Dum dum dam, bunyi
mercun... Itulah simbolik gembira berhari raya, kata mereka... Sekali sekali,
setahun sekali je... Itu kata ibu bapa yang anak-anak mereka bermain mercun... Membuatkan
saya terfikir, apa simboliknya bunyi-bunyi itu bagi warga Palestin??? Apa
ertinya langit yang menyala dek bunga api buat mereka di Palestin???
Saban hari, jenuh kali
berita, sentiasa ada liputan dari Palestin... Kesan perang di Palestin sering
diperbaharui... Mereka yang sensitif hatinya, terdetik betapa kasihannya rakyat
Palestin, kejamnya Rejim Yahudi... Yang lebih sensitif hatinya, sehingga
menitis air mata...
Apa yang saya ingin
kongsikan di awal Syawal ini, mungkin lain sedikit daripada yang biasa saudara/saudari
dengar, lihat atau ketahui... Mungkin juga ada yang bakal terkejut... Logik
jika ada yang tidak percaya dengan nukilan saya ini...
Saudara/Saudari,
Percaya atau tidak, Palestin sedang menang... Ya, keadaan
sebenar Palestin berbeza dengan apa yang dipertontonkan kepada kita, lain
sekali berbanding apa yang kita ketahui... Yang sedang kalah adalah Rejim
Yahudi, dan yang sedang menang adalah Palestin...
Benar, beribu rakyat Palestin dibunuh, terutama wanita
dan anak-anak kecil... Tapi, itulah tandanya Palestin sedang menang, dan Rejim
Yahudi sedang kalah... Betapa Rejim Yahudi takutkan si kecil dan kaum ibu,
sehingga mereka menggempur dan membunuh golongan tersebut... Rejim Yahudi
tahu, si kecil itu akan membesar untuk menentang mereka... Rejim Yahudi tahu
kaum ibu akan melahirkan pejuang-pejuang yang hebat... Maka, Rejim Yahudi
membunuh anak-anak kecil dan kaum ibu...
Bagi golongan dewasa, sudah tidak terbendung oleh Rejim
Yahudi... Rejim Yahudi tahu mereka semakin tidak mampu menentang
pejuang-pejuang muda Palestin... Maka, Rejim Yahudi melancarkan serangan secara
rawak... Rejim Yahudi yang sebelum tampil bangga seakan penuh berstrategi,
sudah kehilangan momentum dan rentak peperangan terhadap Palestin...
Saudari/Saudari budiman,
Ramai antara kita, atau mungkin kesemua kita tidak tahu
bahawa hakikat Palestin yang sebenarnya lebih hebat daripada apa yang kita
lihat di kaca televisyen... Jika kita fikirkan Palestin keadaannya daif,
sekiranya terdetik di minda kita Palestin itu berkeadaan lemah, fikirkan
kembali... Andai kita terasa warga Palestin terkurung dalam lingkungan tembok
tinggi yang dibina Israel, percayalah tembok tinggi itu bukan satu masalah
besar buat mereka...
Hakikat Palestin punya bermacam teknologi... Satu contoh apa yang ada di Palestin, yang
mungkin kita tidak tahu, adalah terowong bawah tanah... Terowong bawah tanah
itu dibina dari dalam rumah rakyat Palestin, melepasi tembok tinggi yang dibina
Rejim Yahudi, tembus di lokasi bekalan... Oleh itu, Palestin mampu
mendapatkan bekalan yang diperlukan mereka melalui terowong bawah tanah
tersebut...
Setahu saya, warga Palestin tiada yang mati kelaparan... Bahkan,
mereka sentiasa bertenaga untuk melawan tentera Rejim Yahudi... Serta,
pernah tak kita terfikir dari mana Palestin mendapat bekalan senjata??? Ya, mereka buat sendiri senjata tersebut...
Tapi, izinkan saya bermain logik dengan saudara/saudari sedikit... Di Malaysia,
warganya ramai yang tercedera, tidak kurang yang meninggal, gara-gara membuat
mercun sendiri... Itu situasi bagi masyarakat mempunyai akses ilmu yang luas,
bermain dengan bahan-bahan letupan yang sedikit, boleh tercedera dan mati... Bagaimana
di Palestin, yang rakyatnya dikatakan tidak mempunyai akses ilmu, bermain
dengan bahan letup yang banyak, boleh selamat??? Cuba kita fikir, dari mana
mereka tahu cara mengendalikan bahan letup tu semua??? Sudah semestinya, mereka
ini adalah rakyat jati yang tinggal di dalam Palestin tu, bukan orang luar... Jeng,
jeng, jeng...
Lagi fakta tentang terowong bawah tanah yang dibina dalam
rumah warga Palestin tu, saiznya bukan alang-alang... Saiz terowong bawah
tanah tu, boleh memuatkan kereta... Dalamnya berpuluh kaki... Panjangnya,
semestinya sangat panjang... Macam mana agaknya pergerakan menggunakan terowong
tu???
Lagi menarik, terowong bawah tanah itu dibina oleh
golongan tua... Ketika rakyat negara kita yang sudah pencen, memikirkan
bagaimana mereka ingin hidup tenang, bermain dengan anak cucu, golongan yang
seumur mereka di Palestin membina terowong untuk kesenangan pergerakan anak
cucu mereka...
Tapi Haikal, takkan Rejim Yahudi tak tahu tentang terowong bawah tanah
Palestin tu???
Rejim Yahudi tahu kewujudan dan fungsi terowong bawah
tanah Palestin tu... Tapi, boleh jadi Rejim Yahudi pun dah penat merobohkan
terowong-terowong bawah tanah tu... Hari ni Rejim Yahudi kesan kewujudan
terowong bawah tanah seumpama tu, Rejim Yahudi robohkan, esok wujud terowong
bawah tanah yang baru... Itulah sebab Rejim Yahudi melancarkan serangan
secara rawak... Namun, tidak mudah untuk memusnahkan terowong bawah tanah yang
sangat dalam, dengan hanya serangan permukaan yang rawak... Pemusnahan terowong
bawah tanah yang sempurna memerlukan serangan berfokus... Efisyen kan
teknologi Palestin??? Jangan lupa, yang membina terowong-terowong bawah
tanah tu adalah golongan tua...
Tapi Haikal, kenapa warga Palestin tak lari je melalui terowong bawah tanah
tu???
Itulah semangat
Palestin... Warganya lebih rela syahid di bumi Palestin, daripada melepaskan
tanah Palestin kepada Rejim Yahudi... Biarpun batu di genggaman mereka,
batu lah yang menjadi senjata mereka menentang Rejim Yahudi... Panjang nyawa
mereka, ahli Rejim Yahudi rebah... Pendek nyawa mereka, rebah mereka syahid di
bumi kesayangan... Apa pun, melarikan diri meninggalkan bumi Palestin tidak
sekali terlintas di benak fikiran mereka... Itulah semangat Palestin...
Saudara/Saudari sekalian,
Jika kekuatan golongan tua Palestin mampu membina
terowong bawah tanah yang efisyen, tidak kurang hebatnya golongan muda
Palestin...Ambil contoh angkatan Al-Qassam... Dianggotai oleh golongan hafiz
Al-Quran, mahir dalam pelbagai bidang dan strategi peperangan... Al-Qassam
juga mampu mengitar semula sumber yang ada, walaupun terhad, menjadi bekalan
yang cukup untuk perjuangan mereka...
Di kala golongan hafiz di negara kita terlalu sibuk
menghafal dan mengulang hafazan mereka, golongan hafiz Palestin mampu berperang
dengan penuh berstrategi... Sambil berperang, mereka mampu mengulang hafazan
mereka... Jika mati di medan perang itu dikatakan syahid, macam mana pula
keadaan mereka yang mati di medan perang, dengan mulut dan hati menuturkan
ayat-ayat Allah??? Masya-Allah, betapa tinggi martabat mereka...
Maka terbuktilah kata-kata Allah, bahawa jika kita
kejarkan akhirat, dunia akan mengejar kita... Jika kita letakkan perjuangan
Lillahi Taala, Insya-Allah Allah akan permudahkan semua urusan termasuk urusan
dunia buat kita... Para hafiz Palestin kekal mengulang hafazan mereka, dan
meletakkan perjuangan mereka pada Allah SWT, maka ilmu peperangan yang mereka
dapat lebih hebat daripada yang sesiapa mampu bayangkan... Masya-Allah...
Palestin begitu hebat, maka mengapa masih mengharapkan pertolongan???
Ya, hakikat Palestin itu memang hebat... Memang itu
maksud nukilan saya ni... Tapi, saya tidak bermaksud bahawa kita jangan
memberikan pertolongan kepada Palestin... Masih menjadi tugas kita
menyelamatkan mereka... Kita masih perlu menyelamatkan anak-anak kecil
Palestin, agar mereka boleh berjuang demi Islam lagi bila mereka besar nanti...
Kita masih perlu menyelamatkan golongan ibu Palestin, agar lebih ramai
pejuang-pejuang Islam dilahirkan nanti... Kita masih perlu menyelamatkan
golongan tua Palestin, agar mereka mampu kongsikan sesuatu tentang perjuangan
demi Islam dengan kita... Kita masih perlu membantu pejuang-pejuang Palestin,
agar kita dapat berjuang bersama golongan hebat itu demi Islam kelak...
Saudara/Saudari Muslim sedunia,
Insya-Allah, Islam, yang sedang merudum, akan bangkit
kembali… Percaya atau tidak saudara/saudari jika saya katakan kebangkitan Islam
itu akan bermula dari tempat saudara/saudari??? Saya tidak katakan Islam hanya
akan bangkit di Malaysia, Indonesia, atau negara-negara tertentu sahaja...
Tapi, Insya-Allah Islam akan bangkit di lingkungan Nusantara, negara-negara
Eropah, Kepulauan Atlantik dan Pasifik, tanah-tanah Arab dan India, dan seluruh
dunia... Saudara/Saudari, ini bukan impian, apa lagi bukan mimpi, tapi inilah
realiti yang akan berlaku nanti... Hanya menanti saatnya... Ya, Islam akan
bangkit kembali bermula dari tempat saudara/saudari tinggal sekarang…
Kemuncaknya, kebangkitan itu akan meletus secara besar-besaran di Palestin…
Insya-Allah… Musuh Islam telah lama sedar hakikat ini... Itulah sebab mereka
ingin menakluk Palestin, agar kebangkitan Islam kehilangan pusat, dan tidak
menjadi... Itu satu bukti yang nyata... Musuh Islam telah lama sedar, kenapa
kita masih lena dibuai mimpi dan menolak realiti masa depan ini???
Maka, itulah sebabnya saya katakan Palestin tidak akan
kalah… Palestin akan menang, kerna Palestin akan menjadi pusat meletusnya
kebangkitan Islam secara besar-besaran… Atas dasar percaya dan yakin akan
fakta ini, rakyat Palestin berjuang tanpa memikirkan diri mereka yang
berpeluang melarikan diri… Peluang untuk mereka melarikan diri tidak
mengaburi mata mereka untuk meninggalkan tanah Palestin menyendiri…
Insya-Allah, Palestin akan menang... Kini, terpulang
kepada kita, samada ingin menang bersama Palestin atau tidak... Apakah kita
tidak terliur untuk menjadi sebahagian daripada episod perjuangan Palestin, perjuangan
Islam, yang suatu hari nanti akan menang??? Kini kita tahu kita mampu
menjadi sebahagian daripada kebangkitan Islam, dan kita tahu Palestin adalah
pusat bangkitnya Islam... Jadi, mengapa kita masih duduk bersahaja, tanpa apa
jua usaha, untuk menjadi sebahagian kebangkitan Islam itu???
Allah SWT telah menjelaskan bahawa di akhir
zaman ini, akan hanya ada 2 golongan, satu golongan yang benar-benar Islam,
tegak mendokong panji Islam, dan satu golongan lagi yang kufur, termasuk yang
munafik dan cintakan dunia... Jika kita tidak termasuk dalam golongan yang mendokong
kebangkitan Islam, golongan apa lagi kita nak jadi??? Sedangkan yang ada
hanyalah 2 golongan, dan ini sudah tiba akhir zaman... Saya tak nak kata
apa-apa, kita fikirkan nasib masing-masing...
Mungkin ada yang terdetik, “Syahid bukan hanya di
Palestin...”. Ya, syahid bukan hanya di Palestin... Bahkan, saya belum sampai
tahap mempromosikan syahid di Palestin... Kerna saya tahu, yang kita
perlukan bukan angkatan perang yang besar, tetapi strategi Islam yang hebat dan
efisyen... Apa yang saya cuba ingin sampaikan, kita cubalah sedaya kita
untuk pengakhiran yang baik buat Palestin... Saya sedar, sedangkan di zaman
Rasulullah SAW, betapa ramai Sahabat yang berimpian mati syahid, namun tidak
kesampaian... Ada yang mati dibunuh di luar medan perang... Ada juga yang mati
di pembaringan... Namun, setidaknya mereka mampu tersenyum di hujung nyawa
mereka, kerana Allah SWT redha dengan apa yang mereka lakukan dalam hidup
mereka... Bagi kita, mampu tak kita jamin kita kan tersenyum di hujung nyawa
kita nanti??? Sedangkan mati tersenyum dan mati biasa itu amatlah berbeza...
Jika kita kenangkan sirah perjuangan Islam oleh
Rasulullah SAW bersama para Sahabat dahulu, Insya-Allah ada sesuatu yang dapat
kita ambil sebagai inspirasi dan motivasi... Para Sahabat berebut untuk
berjuang bersama Rasulullah SAW, dalam misi mempertahankan dan menyebarkan
Islam... Tidak hanya yang ingin turut sama berperang, bahkan ramai juga
yang membantu dari segi keperluan ketenteraan, tanpa mengira status dan umur...
Sebagai contoh, Saidina Ali yang masih terlalu muda semasa peperangan
Khandak... Siapa sangka penglibatan Saidina Ali ketika itu berjaya membunuh
seorang jeneral besar Quraisy, walaupun ramai orang lain yang lebih berusia dan
berpengalaman berbanding Saidina Ali lari bertempiaran... Dalam peperangan
itu, tiada siapa sangka apa yang akan berlaku... Tetapi, mereka yakin bahawa
Islam akan menang... Begitu juga sekarang... Tiada siapa antara kita dapat
menyangka apa yang akan berlaku dalam perjuangan Palestin... Tetapi, yakinlah
kita bahawa Islam akan menang, Palestin akan menang... Jika kita tidak
yakin, maknanya kita sudah kalah, walaupun Palestin menang...
Kita tidak pasti bagaimana berakhirnya hidup kita...
Jadi, apa kata kita ambil setiap peluang yang terhidang di depan mata, baik
peluang kecil mahupun peluang besar... Siapa tahu, peluang itu adalah
peluang terakhir dalam hidup kita, dan peluang itu mampu menjadi saksi kita di
hadapan Allah SWT kelak, untuk kita menjejak kaki ke syurga... Bukannya
kita tidak sabar untuk mengakhiri hidup kita... Tetapi, hidup singkat yang
penuh dengan amal jauh lebih baik berbanding hidup lama yang sia-sia...
Bukan bermaksud kita harus tinggalkan segalanya, dan pergi berjihad di
Palestin... Akan tetapi, alangkah bagusnya jika kita dapat pergunakan
segalanya untuk asbab jihad Palestin... Kenangkan Abdul Rahman bin Auf,
yang tidak miskin walaupun meninggalkan segala hartanya dalam hijrah demi
Islam... Ambil iktibar Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar, yang tidak merasa
sempit hidup mereka, walaupun infaq sebahagian besar dan kesemua hartanya demi
perjuangan Islam... Teladani Siti Khadijah, yang tetap kaya dan berjaya,
walaupun selalu menyumbang harta dan mendokong perjuangan Nabi SAW, demi
Islam...
Kenapa Haikal membandingkan semua ni dengan negara kita sahaja, bukan
Negara lain juga???
Kerna saya sayangkan Negara kita, dan juga rakyatnya…
Jika saya berpeluang untuk berbakti pada Negara saya, dan juga rakyatnya, ini
mungkin menjadi salah satu daripada bakti saya… Saya percaya saudara/saudari
orang yang cerdik pandai, dan canggih… Jadi, tolonglah sebarkan kata-kata
saya ini ke seluruh pelusuk dunia, andai saudara/saudari rasa kata-kata saya ni
wajar dikongsi…
Jika saudara/saudari bijak berbahasa Perancis, maka
sampaikan kata-kata saya kepada warga Perancis… Jika saudara/saudari fasih
Arab, maka sampaikan kata-kata saya kepada warga Arab… Jika saudara/saudari
gemar berkomunikasi dengan warga Amerika, sampaikanlah kata-kata saya kepada
mereka… Saya kongsikan sekadar saya termampu… Ambillah peluang untuk
saudara-saudari kongsikan apa yang saudara/saudari rasa patut dengan sesiapa
sahaja, di negara-negara apa jua…
Suatu hari nanti, Palestin akan menang... Insya-Allah...
Jika kita masih hidup di hari itu,
Jangan kita berbangga...
Mengatakan “Umat Islam sememangnya hebat, kan sudah menang”...
Sedangkan kita hanya duduk bersahaja tatkala Palestin berperang...
Di hari itu, renungkan...
Adakah kita layak mengaku sebagai umat Islam, yang hebat, yang menang itu???
Jauh lebih bagus,
Andai kita beringat sekarang...
Dan menghulurkan apa yang termampu...
Sebagai wakil diri kita terhadap Palestin...
Sebagai bahagian diri kita tanda sokongan akan perjuangan Palestin...
Janji Allah itu pasti... Allah telah berjanji Islam akan terus memayungi
bumi... Yang kelihatan jatuh, Insya-Allah bangkit kembali...
nota 1 : saya cuba bersahaja dalam penulisan saya, kerna saya tidak ingin kelihatan
terlalu mendesak... harapnya, tiada yang salah faham dengan nukilan saya...
nota 2 : saya mungkin hanya seorang ‘keyboard warrior’... tapi, jika dengan
‘keyboard’ ini mampu membangkitkan semangat umat Islam, dan membuat Allah redha
dengan saya, saya rela... jika Allah masih tidak redha, saya perlu melakukan
sesuatu yang lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan