Acap kali kita dinasihatkan, secara langsung, mahupun
tidak langsung, supaya berguru... Kita digesa supaya mencari ilmu...
Pernah saya terfikir-fikir... Fikir saya, “Mengapa mesti
berkelana, mengembara, dengan erti kata lain ‘PERGI’ mencari ilmu... Apa
kelebihannya berbanding kita duduk dan tunggu guru datang kepada kita bersama
ilmu yang ingin diajarkan mereka kepada kita???”. Alhamdulillah, sejak beberapa
tahun lalu saya temui jawapannya... Ianya bukan tentang ilmu yang kita
inginkan, tetapi ianya lebih kepada ilmu yang kita temui... ‘Actually,
that’s life... It’s more about the journey, not about the destination...”.
Saatnya kita siap untuk menuntut ilmu, sepanjang
perjalanan mampu membuatkan kita berilmu... Ya, kita punya tujuan... Kita ingin
menuntut sekian ilmu, kerna kita rasa kita perlukan ilmu itu... Tapi, Allah Maha
Mengetahui... Allah Maha Mengetahui bahawa kita perlukan ilmu lebih dari
itu... Maka, Allah titipkan ilmu dalam perjalanan kita... Kita hanya
perlu buka mata, buka minda, buka hati...
Satu analogi mudah, mungkin dapat membantu kita melihat
betapa ‘simple’ perjalanan hidup ini, namun impaknya besar, menyebabkan
kita berilmu...
Dalam perjalanan untuk bertemu guru, kita
mungkin terserempak seorang pak cik, berpakaian compang-camping menjual
kacang... Lantas, dia berkata, “Nak, belilah kacang pak cik ni... Kacang ni
direbus dengan lada hitam... Bagus untuk kesihatan...”. Kita pun beli
kacang jualan pak cik tu, dengan niat mencuba rasa... Ternyata kacangnya sedap,
dan meredakan selsema, yang kita alami sejak berhari lalu... Maka, terbuktilah
kacang yang direbus bersama lada hitam pak cik tadi, mampu meredakan selsema...
Itu satu ilmu buat kita...
Sekalipun kacang jualan pak cik menyebabkan
kita gatal, itu masih satu ilmu buat kita... Satu ilmu bahawa kita
mungkin alahan pada kacang bersama lada hitam... Tidak semestinya kacang yang
direbus bersama lada hitam itu tidak elok dimakan... Tetapi, setidaknya saat
kita makan kacang yang direbus bersama lada hitam itu, kita tahu bahawa kita
ada alahan, yang mungkin sekian lama tidak kita tahu...
Maka benarlah bahawa Allah
tidak menciptakan sesuatu, walaupun tampak kecil, nilainya sia-sia... Tiada
yang sekadar perhiasan, melainkan ilmu segalanya... Ini bukan tentang siapa
yang menyampaikan sesuatu ilmu, ini tentang apa ilmu yang disampaikan...
Kalau Najwa Latif boleh kata, “Banyak soalan, banyak
juga jawapannya... Kata hati dan rasa tak dibiar saja... Setiap yang berlaku
ada kebaikannya.. Harus pejam mata dan cuba apa saja”, Mengapa kita tidak
boleh???
Kadang-kadang, hati dan rasa berkata, “Dengarkan apa yang
dikata oleh orang itu, boleh jadi itu ilmu buatmu... Jadi, mengapa kita
biarkan saja???
Setiap yang berlaku ada kebaikannya, baik yang elok,
mahupun yang tidak elok... Kerna yang elok itu teladan, dan yang tidak elok itu
sempadan... Teladan, atau sempadan, itu ilmu buatmu...
Pejamkan mata seketika, jangan dikisahkan dia insan
berkot bergaya, mahupun pakaiannya biasa-biasa saja, cuba dengarkan apa
katanya... Kerna dia mungkin tahu sesuatu yang berguna...
Selagi mana sesuatu itu halal, cubalah apa saja... Jangan
menjauh hanya kerana kawanmu menjauh, sedangkan tiada dalil mengharamkannya....
Masya-Allah, saudara saudari... Betapa Allah inginkan
kita menjadi ummah berilmu... Diciptakan dunia ini, disusun hari-hari
urusan kita... Semuanya diisi dengan ilmu... Tepatlah saranan Rasulullah
SAW, “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad”... Hanya mati penamat
pengembaraan ilmu kita...
Oleh itu, berkelanalah
kita mencari ilmu... Kenapa takut jauh dari keluarga??? Cuba bayangkan bakti
yang semakin luas dapat kita curahkan pada keluarga kita, dengan kita berkelana
mengembara mendapatkan ilmu... Kita mungkin bukan sarjana, atau ahli
falsafah terkemuka... Kita mungkin hanya insan biasa... Tapi, Alhamdulillah
kita dikurniakan sedikit ilmu yang tidak dipelajari oleh ahli sarjana dan ahli
falsafah... Kerna Allah Maha Mengetahui ilmu itu baik bagi kita dan
boleh dikongsikan... Maka, kita berharap ada yang sudi mendengar... insya-Allah,
akan ada yang menegur jika kita khilaf... Insya-Allah, kita terimalah dengan
hati terbuka, kerna kita ingin belajar...
Meskipun sekian lama saya meninggalkan zaman
persekolahan, saya rasa masih ada yang boleh dan perlu saya pelajari daripada
murid-murid sekolah rendah... Semestinya mereka tidak berkata, “Abang
Haikal, dengar ni adik nak beritahu...”. Tapi, setidaknya bila mereka
berkata, “Eh Abang Haikal, bukan macam ni ke???”, membuatkan saya
terfikir...
Semoga kita semua terbuka menerima ilmu yang mendatang...
Kongsikanlah, agar semua boleh ambil manfaat, dan kita boleh berbincang ke arah
lebih baik... Jangan takut akan tersalah, kerna kesilapan itu juga sebahagian
daripada pengembaraan ilmu...
ILMU ALLAH SWT ITU TERLALU BANYAK... MESKIPUN SEMUA LAUTAN DIJADIKAN
DAKWAT, DAN SEMUA PEPOHON DIJADIKAN KALAM, MASIH TIDAK HABIS ILMU ALLAH
DINUKILKAN...
Pernah dengar bidalan ini??? Tapi, kita masih berkata itu sia-sia, ini ‘nonsense’
dan apa saja yang menghalang kita menerima ilmu itu???
#facepalm
ALBERT EINSTEIN DIIKTIRAF SEBAGAI MANUSIA GENIUS... TAPI, PENGKAJI
MENYATAKAN ALBERT EINSTEIN HANYA MENGGUNAKAN 10% DARIPADA OTAKNYA SEPANJANG
HIDUPNYA...
10% daripada otak untuk jadi genius... Tapi, kita disuruh berfikir sikit,
mengeluh kepala hampir meletup???
#doublefacepalm
SEPANJANG HAYAT BAGINDA, NABI MUHAMMAD SAW MEMIKIRKAN PERIHAL SELURUH
UMAT... BILA BAGINDA WAFAT, UBANNYA BOLEH DIHITUNG DENGAN JARI...
Kita sampai kepala penuh uban, masih malas berfikir demi manfaat masyarakat
kecil???
#headshot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan