KAN TIBA MASANYA…


“Awak, maafkan saya... Saya terpaksa ke Palestin hujung minggu ni... Saya dipanggil untuk mengikuti misi kemanusiaan di sana...”
“Maksudnya, kita terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan kita?”
“Ya, awak... Takpe la... Insya-Allah, bila saya balik nanti, kita teruskan majlis perkahwinan kita tu...”
“Tapi awak...”
“Takpe, sabar la... Kalau sudah rezeki kita bersama, Insya-Allah tak ke mana... Lagipun, dari awal saat saya memutuskan untuk menjadi seorang doktor, niat saya untuk membantu orang ramai... Di tengah perjuangan saya untuk menjadi seorang doktor, baru saya kenal awak dan kita memutuskan untuk hidup bersama sebagai suami isteri... Kini, saya sudah bergelar doktor... Mengapa harus saya lupakan niat asal saya? Awak, ingat janji Allah... Kalau sudah tertulis dalam Qada’ dan Qadar-Nya, pasti terlaksana... Insya-Allah, KAN TIBA MASANYA nanti...”

“Insya-Allah, kan tiba masanya nanti...”, Itu kata-kata seorang insan kepada insan yang disayanginya... Sanggup meninggalkan insan yang tersayang demi tujuan utama hidupnya... Sanggup menangguhkan majlis bahagianya, kerna redha dengan takdir Allah padanya... Bukan kerna dia berputus asa, namun kerna telah dia usahakan dan kini berbalik dia kepada apa yang lebih penting...

            Jika direnungkan pada diri kita, apakah kita akan berbuat yang sama jika diletakkan dalam situasi tersebut? Atau, adakah kita kan menyalahkan takdir dan insan lain atas apa yang berlaku? Mengapa? Adakah kita sudah lupa dengan motif asal kita? Insan tersebut masih ingat bahawa motif asal dia bercita-cita menjadi doktor kerana ingin membantu orang lain... Masih dia ingat harapan yang datang terlebih dahulu sebelum harapan yang membahagiakannya... Kini, harapan disingkap dan kepentingan menuntut hak... Rela dia tinggalkan kebahagiaannya demi kepentingan utamanya... Dia sedar, kepentingan dia bergelar teman hidup kepada seorang insan tidak sepenting kepentingan dia sebagai seorang doktor kepada insan-insan lain...

            Selain dari itu, tidakkah kita percaya akan takdir Allah SWT? Tidakkah kita percaya bahawa setiap kejadian itu punya masa yang terbaik untuknya? Izinkan saya berkongsi satu kisah sebagai satu analogi lain...

Seorang atlet berlatih saban hari, kerna mengimpikan sebuah kejayaan dan pencapaian terbaik dalam satu kejohanan yang pertama kali dia sertai.... Latihannya yang intensif seakan melayakkan dia untuk mencipta satu kejayaan dalam kejohanan yang bakal disertainya... Sehari sebelum kejohanan, dia kecelakaan... Kecederaannya menyebabkan dia tidak mampu untuk bersaing dalam kejohanan sukan tersebut...

Bayangkan perasaan atlet itu... Bayangkan juga reaksinya... Pastinya, ramai antara kita yang beranggapan bahawa atlet itu sangat kecewa dan kini berputus asa... Namun, apabila ditanya apa perasaanya setelah terlibat dalam kemalangan itu setelah dirinya dekat dengan untuk menjulang kejayaan, atlet itu menjawab, “Mungkin bukan masanya lagi... Insya-Allah, jika sudah rezeki saya, pastikan tiba masanya... Boleh jadi jika saya sertai kejohanan tu dan berjaya, saya akan menjadi tersangat sombong... Kini, saya punya lebih masa untuk refleksi diri...”. Masya-Allah, Maha Suci Allah SWT yang menerapkan rasa sedemikian ke dalam hati insan tersebut... Insan tersebut juga tidak berputus asa dalam kerjaya sukannya, hanya kerna satu malang menimpanya dahulu... Kini, dia terus aktif dalam sukan tersebut dan terus berusaha meskipun sakitnya masih ada... Dia terus berusaha walaupun rezekinya untuk menyertai kejohanan yang sama belum pasti... Katanya, “Sakit masih ada, namun passion tak ke mana...”.

            Pengajarannya, setiap yang berlaku pada kita dalah peluang kita untuk muhasabah diri... Kita hanya mampu merancang, Allah SWT penentu segalanya... Setiap yang ditakdirkan Allah SWT, punya masa tersendiri... Kita mungkin gagal hari ini, kerna Allah takdirkan kita untuk berjaya esok... Boleh jadi kegagalan kita adalah satu rezeki, supaya kita dapat belajar lebih lagi... Jika kita hidup miskin tahun ini, boleh jadi Allah SWT takdirkan kita hidup kaya tahun hadapan, kerna Allah ingin kita belajar berjimat dan tidak boros, supaya kita lebih faham nasib orang yang memerlukan dan kita lebih ringan tangan untuk membantu kelak... Oleh itu, jangan bersedih atau berputus asa hanya kerna apa yang kita impikan, apa yang kita doakan masih belum dimakbulkan Allah SWT... Boleh jadi, Allah SWT lebih tahu bahawa kita masih belum bersedia... Boleh jadi, Allah SWT masih mahukan kita bermuhasabah diri... Apa yang kita boleh lakukan, teruskan berusaha dan berdoa, seiring syariat yang ditetapkan pada kita...

USAH GUNDAH...
USAH RISAU...
USAH BERSEDIH...
KERNA,
KAN TIBA MASANYA...
INSYA-ALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal