mahu masak untuk makan malam, mungkin... Si pemuda memohon untuk
membantu ibunya mencuci tangan... Sungguhpun dia berasa pelik, ibunya
menghulurkan tangannya untuk dicuci si pemuda...
Perlahan si pemuda mencucur air dan mencuci tangan ibunya
yang bersabun... Sambil tangan ibunya dicuci, air mata si pemuda bercucuran... Buat
kini si pemuda sedar kerutan yang banyak pada tangan ibunya, dan tangan ibunya
itu dipenuhi calar dan luka... Sesetengah calar dan luka itu masih baru dan
menyakitkan, yang menyebabkan teresak menahan sakit bila tangannya disentuh air...
Itulah pertama kali keadaaan sepasang tangan, yang setiap
hari mencuci pakaian demi menanggung perbelanjaan pembelajarannya... Calar dan
luka pada tangan itulah harga yang perlu ibunya bayar demi pembelajaran, kejayaan,
dan masa depan anaknya...
Selepas mencuci tangan ibunya, si pemuda membantu mencuci
lebihan pakaian yang ditinggalkan ibunya, tanpa pengetahuan ibunya...
Keesokan paginya, si pemuda ke pejabat untuk berjumpa
pengarah seperti yang dimintanya semalam...
Si pengarah perasan lebam pada mata si pemuda dan bertanya,
“Boleh kongsikan apa yang telah kamu buat dan belajar di rumahmu semalam?”.
Si pemuda menjawab, “Seperti yang tuan minta, saya telah
mencuci tangan mak saya... Saya juga membantu mencuci pakaian yang
ditinggalkannya...”.
Si pengarah terus bertanya, “Boleh kongsikan perasaan
kamu setelah melakukan semua tu?”.
Dengan mata berkaca, si pemuda berkata, “Pertama sekali,
sekarang saya sedar apa itu penghargaan... Sekarang saya begitu menghargai
mak... Tanpa mak, tidak akan ada saya yang berjaya kini... Kedua, bila membantu
mak mencuci pakaian, saya sedar akan sukarnya dan sulitnya untuk menyiapkan
sesuatu kerja... Ketiga, kini saya sedar betapa kita perlu menghargai
kepentingan dan nilai sebuah hubungan kekeluargaan...”.
Setelah mengurut matanya, si pengarah berkata, “Itulah
nilai yang saya perlukan dalam insan yang akan menjadi pengurus syarikat saya...
Saya perlukan seseorang yang menghargai usaha orang lain, seseorang yang sedar
akan kesusahan dan kesulitan orang lain dalam menyiapkan sesuatu, dan seseorang
yang tidak menjadikan pendapatan tinggi sebagai matlamat hidupnya... Oleh itu,
saya diterima bekerja sebagai pengurus syarikat saya...”.
Bermula hari itu, si pemuda terus berusaha gigih dan dia
dihormat setiap pekerja syarikat tersebut... Setiap pekerja syarikat itu
bekerja keras dan sepakat bekerjasama sebagai satu pasukan demi memajukan
syarikat tersebut... Syarikat itu menempa kejayaan dalam setiap projek yang
dikendalikan...
Anak-anak yang DIPELIHARA... Kan TERPELIHARAkah
mereka???
Anak-anak yang BERJAYA... Betul-betul DIJAYAKANkah
mereka???
Anak-anak yang DIHARGAI... Betul-betul
BERHARGAkah mereka???
Buat anak-anak, belajarlah setiap usaha ibu bapamu...
Buat ibu bapa, ajari anak selagi ada upaya...
Supaya kesenangan tidak melenakan anak-anak dengan fatamorgana... Supaya juga
kesusahan tidak menjadi kejutan dan kesulitan buat anak-anak...
Soalnya, bukan terpeliharanya anak-anak oleh ibu bapa mereka... Namun betapa
anak-anak memelihara ibu bapa mereka dan siapa mereka di mata hati umat
manusia, itu yang perlu dipersoalkan...
NOTA : Ini bukanlah ilham saya sepenuhnya... Ini
adalah hasil perkongsian seseorang yang amat saya hormati dalam hidup saya...
Saya sekadar berkongsi untuk tatapan para pembaca blog saya...