Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh…
Menemui saudara/saudari yang saya hormati,
Hidup ini sementara… Kita
tidak tahu bila kita akan mati, meninggalkan semuanya, termasuk sanak saudara
dan juga ibu bapa yang kita sayangi… Tiada siapa dapat menjamin bahawa ibu
bapanya akan meninggal terlebih dahulu sebelum dirinya… Begitu juga saya…
Terfikir saya mungkin meninggal sebelum ibu bapa saya, maka saya rasa
terpanggil untuk berkongsi hasrat dengan saudara/saudari… Oleh itu, warkah ini
adalah sebuah warkah nukilan seorang anak khas buat anak-anak yang membaca...
Saudara/Saudari,
Insya-Allah, semua ustaz
dan ustazah, juga sesiapa sahaja pasti bersetuju bahawa anak-anak perlu
mencari apa jua amalan yang mampu menyampaikan pahala kepada arwah ibu bapa
mereka... Acap kali juga saya mendengar ceramah atau kata-kata ustaz dan ustazah
yang berkata demikian... Dan saya memang setuju sangat-sangat...
Saya terfikir, bagaimana
pula keadaannya bagi anak-anak yang kedua ibu bapanya masih hidup, seperti
saya??? Jika difikirkan sejenak, mudah je... Berbaktilah kepada ibu bapa,
sementara mereka masih hidup... Jawapan ‘standard’ kan...
Tapi, saya terfikir,
samada anak-anak boleh buat satu atau beberapa amalan untuk dikirimkan kepada
ibu bapa mereka, walaupun ibu bapa masih hidup??? Fikir punya fikir, saya
berpendapat, “Mengapa tidak???”, “Why not???”. Kan???
Kenapa mesti kita nak
tunggu ibu bapa pergi meninggalkan kita, meninggal dunia, baru kita nak
kirimkan pahala kepada mereka??? Macam mana kalau kita yang meninggal dunia
terlebih dahulu sebelum ibu bapa kita???
Saudara/Saudari anak soleh/solehah,
Oleh itu, ayuh kita cari
satu, dua dan banyak-banyak amalan untuk kita sedekahkan pahalanya buat ibu
bapa kita, tidak kira mereka masih ada, atau sudah tiada... Kan kita sayangkan
mereka, seumur hayat kita... Jika ada daya upaya dan peluang, buatlah amalan
sebanyak mungkin dan niatkan pahalanya buat mereka... Jika ada
keterbatasan, memadai satu atau dua, asalkan istiqamah...
Jika kita ada rezeki dan
berpeluang bersedekah, titipkan pahala sedekah itu kepada ibu bapa kita...
Semoga pahala sedekah itu mampu menjadi syafaat buat mereka tika hidup, juga
setelah meninggal... Semoga pahala itu menjadi syafaat kita dan mereka
bersama, tidak hanya syafaat buat kita semata...
Jika datuk atau nenek kita
masih hidup, kita boleh wakilkan ibu bapa kita untuk berbakti pada orang tua
mereka... Insya-Allah, berkat bakti kita pada datuk dan nenek, datuk dan nenek
menganggap anak-anak mereka adalah anak yang soleh dan solehah... Insya-Allah,
hasil bakti kita pada datuk dan nenek, datuk dan nenek mendoakan ibu bapa
kita... Insya-Allah, bagi datuk dan nenek, ibu bapa kita soleh dan solehah
kerana mendidik kita menjadi insan berbakti...
Ini hanya dua contoh yang
dapat saya fikirkan... Saudara/Saudari insan yang lebih bestari berbanding
saya... Jadi, Insya-Allah saudara/saudari dapat fikirkan lebih banyak lagi
amalan yang lebih beerti...
Saudari/Saudari insan budiman,
Carilah amalan yang mampu
menyebabkan ibu bapa kita terus-menerus mendapat pahala... Buat ibu bapa
bahagia, bukan hanya lahiriah, tetapi juga jasmaniah... Semoga ibu bapa kita
berasa tenang dan bahagia bukan kerana anak-anak mereka berkongsi secara material,
tetapi juga menyebabkan mereka diberkati...
Walaupun ibu bapa kita tidak
akan menyedari bakti kita secara rohani ini, Insya-Allah mereka akan sedar jua
nanti... Setidaknya, Akhirat kelak Allah sendiri menjadi saksi bahawa kita
telah berbakti pada ibu bapa...
Kita mungkin tidak mampu
membahagiakan mereka dengan harta benda dan material di dalam hidup ini...
Tetapi, Insya-Allah berkat amalan yang kita titipkan pahalanya buat ibu
ayah, hati mereka tenang, hidup mereka diberkati, dan mereka bahagia di akhirat
kelak... Insya-Allah...
Saudara/Saudari,
Jangan pernah bimbang
pahala amalan tidak cukup buat kita... Bukan ke Allah dah janji, amalan yang
dilakukan dengan niat pahalanya disedekahkan, Insya-Allah si pelaku dan si
penerima akan menerima jumlah pahala yang sama... Tidak akan terbahagi
pahala itu... Masing-masing mendapat 100% pahala setiap seorang, Insya-Allah...
Makna kata, amalan yang kita buat, pahalanya kita dapat penuh dan ibu bapa
kita juga dapat penuh... Insya-Allah...
Akhir kata,
Jika ibu bapa kita sudah
tiada di dunia, semoga mereka tenteram di sisi Allah Yang Esa... Jika ibu bapa
kita masih bernyawa, semoga hidup mereka bahagia dan sentiasa diberkati Allah
SWT...
Saya masih bertatih dalam
beramal... Saya masih bertatih untuk menjadi anak yang baik... Saya masih
mengharap moga saya mampu jadi anak yang soleh... Oleh itu, jika apa yang saya
nukilkan ini salah, atau mungkin menyimpang, walau sedikit, mohon dibetulkan...
Moga ada yang sudi menegur jika saya terkhilaf... Saya cuma ingin membuat
amalan-amalan sebagai bakti dan token saya sayangkan ibu bapa saya... Insya-Allah,
tiada niat untuk menunjuk pandai, memandai-mandai, apatah lagi menyesatkan...
JIKA WARKAH INI BAIK,
SUDILAH SAUDARA/SAUDARI TITIPKAN DOA SEMOGA IBU BAPA SAYA SEJAHTERA DAN
SENTIASA DIBERKATI...
JIKA WARKAH INI TIDAK BAIK,
MOHON JANGAN DISABITKAN IBU BAPA SAYA, KERNA KHILAF SAYA SEMATA...
SAYA MASIH MENGHARAPKAN SAUDARA/SAUDARI SUDI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN
KEBERKATAN IBU BAPA SAYA...
Saya yang ingin berkongsi,
AHMAD ZAKRY HAIKAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan