BEZA DIA TU DENGAN NABI MUHAMMAD SAW…


Seorang abang membawa adik kecilnya ke satu majlis perasmian yang turut dihadiri beberapa dif-dif kehormat dan insan-insan popular... Segalanya berjalan lancar tanpa adik kecil itu merengek sepanjang majlis... Selesai majlis, mungkin kerana melihat ramai orang bergambar bergambar dengan dif-dif kehormat dan insan-insan popular, si adik kecil menangis dan menjerit, “Abang, Adik nak bergambar dengan dia tu... Nak bergambar dengan dia tu!!!”. Si abang berkata, “Adik, abang nak tanya sikit boleh?”. Si adik menjawab sambil buat muka tak puas hati, “Apa dia? Tapi, lepas tu Abang kena bawa adik bergambar dengan dia tu...”.
Si abang mengutarakan soalan, “Adik, apa beza dia tu dengan Nabi Muhammad SAW?”. Si adik mengerutkan dahi, “Entah...”. Si abang meneruskan, “Adik, bezanya... Kalau orang tak dapat jumpa dia tu, tak dapat bergambar dengan dia, orang akan rasa rugi sangat... Tapi, walaupun kita tak sempat jumpa Nabi Muhammad SAW, apa lagi bergambar atau tengok muka baginda, kita tak rasa rugi... Sebab Nabi SAW anggap kita sebagai sebagai SAUDARA baginda... Sedangkan mereka yang sempat tengok Nabi SAW pun, hanya dianggap SAHABAT oleh Baginda...
            Mendengar kata-kata abangnya itu, si adik kecil terus berkata, “Takpe la Abang... Kita balik je la... Takde mood dah adik nak bergambar dengan dia tu... Bukan ada faedah apa-apa pun... Kalau dia bagi duit ke apa ke, takpe la jugak... Setakat popular dapat bergambar dengan dia, tak dapat bawa ke kubur pun... Kalau nak sangat gambar dengan dia, Photoshop kan ada... Sama je... Senang pun senang... Tak payah berebut...”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal