Setiap insan berimpian
untuk ‘sweet’ bersama pasangan
masing-masing selepas berumah tangga kelak... Insya-Allah, kita mampu
persiapkan diri sendiri untuk menjadi pasangan terbaik... Namun, apa pula
khabarnya si dia? Sudah bersedia ke dia
untuk jadi pasangan kita? Sungguhpun si dia itu pernah menjadi kawan kita,
kita masih tidak mengerti dirinya sepenuhnya... Kita masih tidak pasti apakah
kita mampu serasi dengan si dia itu setelah berkahwin kelak... Bahkan, bagi
pasangan yang pernah bermadu asmara sebelum ini pun belum tentu mampu serasi dengan
satu sama lain setelah berkahwin... Apatah lagi jika ada antara kita masih lagi
tertanya-tanya siapa pasangan hidupnya...
Jadi, macam mana la?
Jawabnya, itulah pentingnya berdoa...
Ringan-ringankanlah tangan menadah tangan dan memohon kepada Allah...
Insya-Allah, kita pastinya akan berdoa semoga si dia adalah yang terbaik buat
kita... Itu doa secara umum... Namun, berapa
ramai antara kita yang sanggup meluangkan masa lebih sedikit untuk berdoa
secara spesifik?
Ya, berumah tangga adalah
menuntut pengorbanan... Rumah tangga menuntut tolak ansur, memberi dan
menerima... Bagi perkara yang boleh bertolak ansur, Insya-Allah kata-kata ini
tersangat sesuai... Namun, bagaimana
jika berkait dengan hidup dan mati?
Contohnya, awak mempunyai
alahan terhadap makanan laut... Bukan calang-calang alahan... Bukan setakat
gatal-gatal... Tapi, alahan yang dialami itu sangat teruk, sehingga mampu membuatkan pembengkakan dalaman dan
mengundang kepada penyempitan pernafasan... Bila dah berpasangan, kebetulan
si dia jenis yang sangat sukakan makanan
laut... Hari-hari, mesti dia masak makanan laut... Tak nak makan, ada hati
untuk dijaga... Nak makan, mengundang bahaya... Nak tegur terus, masih di awal
perkahwinan... Nak kena bermanis-manisan dulu... Jadi, rasa dipendam sahaja...
Makan la apa yang termampu sahaja... Lama-lama, dah tak tahan, sebab jemu...
Terkeluarlah, “Ayang ni, asyik masak makanan laut je... Abang mana boleh makan
makanan laut!!!”... Maka, berlakulah perang... Sebab seorang alahan teruk
terhadap makanan laut, seorang lagi kegemarannya makanan laut...
Sekiranya dulu awak berdoa semoga si dia jenis yang sesuai dengan
alahan awak, rasanya keadaan pasti lebih baik... Siapa tahu, Insya-Allah si
dia mampu mengesan terus alahan awak... Mungkin juga, tak lama sebelum
perkahwinan, si dia mengalami pengalaman buruk dengan spesis-spesis laut... Kena sepit ketam ke... Tertusuk kepala udang
ke... Asbab pengalaman buruk itu, si dia menjadi fobia dengan spesis-spesis
laut, dan memutuskan untuk tidak lagi menyukai makanan laut... Haa, rezeki bagi
awak... Sebuah nikmat hadir saat hampir kepada kehidupan bersama si dia...
Kenapa gigih sangat
meminta-minta ni? Bukankah Allah akan memberikan yang terbaik kepada setiap
hamba-Nya?
Maaf jika saya tersilap...
Namun, pada pendapat saya, ini bukanlah konsep meminta-minta atau ‘demanding’ dengan Allah... Bagi saya, inilah konsep pengharapan kita kepada Allah SWT, menyedari kita adalah hamba-Nya
yang tidak berupaya... Kita selalu berdoa... Namun, doa kita selalunya umum
sahaja... Mengapa tidak kita berdoa secara lebih spesifik... Ketika insan lain
berdoa, “Ya Allah, kurniakanlah insan
yang terbaik buatku untuk ku jadikan isteri...”, apa salahnya kita berdoa, “Ya Allah, kurniakanlah isteri yang solehah
dan mendamaikan kepadaku... Kurniakanlah seorang insan yang menurut-Mu serasi
dengan alahan ku ini...”.
Sekiranya pengharapan kita bersifat umum, besar kemungkinan penerimaan
kita kelak juga secara umum... Kita mengharapkan insan terbaik sebagai
pasangan, kita terima si dia di depan kita kerana boleh jadi dialah yang
terbaik... Apa yang bakal kita terima daripada insan terbaik itu? Kita tunggu
untuk dia buktikan dalam meniti hari-hari kelak... Makna kata, kita hanya
menanti... Jika ada kejutan, kita seronok... Jika seperti biasa, kita akan
merasa hambar... Setiap hari, kita
mulakan secara tawar, mengharapkan si dia memaniskan hari itu buat kita...
Berbanding
sekiranya kita letakkan pengharapan secara spesifik, Insya-Allah penerimaan
kita kelak juga akan lebih mendalam... Saat kita menerima si dia
sebagai pasangan hidup kita, kita tahu Allah telah tetapkan kejutan dalam
hari-hari kita bersamanya kelak... Setiap hari, kita menaruh impian, yang
membuatkan kita bersemangat untuk memulakan hari baru bersamanya... Harus
diingat, impian juga doa... Jika setiap hari kita berimpian, samalah seperti
kita berdoa semoga si dia serasi dengan kita... Setiap hari, kita mulakan hari secara manis... Kita memaniskan hidup
si dia, semoga si dia juga memaniskan hari kita... Kerana kita menyimpan impian indah dalam meniti hari bersamanya...
Berbalik kepada contoh alahan tadi... Sekiranya setelah
kita berdoa, kita masih dikurniakan pasangan yang sukakan makanan laut, mungkin
Allah ingin menunjukkan kekuasaan-Nya kepada kita... Siapa tahu, timbul rasa
terliur kita melihat masakan si dia... Saat kita mengecap rasa sedikit,
ternyata memang sedap! Dan kita tidak diserang alahan! Maknanya, alahan kita
terhadap makanan laut telah hilang! Kekuasaan Allah sangat luas dan Maha
Hebat... Kita meminta semoga si dia
serasi dengan alahan kita, namun Allah serasikan alahan kita dengan kegemaran
si dia... Hebat bukan?
Pendek kata, luangkan lebih masa untuk berdoa secara
spesifik kepada Allah SWT... Biarlah
banyak masa kita berdoa, berbanding kita meluangkan terlalu banyak masa untuk
memahami si dia atau membuatkan si dia memahami kita selepas berumah tangga
kelak... Bahkan kita turut mengundang redha Allah dalam kita meluangkan
masa berdoa... Insya-Allah, semakin kita
luang lebih lama untuk berdoa, Allah akan lebih redha dengan kita kerana kita
ternyata meletakkan begitu tinggi pengharapan pada Allah SWT...
Setiap hari, setiap detik, setiap kali kita berdoa,
percayalah bahawa setiap detik itulah Allah sedang mempersiapkan si dia untuk
kita... Atau mungkin Allah sedang mempersiapkan diri kita untuk si dia... Sesungguhnya persiapan Allah itu lebih
menyeluruh berbanding persiapan manusia... Oleh itu, percayalah pada
kekuasaan Allah mempersiapkan kita dan si dia, dan teruslah tersenyum menuju
hari bahagia...
ACAP
KALI,
KITA
TIDAK BERHARAP SEPENUHNYA...
PADA
ALLAH SWT...
KITA
HANYA BERHARAP...
ALLAH
TEMUKAN KITA DENGAN INSAN TERBAIK...
SOAL
KESERASIAN...
KITA
TANGGUHKAN SELEPAS KAHWIN...
PADAHAL,
KITA
MAMPU BERDOA...
SEMOGA
SERASI SEMENJAK SEBELUM KAHWIN...
SOAL
HATI,
DI
TANGAN ALLAH...
UNTUK
ALLAH SERASIKAN...
BARULAH,
KITA
DAN SI DIA SAMA PADAN...
BAHAGIA
DI BAWAH REDHA ALLAH...
INSYA-ALLAHU
TAALA...
nota : Bagi yang dah berkahwin, masih sempat lagi berdoa semoga dipermudahkan
keserasian dengan si dia... Cuma, kena intensif sikit, supaya kesannya cepat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan