Cinta kerana Allah? Saya percaya ini adalah antara persoalan yang bermain di fikiran setiap insan bila disebut tentang cinta... Ada juga mereka yang telah melangkah ke alam cinta tetapi masih keliru samada mereka dan pasangan mencintai satu sama lain kerana Allah... Komen saya, senang je nak dapatkan kepastian... Kembali kepada elemen terpenting dalam Islam... Apa dia elemen terpenting tu? Ya, SOLAT... Tapi, apa perkaitan solat dengan cinta insan? Ada perkaitanya, bahkan sangat jelas sekali...
Dalam bercinta, tanyakan tentang solat... Bukan bermakna tanyakan kekasih anda tentang solatnya... Tapi, tanyakan tentang solat anda sendiri... Sekiranya anda bercinta, tanyakan diri anda betapa anda menjaga solat anda ketika bersama kekasih anda... Adakah anda terlalu sayangkan kekasih anda sehingga sanggup temankan dia dari pagi sampai petang atau mungkin sampai malam da mungkin tengah malam? Macam mana Zohor anda, Asar anda, Maghrib anda sungguhpun anda solat Isya’ di tengah malam dan solat Subuh di awal pagi? Tahniah, anda sangat komited dalam cinta terhadap kekasih anda... Tapi, mana komitmen anda terhadap cinta Allah... Ya benar... Allah itu Maha Penyayang... Cinta Allah itu tak terbatas... Tapi, pernahkah kita terfikir? Allah mencintai kita... Tapi, mana cinta kita terhadap Allah?
Analoginya, senang je... Apa perasaan kita jika kekasih kita asyik datang lambat untuk ‘dating’? Mahunya sepuluh inci muncung, merajuk... Merajuk kekasih kita, kita kisah... Merajuk Allah, ada kita kisah? Jadi, macam mana solat kita? Solat awal waktu ke kita? Tu baru isu lambat... Belum lagi isu tak datang terus... Sah, ramai yang putus cinta sebab selalu tak datang komited dengan ‘dating’... Tapi, berapa kali kita tinggal solat sebab terlalu komited dengan ‘dating’? Putus cinta insan, boleh cari lain... Putus cinta Allah???
Saya ingin berkongsi satu kisah...
Ada seorang lelaki, A yang berjanji dengan teman wanitanya nak berjumpa kat pusat membeli-belah... Punya la baik teman wanita dia tu, janji nak jumpa pukul 2 petang... “Kita solat Zohor dulu... Dalam pukul 2, abang datang ambil ayang...”, macam tu la lebih kurang kata-kata teman wanita A... Nak dijadikan cerita, A tertidur... Bangun-bangun, dah pukul 2 petang... Dah lambat... Terus dia baju, bersiap... Tup-tup, terus keluar... “Maaf ayang... Abang lambat...”, dia minta maaf pada teman wanitanya...
Erm... Sepertinya, dia terlupa sesuatu... Ya, solat Zohornya... Bukannya sebab saya tak ceritakan di sini... Tapi, kerana dia betul-betul tak solat Zohor... Dah terlambat, bangun-bangun terus pergi ‘dating’... Balik-balik, dah lepas Asar... Yang ironinya, dia kata dia cintanya kerana Allah...
Suka juga saya untuk menyentuh isu perhubungan cinta jarak jauh... Kerana ianya sangat ketara dan sangat berkaitan dengan topik ni... Berbeza negara, berbeza benua... Bagus kerana dia masih setia... Sungguhpun tak dapat bersua muka jarak dekat, dia masih berkomunikasi melalui ‘Yahoo Messenger (YM)’, ‘Skype’ atau apa jua medium komunikasi jarak jauh... Tapi, mengapa mesti waktu solat digunakan untuk komunikasi tersebut? Nak kata komunikasi tu ambil masa pendek, tak juga... Lama juga tu... Sempat ke dengan waktu solat yang singkat? Apa lagi jika waktu Maghrib yang digunakan... Dah la waktu Maghrib tu pendek...
Ada antara kita yang rasa selamat kerana tidak mempunyai kekasih? Ehem... Konteks ‘kekasih’ yang dibincangkan ni tak semestinya teman lelaki atau teman wanita... Konteks ‘kekasih’ ni termasuk juga keluarga... Selagi ada kasih, di situ letaknya gelaran ‘kekasih’... Nah, silakan muhasabah diri... Misalnya, anda sudah terlambat untuk solat... Tiba-tiba, ibu anda telefon... Sanggupkah anda berkata, “Umi, abang nak solat dulu... Nanti, abang telefon Umi balik...”, atau seumpama dengannya? Saya juga sayang keluarga saya, saya juga rindukan keluarga saya... Tapi, saya lebih sayangkan Allah SWT... Alhamdulillah, Allah kurniakan saya keluarga yang memahami... Mudah faham bila saya terpaksa memutuskan panggilan kerana ingin solat... Benar, kita sebagai anak perlu menghargai ibu bapa kita... Sekali sekala je mereka telefon untuk bertanya khabar... Benar, sukar untuk menolak panggilan mereka begitu sahaja...
Jangan salah faham... Saya bukan mengajar anda untuk menolak panggilan ibu bapa anda apatah lagi melakukan perbuatan yang menderhakai mereka... Pengajarannya, solat la di awal waktu jika merasakan ibu bapa kita akan menelefon kita... Oleh itu, kita ada waktu yang lebih panjang untuk berbual dengan mereka... Jadilah anak yang soleh di sisi Allah... Insya-Allah, ibu bapa kita pun akan redha... Barulah betul cinta, kasih dan sayangkan ibu bapa kerana Allah...
Jika anda seorang lelaki, seberapa setia anda akan teman wanita anda? Ingat, kaum wanita dikurniakan Allah dengan beberapa ‘cuti’... Jadi, boleh jadi mereka terlupa waktu solat... Sebab tu, mereka boleh membeli belah sepanjang hari... Anda sebagai lelaki, nak ikut ‘cuti’ sekali ke, semata-mata untuk menemani teman wanita anda?
Jika anda seorang wanita, seberapa sayang anda teman lelaki anda? Apa salahnya mengingatkan teman lelaki anda akan solat? Atau anda rela menjadi asbab teman lelaki anda dimurkai Allah? Pernah terfikir kenapa wanita disebut sebagai fitnah dunia? Ambillah contoh moden, kerana ramai teman lelaki tidak sanggup membiarkan teman wanitanya membeli-belah seorang diri, sanggup menemani sepanjang hari, walaupun solat tergadai... Begitukah anda menyayangi teman lelaki anda? Dengan mencampakkannya ke neraka? Dengan membiarkan dia solat di akhir waktu?
Jika anda seorang anak, jadilah anak yang soleh... Beranikan diri untuk meminta kebenaran menamatkan panggilan daripada ibu bapa anda kerana anda ingin bersolat... Insya-Allah, ibu bapa anda faham... Mereka tidak akan kecil hati walaupun hanya mampu bercakap seminit denga anda... Insya-Allah, sejuk hati mereka kerana anak yang mereka sayangi solat di awal waktu...
Bagi pasangan kekasih, renungkan... Untuk apa anda bercinta? Jika untuk kahwin, sanggup ke anda kahwin dengan pasangan yang melambatkan solat? Atau mungkin dengan pasangan yang meninggalkan solat? Jika anda menjawab bercinta bukan untuk kahwin, sekadar suka-suka, fikirkan juga... Begitukah hidup yang anda inginkan?
Begitulah sidang hadirin sekalian... Dalam membuktikan cinta anda, setialah pada solat... Jika anda bercinta, cintalah kerana Allah... SOLATLAH... Jika anda merindu, rindulah kerana Allah... SOLATLAH... Setiap yang bercinta, ingin bahagia dan bahagia itu Allah yang punya... Mohonlah dengan bersolat... Nikmat bahagia Allah tidak terbatas... Tapi, sesiapa yang memohon awal, Insya-Allah, Allah bagi lebih... Jadi, solatlah di awal waktu...
Kerana Allah ke cinta kita?
AHMAD ZAKRY HAIKAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan