Merajuk... Masalah tu...
Terutama bagi mereka yang dah berkahwin... Fenomena pasangan merajuk ni, sangat
ditakuti oleh insan yang berumah tangga, sehingga akhirnya ramai memutuskan
untuk tidak memujuk pasangan masing-masing... Ada juga yang terlebih rezeki,
rela tidak ke pejabat demi mengatur makan malam sebagai usaha memujuk
pasangan...(banyak tengok drama ni). Ada juga insan yang terlalu sibuk,
sehingga tidak sempat untuk perasan bahawa pasangan telah merajuk... Masalah juga
tu...
Macam-macam gaya orang
memujuk ni ye... Boleh sakit kepala mencari jalan memujuk, bila si dia merajuk...
Jadi, apa kata kita berhenti? Berhenti daripada memberi ruang untuk si dia
merajuk, boleh tak? Takpe, kita cuba... Macam mana? Dengan cara memujuk
si dia sebelum sempat si dia merajuk...(wah, boleh tahan juga idea ni).
Macam mana nak pujuk tu,
terpulang pada kreativiti masing-masing, tertakluk pada situasi... Persoalan
yang perlu hadir sebelum tu adalah macam mana nak tahu si dia akan merajuk?
Teknologi membuktikan bahawa banyak ramalan boleh dibuat... Gempa bumi mampu
diramal, tsunami mampu diramal, musim banjir pun mampu dijangka, dan
macam-macam lagi mampu diramal... Kehidupan menjadi senang dengan adanya
teknologi, kan? Tapi, kita lupa bahawa kebanyakan fitrah manusia juga mampu
diramal dan dijangka... Sebelum tidur, ada petanda iaitu mengantuk...
Sebelum buang air, ada rasa... Sebelum kenyang, ada petanda, sebab tu kita
mampu berhenti makan sebelum kenyang... Bahkan, sesetengah penyakit juga ada
petanda, dipanggil simptom-simptom... Jadi, takkan merajuk tak ada petanda?
Haa... Fikirlah sendiri ye, saudara/saudari...
Sebenarnya, itulah salah
satu hikmah perkahwinan... Insan menjadi lebih sensitif bila berkahwin...
Seorang bujang/dara yang keras hati, mampu lembut hatinya setelah berkahwin...
Seorang yang bujang/dara yang pemarah, mampu kerap menitiskan air setelah berkahwin...
Sebab setelah berkahwin, Insya-Allah hati menjadi lembut dan diri menjadi
sensitif... Oleh itu, sebaik sahaja selesai akad nikah, sensitifkan diri awak
agar mampu cepat memahami pasangan, dan dapat lekas mengesan sebarang perubahan
emosi pada pasangan... Paling kurang, keraplah berdoa...
Seawal perkahwinan, sematkan dalam fikiran
untuk cuba mengesan apa yang si dia suka dan juga apa yang si dia tidak suka... Selalunya, ramai insan yang sudah berpasangan
akan cuba mencari kegemaran pasangan, sebagai modal kejutan di hari-hari
bermakna seperti hari ulangtahun perkahwinan, ulangtahun kelahiran, Hari Ibu,
Hari Bapa, Hari Kekasih... Kita sibuk mencari modal pemanis untuk hari
tertentu sahaja, tetapi bagaimana dengan hari-hari? Adakah kita nak biarkan
hari-hari itu hambar? Kalau nak dibiarkan hari-hari itu biasa-biasa saja,
apakah tahap ‘biasa-biasa’ kita tu? Takkan kita tak nak kebiasaan hari-hari
kita bersama si dia sentiasa terselit senyuman, dan terhindar daripada bermuka
masam apatah lagi tangisan?
Dah tahu si dia tak suka, tapi kita tersilap
cakap atau buat, cepat-cepat la minta maaf...
Cepat-cepat la pujuk, sebelum si dia merajuk... Sama la juga kalau kita
terlupa, apa kata kita sebut sepatah, “Maafkan Ayang/Abang...”. Nak lagi
pendek, ‘Sorry...”. Kita tak perlu jadikan lafaz maaf tu sesuatu yang
formal, sehingga kita rasa kekok dengannya... Masukkan sedikit lenggok untuk
menjadikan ia lebih kasual atau romantis... Yang penting, kita terbiasa
menuturkannya...
Takut dikatakan tidak ikhlas meminta maaf? Ya, memang ada
bidalan yang berbunyi, “If you don’t mean it, then don’t say it”... Jika
itu yang menjadi persoalan, jika keikhlasan yang menjadi isunya, selamanya ia
akan menjadi persoalan atau isu... Kerana soal ‘mean it’ atau
keikhlasan adalah urusan kita dengan Allah SWT... Jika si dia meragukan
tentang itu, maksudnya si dia dah merajuk dan belum bersedia untuk memaafkan
kita... Jadi, sekalipun kita buat macam-macam, atau terus meminta maaf cara
formal, belum tentu si dia akan memaafkan kita... Maknanya, kita memang kena
pujuk la... Insya-Allah, jika dikurniakan rezeki untuk membincangkan bab pujuk
memujuk ni, kita akan lakukan di lain masa...
Kembali kepada topik warkah kita... Apa hikmah atau
manfaatnya kita pujuk si dia sebelum si dia merajuk? Insya-Allah, jika kita
minta maaf sebelum si dia merajuk, kita mampu terus menjernihkan hubungan kita
sebelum ia menjadi keruh... Si dia juga akan merasakan kasih sayang kita dan
betapa kita memahaminya... Selain itu, kata maaf seperti “Ops, sorry...”
bukan setakat mampu membuatkan si dia tersenyum, tetapi juga mampu menjadi
jenaka dan gurauan antara kita dan dia... Insya-Allah, itu mampu mencari
sebahagian rencah pemanis hidup kita bersama si dia...
Baiklah, mungkin masa
membataskan kita... Atau mungkin ada beberapa faktor yang menghalang kita
daripada memahami si dia... Jadi, apa nak buat? Nak biarkan sahaja si dia
merajuk, baru kita cuba pujuk? Tak perlu... Cubalah kesan ketidaksenangan si
dia... Paling kurang, riak muka si dia akan berubah... Mungkin juga si dia
akan menjadi tidak senang duduk... Haa... Masa tu la kita beri ‘suntikan
penenang’... Kata-kata seperti, “Ayang/Abang marah ke pasal tadi?” mampu
menerangkan sesuatu... Jadi, bertindaklah mengikut keadaan... Paling tak, cakap
je terus, “Kalau Ayang/Abang marah pasal tadi, Abang/Ayang minta maaf”...
Nak lagi ‘gentleman/gentle-lady’? “Abang/Ayang minta maaf pasal tadi...
Abang/Ayang tak sepatutnya cakap/buat macam tu”... Naa... Itulah suami/isteri
yang ‘sweet’...
Pendekatan paling mudah,
kita lekas refleksi diri... Kalau kita tak suka, jangan mengharapkan orang
lain suka... Jadi, bila kita bertindak, berbuat sesuatu, cuba fikirkan...
Adakah kita akan senang jika diperlakukan atau dikatakan demikian? Kalau tak,
lekas-lekas la minta maaf pada si dia... Sekalipun si dia berkata, “Eh, Ayang
tak marah la... Abang jangan la risau sangat...”, kita masih boleh membalas, “Bukan
apa... Mungkin kalau Abang jadi Ayang, mesti Abang dah marah dengan apa yang
berlaku tadi... Jadi, Abang minta maaf awal-awal...”. Rasanya, itu mampu juga
menjadi pemula jenaka atau topik perbualan sepanjang hari... Jika benar demikian,
bermakna ia juga mampu menjadi kenangan tika rindu... Asalnya bermula dari
satu kesalahan, terpahat di ingatan... Bukan kerana salahnya, tapi kerana tawa
susulannya...
Jadi saudara/saudari, belajar-belajar
la menjeling untuk memandang si dia secara curi-curi... Kerana kebanyakan
orang tidak suka sentiasa direnung, apatah lagi masa ‘angin hangat’ sedang
meningkat naik... Selain itu, latihlah hati untuk lebih celik... Selamat
berjaya...
Mulakan sekarang...
Berlatihlah, praktikkan kemahiran menjeling dan sensitifkan diri awak sekarang...
Awak ada ramai insan yang halal bagi awak melatih kemahiran mata dan rasa hati
awak... Berlatihlah sehingga awak mampu meneka emosi ayah, ibu, dan adik-beradik
sendiri... Kalau berkesempatan, cuba-cubalah meneka emosi mereka yang ada di
sekeliling awak... Insya-Allah, kalau awak sudah mampu meneka emosi orang
sebelum awak berkahwin, awak akan lebih senang dan lebih kerap mempraktikkannya
selepas berkahwin... Kata kebanyakan daripada kita, dari mata turun ke hati...
Maknanya, kalau mata sudah meningkat sensitivitinya, Insya-Allah hati pun
akan turut lebih sensitif lagi...
Sekian daripada saya untuk
warkah kali ini... Alhamdulillah, atas ilham yang spontan ini... Terima kasih
kepada insan yang sudi menjadi perantara ilham itu...
Ilham : Aisyah Humaira
Tiada ulasan:
Catat Ulasan