KERNA SEDERHANA KELEBIHANMU...


Abi
Assalamualaikum, Akak...

Akak
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh, Abi...

Abi
Ni, kenapa Akak termenung sayu je ni?

Akak
Takde apa la Abi... Akak cuma sedih dengan diri Akak ni...

Abi
Sedih dengan diri? Aduh, bahaya ni... Kalau Akak sedih dengan diri Akak, maksudnya Akak sedih dengan Abi atau Umi, atau mungkin kedua-keduanya...

Akak
Ish, apa pulak Abi cakap macam tu?

Abi
Ye la... Kalau ada mana-mana bahagian dari diri Akak, yang membuatkan Akak sedih, maksudnya bahagian tu diwarisi dari Abi atau Umi...

Akak
Abi ni... Bukan itu maksud Akak... Akak cuma sedih dengan diri Akak yang takde apa-apa kelebihan ni...

Abi
Siapa kata Akak takde kelebihan? Yang Akak buat hari-hari tu, bukan kelebihan ke?

Akak
Apa je la yang Akak buat hari-hari? Semua tu kan rutin harian? Semua orang boleh buat semua tu...

Abi
Betul, semua orang boleh buat semua tu... Tapi, Akak sorang je boleh buat semua tu... Orang lain, mungkin hanya mampu buat sebahagian daripada semua yang Akak buat selama ni... Nak kata banyak yang mereka perlu pelajari, Abi rasa itu tak tepat... Ada yang dah lama hidup, malahan jauh lebih lama berbanding Akak... Tapi, mereka masih memerlukan orang lain untuk melengkapkan rutin mereka... Malahan ada yang sanggup mengupah pembantu... Ada yang kononnya fokus pada belajar, balik dari sekolah mengharapkan makanan terhidang... Ada yang tak sanggup tolong ibu mereka memasak di hujung minggu... Nak buat ulangkaji kononnya... Ada juga yang tak sudi menolong adik-adik dalam pelajaran, sebab terlalu fokus dengan pelajaran sendiri... Tak ingin diganggu katanya... Tapi, Akak pandai... Balik sekolah, sediakan makan tengah hari untuk Abi, Umi dan adik-adik... Ada masa Akak belajar... Bila adik-adik tanya, Akak tak lokek... Hujung minggu, Akak boleh ‘join’ Umi masak-masak dan kemas rumah...

Akak
Tapi, Abi... Akak tak cemerlang dalam pelajaran... Akak ‘join’ sukan tu, sukan ni, asyik kalah je... Akak buat banyak perkara... Tapi, tak pernah berjaya... Pencapaian Akak dalam tu semua, biasa-biasa je...

Abi
Abi nak betulkan sikit... Akak BUKAN tak cemerlang dalam pelajaran... Cuma Akak bukan yang paling cemerlang dalam pelajaran... Bagi Abi, pencapaian Akak boleh tahan... Ada insan yang mengatakan pelajaran adalah matlamatnya... Tapi, bangkit tidur terpaksa dikejutkan ibunya, sarapan perlu disediakan sebelum dia ke sekolah, ke sekolah dihantar, balik sekolah dijemput... Pendek kata, insan tu paling cemerlang dalam akademik... Semua subjek, 100 peratus... Tapi, hubungan kekeluargaannya? Okey, mungkin itu tak menjadi isu dalam keluarganya... Tapi, macam mana pula potensi insan tu dalam bidang lain? Sukan, contohnya?
Pendek kata, Abi tak kisah nama dan gambar Akak tak tercatat sebagai Penerima Anugerah Akademik Terbaik, Anugerah Sukan Terbaik, Anugerah Kesenian atau apa saja anugerah... Bahkan, Abi tak kisah Akak tak berjaya mendapat markah tertinggi akademik, Akak tak berjaya mendapat pingat emas dalam sukan yang Akak sertai, dan Akak tak menjadi yang terbaik dalam apa jua yang Akak ceburi... Namun, kebanggaan Abi adalah bila nampak nama Akak tersenarai sebagai antara calon Anugerah Akademik, bila nama Akak tertulis dalam pasukan-pasukan sukan yang akak ceburi, bila nama Akak tercatat dalam kumpulan-kumpulan kesenian... Sejujurnya, Abi bangga dengan Akak... Abi mampu melihat nama Akak tercatat di mana-mana sahaja dalam majalah tahunan sekolah... Itu membuktikan anak Abi ni serba boleh... Pencapaian akademiknya konsisten, aktif bersukan dan berseni... Setidaknya, nama dan wajah Akak muncul dalam ingatan sesiapa sahaja yang ingin menubuhkan pasukan untuk apa jua perlawanan sukan, atau kumpulan untuk apa jua keseniaan, atau mungkin pasukan untuk apa jua acara akademik...

Akak
Kiranya, Akak ni ‘versatile’ la?

Abi
Lebih kurang, begitulah maksudnya... Tapi, Abi lebih suka katakan ia sebagai seimbang... Kerna Akak tak terlebih sini, tak terlebih sana... Kadang-kadang, Akak kurang sikit dalam satu aspek, tapi lebih sikit dalam satu aspek lain... Berbanding sesetengah orang, terlebih dan sangat menonjol dalam beberapa aspek, tapi gagal terus dalam aspek-aspek lain...

Akak
Baiklah, Akak faham... Terima kasih Abi...

Abi
Janji, Akak takkan sedih lagi?

Akak
Insya-Allah...

Abi
Sebelum Akak tidur malam ni, Abi nak Akak ingat satu perkara, jujur dari hati Abi... Akak bukan Yang Terbaik, kerna Yang Terbaik itu hanya menonjol sekali sekala... Tapi, Akak adalah Yang Sederhana, kerna Yang Sederhana sentiasa muncul di mana-mana... Sungguhpun ramai orang terlalu memandang tinggi Yang Terbaik, dan terlepas pandang Yang Sederhana seperti Akak, percayalah akan satu hakikat... YANG SEDERHANA LAH PALING PENTING UNTUK DUNIA INI... KERNA YANG SEDERHANA BUKAN SAHAJA MAMPU MENGIMBANGI HAL EHWAL DUNIA, TAPI SENTIASA ADA UNTUK BERKHIDMAT BILA-BILA MASA... Dengan adanya golongan Yang Sederhana, seperti Akak, Dunia tak perlu lagi menunggu Yang Terbaik untuk tiba di saat getir...

Nota:
Dengan adanya Yang Sederhana,
Tak perlu menunggu Polis Terbaik, kerna semua mampu membanteras jenayah...
Tak perlu menunggu Guru Terbaik, kerna semua mampu menyampaikan ilmu...
Tak perlu menunggu Bomba Terbaik, kerna semua mampu memadamkan api...
Tak perlu menunggu Doktor Terbaik, kerna semua mampu memberi rawatan kecemasan...
Tak perlu menunggu Saintis Terbaik, kerna semua mampu mengkaji...
Pendek kata, tak perlu menunggu... Kerna semua mampu...
Tak perlu menunggu Yang Terbaik, kerna mungkin akan terlambat...
Yang Terbaik itu terlalu sedikit untuk memenuhi kehendak ramai orang...
Namun, Yang Sederhana begitu ramai untuk bertindak...
TUNTUTLAH ILMU, AGAR KITA MAHIR DALAM BERBAGAI BIDANG...
DAN KITA TIDAK HANYA MENGHARAPKAN HADIRNYA INSAN YANG TERBAIK...
SELAIN ITU, HARGAILAH INSAN LAIN YANG MAMPU BERJASA KEPADA KITA, WALAUPUN KECIL...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal