Di pertengahan jalan dia menuju kedai dari rumah, seorang
adik terserempak dengan seorang jejaka yang duduk di atas wakaf tepi jalan...
Kelihatan si jejaka itu sedang merenung gambar seseorang
sambil termenung...
Adik :
Assalamualaikum
bang... Tengah buat apa tu? Termenung jauh nampak...
Jejaka :
Waalaikumussalam
dik... Hurm... Abang tengah tengok gambar awek ni... Tapi, dah jadi isteri
orang dah dia... Sayang betul... Kalau la abang dapat kahwin dengan dia, abang
la orang yang paling beruntung di dunia ni...
Adik :
(berjalan ke arah
si jejaka dan duduk di tepinya, sempat menjeling gambar di tangannya) Eh, itu bukan Kak ‘L’ ke? Dia awek abang ke?
Jejaka :
(tersengih) Ha’ah... Kira awek la... Abang suka sangat kat ‘L’ ni...
Dia ni, dah la cantik, baik, manis betul... Nak nak kalau dia pakai tudung,
fuhh memang penyeri hati kanda la...
Adik :
Betul, mana-mana
perempuan, kalau pakai tudung, memang cantik... Tapi, sayang sikit la... Kesian
pulak saya bila mengenangkan nasib abang ni... Moga-moga Allah kurniakan
peluang dan rezeki kepada abang...
Jejaka :
Apa maksudnya tu,
dik?
Adik :
Kak ‘L’ ni, memang
cantik, manis... Tapi, ramai lagi perempuan yang lebih cantik, lebih manis
daripada Kak ‘L’ ni... Mungkin abang belum jumpa perempuan yang lebih cantik
dan lebih manis daripada Kak ‘L’ ni... Sebab tu, abang sedih bila Kak ‘L’
kahwin dengan orang lain... Alhamdulilllah saya berpeluang dan ada rezeki
terjumpa ramai perempuan yang lebih cantik dan lebih manis daripada Kak ‘L’
ni... Dan saya percaya, kalau kita rajin mencari, selalu terbuka untuk
menerima, kita akan jumpa yang selayaknya... Lagi satu, Kak ‘L’ ni memang
bertambah manis bila bertudung, tapi jarang sangat dapat tengok dia
bertudung... Akak-akak lain, yang lebih cantik dan lebih manis daripada Kak
‘L’, yang saya pernah jumpa, semua suka pakai tudung... Walaupun diorang
bertudung labuh, tapi Masya-Allah cantik... Muka putih berseri, kulit putih
melepak, senyum manis... Pendek kata, kalau letak diorang sebaris dengan Kak
‘L’ ni, boleh kelabu mata... Cuma, mungkin diorang tak sepopular Kak ‘L’...
Diorang biasa-biasa je...
Jejaka :
Ye ke dik? Sebab
setakat ni, Abang tak pernah jumpa orang yang cantik, manis macam ‘L’ ni...
Adik :
Betul, bang... Nak
senang, abang pergi je ke madrasah kampung tu dekat-dekat dalam pukul 12
tengahari nanti... Akak-akak yang pergi mengaji kat situ, pun ramai yang
cantik-cantik dan manis-manis macam Kak ‘L’ tu... Tu, belum lagi abang pusing
kampung ni... Kalau nak pilihan yang lagi meluas, abang pusing satu Malaysia
ni...
Kita ni, terutama
anak muda macam abang, lelaki... Kalau nak perempuan macam mana, cantik ke,
manis ke, macam orang tu, orang ni, kita boleh pilih... Kita siap boleh
‘request’ dengan Allah SWT, nak perempuan macam mana... Tak payah fikir nak
buat awek, fikir nak buat isteri terus... Insya-Allah, bahagia... Sekarang,
abang rasa Kak ‘L’ tu paling cantik, paling manis... Silap-silap, lepas
kahwin nanti abang sedar bahawa isteri abang tu sebenarnya jauh lebih cantik
dan lebih manis berbanding Kak ‘L’ tu...
Kita ni, kalau
Allah nak bagi suruh buat pilihan, belum sepetik jari, sepuluh mari...
Dah la, bang... Tak
payah nak layan sangat perasaan tu... Yang dah bertemu jodoh tu, biarlah dia
bahagia dengan jodoh dia... Kalau dia tak bertemu jodoh sekarang pun, mungkin
esok lusa bertemu juga... Tapi, kalau abang tak ada rezeki dengan dia, tetap
abang tak berpeluang... Dia selebriti, layaklah kahwin sama selebriti... Sama
fikrah, sama minat, sama corak pemikiran, sama memahami... Abang pun, kalau
setakat nak kahwin dengan selebriti, boleh bah kalau kau, kalau Allah dah
takdirkan... Buat masa sekarang, anggaplah abang belum jumpa orang yang
lebih cantik dan manis berbanding Kak ‘L’ ni, untuk dijadikan isteri... Tapi,
itu tak bermakna abang perlu termenung macam ni, hanya kerana Kak ‘L’ tu dah
kahwin... Lebih baik abang mula mencari sekarang... Mana tahu, abang akan jumpa
orang yang lebih cantik, lebih manis, lebih berbanding dia... Baik abang jumpa
dulu, sebelum orang lain jumpa dan kebas... Melepas nanti...
Jejaka :
Hurm...
Adik :
Dah, tak payah nak
‘hurm’ sangat... Sekarang ni, abang ambik gambar ni, buang... Lebih baik,
abang terus jalan, sambil berdoa semoga bertemu jodoh yang sesuai, yang lebih
cantik dan jauh lebih manis berbanding Kak ‘L’... Mana tahu, sampai kat
madrasah tu nanti, terjumpa seseorang yang mampu memikat hati abang dengan
kecantikan, kemanisan dan sopan santun dia... Kan rezeki tu... Insya-Allah,
abang akan jumpa insan bertuah itu...
Baiklah, abang...
Saya nak sambung perjalanan ke kedai... Ingat, lebih baik abang cepat... Kalau
saya jumpa akak yang cantik dan manis macam Kak ‘L’, saya ambik buat kakak ipar
saya...
Assalamualaikum...
Jejaka :
(senyum) Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan