(Zaman semakin moden… Zaman dulu, kita selalu dengar lelaki mengorat
perempuan… Di zaman moden ini, perempuan pun semakin pandai-pandai mengorat…)
(Kisah ini olahan berdasarkan situasi sebenar… Insya-Allah, tiada niat
jahat terselindung… Maaf, jika menyebabkan ada yang tersinggung…)
Di suatu petang… Lokasi, pondok kecil, tepi jalan… Y sedang lepak bersama
kawan-kawan… Melintas R…
Y : Phewit, hensem… Hai awak…
R : Assalamualaikum… Saudari
panggil saya ke? Ada apa yang boleh saya tolong?
Y : Oh, ala-ala
Imam Muda rupanya… Waalaikumussalam... Ye, saya panggil awak la… Nak berkenalan
boleh?
R : Insya-Allah,
boleh… Tapi, saya nak cepat ni… Nak ke kedai, beli barang… Insya-Allah, ada
peluang, kita jumpa lagi esok-esok… Nak jumpa nanti pun, takut tak sempat… Dah
nak Maghrib ni, saudari mesti nak balik rumah kan???
Y : Wah, ada gaya
suami mithali ni… Pandai beli-beli barang kat kedai lagi… Pastu, siap ingatkan
Maghrib, suruh balik rumah lagi… Takpe la, lambat sangat nak tunggu esok… Saya
terus terang je la… Saya nak jadi makwe awak, boleh tak?
R : Nak jadi makwe saya? Boleh…
Tapi...
Nak pegang tangan, pegang tangan ayah, atau abang, atau
adik lelaki awak... Jangan pegang tangan saya...
Nak peluk cium, peluk cium ayah, atau abang, atau adik
lelaki awak... Jangan peluk cium saya...
Nak cakap sayang muah-muah, cakap sayang muah-muah kat
ayah, atau abang, atau adik lelaki awak... Jangan cakap sayang muah-muah kat
saya...
Nak keluar jalan-jalan, ajak ayah, atau abang, atau adik
lelaki awak... Jangan ajak saya...
Saudari boleh buat semua tu? Kalau boleh, saya boleh
pertimbangkan saudari jadi makwe saya...
Y : Pergh...
Banyak betul yang saya kena buat... Tak syok, segan la macam tu... Lagipun,
hari-hari boleh buat semua tu...
R : Aik, segan
dengan muhrim sendiri??? Tapi, tak segan dengan saya??? Ya, hari-hari saudari
boleh buat... Tapi, hari-hari ke saudari buat???
Maaf,
saudari... Kalau saudari tak mampu buat semua tu, saya tak boleh pertimbangkan
saudari untuk jadi makwe saya...
Saya
minta diri dulu... Assalamualaikum
Y : Waalaikumussalam...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selang beberapa purnama kemudian... Lokasi, di sebuah masjid di hujung
jalan... Detik dan ketika, selesai solat Isyak... Semua jemaah keluar dari
masjid untuk pulang ke rumah masing-masing... R di anjung masjid, berjalan
menuju sandalnya... Tidak jauh di belakang, terlihat Y, bersama seorang
lelaki...
Y :
Assalamualaikum, saudara...
R :
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh...
Y :
Saudara masih ingat saya?
R :
(setelah mengimbau sejenak) Insya-Allah, saya masih ingat... Dulu, kita pernah
bertemu dekat pondok di tengah jalan ni...
Y :
Alhamdulillah, saudara masih ingat... Dulu, saya berhajat akan saudara...
Kini pun, saya masih berhajat... Jadi, kali ni, boleh saya jadi makwe saudara?
Ayah Y :
Assalamualaikum, nak... Pak cik ni, ayahnya si Y ni... Dulu, Y balik rumah,
teresak-esak... Bila ditanya kenapa, terjumpa malaikat katanya... Terkejut
jugak pak cik dan emaknya... Terus diajaknya kami sekeluarga datang berjemaah
ke masjid... Bermula pada hari tu, selalu kami berjemaah di masjid ni, sebab
diajak Y... Setiap kali kami balik ke rumah lepas solat Isyak, si Y selalu
cakap kat maknya, yang malaikat yang dia jumpa tu ada di masjid masa
berjemaah...
Pak Cik dan mak cik ingat Y ni betul-betul nampak lembaga yang disangkakan
malaikat... Jadi, hari ni Pak Cik nekad untuk tanya dia... Bila dia kata,
malaikat tu masih ada, Pak Cik suruh dia tunjuk... Rupanya anak, yang Y
maksudkan selama ni...
Jadi, nak... Maaf la, Pak Cik tak tahu nama, dan Pak Cik tak kenal anak
teruna siapa ni... Kalau sudi, Pak Cik nak pinangkan anak untuk Y ni...
Setuju???
R :
Maaf, saudari... Saya tak dapat terima saudari sebagai makwe saya...
Saudari jadilah isteri saya... Sudilah jadi permaisuri hidup saya,
Insya-Allah...
Pak Cik, saudari Y, nama saya R, anaknya Pak Cik S dan Mak Cik T, rumah di
simpang 3 sana... Jemput la ke rumah, dan sampaikanlah niat Pak Cik tu kepada
ayah dan mak saya...
Saya minta diri dulu... Assalamualaikum...
Y dan Ayah Y :
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan