Bagaimana nak memilih pasangan hidup? Satu persoalan yang
bermain di fikiran setiap insan bujang... Ya, solat istikharah... Tapi,
bagaimana kita ingin memastikan bahawa kata hati kita adalah benar, insan yang
ditemui kita itu adalah yang terbaik untuk kita? Apakah ada satu kayu ukur bagi
kita untuk menentukan kesahihan bahawa kita telah bertemu seorang insan untuk
dijadikan pasangan hidup kita?
Sebenarnya, ada... Islam telah menggariskan 4 perkara
sebagai pedoman kita dalam memilih pasangan hidup... Pertama, kecantikan...
Mengapa kecantikan? Ini kerana insan yang bakal menemani hidup kita akan menjadi
penyeri hidup kita sehingga akhir hayat... Seperkara lagi, kita harus ingat
bahawa Allah itu cantik, dan Allah
sangat sukakan kecantikan... Itu bermakna apa jua yang Allah ciptakan
adalah cantik... Dengan erti kata lain, semua ciptaan Allah terutama manusia
adalah cantik... Maka, kita katakan cantik itu subjektif... Mungkin seseorang
insan tidak langsung cantik di mata kita, tapi tersangat cantik di mata kawan
kita... Ada yang katakan bahawa hitam itu tidak cantik, namun ada juga yang
berpendapat hitam itu manis... Jadi, janganlah kita marah jika ada kawan kita
yang sukakan yang cantik-cantik... Kerna sukakan yang cantik itu fitrah...
Perkara yang subjektif, bergantung pada pengamatan setiap insan... Begitu juga
kecantikan... Jika kita rasakan kita
tidak cantik, jangan mengeluh kerana boleh jadi kitalah yang terindah di mata
seseorang... Jangan mengeji, tapi syukuri...
Faktor pemilihan pasangan hidup yang kedua, yang digariskan
dalam Islam adalah keturunan... Ada yang berpendapat, yang ingin dikahwini
adalah anaknya, bukan ibu bapanya... Tapi, mereka sebenarnya terlupa bahawa ibu
bapa si anak itulah yang bakal menjadi ibu bapanya... Manakan mungkin kita
miliki anaknya, namun mengabaikan ibu bapanya... Pepatah Melayu pun ada
tertulis, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi... Sedikit sebanyak ada
sifat-sifat ibu bapa yang tersirat dalam diri anak mereka... Jadi, dalam
mengenali si anak, kenali juga ibu bapanya... Dalam tempoh berkasih-kasihan
(couple), manakan diserlahkan sikap-sikap yang tidak menyenangkan... Semua yang
ditonjolkan adalah yang baik-baik sahaja... Jadi, tak praktikal tempoh
berkasihan itu jika ada yang mengatakan mereka ingin mengenali pasangan
mereka... Bukanlah bermaksud kita ingin mencari kekhilafan bakal pasangan hidup
kita... Tapi, kita harus selidiki samada kita mampu bertolak ansur dengan sikapnya
nanti... Kerna perkahwinan bukan diniatkan untuk perceraian, tapi untuk
mendapatkan keredhaan Allah SWT...
Saya tak nafikan, ramai anak-anak yang baik walaupun
lahir dari ibu bapa yang tak berapa baik... Apa yang perlu kita lakukan jika
kita benar-benar cintakan seorang insan yang sedemikian? Di sinilah timbulnya
soal keikhlasan hati kita... Jika benar-benar kita cintakan insan tersebut,
doakanlah dirinya dan juga ibu bapanya... Kita tak mampu untuk berhadapan
dengan ibu bapanya dan menyuruh mereka berubah... Namun, kita sangat mampu
mendoakan mereka ke arah perubahan yang baik... Insya-Allah, jika kita berjaya mengubah mereka dengan doa kita, itulah
persiapan perkahwinan yang paling manis buat kita dan pasangan kita...
Setiap hari setelah perkahwinan kita, kita akan tersenyum mengenangkan apa yang
telah kita lakukan, walaupun kita tidak pernah mengungkit tentangnya...
Kadang-kadang, sebuah keluarga yang asalnya muallaf, lebih warak berbanding
keluarga yang asalnya sedia Islam... Jadi, jangan kita berputus asa dengan janji
dan nikmat Allah SWT, kerna Islam itu sangat indah untuk mereka yang
bersyukur...
Aspek seterusnya, kekayaan... Apakah itu bermaksud Islam
menyeru kita ke arah menjadi mata duitan? Mengapa Islam menggariskan kekayaan
sebagai salah satu faktor pemilihan jodoh? Bagi seorang gadis yang ingin
mencari suami, faktor itu sangat praktikal kerana suami adalah pemberi
nafkah... Namun, adakah faktor ini praktikal bagi seorang lelaki yang ingin
mencari isteri? Sebenarnya, faktor ini praktikal bagi kedua-dua jantina... Saya
cuba berikan sebab mudah berkaitan perkara ini... Sebelum ke tempat kerja,
seorang suami menyerahkan wang kepada isteri untuk membeli seguni beras...
Setelah memeriksa wang yang diberikan, si isteri sedar bahawa jumlah wang itu hanyalah
RM 9, sedangkan seguni beras adalah RM 10... Apa yang perlu si isteri lakukan?
Jika ingin ditunggu sehingga suaminya pulang, hari sudah gelap dan suaminya
pasti mengharapkan sepinggan nasi sebagai santapan... Jika ingin dihubungi terus
si suami, pastinya mengganggu kerjanya... Itulah yang akan terjadi sekiranya si
isteri tiada wang simpanan... Sekiranya
si isteri punya wang simpanan, apalah salahnya menambah RM 1 untuk membeli seguni
beras... Contoh kedua, setiap pasangan pastinya menginginkan rumah (atau
mungkin kereta, atau apa sahaja aset) milik mereka sendiri... Jika hanya suami
yang berwang, agak lama pemilikan rumah itu bakal terlaksana... Jika suami dan isteri sama-sama menyumbang
wang, mampu singkatkan tempoh untuk mereka memiliki rumah... Itulah analogi
yang mampu saya fikirkan bagi faktor kekayaan ini...
Sebenarnya, faktor kekayaan dalam memilih jodoh ini
bukanlah bermakna kita harus mencari insan yang kaya sebagai pasangan hidup
kita... Ini juga faktor yang subjektif, terpulang pada individu... Apa yang
ingin diketengahkan adalah perilaku terhadap kekayaan... Pasangan hidup yang
bakal kita pilih haruslah pandai menguruskan kewangan... Si dia sepatutnya
bukan jenis yang alahan kepada wang, pantang dapat wang, ingin dibelanjakan
sampai habis... Si dia juga seharusnya bukanlah insan yang kedekut, bertimbun-timbun
wang dalam simpanan, namun kehidupan serba daif... Mengapa Islam menyuruh kita
memilih pasangan yang punya kekayaan, namun tidak menetapkan jumlah kekayaan
yang harus dimiliki pasangan? Ini kerana Islam sebenarnya menyeru kita memilih
seorang insan yang menghargai kekayaan... Insan
yang menghargai kekayaan, tahu apa pelaburan yang menguntungkan bagi dirinya
dan insan yang dia sayangi... Dengan erti kata lain, dia tahu bila dia
harus menyimpan wang yang dia miliki dan bila dia perlu belanjakan wang dalam
simpanannya... Oleh itu, faktor kekayaan dalam pemilihan jodoh adalah praktikal
bagi lelaki juga wanita...
Faktor pemilihan jodoh keempat dan yang paling penting,
keagamaan... Sehinggakan Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa memilih
seseorang berdasarkan agamanya adalah yang terbaik buat kita... Sebenarnya,
ramai yang tidak lengkap pemahamannya mereka akan faktor keempat ini...
Bukanlah bermaksud bahawa pemahaman saya ini lengkap berbanding mereka...
Namun, saya kurang bersetuju dengan pemahaman mereka hanyalah seorang Islam
perlu berkahwin dengan pasangan yang Islam, bukan penganut agama lain... Dengan
pemahaman itu, ramailah yang mengajak insan yang mereka cintai menganut
Islam... Tetapi, setelah berkahwin banyak perselisihan yang berlaku...
Sehinggakan akhirnya hubungan mereka terputus... Yang lebih teruk, akhirnya
pasangan mereka kembali ke agama asal, atau mungkin menganut agama lain...
Sedihnya melihat fenomena ini... Ramai yang mengambil mudah hal ini, sedangkan
mereka sebenarnya menyumbang kepada kes murtad... Sebenarnya, tidak kisah jika
kita cintakan seseorang dan mengajak dia menganut Islam... Tetapi, kita harus
pastikan bahawa dia benar-benar berminat akan Islam, bukan tertarik kepada kita
menyebabkan dia memeluk Islam... Cintakan
insan, insan akan pergi atau mati... Cintakan Islam, Islam kekal abadi...
Jika si dia hanya memeluk Islam kerana cintakan kita, kan hilang manisnya Islam
bagi si dia saat kita pergi... Tetapi, jika si dia tertarik akan Islam dan
mencintai kita, Insya-Allah Islam akan tetap di hatinya...
Bagi
seorang insan yang mendalam minatnya terhadap Islam, dia akan sanggup
mempelajari Islam demi masa depannya... Tanggungjawab kita hanyalah
mendidiknya dengan ajaran Islam dan memberi peluang dia belajar tentang
Islam... Sehingga akhirnya dia akan sedar bahawa kita hanya watak sampingan
dalam Islam... Akan tetapi, jika dia hanya cintakan kita, setiap butir bicara,
setiap saat kenangan hidupnya hanyalah tentang kita... Tarikan hatinya hanyalah
indahnya paras rupa kita, sasanya susuk badan kita, baiknya kita... Tiada
sedikit pun unsur Islam yang menarik di hatinya... Islam hanyalah tempelan
sampingan pada kita, di matanya... Itulah sebabnya saat kita hilang di matanya,
Islam turut hilang baginya... Sebenarnya, faktor keagamaan ini juga praktikal
bagi setiap insan, bukan hanya bagi seorang Islam yang mencintai seorang yang
bukan Islam, tapi juga bagi seorang Islam yang mencintai seorang Islam yang
lain... Nak mencari kesempurnaan agama pada seseorang itu, agak susah... Namun
demikian, setidaknya kita mendapatkan seseorang yang ada asas agama... Setebal
mana asas agama itu, terpulang pada individu... Yang penting, janganlah
seseorang yang tiada langsung asas agama... Jika pasangan hidup kita sudah punya asas agama, senang bagi kita untuk
mendidiknya beragama... Senang juga bagi kita untuk berkongsi... Kerana
kita dan dia berbicara dalam konteks agama yang sama... Boleh jadi juga
tafsirannya tentang sesuatu perkara berbeza dengan kita...
Itu konteks keagamaan sebagai faktor kita memilih
jodoh... Dalam konteks kita sebagai jodoh yang bakal dipilih, juga penting...
Saya tak ingin komen panjang tentang ini... Rasanya, persiapan itu juga
bergantung kepada individu... Apa yang boleh saya katakan adalah tentang penampilan
dan pembawaan diri kita... Pastikan Islam
terpancar pada diri kita, pada akhlak kita, bukannya Islam hanyalah sebagai debu
suci yang terlekat pada diri kita... Renung-renungkan dan selamat
bermujahadah...
Itulah 4 perkara yang menjadi garis panduan kita memilih
jodoh, mengikut Islam... Di samping 4 faktor tersebut, izinkan saya menambah
sesuatu, sebagai perkongsian dalam kita memilih pasangan hidup... Selain 4
faktor yang digariskan oleh Islam itu, pastikan pasangan hidup yang bakal kita
pilih itu memenuhi hasrat ibu bapa dan keluarga kita... Seperkara yang kita
harus sedar dan sentiasa sematkan di ingatan, insan yang bakal kita pilih
sebagai pasangan hidup kita bukan hanya akan menjadi isteri atau suami kita... Insan yang bakal kita kahwini itu bakal
menjadi menantu ibu bapa kita, kakak atau abang kepada adik-adik kita, dan adik
kepada abang dan kakak kita... Di mata kita, si dia mungkin telah layak
menjadi pendamping hidup kita... Tapi, bagaimana duduknya sebagai sebahagian
keluarga kita?
Dalam memastikan si dia adalah insan terbaik menjadi
sebahagian keluarga kita, tanyakanlah kepada ahli keluarga kita kini... Apa
impian mereka terhadap bakal bakal pasangan hidup kita... Setidaknya, tanyalah
pada ibu bapa kita, apa hasrat mereka akan bakal menantu mereka... Pastikan
kita bertanya tentang ini seawal mungkin, sebelum kita bertemu seseorang yang
menarik di hati kita... Ini bagi memastikan kita tak ‘ubah suai’ harapan ibu
bapa mengikut rasa hati kita... Ini bagi memastikan kita siap sedia mengubah
suai rasa hati kita mengikut hasrat ibu bapa kita... Insya-Allah, setelah kita
tetapkan rasa hati kita mengikut hasrat ibu bapa kita, setiap kata hati kita
dalam memilih pasangan akan terpimpin ke arah seorang insan yang benar-benar
terbaik buat kita juga buat keluarga kita...
Kadang-kadang, tidak perlu kita tanyakan pada ibu bapa
kita tentang menantu idaman mereka... Dalam kehidupan seharian, mungkin ibu
bapa kita ada meluahkan rasa hati dan hasratnya berkenaan calon menantu idaman
mereka... Katakanlah, sedang duduk-duduk, terlintas seorang gadis ayu yang
sopan-santun jalannya, ibu kita berkata, “Bagusnya gadis tu... Siapa dapat buat
menantu, memang bertuah...”. Itu maknanya ibu kita inginkan seorang menantu
yang sopan-santun... Satu situasi lagi, sedang jalan-jalan menunggu ibu kita membeli
baju, terlihat sepasang pakaian muslimah, lalu bapa kita bersuara, “Cantiknya
baju ni... Nanti dah kahwin, Amir belikan untuk isteri Amir ye... Sejuk mata
memandang kalau isteri pakai baju macam ni...”. Itu maksudnya ayah ini
berhasrat memiliki menantu yang suka berpakaian muslimah... Jadi, luangkanlah banyak masa dengan
keluarga kita dan caknalah akan mereka... Siapa tahu, dalam kias, ada
harapan... Dalam harapan, ada doa...
MEMILIKI
PANDUAN MEMILIH PASANGAN ITU, UMPAMA MEMILIKI PETA DALAM PENJELAJAHAN...
LEBIH
BAIK MEMILIKI PETA SEBELUM PENJELAJAHAN, BERBANDING MENCARI PETA SETELAH
PENJELAHAN BERMULA...
LEBIH
BAIK MEMILIKI PETA DALAM PENJELAJAHAN, BERBANDING REDAH MEMBUTA...
Sediakan
panduan agar pencarian lebih terarah...
Insya-Allah,
penemuan bermakna mampu membahagiakan ramai orang...
Insya-Allah,
kebahagiaan yang kita bawa mampu menghasilkan doa buat kita...
Insya-Allah,
doa ramai orang membahagiakan kita hingga akhir hayat...
Insya-Allah,
kebahagiaan hingga akhir hayat berterusan hingga akhirat...
Insya-Allah,
kita insan yang berbahagia di dunia, kita juga berbahagia di akhirat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan