Macam pelik pula kan tajuk warkah saya ni???
Kebiasaannya, orang akan kata, “Anak-anak perlukan redha ibu bapa”, atau
“Anak-anak perlukan redha Allah”… Kerna kedua-dua kata ini saling
berkaitan, dan membawa maksud “Redha ibu bapa adalah redha Allah”…
Sebenarnya, tujuan warkah ini bagi menyatakan respon saya
akan persoalan yang agak biasa ditanya... Persoalan “Bagaimana cara
terbaik untuk ibu bapa mendidik anak-anak?”, memerlukan jawapan yang
tidak bersifat berat sebelah... Jika persoalan ini dijawab oleh ibu bapa yang
tegas, jawabnya “Anak-anak tidak boleh dimanjakan sangat... Mereka perlu
didisiplinkan sejak kecil...”. Orang yang mendengar mungkin akan
beranggapan tidak mengapa memarahi anak-anak sejak kecil... Jika persoalan itu
dijawab oleh ibu bapa yang manja, jawabnya “Anak-anak kecil lagi... Tidak
mengapa manjakan mereka semasa mereka kecil... Bila mereka semakin besar, kita
tegas la sikit-sikit... Sebab masa tu, mereka dah mula memahami...”.
Persoalan lain pula timbul, pada usia berapa anak-anak dianggap besar???
Bagaimana pula jika mempunyai ramai anak, bermacam peringkat umur??? Mampukah
ibu bapa membezakan pendekatan bagi setiap anak???
Saya faham, kadang-kadang kita berasa sulit menjadi ibu
bapa... Memikirkan kesulitan ini, mungkin ramai yang melengahkan untuk
mempunyai anak, dan mungkin ramai juga yang bertindak menjarakkan anak, atau
berkeputusan mempunyai anak yang sedikit...
Maka, Insya-Allah saya ingin cuba menjawab persoalan yang
mampu membingungkan minda ibu bapa ini... Kepada ibu bapa, harap jangan
marahkan Ahmad Zakry Haikal jika jawab Haikal ini salah, atau menyimpang...
Mohon dikongsikan apa yang sebetulnya, agar kita sama-sama dapat belajar... Ini
perkongsian saya, yang kurang berpengalaman...
Jawab saya, “Didikan terbaik ibu bapa terhadap
anak-anak adalah didikan yang diiringi doa...”. Tidak kira apa pun jua
pendekatan didikan ibu bapa, perlukan redha Allah SWT... Tidak kisah betapa
tegasnya didikan kita, atau meskipun orang berkata kita memanjakan anak-anak,
yakinlah selagi mana kita iringi didikan kita itu dengan doa... Biar orang
memandang jelek cara kita mendidik anak-anak, Insya-Allah jika Allah redha,
hasilnya yang terbaik...
Biarpun kita mengkaji selama berpuluh tahun sebelum kita
menemui pendekatan terbaik mendidik anak-anak, dan kita didik anak-anak
menggunakan pendekatan itu, itu bukan didikan terbaik, tanpa iringan doa... Tanpa
redha Allah, ibu bapa terbaik, berpengalaman lengkap dengan pendekatan didikan
terbaik, belum tentu menghasilkan anak-anak terbaik... Walhal anak-anak itu
berjaya dunia, belum tentu akhirat bahagia... Sekalipun ibu bapa masih
bertatih mendidik anak, dengan serba kekurangan, berkat doa menyebabkan Allah
redha, Insya-Allah anak-anak yang membesar itu bakal menjadi yang terbaik...
Didikan dengan iringan doa, pendekatan paling
senang dan fleksibel untuk mendidik anak-anak, biarpun selang umur antara anak
dekat-dekat... Tak perlu lagi kita pening kepala, “Anak kecil, cara didiknya begini...
Anak remaja, cara didiknya macam ni pula...”. Doa, dan tawakal... Didiklah
anak-anak itu mengikut naluri ibu bapa... Insya-Allah, semoga Allah bimbing
hati kita tatkala itu... Dan juga semoga Allah buka hati anak-anak tatkala ibu
bapa mendidik mereka itu... Insya-Allah, semoga kita tidak pening kepala dan
anak-anak tidak mudah memberontak...
Anak ada 2... Dua-dua diasuh dengan iringan doa... Tapi, kenapa yang
pertama begini, yang kedua begitu???
Boleh jadi doanya tidak
seimbang... Mungkin semasa mengasuh anak pertama, doa kita lain... Sudah masuk
asuhan anak kedua, doa kita lain... Atau mungkin juga kadar doa itu yang tidak
seimbang... Boleh jadi anak pertama kita doakan 100 kali, namun anak yang kedua
kita doakan cuma 90 kali... Almaklum, anak dah masuk 2 orang, jadi hidup agak
sibuk sedikit sehingga kurang kerap kita berdoa...
Apa-apa pun, cuba semak...
Kemenjadian anak-anak tu sama-sama membahagiakan ibu bapa atau tidak??? Jika
mereka sudah cukup membahagiakan, ibu bapa redha lah akan mereka... Jika
masih kurang membahagiakan, tambahkan doa... Lebihkan pada yang kurang doa itu...
Sudah penat berdoa, namun anak-anak masih seakan menderhaka???
Pertamanya, jangan
terlintas rasa penat berdoa... Sepertimana Allah tidak penat mengurniakan
nikmat, kita jangan rasa penat meminta... Allah memang akan beri, kerna
Allah Maha Mengurniakan... Apa yang Allah mahukan, cuma kita terus berdoa...
Jika anak-anak masih seakan menderhaka, boleh jadi kurang doa ibu bapa... Boleh
jadi, anak itu memerlukan 1000 doa untuk dia menjadi baik, sedangkan doa ibu
bapa hanya 999... Masih kurang 1 kan??? Maka, tambahkan banyak-banyak... Biar
jadi 1111 doa pun tidak mengapa... Insya-Allah, tiada istilah doa ‘overdose’...
Mungkin ada yang
terlintas, “Ish, apa Haikal ni... Macam tak logik, macam tak layak, untuk
dikatakan ‘kurang doa’... Kan Allah Maha Mengetahui, Maha Pemurah, Maha
Penyayang... Semestinya Allah tahu niat hati hambanya... Takkan Allah nak
tunggu jumlah doa secukupnya, baru Allah nak berikan kurniaan???”. Saya
harap tiada yang tersalah faham... Maksud kata saya, kita jangan sampai
hilang kebergantungan pada Allah... Insya-Allah, Allah akan kurniakan
sesuai dengan niat kita... Tapi, kita pun kena tunjukkan betapa kita inginkan
kurniaan itu... Maka, kita doa, doa dan tidak berhenti berdoa...
Akhir kata, apa pun jua
pendekatan dalam mendidik anak-anak, didikan dengan iringan doa adalah yang
terbaik... Dalam setiap perbuatan atau percakapan kita, doakan semoga inilah
yang terbaik untuk anak, dan jangan lupa doakan semoga kita redha akan
hasilnya...
Lepas ni, jangan hairan
bagaimana anak orang berjaya, tapi anak kita sengsara... Usah termenung sendiri
atau mengeluh bersama pasangan, “Mengapa oh mengapa... Anak kita seakan
derhaka???”. Lebih baik kita tambahkan doa, moga-moga anak itu berubah
dan sempat dia berjaya... Usah lagi pening kepala, “Saya multiple PhD
dalam bidang psikologi anak-anak... Saya ke sana ke mari membimbing ibu bapa
pendekatan mendidik anak-anak... Tapi, anak-anak saya sendiri hanyut entah ke
mana...”. Doa doktor, doa... Boleh jadi doktor kurang doa...
DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN...
MAKA,
IBU BAPA MUKMIN SETIA DENGAN DOA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan